22.1.16

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part II)

Hello people,


Kan aku kata, aku mungkin akan buat ulasan filem secara pukal part II. HAHAHAHA. Memang dah banyak filem yang aku dah tengok recently. Cuma aku yang pemalas nak buat review. HEY JUMIEZAH, silalah bergigihkan diri untuk mengaktifkan semula blog hang ni. Dulu kalau Google apa sahaja kat mesti akan keluar link blog aku kat pencarian page I, lani takdak teruih. Memanglah aku akui tahun 2015 aku banyak pemalaih tulis blog. Tahun ni aku kena rajin balik. Ampa semua sila bagi aku semangat. Pemalas itu adalah kawan kepada syaitan.


Okay hari ni aku sambung cerita pasai filem-filem yang aku dah tonton. Tapi yang aku list ni so far adalah yang worth watching tau!! Ada banyak juga yang bagi aku very the biasa and tak layak nak masuk dalam list ni. Sebab aku ikut saranan Abang Lee a.k.a Razali Ridzuan, dia kata kalau tengok movie, first 10 minutes dah rasa tak best, TAK PAYAH tengok teruih. Aku pegang kata-kata Abang Lee tu. Or maybe nanti aku buat jugak list cerita tak best yang aku tengok recently...so that ampa tak payah buang masa.


So here goes cerita yang aku dah tengok recently ;


Interstellar – Sapa yang IQ tak sampai 387 macam aku jangan tengok cerita ni sebab cerita ni memang untuk orang IQ tinggi. Orang yang IQ rendah macam kakak aku tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess tu kalau tengok cerita macam ni dia akan migraine or kalau nasib baik dia tertidur sahaja. Cerita ni complicated gila kalau aku cerita, aku takut ampa semua tak faham sebab aku tau ampa pun ramai bukan cerdik sangat...hahahahaha......(puki dak penyataan aku?) So aku bagi synopsis paling simple punya. Cerita sains fiksyen ini dihiasi dengan kisah drama anak dan bapak yang membuatkan aku menitiskan air mata. Menceritakan tentang angkawasan yang terbang jauh ke alam semesta untuk mencari satu planet baru untuk dihuni oleh manusia sebab Bumi dah makin lemah. Tapi dah sampai kat planet tu rupa-rupanya planet baru tu pun takdak apa. So on the way nak patah balik, angkasawan tu terperangkap dalam satu ‘cube masa’. Masa dia terperangkap tu la baru dia paham yang selama ini semua tanda-tanda misteri yang dia dan anak dia terima kat rumah bukanlah daripada ‘alien’ yang nak depa cari planet baru tetapi adalah dari dia sendiri. Ini semua adalah fiksyen yang diambil daripada teori-teori ahli fizik dan matematik pasai masa. Teori pasai back to the future la apa semua tu. Tak lama lepas tu, angkasawan ni terselamat dan dapat kembali ke sebuah stesen kehidupan yang dicipta oleh anak dia sendiri. Dia dapat jumpa dengan anak dia balik, tetapi anak dia dah jadi tua sangat-sangat sebab selama ni anak dia duduk di bumi, dan dia masih lagi muda macam tu sahaja sebab selama ni dia terperangkap dalam cube masa. Time ni aku menangis sebab sedih tengok macam mana hubungan anak dan bapak yang penuh dengan kasih sayang. Aku kena perli teruk dengan Khafi.  Aku duk cover mula-mula tak mau nangis depan dia.  Pastu dia duk perli "Ishin...ishin duk nangis ka?"  (Ishin nama rekaan bila kami duk perli buat manja-manja)  

Ampa paham dak cerita aku ni? HAAAAAAAAAAAAA KAN AKU KATA CERITA NI UNTUK ORANG CERDIK PANDAI JA...sapa –sapa yang rasa diri dia bodo jangan duk pi buat pandai nak tengok cerita ni. Aku bagi 8/10 bintang untuk cerita ni.


click read more




The Riot Club – Cerita ni cerita celaka. Pasai budak-budak anak orang kaya yang belajar kat Oxford and depa ada satu group nama The Riot Club. Ala-ala frat boys kat kolej Amerika yang ada undang-undang dan peraturan ‘brotherhood’. Satu malam depa pi dinner yang menjadi ritual dalam club depa. Depa punya mabuk macam Yahudi sampai last sekali depa pukul pemilik restoran sampai setengah mampus. Akhirnya pakcik restoran tu masuk ospital dan depa semua dalam soal siasat polis. Tapi celaka sapa berpakat kata depa yang kena serang dengan pemilik restoran tu and untuk mengelakkan semua orang masuk jail, depa mengambil keputusan untuk letakkan semua blame kepada the newest member in their club untuk menyerah diri atas alasan menjaga maruah club depa. BUTOH pak hang. Ampa akan rasa meluat gila babi dengan perangai anak orang kaya yang takdak life dan tak tau nak respect life sendiri so macam mana depa nak respect life orang? Aku bagi 7/10 untuk filem ni. Ps/ Tapi ampa mesti syiok sebab pelakon dalam cerita ni semua elok elok.





