29.2.16

This Is Not My Real Face Soooo.....

Hello u olls,

Ingat tak hari tu aku pernah share satu video kat Facebook page aku tentang budak sekolah duk bergaduh sebab terkutuk guru besar depa.  Pastu dia buat cacat-cacat and dia kata "This is not my real face so...."

Video tu adalah lawak sangat sebab budak tu sendiri pandai berlakon.  Pastu satu hari,  kawan aku kata "Jumie hang pi cari video pasai budak Afrika tu.  Ada banyak lagi video pasai dia,"

Korek punya korek aku pun jumpa Youtube Channel yang dibuat oleh pakcik budak ni bernama Mark Angel.  Haram nama macam porn star.  So jom tengok video-video budak ni.  Pastu ampa jangan lupa tau follow dia punya laman sosial semua.





click for more video

26.2.16

Ulasan Red Carpet Grammy 2016

Hello u olls,

Red carpet untuk Grammy Awards 2016 kali ini adalah langsung tidak best.  Siriesly.  Majlis yang berlangsung pada 15 February yang lalu menjadi hambar maybe because takdak banyak artist hot hot dan fashionista yang attend the red carpet like Rihanna,  Katy Perry,  Beyonce dan lain-lain and Lady Gaga ada pun tapi pakai baju tak best langsung.
Tapi takpalah,  jom kita tengok apa ja baju yang depa pakai untuk red carpet Grammy 2016 ini.





Ulasan Majlis Anugerah Grammy Awards 2016

Hello u olls,


Ampa dah tengok ka Grammy Awards yang berlangsung baru baru ini? Grammy Awards adalah Academy Awards untuk penggiat seni muzik la u olls. Depa punya anugerah berprestij macam ni takdak nak pakai tema-tema tertentu u olls. Depa ada class tersendiri u olls. Focus utama adalah memberikan anugerah kepada mereka-mereka yang terbaik dalam bidang seni muzik untuk tahun berkenaan dan sebelum-sebelum ini pada masa yang sama, sebagai sebuah majlis anugerah muzik, of course persembahan muzik semuanya adalah meletos berlaka.


Ramai artist hebat yang membuat persembahan pada malam itu, daripada balada, pop, hip hop rap, country hinggalah persembahan teater Broadway yang di bawa live daripada NY. Kesemuanya 19 persembahan!




25.2.16

Dinner in The Sky Penang 25 Feb to 25 Mac 2016

Hello u olls orang Penang sekalian,


Ampa tau dak bermula hari ni 25 Feb hingga 25 Mac ni akan berlangsung event Dinner in The Sky Penang.  Apa benda alah event ni?   Kalau ampa tak tau apa benda alah ni nampak sangat ampa ni style tak pernah nak keluar rumah and the only thing ampa tau kat dunia ni adalah drama cinta Melayu kat TV.  Haram jadah betui la.....



Dinner in The Sky ni adalah satu event ala-ala roadshow gitu dimana depa akan gantung you olls menggunakan kren setinggi 4-5 tingkat (lebih kurang) dan u olls boleh la makan (fine dinning ya) kat atas tu dengan guest lain.  Nak dapat experience ni bukan free-free ya,  of course kena beli tiket dan sah-sah satu- satu tiket adalah mahal nak mampus.  Satu tiket (akak dah pi check) berharga RM599.99 seorang.  Boleh beli online.

click read more

24.2.16

Dilema Seorang Gadis Yang Enggan Kongsi Gambar Bogel Dengan Kekasih

Dear Kak Jumie,


I am not happy with my relationship. It used to be sugar sweet but not anymore. I don’t know where to start because I am partially to be blamed but I am certain this is not what I want in life.


Kami bercinta dah lama, bertahun-tahun. Dia ni baik, soft-spoken, penyabar. Kontra dengan saya. Saya jenis baran and out-spoken, kalau tak puas hati saya cakap terus terang je tak kira dengan siapa. Mungkin sebab tu orang nampak saya rude tapi saya memang tak boleh cakap belakang, kalau tak puas hati cakap direct masa tu and setel masa tu jugak. (saje je nak gtau kita perangai sama huhuhu)


Picture from Google Image.

