6.1.16

Kisah A B C D E F



Assalamualaikum Kak Jumie,


Saya suka baca bila Kak Jumie bagi pendapat. Sebab selalu nya non bias dan setepek di muka. Saya nak cerita dan tanya pendapat Kak Jumie macam mana nak berdepan dengan kawan saya ni. Kisah dia ni panjang sikit.. Harap Kak Jumie tak bosan la baca.


4 tahun lalu, masa umur saya masih lagi dalam kategori awal 20an masa lepas grad, saya pernah bercinta dengan seorang lelaki ni. 10 tahun lagi tua saya. Bukan lah sesuatu yang membanggakan sebab lelaki ni masa tu masih pada status suami orang. Jujur saya cakap Kak Jumie, saya tertipu masa bercinta dengan dia. Asas dia dari penipuan. Masa awal-awal kawan biasa dia selalu jadikan saya tempat dia meluahkan perasaan. Dia dan isteri dah tak duduk sebumbung sebab isteri dia lari dari dia.


Dia dan isteri tak sefahaman. Isteri dia panas baran selalu kalau gaduh baling-baling barang semua. Isteri dia itu dan ini. Isteri dia tak pandai didik anak-anak tiri dia. Ini yang dia cerita bukan saya. Isteri dia ni janda ada anak. Dan dengan dia pun ada seorang anak.


Macam-macam la kisah masalah rumah tangga dia dan isteri. Dan dia cakap mereka dalam proses nak bercerai. Masa tu Kak, saya kerja jauh dari keluarga dan dari kawan-kawan rapat yang sama belajar dengan saya dulu. Dia kerja dekat-dekat dengan tempat kerja saya. Kenal dia melalui kawan.


Jadi, dia ni selalu la dok rajin nak ajak keluar, makan-makan lepak-lepak. Saya ni boyish sikit tapi saya straight. Hehehe.


Jadi bagi saya, berkawan dengan lelaki tu normal. Tu yang saya dok berkawan dengan dia mula-mula. Tapi sampai satu masa, seboyish-boyish perempuan, ada juga soft spot.. Maka dia pergunakan soft spot saya yang masa tu baru lepas breakup. Lelaki yang lebih tua ni saya akui dia pandai ayat perempuan. Dengan kata-kata, ayat, usaha dan hadiah, akhirnya saya menjadi girlfriend dia. Selama tu memang saya selalu hantar dia balik rumah semua, memang dia duduk sorang-sorang. Anak dia pun bini dia jaga.


Untuk memudahkan penceritaan saya gelar lelaki siye ni A dan isteri dia ni B. Cerita ni baru 25% tau Kak. Banyak lg watak yang akan mengelirukan akak.


Kisah sial saya dengan A dah nak bermula. Lepas saya ni dah tangkap leleh, dia mula balik kampung B sedangkan selama ni hari-hari duk jumpa saya. Teman B pergi JB, risau B penat drive katanya. Masa tu saya terus cakap kat dia, saya tak mahu ada dalam relationship ni dah. Saya advice dia suruh kembali dan perbaiki hubungan dengan B. Ya la kak, mula-mula kata kat aku hang takleh tengok pun muka isteri hang, lepas aku dah tangkap cintan aku tengok OK pulak kan. Lepas balik JB dia dok buat Cerekarama depan rumah sewa saya. Nangis. Call-call macam sedih sangat. Katanya masa balik tu depa duk gaduh. B tinggal dia tepi jalan.


A siap suruh saya janji, tolong jangan ungkit pasal dia dengan B berbaik. Mustahil kata nya. Saya yang bodo ni terpercaya kak. Saya pun kembali kat dia. Sepanjang relationship kami, ada la saat bahagia. Tapi saya akui, 80% adalah kecurangan, makian, diperhambakan dan pergaduhan. Dia lah satu-satunya boyfriend saya yang pernah keluarkan kata-kata bodoh, sial, babi, bangsat, barua, buto, pukimak dan segala perkataan dalam kamus carutan. Aku panggil dia babi balik tau pulak marah.


Dan lepas 6 bulan, baran dia ni tak tau la nak cerita macam mana. Benda yang tak kena ja, nak mengamuk memaki hamun dan marah macam benda tu masalah paling tak boleh settle dalam dunia. Kisah curang? 3 kali kantoi. Itu yang kantoi. Yang tak? Memang kantoi keluar date semua ya. Bab-bab lebih dari tu saya tak tau dan taknak amik tau. Dia ni jenis jantan kat FB yang suka add awek hot-hot.


Dia pernah pinjam laptop dan log in FB. Pastu lupa logout. Mesej-mesej yang dia hantar kat awek-awek semua boleh potong kaki dia punya sweet. Dan masa tu saya sedar bertapa murah nya kata-kata sayang dan rindu dia. Yang paling menyedihkan, ada beberapa mesej yang dia hantar dekat kawan-kawan baik saya. Alhamdulillah masa ni semua kawan-kawan baik saya tak da yang reply. Diorang pun agaknya serba salah nak bagitau saya pasal perangai A ni.


