19.1.16

Dokumentari Sosial di VICE YouTube

Hello u olls,  akak selalu pada hari Jumaat, lunch time panjang,  JARANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG JARANGGGGGGGGGGGGGG sekali akak keluar berjimba di supermarket and enjoying long lunch dengan kawan-kawan.


1) I malas nak perabis duit. 
2) PANAS!!


So selalunya bila lunch time Jumaat, I akan spend time kat office, kalau ada kerja, akak buat kerja, kalau takdak kerja, akak akan tulis blog (of course...) and kalau takdak mood nak tulis blog. Akak pun akan melayari internet.


So satu hari, akak terjumpa satu channel Youtube yang bertajuk Vice. Aiiiyoo akak sangat suka sekali channel ini kerana ia memaparkan hasil dokumentari tentang budaya, masyarat atau agama yang terdapat di seluruh dunia.


Link  :  Vice YouTube



Dokumentari ini dihasilkan oleh journalist bebas. Depa bukan kerja under mana-mana syarikat media yang mungkin mempunyai kepentingan politik yang tertentu. So dari beberapa dokumentari yang akak dah tengok ni, semua style story benda yang real duk berlaku sekarang, tidak berat sebelah (bagi akak la) and cara penyampaian dia sangat santai, berani dan betul.


Seperti yang I olls cakapkan tadi, journalist yang menyampaikan dokumentari ini adalah freelance. Depa pun terdiri daripada orang-orang muda. Ada Asian, ada mat salleh. Depa ni style sempoi. Ada yang aku tengok nampak macam bag packers / hippies sahaja. Kesimpulannya adalah jenis yang tak takut, tak malu, tak rasa geli pun untuk betul-betul bersama dengan masyarakat yang depa kaji.







Antara dokumentari yang menarik perhatian aku adalah


1) Prostitute of God; yang menceritakan pasai satu golongan masyarakat kat India yang percaya mereka menjadi sex worker sebagai memenuhi kehendak agama mereka. So dokumentari ni cerita tentang cara hidup depa, sejarah dan cerita disebalik kerjaya dan status depa ni. Its very interesting sebab depa dipandang sebagai satu kasta yang dihormati dalam masyarakat setempat.




2) Jesus di Russia; journalist ni pi masuk satu perkampungan di pedalaman Russia di mana seorang lelaki dianggap sebagai nabi. Siries aku impress tengok dokumentari ni sebab masyarakat yang masuk ke agama ni duduk kat kampong tu and depa semua sangat devoted dengan ajaran yang agama depa ajar. And last sekali, journalist ni got to meet and interview the Nabi.




3) Taman Tema Orang Kerdil di China; Ada satu taman tema kat China yang dioperate oleh orang-orang kerdil. Daripada pekerja tukang cuci, management sampailah kepada yang duk buat persembahan. Semuanya orang kerdil. Depa duduk bersama as one big family and setiap hari depa akan menerima pelancong untuk mai tengok depa buat show. Ada banyak NGO daripada dalam dan luar Negara yang menganggap taman tema ini adalah satu eksploitasi terhadap golongan kerdil yang juga kita anggap sebagai OKU. Tapi bila journalist ni pi duduk depan depa, aku tengok sendiri yang orang-orang kerdil ni sangat happy dengan life depa kat dalam tu. So pasai pa nak pi bother?






4) Pusat Pelacuran di Bangladesh; Yang ni aku paling horror. Ada satu tempat kat Bangladesh, dia macam slum, menjadi pusat pelacuran terbesar kat Bangladesh. Journalist ni style berani pi masuk kawasan tu, style sambil dia duk jalan dengan kamera, ada orang duk jerit maki-maki dia sebab dia duk buat dokumentari. Dalam dokumentari ni style dia cerita tentang masalah kesihatan para pekerja seks, masalah keselamatan depa juga, pengunjung yang datang pun depa ambil dadah jenis apa? Ampa tau dak, pelanggan kat situ suka seks worker yang gemok-gemok. So kalau hang kuruih, mak ayam tu akan bagi hang makan pil hormone lembu untuk menggemokkkan hang. HORROR! Ps/ kalau aku kat situ, mesti aku curr jadi paling LAKU sekali!! HAHAHAHA




So far tula antara dokumentari yang aku teringat nak cerita kat hangpa sambil tulis artikel ini. Ampa pi la check it out sendiri channel tu. Satu-satu dokumentari lebih kurang 1 jam 30 minit. Sapa-sapa yang duk belajar pasai sains kemasyarakatan memang baguih layan channel ni.

Ps/ Macam-macam benda best kita boleh belajar kat internet ni, bukan duk nganga tengok video viral sahaja.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...