UK Clark Sales

28.1.16

Ulasan Filem Dirty Picture

Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2011.  I stumbled across pengetahuan tentang movie ini ketika meng-scroll movie-movie dalam senarai dalam IMDB.  Penggila movie macam aku haruslah mempunyai account dalam IMDB (tapi sorry okay website ini tidak disupport oleh server USM maka u olls kena bukak dengan data sendiri).  Melalui laman IMDB,  kita boleh log in menggunakan Facebook account / atau akaun ciptaan sendiri dan kita boleh senaraikan filem-filem yang ingin kita tonton dan bila kita dah tonton,  boleh kita masukkkan rating filem itu dalam senarai peribadi kita.  And of course,  melalui page-page ini kita boleh tau lebih banyak tentang penerbitan sesuatu filem itu.

Filem yang tersenarai dalam IMDB adalah antarabangsa.  Ada Hollywood,  Bollywood,  Hong Kong.  Malaysian movie tak banyak sebab orang Malaysia sendiri tak rajin nak pi update pasai movie depa kat dalam laman website ni.  Tengok sendiri laman WIKIPEDIA (yang free tu pun) pengusaha filem kita tak rajin nak pi update pasai butiran filem depa.  Rugi sungguh.

So i stumbled across DIRTY PICTURE.  Sebuah filem Bollywood dengan poster yang sensasi.  Baca sahaja sinopsis,  tentang pelakon filem yang menjadi simbol seks kat India.  Akak terus download filem ni.  HAHAHAH.  Seks seks dan tema erotika memang kegemaran aku.

Nak dijadikan cerita,  esoknya aku jumpa kawan aku nama Haleesa.  Katanya Haleesa dah tengok Dirty Picture kat panggung wayang Malaysia tak lama dulu.  And bila aku tanya kat dia,  best dak gambaq ni?  Dia jawab "Geli.....aku geli tengok cerita ni,"

And because of Haleesa punya short comment,  aku simpan cerita ni dalam laptop aku bertahun.




Last 2 week,  aku tengok Mamaji Anilkumar Shaik Ghulam telah mengupload satu video kat Facebook tentang seorang penari / pelakon Bollywood zaman 70 an yang menarik very the daring siap lompat atas paha pelakon lelaki.  Gilaaa meletops skill tarian beliau. Mak rasa,  JLO and Beyonce kalau tengok video clip tu terus puasa sunnat 40 hari.  Sentap dengan ke-terror-an simbol seks ini.  Nama pelakon/penari dalam video itu adalah Silk Smitha.

"Mamaji,  Silk Smita ni yang depa buat filem pasai dia kan?"

"Yes darling...Dirty Picture!!"

And just like that,  because of that tarian lompat atas paha,  aku terus gigih tonton filem Dirty Picture dalam laptop aku malam itu jugak.  And so hari ni aku nak review filem Dirty Picture untuk tatapan ampa semua.





Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang gadis kampung yang hidup susah bernama Reshma.  Duit takdak ni,  sampai tiap tiap hari makan gula sahaja untuk tahan lapar.  Dia mempunyai impian hidup untuk menjadi pelakon filem.  Dia pun gigihla pi odisyen menjadi pelakon / penari tambahan.  Tapi nasib dia tak baik sebab dia takdak rupa kulit pun gelap.

Tapi entah macam mana satu hari,  ada satu scene tarian yang memerlukan penari tu kena beraksi dengan tali cemeti.  Semua penari extra lain tak berani nak amik job tu sebab mampuih kulit hang nanti kena siap dengan tali cemeti tu,  tapi berbekalkan semangat nak masuk dalam industri perfileman ini,  pompuan ni amik job menari dengan tali cemeti ni.  Kerlasss gigih!

Dipendekkan cerita,  aksi tarian erotik perempuan Reshma mendapat perhatian pengusaha filem.  Sebabnya,  orang ramai mai tengok filem bukan sebab nak tengok cerita or pelakon dalam filem tu,  tetapi semata-mata nak tengok Reshma menari dalam satu babak muzik dalam filem tu.  Habis bab dia menari,  semua keluar panggung.  Gilaaaaaa noks!!