When I fall in love, I fall hard. And FYI kak, 2 tahun bercinta tapi dia punya proses cerai tu tak settle lagi. 

click read more


Tidak dilupakan dia selalu pressure saya untuk romen dengan dia. Alhamdulillah bab tu saya ada kesedaran sikit la. Tapi sebab saya tau saya tak boleh bagi dia tang tu, saya selalu compensate bab-bab lain. Macam tolong dia kemas rumah bila dia keja shift malam. Saya yang drive kemana-mana. Saya mengalah kalau kena maki. Dan macam-macam lagi. Kesimpulan nya, saya jadi hamba sebab saya rasa saya bukan girlfriend yang baik yang tak dapat bagi dia apa yang dia nak.Masa tu he is my world. Mak ayah saya kenal dia.Kawan-kawan saya pun saya kenalkan kat dia. Memang konon-konon serius sangatlah masa tu. Hidup saya masa dengan dia bila fikir balik memang mcm dark age of my life. Masa tu saya akui saya bodoh gila! AAAAAAAAAA Macam nak padam balik je dari memori.


Lepas saya pindah semula dekat hometown dan dapat kerja di sana, saya mula hidup baru. Mula-mula saya sedih la, sebab jauh dari A. Tapi bila saya fikir balik, sebenarnya saya risau, dia akan cari lain. Tambah-tambah bila saya tak ada dekat sana dengan dia. Dulu hari-hari jumpa. Lepas saya pindah, perangai dia mula lain. Telefon tak angkat semua. Janji nak visit saya, tapi tak mai. Masa tu saya perasan dia selalu lepak kat rumah adik dia di Raub. Bila saya tanya dia bila nak mai jumpa saya, dia kata nak pi rumah adik dia.


Sampai satu tahap, saya dapat rasakan dia ni ada something. Saya suspect dia berbaik dengan ex GF dia yang pernah attack saya. So, bila orang dah ada pengganti, apa saya buat semua tak kena. 1 hari saya meletup. Kami breakup. Mesej A tak saya reply, calls A tak angkat, jumpa lagi la tak mau. Lepas dah kena tinggal A duk terhegeh-hegeh nak call. Nak amik hati. Nak jumpa segala bala.


Allah maha kuasa kak.. Dari sebodoh-bodoh perempuan yang tunduk kat dia, ntah macam mana jadi kuat dan keras hati. Saya tak termakan dah dengan pujuk rayu dia. Tapi saya tak berdendam, bila saya dah cool tu, kami kawan mcm biasa. Contact-contact ikut telefon. Saya punya frust, 2 tahun tak bercinta lepas dia! Trauma..


6 bulan lepas breakup dia call saya. Kata nya dia dengan B dah officially bercerai. Pastu dia habaq, jom la nikah. Dia nak meminang saya. Sebulan duk pujuk. Saya bagi jawapan yang sama "Saya tak nak kawen". Dalam hati macam nak jerit "Aku tak nak kawen ngan hang laaaahhh gila!".


Dan dalam 2 tahun lepas sy dan A breakup, bestfriend saya yang telah difriendzone meluahkan hati dia kat saya. Kata nya dah lama suka. Dari dulu. Bila C nak mulakan langkah ja, saya dah ada boyfriend. Dia ni jenis budak masjid. Tak suka potong line orang. Kita panggil budak baik ni C noh. Mulanya saya ragu-ragu dengan C ni. Tapi doa saya "Ya Allah, Kau lembutkanlah hati aku menerima yang terbaik untuk ku ,dan Kau keraskanlah hati ku dari terima sesuatu yang buruk untuk ku" dimakbulkan. Kami akhirnya bercinta.


Masa mula-mula saya confuse sebab C ni gentle orang nya. Tak da maki-maki.Tak da marah atau mengamuk. Kalau ada yang dia tak suka C akan tegur dengan penuh kepaduan. Lembut tapi tajam gituuuu. I like his style. Saya confuse sebab dah terbiasa bercinta dalam keadaan yang sangat siye. Pelik nya kenapa lah saya duk buta tak nampak C sebelum ni? Jauh perjalanan yang saya pilih. C melepasi quality control mak ayah saya. Walaupun dari segi career dia kurang, tapi kelebihan dia pada akhlak tu berganda ganda lebih dari A. Harap nya kekal la sampai bila-bila..Amin.Hehe.


Dan sekarang kita beralih kepada D pulak kak. Aku dah kata cerita ni panjang. HEHEHE Selepas A dapat tahu saya dengan C. Dia mengamuk. Duk harassed saya on FB. Kawan bodo dia yang tak tau apa-apa sibuk duk defend dia. Dia duk merayu kak lepas dapat tau. Dia kata sampai hati saya serius dengan C sedangkan dia dulu duk nak kawen ngan saya. Ehhh memang layak di puii kan atas dahi. Hang tak faham ka kiasan tu maknanya aku tak mau kat hang?


