UK Clark Sales

14.1.16

Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe 2016

Hello u olls,

Majlis Anugerah Golden Globe telah berlangsung pada Ahad,  10 Jan 2016 yang lalu di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Majlis anugerah ini menjadi pembuka untuk minggu anugerah di Hollywood untuk tahun 2016.  Lepas ni Grammy,  Academy Awards dan segala maknena lain akan menyusul.

Golden Globe bukan sahaja memberi penghargaan kepada pembikin filem malah untuk pembikin rancangan TV di Amerika Syarikat.

Jom kita tengok fesyen-fesyen yang dipakai oleh retis yang menghadiri majlis red carpet untuk acara ini.  Yang mana-mana terlepaih pi after party sahaja I olls tak review kat sini okay.

Meletops
Kategori pertama ini adalah fesyen yang digayakan oleh selebriti di red carpet event ini yang i olls rasa adalah meletops.  Kerana depa berani mencuba sesuatu yang baru pilihan depa boleh mencetus kepada trend terkini tahun 2016.


Cate Blanchett in Givenchy Haute Couture
Sempena Tahun Baru Cina,  Cate Blanchett membawakan gaya yang sungguh eksklusif ala-ala tanglong u olls.  I sangat suka dress ini dan boleh dikatakan paling suka walaupun dalam sesetengah review,  pakaian ini dikatakan antara yang paling huduh.  Dah nama pun couture kan,  haruslah pelik pelik sikit u olls.  I sangat salute kepada pembikin dress ini kerana pandai membuat placing benang-benang menjatuh tu membuatkan bentuk dress ini jadi lebih unik.  Tapi sapa-sapa pembela kucing,  ampa jangan berangan nak pakai dress ni.  Sekali ampa duk ketwok,  kucing ampa nanti duk sibuk nak terkam benang-benang tu.


Click Read More




Lady Gaga in Atelier Versace
Meletops mak ayam ni sebab berjaya menang anugerah untuk persembahan beliau dalam American Horror Story.  Kerlas sangat mak ayam kita jadi vampire macam mana ka.  Sesuai dengan penampilan malam ini,  baldu hitam mewah dipotong ringkas tanpa sebarang maknena labuci ka apa ka yang menyemakkan.  Apa yang menarik pada dress ini adalah potongan dan pemakainya.



Taraji P. Henson in Stella McCartney Couture
Mak ayam ni badan dia meletops!!!  Dia bukan macam badan-badan wanita black yang selalunya terlalu menggiurkan sampai pakai baju apa pun nampak macam 'memanggil'.  Badan dia just nice.  Dia ada tetek,  ada pungkok.  Potongan kemban ini bersih dan membuatkan dia nampak klass.  Katanya masa nama dia diumumkan sebagai pemenang,  dia duk hand-out biskut kat semua orang sebab nama watak yang dia berlakon tu adalah COOKIE.  Aku sangat suka lakonan dia dalam Empire.  Dia lambang wanita kuat.





Kategori Ikut Colour
Okay berikut adalah baju-baju selebriti yang boleh tahan cantek dan akak susun ikut colour.  So senang la ampa nak tengok.


Jennifer Lawrence in Dior
Actually i dah bohsan dengan fesyen - fesyen cut-out ni.  Sangat 2010 u olls.  Kita sekarang dah berlalu jauh dah.  Tak mau dah feeling-feeling cut out ni.  Tapi baju ni memang canteklah.  Labuh,  warna,  potongan.  Kerlas. 




Amber Heard  in Gucci Couture
Colour baju ni agak suram untuk wanita ini.  And potongan kat bahagian pinggang tu aku rasa macam kosong.  Kan?





Olivia Wilde in Michael Kors
Pilihan selamat oleh Olivia.  




Kate Bosworth in Dolce and Gabbana
Satu pilihan yang berani.  Aku tak tau pulak D&G buat baju ala-ala macam ni.  Siries lain dari yang lain.  Tapi why not.  Aku suka Kate mengenakan dress ini dengan gaya rambut sleek dan tanpa aksesori yang memberatkan.




