5.1.16

Zac Efron is Back

Hello u olls,

Ampa ingat dak anak kucing I olls yang bernama Zac Efron yang I olls bela sejak bulan September?  Yes,  yang hari tu i buat gempak kat Facebook sampai semua orang ingat aku betul amik anak baby manusia untuk buat anak angkat.

Nak dijadikan cerita,  after two months aku bela dia,  tiba-tiba Zac hilang tak balik rumah.

We olls bela Zac macam kucing kampung biasa.  Biar dia bebas keluar masuk rumah sesuka hati.  Tak sampai hati nak biar dia duduk dalam sangkar.  Lagipun kalau time siang kami pi kerja,  dia duduk dalam rumah and tidoq ja.  Bila kami balik kerja malam baru dia main-main dengan kami,  pastu pi main kat luar,  and bila pukul 11pm bila kami dah nak tidur,  dia pun pandai balik rumah and standby tidur sekali dengan kami.  Subuh-subuh,  dia akan gerak dengan menggigit tangan kami untuk bangun.  Bijak kan?

Hitam bawah mata dia tu,  aku yang bubuh celak kat dia.  HAHAHAH.  Aku duk make up,  dia duk sibuk mai cium cium,  aku bubuh teruih celak kat mata dia.




Zac ni juga jenis mesra.  Keliling rumah kami banyak juga kucing-kucing kampung lain,  jantan pun ada,  betina pun ada.  Tapi dia tak pernah gaduh dengan depa,  siap main-main panjat pokok dengan kucing-kucing tu.

Bukan ja dengan binatang lain dia mesra,  dengan pak guard sekolah tepi rumah kami pun dia mesra.  Siap duk pi lepak kat guard post tu.  Pak guard sekolah tu sampai siap makanan untuk dia,  kalau dia mai,  depa akan bagi makan.  Selain pak guard,  Zac juga mempunyai hubungan yang baik dengan Mamak Roti dan juga Apek Aiskrim.  Mamak roti selalu akan bagi dia serpih roti kecik-kecik untuk dia makan.  Sejak itu Zac memang suka makan roti and kami pun terpaksa beli stok roti dan suap dia everyday.

Khafi kata,  Zac ni KUCING bangsa Pakistan style makan roti banyak.

Kalau tengahari dia dengar bunyi loceng Apek Aiskrim,  Zac pun akan lari meluru ke luar sebab Apek Aiskrim pun suka bagi dia kotak aiskrim potong yang ada belen sikit-sikit.  Zac akan jilat aiskrim di bawah pohon pisang dengan sedapnya.

Bila Zac tak balik dua hari,  aku pun mulai risau,  kami pi tanya kat mamak gunting rambut,  tanya jiran-jiran belakang rumah,  tepi rumah,  pi tanya pak guard....semua kata tak nampak dia!!  Ish pelik!!  Dah masuk seminggu,  Zac tak balik jugak.

Zac jugak mempunyai tabiat suka tidur kat atas pokok ataupun bawah-bawah kayu kat garaj rumah aku.   Kadang-kadang bila cari dia tak jumpa,  jerit-jerit nama dia,  satgi dia akan keluar celah-celah pokok dengan daun kering melekat kat badan.

Tapi ni takdak pun!!

Hari-hari aku nak pi kerja,  bila balik dari kerja,  aku akan buat jerit-jerit panggil nama Zac.  Kot kot la dia dengar suara aku.

2 minggu Zac tetap tak balik.

Aku sedih u olls.  Tambah-tambah bila malam nak tidur,  aku akan baca 9GAG and ampa tau la kan komuniti 9GAG menganggap kucing sebagai dewa.  Banyak sangat posting pasai kucing.  And bila tengok kucing depa semua,  aku pun jadi sedih.

Aku mesej kawan aku Khairul Syahmi Ibrahim kat Facebook,  dia pernah melalui pengalaman kucing hilang sampai berbulan.  Dia pun ceritalah macam mana dia jumpa kucing dia semua.  Aku tak respon panjang kat Syahmi sebab dia bagi punya cerita pun bagi aku sedih.  Alhamdulilah lepas usaha untuk mencari semua,  kucing Syahmi dijumpai semula.

Sebelum cuti Krismas menjelma,  aku dan Khafi merancang untuk pergi bercuti di Perlis.  Saja la nak jalan-jalan sana,  makan laksa,  tomyam authentic Thai,  lokceng (Thai's  grilled sausage),  pi Padang Besaq,  feeling Kisah Hati kat Timah Taso dan macam-macam lagila.  Kami pun dah buat booking yang sepatutnya.