Sejak itu,  nama Reshma meningkat naik dalam persada seni perfileman di negara India.  Boleh dikatakan semua filem yang ingin berjaya kena amik dia sebagai pelakon / penari barulah filem hang boleh laku.  Walaupun dia dihina oleh segelintrir masyarakat yang menganggap dia sebagai menjatuhkan maruah tapi dia tak heran,  sebab apa sahaja yang dia buat,  dia buat dengan sungguh hati dan dia buat apa yang dia suka.

Walaupun dia duk berjaya meletops dalam kerjaya dia,  tapi ada satu part yang tak best tentang hidup Reshma yang kini telah popular dengan nama artistnya Silk.  Silk mempunyai hubungan gelap dengan seorang pelakon lelaki yang amat dia minati.  Pelakon lelaki tu adalah lubang dubur (ass whole).  Ada satu malam,  tengah dia duk romen dengan Silk,  bini dia ketuk pintu nak masuk.  So pelakon tu paksa Silk masuk sembunyi kat bilik ayaq.  And dari dalam bilik ayaq tu,  Silk nampak laki tu duk romen pulak dengan bini dia.  Silk kena duduk dalam bilik ayaq sampai pagi.........shit betui.

Aku pendekkan lagi cerita yang kalau aku cerita akan jadi 45 mukasurat ni (ampa tau la kan cerita hindustan punya panjang lagu mana kan?)  akhir sekali,  Silk mati bunuh diri!  Dia bunuh diri bukan sahaja sebab dia rasa down dengan life dia yang kini keseorangan,  dikecewa cinta,  dibuang oleh ibu sendiri,  terperangkap dalam kancah hutang......tapi aku rasa at the end of the day dia bunuh diri sebab diri dia sendiri dah kosong sebab dia dah bagi KESEMUNYA kepada semua orang.



Kenapa Aku Suka Pasai Filem Ni
Aku suka filem ni sebab  :

1)  Ini adalah filem Hindustan yang meletakkan watak heroin sebagai watak utama dalam jalan cerita.  Selalunya dalam filem Hindustan,  hero (watak pelakon utama lelaki) yang mendominasikan cerita kan?  But not this one.

2)  Watak Reshma / Silk adalah amat berani.  Ala ala mak ayam berani mati yang tak heran dengan apa yang ampa nak kata pasai dia.  Aku paling suka ada satu part dia keluar kereta pastu ada ramai pompuan-pompuan duk pegang sepanduk kutuk dia,  dia bagi flying kiss satu!! Pastu pada malam dia nak balas dendam kat seorang wartawan yang menang anugerah journalist terbaik sebab selalu buat cerita pasai Silk,  dia pi menarik free show kat tengah jalan sampai jalan semua sesak jammed sampai orang tak boleh nak pi party kat rumah wartawan tu.  HAHAHAH sial noks.

3)  Filem ni bukan filem cliche Hindustan pasai cinta terhalang,  cinta feeling dan yang sama waktu dengannya.


Fakta
1) Pembikinan filem in menelan belanja sebanyak lebih kurang USD 2.7 juta,  tetapi mendapat pulangan sebanyak USD 17 juta so far.

2)  Ada yang mengatakan bintang filem yang mempunyai hubungan gelap dengan watak Silk adalah Kamal Hassan,  dan ada juga yang mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan gelap dengan seorang producer filem.

3)  Pelakon wanita yang melakonkan watak Silk bernama Vidya Balan adalah terlalu cantek untuk watak Silk Smitha.  Sehinggakan,  apabila aku tengok balik video - video Silk Smitha dalam youtube secara close up,  aku terkejut.  HAHAHAHAH

4)  Keluarga Silk Smitha membuat tentangan terhadap penerbitan filem ini sehinggakan akhirnya pihak produksi terpaksa menarik balik penyataan bahawa filem ini adalah 100% kisah sebenarnya Silk Smitha.  Depa claimed bahawa filem ini adalah based on kisah hidup penari/pelakon yang menjadi simbol seks dalam era yang sama seperti Nylon Nalini and Disco Shanti.


Scene Dia Menarik Dengan Tali Cemeti


Video menari atas paha.  
Sorry aku tak boleh embed masuk dalam blog ni,  ampa kena click link ni  :  Sagalakala Vallavan - Nethu Rathiri Yamma Song; Kamal, Silk Smitha


The Dirty Picture (HD) (2011) 
Hindi Full Movie - Vidya Balan - Emraan Hashmi- Tusshar Kapoor
Tapi sorry no English Subtitle



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com