Natalie Dormer in J Mendel
Sorry u olls nampak tua dalam gown ini.   Baik hang pi pakai costume hang dalam GoT lagi cantek mak rasa.





Emmy Rossum in Armani Prive
PIlihan selamat.  Apa pun mak suka rantai tu.  Nak pi tempah kat Habib tahun ni for Hari Raya.






Felicity Huffman in Lorena Sarbu
Aiiiyoo mak ayam ni awat?  Nampak macam bapok pulak sekali pandang.  First of all,  rambut tu,  siriesly u olls tak kena la pakai rambut brunete.  Please blondekan sikit rambut u olls.  And potongan dress ini sangat lah the kampung kerawang apa bagai.  Pi pinjam dress dari butik pengantin Sungai Petani ka apa ni?






Zendaya Coleman in Marchesa
Zendaya ni memang stylo.  Aku suka dia punya dressing.  Dahla badan keding panjang.  Mak suka dress ini jugak ala-ala payung tiga tingkat ala-ala pelamin Bali style.  Warna dia pun magenta gelap yang menawan dan mahal.  Sesuai untuk Zendaya yang lani dah nak masuk ke alam wanita.




Leslie Mann in Monique Lhuillier
Dari pinggang ke atas,  mak tak suka dress ni.  Bahagian pinggang ke bawah dah elok dah.  Dengan embroidery macam mana ka,  gaun kepok-kepok bahasa,  sekali tops ala-ala roti canai perisa stroberi.  And perlu ka rambut macam tu?  Sapa stylist hang? Pi pecat detu lani.  Hang nampak macam orang putih hipster busuk tak mandi.





Brie Larson in Calvin Klein
Dress ini sangat seksi.  But again,  cut out.  Bohsan.



Rosie Huntington-Whiteley in Atelier Versace
Saja la akak bubuh gambar ni dia ni dengan laki dia.  Lama jugak depa dorang couple na.  Baguih la si botak Chin ni mesti pandai jaga hati pompuan ni sebab tu duk couple lama.  Well,  dress adalah sangat classic.  Potongan yang glamer akak rasa kalau orang berbadan curvy pun cantek pakai cut macam ni.  Tapi mungkin effect dia berbeza.  Paling suka potongan kain kat bahagian pinggang tu.  Sangat meletops.  




Eva Green in Elie Saab
Dress ni macam takdak effort.  Macam seketoi amik kain lace beli kat Jackel pastu jahit seketoi takdak potongan ampa ka macam mana ka.  Nampak agak kosong walaupun lace kat dress ini agak sarat.  Colour ni tak sesuai untuk Eva Green. Mungkin jugak sebab aku dah terbiasa dengan imej gothic yang sering digayakan oleh wanita kuruih kedekiang ni.




Malin Akerman in Reem Acra
Classic.  Tapi dah pernah tengok fesyen lagu ni sebelum ni.  NEXT.




Regina King in Krikor Jabotian
Siries noks,  mak tengok dress ni mak teringat kat sarung bantai ala-ala kelopak bunga yang menjadi trendy dalam rekaan interior designing.  Sapa perasan?  Cuma kelopak ni warna gold la.  Dahsyat la mak ayam ni boleh buat baju.  Aku respek kat dia.





Carly Chaikin
Sangat suka motif pada dress ini ala-ala hitam tapi shining macam mana ka macam ikan laga.  I suka.  Duk cari sapa pencipta dress ni tak jumpa.






Portia Doubleday
Kerlass deni buat baju dari kertas timah.  Aku salut.  Kalau pakai baju ni baguih,  sebab bila nak bakaq ikan ka apa ka time nak BBQ tarik kain ni buat balut.  





Rooney Mara in Alexander McQueen
Sangat suka dress ni.  Ala-ala macam rumput rampai tumbuh kat badan.  Sangat suka colour dia yang nude and tenggelam pada warna kulit pemakai.  And stylist pun pandai bagi make up ala-ala gothic.  Teruih naik u olls.  Mak suka.