I admit my mistake, I was young and naïve and buta kerana so-called love. Saya tak reti bercinta, jadi saya give all out. Saya sayang dia sangat-sangat sebab dia sentiasa ada untuk saya dan a very good listener. Saya dengan family tak rapat, and ayah saya pernah benci saya jadi bila ada orang luar like him duk mai kata sayang tunjuk affection bla bla bla, I fell for it.


At first, it was so amazing to be in love with someone like him. My friends envy me for having such a loyal guy like him. But they don’t know what I have to do in order to keep him loyal.


Saya terpaksa puaskan nafsu dia. Not directly but through the media, dia keep asking for my nude, duk video call sambil mengeluarkan ayaq dia. Salah saya sebab bagi. Saya nak dia stay dengan saya. Tapi one day, saya rasa macam, sampai bila aku nak hidup lagu ni? Saya ni bertudung tapi duk bugil depan laki asing. This is so wrong. Saya bukanlah perempuan lindungan Kaabah ke apa, but saya fikir kami ni bukan nak kawen esok lusa, maybe years, maybe not.


So last year saya try slow talk. Saya cakap elok-elok, saya dah tamau buat lagu ni. Tak elok. Kalau awak sayang saya pun awak tak buat lagu ni. Tapi dia tak boleh terima. Dia merajuk, berhari-hari dingin dengan saya. Lepas tu bila dah kami dah okay, dia akan minta lagi benda yang sama. Bila benda ni duk jadi berulangkali saya pun jadi upset dan saya mengalah dengan kehendak dia. But after that I will cry, saya rasa jijik dengan diri sendiri. Benda ni duk jadi repeatedly.


Point dia bila saya bangkitkan benda ni, dia akan fire saya by saying kalau tamau awat dulu-dulu bagi? Kalau betul-betul nak berubah jadi baik awat duk ada insta lagi? Dia kata apa salahnya buat untuk dia ja. Kami kan saling menyayangi.


Kami memang duk gaduh pasai ni ja. Lama-lama bila kita duk buat benda kita tak suka saya jadi tawar hati. Bila saya duk ugut nak break up dia tamau and dia insaf sat. Duk kata jangan tinggal solat semua tapi malam-malam bila ayaq naik kepala duk nak tengok saya sambil melampiaskan serakah.


Ulang balik, benda ni happen for many years already since saya kata tamau buat. Saya akui memang saya ada silap tapi saya dah taknak bergelumang dosa. Duk solat, pakai tudung, puasa cukup tapi jadi pelampias nafsu orang melalui gambar bugil.


Jadi selaku orang yang sangat shallow in love and life, saya nak tanya betui ka apa kami buat? Semua ni salah saya ka? Kalau tak betui am I being selfish if I were to break this bond?


Please write back Kak Jumie.

Yang benar,
Si Gadis


Tyra Banks Kini Bergelar Ibu

Hello u olls,

Okay!! Akak tak tau pun pompuan ni sebenarnya duk kapel dengan photographer yang selalu buat photoshoot dalam ANTM iaitu Eric Alsa.  Kisahnya,  pada hari Valentine's yang lalu kedua-dua mereka telah mengisytiharkan kehadiran anak mereka berdua yang berdua bernama York Banks Asla. melalui Instagrammnya.


Tyra Banks and Eric Asla

23.2.16

Waktu Rehat di Sebuah Sekolah Rendah di Saitama Jepun

Hello u olls,


Hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang sebuah dokumentari ringkas tentang apa yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Saitama Jepun ketika waktu rehat. Kalau kita kat Malaysia, waktu rehat adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi tidak dinafikan pada masa yang sama adalah satu kekecohan.


Akak ingat lagi masa akak sekolah rendah, akak pengawas so bolehlah turun rehat awal untuk membeli makanan dan sebagainya. Sekolah rendah akak adalah sekolah yang kecil. And waktu rehat masa sekolah rendah adalah sesuatu yang menyeronokkkan sebab time tu juga kita boleh main dengan kawan-kawan. Masa kecik-kecik, ingat nak main saja kan?