Sebulan jugak la royanan di social media, whatsapp, phone calls dan sebagainya. Tepat sebulan, saya dapat tau dia bertunang dengan D. Dia dengan B memang confirmed dah cerai. Walaupun dia memang terang-terang dah tunang, masih tanpa segan dan silu msg saya on FB. Saya tak block dia on FB sebab nak monitor apa yang patut. 4 bulan lepas bertunang, dia menikah dengan D. D ni saya rasa baik orang nya. Dan mangsa keadaan juga.


Saya dapat tau, yang masa dia selalu pi Raub tu, dia bercinta dengan D. D ni kerja area Raub. Masa tu masih dengan saya. Tapi lantak la. Bersyukur jugak D selamat kan saya. Kalau kami tak selalu gaduh, mungkin saya masih dengan dia. CHOIIII!!!!!


Sehari sebelum A nikah, A call adik saya. Suruh kirim salam. Dia tak sangka niat dia untuk buat saya bengang dengan menikah dengan D tak berhasil. Dia terpaksa tunaikan janji dia dengan D. Siye punya jantan. Hang ingat aku nangis berguling ka lepas dapat tau hang nak kawen? Pui atas dahi lagi sekali!


Lepas nikah A ada cuba call saya. Tapi memang tak layan. Mesej untuk cerita masalah dia dengan D dan tanya soalan bodoh macam "Kat mana nak bayar bill Celcom". Juga tidak dilayan. Lama kelamaan dia putus asa nak contact saya. Alhamdulillah. Saya doakan A dan D bahagia. Sebab secara tak langsung dia tak kacau saya dah! HAHAHAHAHAHA


Dan akhirnyaaaaa, kita cerita pasal E. E ni kawan rapat saya. Semua kejadian antara saya dan A dia tau. Kekecewaan saya, heart break, kecurangan A dan semua kisah duka. Saya cerita semua. Saya siap warning kalau A duk ayat-ayat dia jangan terpedaya. Sebab A ni manusia tak da prinsip. Tapi ada beberapa kejadian yang membuat kan saya suspek A dah mula mengayat E. Dan saya rasa mereka dah bercinta.


Nak cerita kejadian tu nanti letih akak nak baca. Sampai tahap geng kami jumpa dan confront dia termasuk C sebab kami dalam circle of friends yang sama. Bagi nasihat. E tak mengaku. Kata nya A kan dah kawen dengan D. Dia siap cakap dia kecewa sebab kami syak bukan-bukan kat dia. Saya percayakan E. Siap minta maaf kak sebab saya syak bukan-bukan.


Masa kami confront E ni, saya dan C lagi 6 bulan nak nikah. Selepas setahun berkahwin, dan kisah A dah lama saya kuburkan, tiba dia jadi zombie. Kisah yang dikuburkan tu datang kembali. Salah sorang dari kawan kami yang rapat dengan E terpecah rahsia. Kita panggil dia F. Dan dia telah mengesahkan bahawa, memang E bercinta dengan D! Memang mula lebih awal dari saya syak! Sebelum A nikah! Dan F tak pasti status E dan A sekarang sebab E dah tak cerita sangat lepas kena nasihat dengan F. F kata, E frust sekejap sebab tau-tau ja si A ni nak nikah dengan D. Lepas tu macam mana ntah A ni ayat apa, E OK balik dengan A. D dah la tengah expecting sekarang.


Soalan saya Kak Jumie,


1. Patut ka saya dan kawan-kawan confront E lagi? Kami sayang dia. Jadi dalam dillema. Takut kalau terlalu menekan dia, dia tak mau kawan dengan kami lagi.Perempuan kan buta kalau bercinta.


2. C iaitu suami saya yang juga kawan E kata, biar ja. Dia dah besar dah ada otak. Kita dah warna dia. Mak saya pun kata benda sama. Betul ka? Saya susah hati.


3. Hati saya tak senang. Saya sayang kan E walaupun dia tak percaya semua yang saya cerita pasal A kat dia. Saya buntu macam mana nak bagi dia sedar. Tapi saya pun takut kehilangan dia. Dalam keadaan dia kena tersorok-sorok macam ni. Saya kenal dia dah 10 tahun kak. E ni memang baik orang nya. Saya rasa mungkin dia terpedaya.


Jawapan akak yang non bias sebab tak kenal kami semua semestinya paling bernas.

TERIMA KASIH KAK JUMIE FOR YOUR TIME AND OPINION.

Yang benar,
Gusarina

Notes  :  Semua nama,  butiran dalam cerita ini terpaksa diubah daripada cerita asal untuk tujuan komersial.

Baca balasan I olls kat sini  :  Jawapan kepada Kisah A B C D E F

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...