Catch Me If You Can – Cerita ni adalah cerita betul pasai seorang lelaki penipu besaq kat Amerika. Dia punya pandai menipu sampai last sekali lepas kena tangkap, FBI ambil dia jadi tukang check semua fail-fail yang berkait tentang penipuan check dan dokumen. HAHAH gila dahsyat pakcik ni. And sekarang ni, dia masih hidup dan dia menjadi CEO untuk satu syarikat yang member penasihatan tentang soal keselamatan dan perlindungan. HAHAHAH kerlas. Dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio sebagai penipu tu and Tom Hanks sebagai ejen FBI yang duk pi hambat untuk tangkap penipu ni. Dia start daripada menipu jadi pilot, kerja pusing satu dunia dapat layanan first class kat mana sahaja, pastu dia tipu kata dia doktor sampai dilantik jadi ketua kat bahagian emergency hall pastu last sekali dia tipu kata dia lawyer pulak. Gila betui la. Tapi cerita ni berlaku masa zaman 60 an, zaman internet tak wujud lagi. Aku bagi 8/10 bintang.





Boyhood - Cerita ni dapat banyak pencalonan dalam Academy Award. Tapi haram jadah cerita ni takdak apa pun. Cerita pasai budak laki ni dari dia kecik sampai dia dah dewasa. Kisah seorang budak lelaki dalam tempoh 12 tahun hidupnya. Dari dia kecik sampai dia dah nak masuk kolek. Macam mana mak bapak dia berpisah, and dia kena pindah. Dia duduk dengan mak dia, mak dia sambung belajar dan kerja jadi pensyarah. Macam mana hubungan dia dengan bapak dia, dengan kakak dia. Hidup depa susah. Tapi bagusnya budak ni tak end up jadi loser. Sebab at the end of the day, budak ni memang dia sendiri pun jenis baik dan dia focus dengan apa yang dia nak dalam hidup dia. Cerita ni sumpah boring sebab bagi aku sangat mendatar. Tapi satulah yang amazed pasai cerita ni adalah cerita ni memang ambil masa 12 tahun untuk difilemkan!!! Sebab depa tak tukar pelakon pun, memang budak laki ni berlakon dari dia kecik sampai dia besaq!! Aku bagi 7/10 untuk cerita ni.





Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) – Cerita ni pasai seorang pelakon yang dulu pernah popular pada zaman mudanya kerana lakonan dalam sebuah filem superhero BIRDMAN. So lani dia dah tua dia just jadi pelakon teater sahaja. Dia ada show teater yang bakal dipentaskan tapi pada masa yang sama dia duk dapat macam-macam tekanan dalam hidup semuanya sebab dia macam tak boleh nak terima yang dia lani tak popular dan hot muda macam dulu. Boleh jugak dikatakan sebagai mid life crisis. Tapi last sekali, bila dia tekad nak buang bayang-bayang Birdman dalam hidup dia, dia Berjaya membuat satu persembahan yang betul-betul mencuri hati para penonton. Tapi di akhir scene cerita ni, anak dia keluar kot tingkap and tengok bapak dia dah hilang. Aku tak paham!! Bapak dia bunuh diri? Or imej bapak dia yang tak stabil itu dah hilang? Sebab tu anak dia tersenyum kat tingkap? Cerita ni simple tapi diceritakan dalam kontek yang berbeza sebab dari sudut camera dia fast moving image dan dalam prospektif point-of-view. Kadang-kadang dia punya sudut camera macam music video. Cerita ni menang Best Film di Academy Awards last year. Mungkin sebab kelainan cara filem ini diedit. Tak tau ampa tengok la sendiri and nilai macam mana. Filem ni mengalahkan filem-filem hebat lain antaranya The Theory of Everything, Whiplash, Selma, The Imitation Game, Boyhood, The Grand Budapest Hotel and American Sniper. Aku bagi rating 7/10 bintang. Ps/ Edward Norton punya lakonan sangat best dalam filem ni. I wonder, awat laki ni tak pernah menang Oscar?





Wild - Cerita ni aku tengok sat ja pastu aku tidok. So aku bagi 5/10. Cerita pasai satu pompuan lakonan Reese Witherspoon yang tekad nak mengembara kat padang pasir untuk melupakan tragedy sedih dalam hidup dia iaitu kematian ibu dan penceraian dengan suami. Dalam review-review lain dalam cerita ni duk buat macam hebat la pompuan ni style bagpack sorang-sorang, tapi aku tengok dia lagi banyak duk tumpang naik kereta, pi tumpang mandi rumah orang apa semua lagi banyak dari dia duk mengembara. Pastu banyak flashback pasai kisah mak and laki dia. Pastu aku tertidur. Bagi aku cerita ni bohsan.

6 comments:

  1. yg mnhang kata ok nt ak nk donlod hihi

    ReplyDelete
  2. Tak sabaq nak download cerita penipu tu..hahaha!

    ReplyDelete
  3. kak jumie kak jumie..
    AJL 30 plissssss........

    ReplyDelete
  4. Hello Admin!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...