Bila masuk sekolah menengah pulak, akak sangat suka rehat sebab ini adalah waktu makan!!!! Inilah satu-satunya subjek yang kalau ada peperiksaan akak akan mendapat markah paling tinggi. Kami mempunyai pakcik kantin yang best iaitu Pak Ali dan setiap hari Selasa, Pak Ali akan membuat nasi ayam. Dan setiap hari Selasa juga adalah hari dimana semua pelajar Senjojes akan berlumba-lumba untuk pergi beratur beli nasik ayam from Pak Ali. Oh ya, tak sambung lagi cerita pasai akak dan gang-gang akak yang akan makan kat parit belakang blok H?


Cincin Pertunangan Paling Ikonik Di Dunia

Sebuah syarikat barang kemas terkemuka dari United Kingdom iaitu George Pragnell telah menerbitkan sebuah infografik di laman rasmi syarikat mereka tentang 6 buah cincin pertunangan paling ikonik di dunia setakat ini.  Daripada cincin pertunangan Queen Elizabeth II dengan Prince Phillip hinggalah kepada cincin pertunangan anaknya Prince Charles dan mendiang Princess Diana yang kini menjadi tanda percintaan antara cucundanya Prince William dan Kate Middleton.

Infografik ini adalah sangat menarik kerana dilengkapkan dengan lukisan yang mempunyai maklumat lengkap tentang berat batu permata,  jenis-jenis batu permata dan logam mewah yang digunakan untuk membentuk cincin tersebut.


Jom kita tengok infografik yang menarik ini.

1.  Cincin pertunangan antara Queen Elizabeth II bersama Prince Philip
Tahukah anda bapa Queen Elizabeth II adalah King George yang digambarkan dalam filem King Speech sebagai seorang raja yang struggle dengan masalah gagapnya.  Sorrylah tersasar sikit fakta tambahan yang aku bagi ni.  Cincin yang diberikan oleh Prince Philip ini ditempah khas untuk Queen Elizabeth daripada batu berlian yang diambil daripada tiara milik mendiang ibunya Princess Andrew of Greece and Denmark.  Batu batu berlian daripada tiara itu juga digunakan untuk membuat hadiah perkahwinan kepada isterinya Queen Elizabeth yang berupa gelang tangan yang diperbuat daripada emas putih.  Mesti sebab tiara tu dah lama dan mungkin rosak,  sebab tu la kot anak dia amik buat cincin kat bakal menantu.



click read more

22.2.16

Menyaksikan Belon Udara Panas di Penang

Hello u olls,

Baru-baru ini jugak seperti ampa tau maka berlangsunglah pertunjukan belon udara panas di Penang. Ini adalah penganjuran yang kedua. Walaupun banyak komen negative daripada orang ramai tentang lokasi yang tak sesuai (sebab tempat tu naharom depan Hospital Besar Pulau Pinang – orang tak mau jem nanti menyusahkan ambulance) and jangan lupa kejadian belon yang terjatuh di kawasan jerat Cina yang menggemparkan, so tahun ni depa buat lagi di tempat yang sama.



Siriesly, kalau tak buat kat Padang Polo nak buat kat mana lagi? Padang Brown? Padang USM? Ermm...tak tau la Penang ni bukan besaq u olls. Alih-alih buat kat mana pun akan jadi jem jugak u olls.


So tahun lepas katanya I olls tak berkesempatan nak pi tengok belon udara panas ni, tak tau la pasaipa. Mungkin sebab aku duk feeling plan macam-macam last sekali semuanya tak jadi. Tapi kali ni aku buat relaks ja, buat macam tak tau pun. Tup tup pada hari kejadian, aku bukak website Penang Hot Air Balloon, tengok aturcara program and teruih call kawan aku Haleesa. “Wehss.....jom pi tengok belon udara panaih?”


19.2.16

Too Short Semua Tak Sempat (The Ipoh Getaway)

Hello u olls,


Kalau ampa nak tau masa Cuti Raya Cina baru baru ni akak dan orang tua akak telah mengepi ke Ipoh untuk meraikan majlis perkahwinan anak buah I olls (anak kepada sepupu) di sana. Memang look forward nak datang ke kenduri ni sebab last 2015, I olls terlepas untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kepada anak buah I olls di sana juga. I memang suka la kenduri kenduri kawen ni u olls, berjumpa adik beradik, buat ramai, gelak-gelak, selfie and paling penting karaoke. Tambahan pulaks sekarang ni, I olls dah bebaskan diri daripada kerjaya sebagai Make Up Artist oleh itu boleh dikatakan every weekend I olls adalah FREE dan boleh spend time dengan family dan kawan-kawan tersayang. Kalau dulu, time family kenduri, time tu la jugak aku akan busy duk contiang muka orang.


