20.1.16

Menjadi Heroin Buat Pertama Kali

Wehss u olls. Sejak berkecimpung dalam seni lakonan teater, akhirnya setelah akak memilih untuk berhijab dan menge-rest-kan diri daripada aktiviti lakonan selama setahun (2015) akhirnya akak di-offer untuk berlakon sebagai heroin!!! Siries bak hang hati punya la syiok masa dapat offer. Tengok calendar semua clear i say why not.


Pihak yang mengoffer akak berlakon adalah Persatuan Teater Resdong Pulau Pinang. Ini bukan kali pertama akak berlakon dengan depa.




Patutnya hari tu I berlakon dengan depa semua juga bersama-sama Allahyarham Pak Yus Jambu pada bulan Disember. Teater Lawak Utagha The Musical II, tapi apabila Allah dah jemput Pak Yus pergi, maka kami pun ingin menukarkan pementasan itu kepada satu pementasan khas yang diberi judul “Tribute to Pak Yus” yang akan menceritakan tentang kisah hidup Pak Yus sejak dulu lagi yang struggle a lot as anak seni merempat di sana sini tunggu dapat projek baru dapat makan. Penggiat seni teater utara semua termasuk gang Resdongs ni memang kenal rapat la dengan Pak Yus, depa tau la cerita dia semua macam mana. So depa nak buat la something for kawan depa. Tapi belum sempat kami nak buat pementasan tu, sekali Astro Warna pun minggu Tribute to Pak Yus masa konsert mingguan Raja Parody. Konsert tribute itu mendapat kutukan dan hinaan daripada rakyat Malaysia melalui laman social dan internet kerana persembahan tribute itu penuh dengan nyanyian-nyanyian yang more kepada budaya orang Barat bila berlaku kematian.




Tak semena-mena, pihak Resdong pun mendapat tempiasnya apabila orang ramai mulai tahu yang kami juga akan mementaskan sebuah persembahan teater untuk Pak Yus. Tapi orang tak tau, memang pada tarikh tu kami memang dah plan nak berlakon dengan Pak Yus, orang tak tau yang persediaan untuk buat pementasan tu kami dah sedia lama, orang tak tau yang kami memang dah plan nak buat benda ni semua.


Yang orang tau hanya kutuk dan menuduh kami sebagai MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS APA YANG BERLAKU KEPADA PAK YUS DAN HANYA INGIN MENDAPAT KEUNTUNGAN ATAS TRAGEDI INI.


Team Resdong kena hentam teruk di laman social. Tak cukup itu, ada pulak yang sampai sanggup call nombor hotline Persatuan Teater Resdong (yang dikhaskan untuk jualan tiket) dengan memaki hamun dengan loghat Penang yang sangat garang dan kakaih. Akhirnya, untuk mengelakkan lebih banyak anasir negative yang akan dikait rapat dengan nama Persatuan Teater Resdong, maka akhirnya depa membatalkan niat untuk membuat persembahan tribute itu.


Fuck you people. Inilah yang berlaku apabila rakyat Malaysia dipenuhi oleh bangsa internet yang malas membaca dan tiada sikap ingin tahu.


Okaylah.....aku nak cerita pasai aku nak jadi heroin kan? Sekali mai cerita ni pulak punya panjang. Haram J.




Jadi sebagai pembukaan 2016, Persatuan Teater Resdong’s nak buatlah persembahan yang diberi judul “Rumah Welfare I’ntobaq”. Adaptasi daripada karya asal oleh anak Cikgu Mat a.k.a Seni Bayan iaitu Ms. Aina Nabila Ahmad bertajuk “Ini Rumah Kita”. Skrip ini pernah menjadi johan sayembara penulis drama pentas Dewan Budaya dan Pustaka pada tahun 2011 dan mengungguli anugerah Hadiah Saster Perdana Malaysia 2012 dalam kategori drama.


Cerita dia pasai kisah orang-orang tua yang menghuni kat rumah welfare ni. Persahabatan dan persaudaraan yang depa bina setelah dibuang dan dilupakan oleh anak-anak kandung sendiri. Macam mana depa punya susah, depa punya sedih, depa punya seronok, depa punya gembira, depa punya lawak, depa punya loqlak akan dikisahkan dalam pentas Dewan Budaya pada 13 dan 14 Feb 2016 ini.


Watak akak adalah sebagai Syareepah Juairiah. Akak jadi tukang cuci jer kat rumah welfare tu, pastu gatai garek duk bercinta dengan salah seorang penghuni dalam rumah tu pulak. Watak akak kecik ja, bak kata orang saja bagi tambah rasa.


Antara pelakon lain yang akan membintangi pentas teater Rumah Welfare I’ntobaq adalah Mamak Puteh Chinese Look, Abu Mamu, Shazli Ekzos, Lanun Resdong’s, Acan, Awie, Fairul Niezam, Rizz dan ramai lagi.


Okaylah, itu sahaja lah yang akak nak share dengan u olls semua hari ini. Ampa yang duduk Penang and ampa-ampa yang akan berada di Penang pada minggu Valentine’s Day ini, mai la tengok akak berlakon dalam Teater Rumah Welfare I’ntobaq ni.


'RUMAH WELFARE I'N TOBAQ'

13 & 14 Februari 2016
8.30 malam
Dewan Budaya USM
Tiket RM15

Hubungi talian hotline 019-4587813/ 012-5618434 untuk sebarang pertanyaan

Like Facebook page Persatuan Teater Resdong's

Dan sertai channel Persatuan Teater Resdong's di Telegram Messenger untuk lebih banyak maklumat
https://telegram.me/Resdongs

‪#‎resdongs‬ ‪#‎penang‬ ‪#‎teater‬ ‪#‎hoohooi‬ ‪#‎kamitakdakdegree‬ ‪#‎kamiadasasli‬ ‪#‎henggg‬ ‪#‎blur‬ ‪#‎hmmmmasyiam‬ ‪#‎akukecewa‬ ‪#‎jamboree‬ ‪#‎asriasri‬ ‪#‎kasihawietilljannah‬

1 comment:

  1. kami p tengok... walaupun anak meragam tapi berjaya jugak sampai habis... syok baq hang...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...