18.1.16

Jom Bela Cendawan with KIT GYOMI



Hello u olls,


Akak ni tangan tak pernah nak menjadi tanam apa pun tak pernah nak tumbuh. Tangan panas orang tua kata. Cubalah suruh aku tumbuk sambal belacan pun, sumpah pedas sambal tu. Memang adik beradik and kawan-kawan pun tau, kalau aku tumbuk cabai akan jadi pedaih. Dulu aku duk feeling nak tanam macam-macam pokok, buat garden depan rumah katanya. Tapi semuanya tak menjadi.


Tanam bunga melor, bunga cempaka and macam-macam bunga lagi duk tumbuh daun ja. Tanam sayur tomato and bakchoi...duk jadi serupa rumput. Akhirnya akak akur dengan ketentuan Allah yang tangan akak ni sesuai untuk pegang suami dan keyboard laptop sahaja. GITTUHH.


So baru baru ini, akak diperkenalkan oleh seorang kawan yang meniaga kit untuk menanam kulat a.k.a cendawan di rumah. Kaedahnya mudah sahaja, bila dapat kotak tu, kotak di tempat yang diarahkan, pastu biar untuk 3-5 days. Bila kulat mula menumbuh, kita spray air guna botol spray yang untuk serika baju tu pagi, tengahari, petang and malam before tidur.






Here are notes about Kit Cendawan Gyomi


1. Cendawan / kulat ni adalah sama dengan jenis cendawan yang tumbuh kat pokok getah. Kalau sapa duduk kat kampong memang familiar dengan kulat jenis ni. Dulu aku duduk dengan mak angkat aku kat Pahang, aku selalu tengok kulat ni depa jual kat pasar.


2. Cendawan ni rasa dia versatail. Boleh buat goreng dalam tepung ala ala tempura, boleh goreng dengan sayur and boleh dimasak dalam lauk pauk seperti masak lemak cili padi.


3. Kit cendawan ini adalah hasil penyelidikan oleh Universiti Malaysia Terengganu dan dikomersialkan oleh Fatisha Agro Farm.


4. Ampa buleh tanam kat dalam rumah / office, asalkan ada pencahayaan yang cukup dan boss ampa memberikan kebenaran.


5. Bila start cendawan bertunas baru spray air. Ramai cus lupa. Bukak terus spray air. So medium kayu boleh rosak.


6.  Satu kit ni boleh menumbuhkan cendawan matang up to 6 times dalam tempoh 3 bulan. Value for money u olls.


7. Harga satu kit adalah RM24.90 tidak termasuk penghantaran. Untuk penghantaran ke seluruh Malaysia harga RM32 dan untuk Sabah dan Sarawak RM37.


8.  Ada jaminan 100% pulangan wang atau ganti baru jika kit x tumbuh cendawan dalam masa 1 bulan.


For more info, ampa jangan lupa visit IG AGEN SAH KIT GYOMI PENANG  and untuk pertanyaan, ampa boleh call / Whatsapp to  :


AGEN SAH KIT GYOMI PENANG 
Produk ORIGINAL dari Fatisha Agro Farm
COD USM (kampus induk) & Balik Pulau. 
Pos ke seluruh MALAYSIA. 
- Ready Stock - 
Whatsapp : 011-36247576
Instagram  :  @eva_kit_cendawan_gyomi


Ini cendawan yang goreng guna Tepung Goreng Sotong by Jumiess.  Yang tu kalau nak order ampa kena follow Facebook akak la :)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...