Tapi tula u olls, bila eksaited sangat kan? Harapan we olls memang tinggi especially nak lepak bersama-sama adik beradik dan sanak saudara. Tapi malangnya, apa yang kita rancang Tuhan yang menentukan. Walaupun kami semua duduk satu hotel, tapi tak tau pasaipa waktu yang kami lepak bersama-sama sangatlah sedikit dan boleh dikira minitnya dengan jari. Dipendekkan cerita, bila semua orang dah balik ke negeri masing-masing maka meraung-raunglah kat WhatsApp group.  Tak puas gathering katanya.


Oleh itu, berikutlah beberapa keping gambar yang I olls ingin layurkan kepada kalian semua dengan selitan cerita-cerita ketot untuk bacaan u olls.


Tak Habis Menyusahkan Penduduk Kampung Pisang Ni
Kami bertolak dari Penang pada hari Jumaat,  5 Feb sebaik selesai solat Maghrib.  Alhamdulillah highway menuju ke selatan tanah air tidaklah jem so kami 3 buah kereta bolehlah membawa kereta dengan selesa.  Laki akak kerja hujung minggu itu tak dapat nak cuti oleh itu akak terpaksalah mengedrive pada malam itu.  Bapak I olls bukan nak nampak sangat kan?  So dah setengah perjalanan,  kami berhenti kat RnR Bukit Merah.  Nak dijadikan cerita,  masa kami semua duk makan,  aku perasan ada satu mamat duk duduk kat meja bertentang dengan kami.  Dia duduk sorang.  Muka macam familiar.

Aku denagn konfidentnya pergi menegur dia.  "Assalamualaikum...abang ni berlakon Man Laksa kan?"  hahahah konfident dak aku tup tup terus tegur pelakon.

"Ehkk...bukan kot..."  abang tu macam menafikan.  Dia menggelengkan kepala dia.  Aku dah mulai cuak.  Tapi aku pun sambung bertanya;

"Okay okay...silap...Hantu Kak Limah Balik Rumah?"  aku tanya lagi sekali sambil membeliakkan mata aku.

"Ye...betul la tu..."  Hahahah pastu aku pun senyum senyum and bye bye macam gatai dan menjauhkan diri dari meja dia.  Mesti abang tu macam pelik tengok makcik-makcik berbadan gemok ni tiba-tiba duk mai macam tu.


17.2.16

Lady Gaga - National Anthem - Super Bowl 2016 (HD 1080p) Full Video

Kerlasss Lady Gaga performed Star Spangled Banner (Lagu Kebangsaan Amerika Syarikat) kat pembukaan perlawanan Super Bowl 2016.  Ini adalah tradisi Amerika untuk menyanyikan lagu kebangsaan depa di awal permainan sukan dengan cara solo ala-ala penyanyi gereja gitu.  Kat Malaysia pun ada jugak yang feeling nak ikut,  katanya nyanyi Negara Ku ala-ala RNB pastu kena hentam noks.  Toksahlah kita ni nak tiru sangat orang.  Kalau dah tak pernah buat,  tak payah buat.  Kalau nak buat pun,  tak yah feeling nak tukar melodi apa bagai.

Anyway,  tak mau bebel banyak,  jom tengok persembahan nyanyian Lady Gaga yang super ohsem dan mak rasa bangga sebab walaupun pondan ni kulit putih tapi nyanyian dia feeling penuh soul ala-ala kakak-kakak black.

Mak suka!

Donch y'all be talking bout my race.




