Featured Post

#PrayforPenang

21.1.16

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part I)

Hello people,


Dah lama aku tak buat film review. Aku akan buat review secara pukal dalam artikel ni. Mungkin artikel ni akan ada part II. The reason aku buat review secara pukal sebab semua story yang aku tengok recently in movie theatre, yang aku download or yang aku tengok kat TV, semuanya ni baguih tapi everage sahaja. Takdak lagi yang aku rasa macam betui-betui worth it aku nak cerita sampai satu artikel khas untuk cerita tu sahaja. Lagipun aku malaih.....hahahah dah banyak sangat aku tangguh nak tulis, sekali tengok dalam catatan, dah banyak pulak aku hutang.


So here goes my review pendek untuk semua filem-filem yang aku baru tengok recently.



Enemy at the Gates - Cerita ni tahun 2001. Masa ni Jude Law pun masih muda laksana. Cerita pasai satu askar Russia, sharp shooter yang menewaskan ramai askar Jerman. Jude Law la askar tu. Cerita ni diasaskan berdasarkan kisah benar tapi of course diromantikkan oleh Hollywood. Aku suka cerita ni sebab walaupun cerita ni agak slow, banyak sembang-sembang, tapi setiap kali hero tembak kepala-kepala askar Jerman tu aku rasa macam HOOOOOO!! Teruja ka macam mana ka. Dahsyat sungguh bakat seorang sharp shooter. Cerita ni ada kat FX. Aku bagi 7/10 bintang.


click read more





Fury - Cerita ni dilakonkan oleh bekas-bekas kekasih akak iaitu Brad Pitt, Shea Le Bouf dan seorang anak ikan bernama Logan Lerman. Cerita perang jugak and berdasarkan cerita betul. Brad Pitt ni ala-ala captain untuk satu team askar Amerika yang kerja depa pi bunuh askar-askar Nazi yang duk invade banyak tempat Jerman. Depa naik kereta kebal and akan pi la satu-satu tempat tu and bunuh semua askar Jerman kat situ. And then satu hari, sedang depa dalam perjalanan ke satu tempat untuk battle, kereta kebal depa rosak and tiba-tiba askar Jerman satu battalion nak lalu jalan tu. Depa kena seranglah..........the whole night depa kena serang. Last sekali semua mati and tinggal Logan sorang ja. Aku bagi cerita ni 7/10 bintang.





Star Wars:The Force Awakens – Aku bukanlah peminat Star Wars sangat tapi dah ramai orang suka nak pi tengok cerita ni, aku pun pi layan la. Before pi tengok, aku pun menggigihkan diri membaca Wikipedia pasai semua cerita-cerita dalam Star Wars. So masa aku tengok The Force Awakens ni aku boleh fahamla. Bagi aku, aku seronok tengok cerita ni sebab sepanjang tengok cerita ni aku tak tidur sebab aksi dan elemen suprise dan lawak dalam cerita ni membuatkan jiwa aku enjoy untuk tonton. Cerita Harry Potter yang aku minat gila pun aku boleh tertidur bila Harry and Lord Voldermort duk lawan lama-lama sampai terbang semua. Tapi bila aku tanya abang ipar aku yang betul betul follow Star Wars sejak zaman dia sekolah lagi dia kata The Force Awakens ni dah tak best sebab lani cerita ni dah dibeli oleh Disneyland. So dia punya presentation adalah more to HIBURAN and bukan lagi elemen-elemen ganas dan epic hitam dalam legasi Star Wars. Well i dunno. I bagi 8/10 bintang untuk cerita ni.



The Angriest Man in Brooklyn – Cerita ni adalah filem terakhir lakonan Robin Williams sebelum dia mati. Cerita ini tentang seorang lelaki yang sangat pemarah. Dia marah dengan semua orang. Dengan adik beradik dia, dengan isteri dia, dengan anak lelaki dia, dengan siapa-siapa yang cari pasal dengan dia, and sampaikan dengan doktor yang rawat dia pun dia nak marah. Like the only thing yang ada dalam hati dia hanya marah. Sebab dia duk marah doktor dia, doktor dia ‘tipu’ kata dia hanya ada 90 minit untuk hidup sebab dia ada ketumbuhan otak. So dia frust, dia nak pi bunuh diri dah tapi nasib baik doktor tu usaha bersungguh-sungguh untuk cari dia and explained kat dia elok elok yang dia ada more than 90 minutes to live and pujuk dia agar tidak bunuh diri. In the end, dia mati dengan elok atas katil bersama keluarga yang di sayang. Moral of the story sangat baik, pasai orang yang PEMARAH selalu rugi (oh shit macam kata kat aku sahaja), tapi kan lakonan Robin Williams sangat tahi dalam cerita ni. Dia nampak macam ‘BERLAKON’ in the whole story. Tak macam lakonan dia dalam Mrs Doubtfire dan filem-filem lain yang pernah dia bintangi. And akhirnya, in real life, memang Robin Williams mati bunuh diri juga. Aku bagi 6/10 bintang untuk filem ni. Ampa boleh tengok cerita ni kat Diva.





St Vincent – Aku tak expect apa-apa dari cerita ni. Aku ingatkan cerita lawak bodo-bodo sahaja sebab Melissa McCartney berlakon. Detu kan selalu berlakon lawak. Tapi i found the story is very the touching. Cerita ni pasai seorang ibu tunggal dan anak lelaki dia yang baru berpindah ke kejiranan baru. Sebelah rumah depa, ada satu laki nama Vincent. Tua celaka and suka cari pasai. Tpai satu hari macam mana ka, sebab takdak orang nak baby sit anak laki dia balik sekolah, pompuan ni terpaksa bagi jiran tua ni jaga anak dia. Pakcik ni style caj kau-kau kat perempuan tu. Siye betui. Tapi akhirnya, terjalin satu perhubungan yang unik antara lelaki tu and keluarga kecik ini. Untuk projek sekolah dimana semua pelajar kena cari seorang tokoh yang patut dicontoh sebagai hasil pembentangan, budak lelaki ni pilih pakcik tua ni sebagai tokoh pilihan. Memang pakcik ni baik rupanya, dia banyak memberi pertolongan kepada kawan-kawan dan orang yang memerlukan Cuma kualiti hidup dia yang serba kekurangan yang menyebabkan dia kadang-kadang terpaksa bersifat seperti ASS HOLE. Moral of the story, sayangilah jiran anda. Aku bagi 7/10 bintang.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...