Jom Try Diameida Fabulous Mascara

7.1.16

Kerlas Rumah Dato Seri Vida



Dua malam sudah, aku duk layan nak tidoq, sekali laki aku mai dalam gelap bawak phone. Cahaya terang masuk bilik. Aku ingat dia nak bawak berita apa la saspen makan-makan lagu ni.
"Sayang...hang tengok ni...." (Cewaaah...laki aku panggil aku sayang. Saja la nak bagitau kan)

"Tengok padia?"

"Ni rancangan ala ala The Crib kat rumah Dato Vida,"

"Errmmmpp....nak tidoq la. Bisok la tengok,". Aku pun tidoq teruih.

Hari ni, dah habis semua waktu office, before aku balik, aku pun teringat video Dato Vida yang laki aku cerita semalam. Aku pun gigih cari video tu dalam YouTube and jumpa.

Selama 15 minit tu aku terlopong like siriesly ternganga. Wanita Marhayam ni memang lain dari yang lain. Dia dah transformed diri dia 100% menjadi " brand" untuk produk dia. Aku harap segala yang dia tunjuk ni, boleh jadi suntikan semangat untuk sapa-sapa yang nak jadi kaya!!

Berikut adalah beberapa point form pendapat aku setelah menonton video dia ni :

1. Mak ayam ni percaya and mengamalkan fengshui untuk berjaya.....kerlass!!

2. Dia ada koleksi crown yang melampau-lampau dan semuanya mempunyai sijil sebab memang diperbuatkan daripada real diamond. Gila.

3. Dalam koleksi beg tangan dia, ada jugak beberapa LV tapi dia tak pakai. Sebab apa? Sebab takdak bling-bling. Kalau takdak bling-bling dia rasa malu nak pakai. Boleh?

4. Kereta LEXUS 4wd hang menjadi idaman ramai orang hanya dipakai oleh beliau untuk pergi ke pasar.

5. Rumah baru dia nanti ada 4 tingkat dan mempunyai panic room.

Sekian sahaja. Aku hope dapat jumpa pompuan ni satu hari and nak mintak dia duit sikit. Tak mau banyak, cukup-cukup buat bayar utang itu ini so that aku boleh berhenti kerja and tulis blog secara full-time!

K bye!!


Sapa tak tengok lagi video tu,  boleh click read more







Depan rumah Dato Seri Vida ada ayaq terjun ala ala Jepun. Dia buat tu sebab percaya kalau nak fengshui elok bubuh ayaq terjun depan rumah maka air mengalir tu symbolizes rezeki yang mengalir tanpa henti. Lani semua orang nak bubuh air terjun depan rumah, yang rumah flat pun akan gigih beli barang-barang kat kedai aquarium bubuh la ayaq terjun kecik pakai elektrik tu depan coridor.

Aku pun bagitau laki aku, "Kita patut buat ayaq terjun depan rumah kita,"

"Hang tak payah nak buat ayaq terjun nak tiru dia. Kita ni lagi meletops. Depan rumah kita ada busut hidup teruih. Kita boleh buat business, sapa-sapa nak mai mintak nombor ekoq kat busut ni. Kita cas......"

Memang betui depan rumah aku ada busut. Kakak aku pernah kata nak hire contractor buang semua busut and pokok kat situ. Kasi clear.

Sekali malam tu, kakak aku mimpi ada tangan hitam penuh bulu mai pegang kaki dia masuk dalam busut tu. Sejak tu, kami tak berani nak 'tegur' busut tu lagi.

Aihh....cerita seram la pulak!!!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...