16.2.16

Formation (Dirty) by Beyonce



Hello mak ayam semua,

Baru minggu lepas aku post kat blog aku pasai lagu terbaru sepupu ku Beyonce dengan Coldplay bertajuk Hymm.  Lagu tu actually feat Beyonce saja nyanyi light-light kat ujung lagu.  Tak sangka minggu ni,  Beyonce dengan celakanya mengeluarkan single terbaru bertajuk Formation siap dengan video clip,  seiring dekat website dia dah boleh beli merchandise dengan design yang bertemakan lagu Formation ni,  announce dia akan buat world tour and paling celaka,  mencuri pemandangan dalam persembahan Coldplay untuk Superbowl Halftime Show.

Hari hari aku bukak IG dia takdak pung update,  sekali keluar nenjia dengan lagu baru apa semua.

Susah nak cari video clip ni kat Youtube sebab dia dikategorikan sebagai UNLISTED.  Video macam ni selalunya disebabkan oleh kandungan dalam video yang keterlaluan yang mungkin tidak sesuai untuk tontonan umum.  So aku pun share the direct link kat sini and hope ampa sudi menontonnya.



My pendapat

Why people always love + hate bitch ini adalah kerana dia adalah unik,  berani dan always menerajui trend masa kini.  Yes,  memanglah ada kalanya apa yang dia buat seperti fesyen dan make up adalah apa yang pernah dibuat oleh artist pada zaman dulu tapi ternyata untuk zaman kini,  dia yang akan mula mengulangnya dan selepas itu menjadi trending.  Inilah juga yang berlaku dalam video music Formation.

Lagu ini adalah berkisar kepada semangat jati diri sebagai wanita kulit hitam yang berasal daripada selatan Amerika.  Well,  kalau ikutkan orang Amerika selalu memang pandang rendah dengan those yang mai dari south sebab depa ni dikatakan miskin dan kerajaan tempatan tidak pandai mengaturkan wang untuk kebaikan rakyat tempatan.

Aku rasa aku lagi suka lagu dan video clip ini kerana inilah sebenarnya Beyonce kulit hitam yang sentiasa pegang imej kuat dan teguh and yet,  still seksi yang mengghairahkan.  Aku tetap suka video-video clip dalam album 2014 tu tapi ampa mesti setuju kalau aku kata video klip dan lagi-lagu dalam album tu semua feeling macam WHITE.  (Donch y'all be talking bout my race --- diucap dengan nada wanita black).

And yes,  video ini menampilkan Blue Ivy yang kini sudah besar sikit.  :)


Muka Jay Z sangat.


Jom tengok video,  click read more.


15.2.16

Ulasan Filem The Danish Girl

Hello u olls,

Danish Girl adalah antara filem 2016 yang paling aku nantikan. Dahsyat sungguh Eddie Redmayne tahun ni sahaja aku rasa dia ada dua filem yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat, one is Danish Girl dan satu lagi filem adaptasi daripada buku tambahan dari kisah Harry Potter tulisan JK Rowlings yang berjudul “Magical Creature and How to Find them”.

So untuk Danish Girl, tak sangka dah ada versi download yang very the clear. Akak pun download cepat-cepat dan tonton di rumah. Cerita ini mengisahkan tentang kisah benar seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai antara pertama di dunia ini menjalani SRS ataupun sex reassignment surgery untuk menukar jantina daripada seorang lelaki kepada seorang wanita. Berlatar belakang pada tahun 1920 an, kisah ini membuka perspektif yang sungguh unik kerana bagi I olls kerana pengkisahan ini berlatar belakang tahun 20 an yang mempunyai latar sosial yang berbeza berbanding sekarang.




Sinopsis

Kisah ini bermula apabila Gerda Wegener yang tidak sabar menantikan model wanita yang dijadualkan untuk datang ke rumah untuk menyiapkan lukisan potretnya, meminta suaminya Einar untuk menjadi model wanita dengan menyarungkan sarung kaki wanita dan memakai kasut wanita. Tanpa disangka, pengalaman intimasi antara Einar dan sarung kaki wanita ini membuka satu pintu tentang kisah sebenar identity hidupnya yang selama ini ditutup dengan penuh rahsia.

Einar sebenarnya memang semenjak kecil adalah seorang wanita yang terperangkap dalam tubuh badan lelaki. Sejak kecil dia menyedari perasaan itu, pernah jatuh hati dan mencium mulut teman sepermainannya dan tetapi apabila menjangkau usia dewasa dia sudah terbiasa dengan menutup segala perasaan itu agar terus dilupakan. Dia akhirnya berkahwin dengan Gerda dan perasaan wanita itu tersimpan erat di bawah perwatakan lelaki / suami seperti mana dia hari ini.