Alicia Vikander in Louis Vuitton
Deni kalau mami-mami Penang jumpa dia depa nanti kata la "Apa la kain shimis pun depa buat baju...."  Sapa ingat shimis tu apa?




Amy Schumer in Prabal Gurung
Dress ini adalah kerlas.  Classic.  Aku suka.



Saoirse Roan in Yves Saint Laurent
Cantek dah dia ni.  Dah besaq.  Well dress ni simple tapi for me terlalu classic pulak.  Nampak dia macam tua sangat dalam dress ni.  Kalau dia tukar dengan something yang simple tapi ada macam unsur fun mesti baguih nampak sesuai untuk usia dia.





Laverne Cox in Elizabeth Kennedy
Kerlas mak ayam kita makin kecik lani......duk pakai dress ala-ala drapping macam mana la tak pec lobs.  Kerlass...



Eva Longoria in Georges Hobeika
Ramaiyang kutuk dress ni.  Tapi mungkin mak ayam ni nak try something different. Bila aku tengok dress ni aku teringat pada sapu tangan yang ada jahitan kerawang yang dulu masa aku kecik-kecik mak aku nanti bagi kat aku untuk pi sekolah.  Dalam sapu tangan tu mak aku nanti bubuh duit sekolah and dia ikat.  Nenjia lani jadi dress terus.  Aku rasa yang menhuduhkan dress ini adalah elemen ala-ala reben kat collar dia and then kat pinggang pun nak bubuh belt ala ala reben jugak.  Banyak sangat details.




Melissa Benoist in Monique Lhuillier
Kerlas cantek walaupun kain ni nampak macam tak sesuai buat dress lagu ni.  Buat baju kurung pesak sesuaila.




Lily James in Marchesa
Miss Sendralela.....woww....awat hangpa tak pakai gaun biru ampa pakai dalam cerita Sendralela tu?




Amanda Peet in Alexander McQueen
Aku rasa baju ni beradik-beradik dengan baju yang Rooney Mara pakai kot ataih tu.  Satu koleksi kot.  Satu macam punya colour and design agar-agar laut duk mai...Tapi aku suka koleksi ni.  Misteri tapi klasik.




Maria Menounos in Roland Mouret
Design ni duk mai ala ala Zac Posen jugak ni.  Polos tapi structure meletss.




Sarah Hay in Marchesa
Lama Marchesa tak buat dress dress lagu macam ni.  Ala ala fantasi macam mana ka.  Aku suka dress Marchesa macam ni.



Kirsten Dunst in Valentino
Simply classic.  Nothing to carut.  




Emilia Clarke in Valentino
Damn!! Wanita yang menjadi simbol seks kepada sekalian lelaki tampil berlitup u olls.  Takdak baju yang lebih menyerlah ka?  Haiiyo.  Hang cantek kot?  Perlu ka pakai baju ala-ala ahli sihir mati laki berkabung macam mana ka.  Akak sangat sedih dengan pemilihan fesyen dan stail oleh wanita ibu naga dalam watak GoT ni. *Tiba-tiba feeling sat scene kena rogol dengan Drogo.





Taylor Schilling in Thakoon
Beliau nampak selekeh dalam suit ni.  Tak tau pasai pa.




Uzo Aduba in Talbot Runhof
I follow pompuan ni kat IG tau.  Walaupun muka pompuan ni ala-ala zaman neolitik macam mana ka,  tapi ampa kena kagum sebab perempuan ini adalah stylo dan sangat fun dalam penggayaan fesyen.  Dia tak pernah tampil dalam fesyen dan gaya yang sama.  Dari segi potongan dress,  gaya rambut,  make up dan sebagainya.  Kali ini dia buat rambut ala-ala penyapu lama dah terbelah dua kan?  Kerlasss....akak suka pompuan ni.  




Julia Louis-Dreyfus in Lanvin
Sila zoom pada detailing pada dress ini.  Lanvin memang pilihan klasik meletops untuk rekaan fesyen red carpet.  Ampa tengok sat macam mana depa susun lace bagi nampak mahai tapi tetap meriah.  Tak perlu nak gigih tabur labuci penuh satu baju,  cukup bubuh ala-ala riben kat pinggang macam mana ka.  Nampak mahal dan klasik.  Dato'  Vida tak boleh tengok dress macam ni.  Dia mungkin akan beli sebab cantek,  sebab i suruh,  tapi dia tak akan pakai sebab malu takdak labuci.  Kan Dato' V?