Kami memanglah sedih bila Zac takdak,  tapi kami redha.  Takdakla sampai nak feeling menangis teruk-teruk.  Sebab kami percaya daya ikhtiar hidup (survival) seekor kucing adalah lebih bagus daripada seorang manusia.  (Kadang-kadang).

Nak dijadikan cerita,  pada petang 23 Disember 2015,  sebaik Khafi nak keluar rumah untuk ambil aku balik kerja,  tiba-tiba Khafi jumpa Zac bawah pokok depan rumah kami.

"Meowwwww...."  sapa Zac lemah.  Mata dia macam kuyu.  Khafi cepat-cepat angkat Zac dan bagi dia masuk dalam rumah.  Memang inilah kucing kami Zac.  Tapi,  kat leher dia ada collar warna hijau.

Ini menunjukkan bahawa,  Zac diambil orang!!  Orang tu mungkin dah kurung Zac dan after two weeks,  Zac telah berjaya lari mai kat kami.  Khafi pun bagi Zac makan apa semua,  pas makan,  dia terus bawak Zac naik kereta dan mai amik aku balik kerja.  Betapa seronoknya aku jumpa Zac balik.  Aku peluk dia and cium dia.

Bawak Zac balik rumah,  kami tutup all pintu and tingkap tak bagi Zac keluar.  Thank to Cik Syahnaz banyak bagi tips macam mana nak handle kucing yang sesat and baru nak balik rumah.  Yes,  Zac jadi macam trauma and agak lemah.  Tak berapa lalu nak makan,  takut-takut,  banyak mendiamkan diri,  tak mau main.  Dan kami pun amik keputusan untuk membatalkan percutian kami sebab takut kalau kami tinggal Zac,  dia ingat kami tak sayang dia dah.

After three days,  kesihatan Zac makin susut.  Dia langsung tak mau makan and duduk diam sahaja.  Dia punya 'PUURRR' pun tak bunyi.  Okay,  kalau kucing ampa tak bunyi PUURRR tu maknanya pernafasan dia sangat lemah.  And its not a good sign.

Kami pun bawak dia pi klinik and cerita semua kat doktor.  Doctor pun bagi Zac antibiotic and vitamin.  Depa check darah dia,  and memang ada virus tapi tak ta lagi virus apa.  Hopefully dalam masa seminggu ni,  kalau Zac tak okay,  kena bawak dia mai klinik dan bagi dia ubat lagi,  kalau dia okay............so nanti after two weeks baru bawak dia untuk rawatan biasa :)

And alhamdulillah,  after seminggu Zac kat rumah,  kami bagi dia ubat kutu,  bagi dia ubat,  baru dia sihat!! Lani dia dah makan banyak balik and suka duk main tak berhenti.  And of course,  kami dah izinkan balik dia untuk jadi monyet jadian di keliling rumah.  Kami pun rasanya dah tau sapa celaka yang curi kucing kami tu.  Bukan orang kampung kami,  tapi dia duduk kat kampung kami lani.  Aku nak pi tendang pintu rumah depa dah,  tapi laki aku tak bagi bini dia berperangai haiwan.

Pak Guard,  Apek Aiskrim dan Mamak Roti semua pun dah happy sebab Zac dah balik.  Kami pun bagi collar baru kat Zac warna hitam.

Sekian sahaja cerita aku dan kucing kami yang bernama Zac.  Sayangilah haiwan dengan baik,  sebab depa pun ahli syurga u olls.



First day dia balik,  kami duk main depan rumah.



 Lepas rindu tidoq kat perut aku setelah sekian lama.  Yang hitam tu perut aku yang lapisan kedua.
HAHAHAH


Ni la collar yang celaka tu pasang kat Zac.



Welfie masa kat clinic.



Zac masa tak sihat.  Dia duduk macam ni ja.


Inilah gambar Zac terbaru.  Dah gemok balik,  makin sihat dan cergas sampai tak tau nak duduk diam.


2 comments:

  1. yaiiyyy, Zac dah okey balik.. Kucing kami yang hilang tu pun dah naik berat badan. dalam 2 minggu ja da naik setengah kilo.. cuma masih on medication.. punya sayang kat kucing, sanggup buat apa pun.. haha..

    ReplyDelete
  2. Ptt kena kebas..bulu kembang ,muka iras2 retis dlm citer apa ntah..mudah2 zack sihat wallafiat dan happy dok ngan mommy jumie..dah ..jgn dok merayau sgt..nnti kena culik dgn org pakai van putih lak

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...