Helen Mirren in Badgley Mischka
Siries akak cakap,  nenek ni punya dressing mengalah 15 supermodel yang gigih nak bergaya kat red carpet dalam acara ni.




Kate Winslet in Ralph Lauren
Kerlas mak ayam ni pakai dress kaler feveret I.  Dress ni simple dan klasik.  Nothing to carut. 





Julianne Moore in Tom Ford
Costume Star Wars mana tak tau dia curi pakai.




Viola Davis in Marchesa
Dress ni kerlas....tapi akak harap dia pakai colour yang lebih cerah agar menampakkan beliau lebih meletops.   Colour ni dull untuk wanita kulit hitam.




Jenna Dewan-Tatum in Zuhair Murad Couture
Aiiiiyooooooooooooooooooooooooooooo.....kelopak klopak kelopak macam mana ka.....................




Calista Flockhart in Andrew Gn gown
Potongan dress ni sangatlah cute membuatkan Calista Flockhart ni nampak muda pulak...walaupun!!



Gina Rodriguez in Zac Posen
Zac Posen classic.  Nothing to carut.





Joanne Froggatt in Reem Acra
Bahagian tetek kat dress ni nampak macam tak di-fitting dengan elok.  So tetek dia nampak selebek.





Jada Pinkett Smith in Versace
Mak ayam ni sangat melampau.  Suka sangat dress ni.  Kepok-kepok ombak rindu macma manaka.  Jada Pinket Smith ni kecik orangnya tapi dia punya keyakinan diri sangat meletops.  Apa sahaja dress dia pakai nampak meletops sebab dia punya keyakinan tu.




Jaimie Alexander in Genny
Kerlas dress ni.  Dia nampak meletops sebab design kain tu.




Bryce Dallas Howard in Jenny Packham
Mat salleh tak suka dress macam ni.  Depa kategorikan dress ini sebagai 'pilihan yang pelik' mungkin sebab terlalu banyak detailing and colour yang terang dan shining macam mana ka.  Bagi kita orang Malaysia,  ktia suka la design-design macam ni....meriah u olls.




Rachel Bloom in Christian Siriano
Kerlas Christian Siriano punya dress.  Ala-ala Zac Posen dah lani.  



Queen Latifah in Badgley Mishka
Meletops mak ayam ni dah bagi kecik tetek nampak steady badan dia.





Maggie Gyllenhaal in Marc Jacobs
Deni pun duk buat baju pakai kain kusyen tok tok kita dulu-dulu.




Rachel McAdams in Lanvin
Woww...jarang tengok Lanvin buat dress macam ni ada corak corak macam mana ka.




Jennifer Lopez in Giambattista Valli
Baju ni kerlassssss.  I suka bila mak ayam ni ala-ala coverina sikit.  Tak payah la nak seksi memanjang.  BTW,  Kak JLO lupa nak pakai deoderent ke sampai boleh jadi ketibas kes.  Aiiiyooo.





Amy Adams in Atelier Versace
Pilihan warna yang menarik oleh Amy Adams.  Nothing to carut.  Dress ni nice.




America Ferrera in Jenny Packham
Kerlas depa dah kuruihh lani.






Angela Bassett in Safiyaa
I just hope mak ayam ni buat style rambut yang berbeza sebab nampak macam wanita-wanita tak mandi sahaja.  





Giuliana Rancic in Alex Perry
Aku tak pernah tengok mak ayam ni pakai dress polos macam ni.  Nampak meletops jugak.  Tapi sekali lagi,  cut out!  Boringlah.




KATEGORI MERAPU
Okay u olls,  ini adalah kategori last punya yang i olls khaskan kepada pesyen-pesyen baju yang tak berapa nak meletops a.k.a merapu.



Jane Fonda in Yves Saint Laurent Couture
Dress ini mendapat kutukan paling kuat di laman sosial sebab efek ropol-ropol pada dress ini.  Ada yang kata nampak macam costume badut,  ada yang kata nampak macam kulit kerang,  ada yang kata nampak macam puding susu.  Haram jadah ampa ni semua duk mengata mak ayam aku.  Bravo kepada mak ayam Aerobick tahun 70 an ni sebab berani menampilkan gaya yang OTT.  Tapi still u olls dah kertu,  terpaksa mengikut undang-undang tertentu apabila bergaya kerana faktor usia.
Akak setuju dress ini nampak macam kulit kerang punya gigi hat ujung tu...



Heidi Klum in Marchesa
Deni nampak macam ayam sakit.   Aiiiiyooo!!  Marchesa buat banyak dress lawa-lawa and cantek-cantek.  Awat hang nak kena amik dress corak ayam sakit ni jugak.





Melissa McCarthy in her own design
Mak ayam ni feeling suka buat baju design dia sendiri.  Ada banyak design dia yang meletop tapi ada banyakkkkkkk yang tak elok langsung.  Tahniah sebab u olls telah berjaya mengurangkan berat badan tapi still,  kenapa nak pilih gaya beg plastik sampah meghelit ini untuk ke upacara red carpet?  Apa pun,  kasut hang meletops.




Kate Hudson in Michael Kors Collection
Ramai duk puji kata dress dia ni lawa and meletops.  Heyy ampa buta ka apa???  Nampak macam dress pelakon filem lucah tahun 70 sahaja.  Nampak cheapos.  Belahan dan cut out yang melampau,  kain menghelit yang nampak murah,  rambut serabai.  Please Kate,  i know u can do something better than this.




Sekian sahaja perkongsian akak tentang fesyen red carpet depa ni semua.  Berikut adalah senarai pemenang anugerah 2016 GOLDEN GLOBE AWARDS WINNERS  :


MOVIES
Best Motion Picture - Drama: The Revenant
Best Motion Picture - Comedy or Musical: The Martian
Best Actress In A Drama: Brie Larson - Room
Best Actor In A Drama: Leonardo DiCaprio - The Revenant
Best Actress In A Musical Or Comedy: Jennifer Lawrence - Joy
Best Actor In A Musical Or Comedy: Matt Damon - The Martian
Best Supporting Actress: Kate Winslet - Steve Jobs
Best Supporting Actor: Sylvester Stallone - Creed
Best Director:  Alejandro G. Iñárritu - The Revenant
Best Screenplay: Aaron Sorkin - Steve Jobs
Best Animated Film: Inside Out
Best Foreign Language Film: Son of Saul - Hungary
Best Original Score: Ennio Morricone - The Hateful Eight
Best Original Song: Sam Smith Writing’s on the Wall from Spectre
Cecil B DeMille Award: Denzel Washington


 TV
Best Series - Drama: Mr Robot
Best Series - Musical or Comedy: Mozart in the Jungle
Best TV Movie Or Limited Series: Wolf Hall
Best Actress In A Drama: Taraji P. Henson – Empire
Best Actor In A Drama: Jon Hamm - Mad Men
Best Actress In Musical or Comedy: Rachel Bloom – Crazy Ex-Girlfriend
Best Actor In A Musical or Comedy: Gael García Bernal – Mozart in the Jungle
Best Actress In A Limited Series or TV Movie: Lady Gaga – American Horror Story
Best Actor In A Limited Series or TV Movie: Oscar Isaac – Show Me a Hero
Best Supporting Actress: Maura Tierney – The Affair
Best Supporting Actor: Christian Slater – Mr. Robot


Read more: Daily Mail UK &  USmagazine

5 comments:

  1. nak tny kain shimis tu apa? kami org penang pun xtau. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Quuen Latifah paling cun..tu je nk bgtau.

    ReplyDelete
  3. Jaimie Alexander tu remove tatoo dia...kalau tak penuhla takleh pakai baju camtuhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam mekap tu..
      sebab tgk masa kat E! masa dia nak siap2 tu banyak lagi tatoo dia...

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com