Sejak tragedi sarung kaki itu, Einar menjadi ‘model wanita’ untuk karya-karya portrait isterinya yang lain. Dia jadi ghairah ketika membuat posing-posing meletops di atas couch. Aku suka scene ni, bila dia duk pose ala-ala gedikslina, pastu bini dia kata “Hang over....” pastu dia balaih balik “Hang yang encourage dia...” So suasana transisi lelaki-perempuan ini bermula dalam keadaan ‘JOKES’ or main-main antara Gerda dan suaminya Einar.



12.2.16

Foto Perkahwinan Menggunakan Iphone S6



Persoalannya,  ampa berani tak hire photographer untuk ambil gambar wedding ampa dengan hanya menggunakan Iphone?

Iphone,  Samsung,  Lenovo or what so ever.  Janji smart phone.  Dan bukan DSLR.  Ampa berani dak?  Well itulah yang dibuat oleh dua pasangan dari India yang telah berani mempertaruhkan majlis perkahwinan mereka yang maha grandis di Udaipur,  India berlangsung lip lap sepanjang 3 hari 3 malam dengan hanya memberikan hak fotografi kepada sahabat mereka yang juga seorang jurufoto profesional dengan hanya menggunakan smart phone Iphone 6S.

Jurufoto tu bernama Sephi Bergerson seorang jurufoto yang berasal dari __ dan telah menetap di India for quite sometime menyatakan,  pada mulanya bila dia bagitau dia nak cari pengantin yang berani nak buat projek photo kahwin menggunalan Iphone adalah bukan pencarian yang mudah.  Of course pengantin berasa sangsi dan tidak mahu majlis sekali dalam seumur hidup dihantui dengan foto yang tidak cantek.  Akhirnya,  dua sahabatnya bersetuju.


11.2.16

Ulasan Filem Animasi Inside Out

Hello u olls,

Lamaaa tak tengok cartoon best (the last cita cartoon best yang aku tengok adalah How To Train Your Dragon 2, cerita tu best nak mampus...tapi aku malaih nak buat review kat ampa), so baru-baru ni aku tengok satu cerita kartun yang sumpah best dan aku rasa cartoon ni adalah lebih sesuai untuk orang orang besaq berbanding orang kecik.

Cerita itu adalah Inside Out.



Sinopsis

Cerita kartun ini mengisahkan tentang empat ‘perasaan’ penting yang mengatur perjalanan emosi dalam hidup kita dan sekali gus menjadi penyebab utama kepada beberapa tindak tanduk penting dalam hidup kita. Empat perasaan penting ini adalah “Joy”, “Fear”, “Sadness”, “Disgust” dan “Anger”. Depa ni semua duduk kat HEAD-Quaters iaitu kepala kita. So setiap kali apabila kita buat apa-apa atau something terjadi kat kita, depa lima orang ni la yang akan tentukan perasaan kita. Setiap perasaan yang di-projek oleh lima orang ni akhirnya akan tersimpan dalam bola-bola memory dan bola bola memori ini akan mengikut warna perasaan kita. Joy colour cahaya something like kuning bercahaya, fear warna kelabu, disgust warna hijau dan anger of course warna merah.

Sekali sekala bila something penting berlaku, bola memori asas (core memory) akan terhasil dan menjadikan pulau-pulau perasaan utama dalam hati kita.

So perjalanan kisah-kisah perasaan ini adalah berdasarkan seorang budak perempuan bernama Riley yang berasal daripada Minnesota dan terpaksa berpindah ke San Francisco bersama ibu bapanya. So dalam proses perpindahan ini, ‘perasaan-perasaan’ dalam head quaters Riley jugak sedang mengalami konflik sebab Joy macam nak control everything (That’s what i see) dan menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Sebab itu, Riley akhirnya jadi sedih, jadi buntu dan akhirnya membuat keputusan untuk lari rumah.



10.2.16

Pinata Party KL

Diyana Yang dan pinata-pinatanya.

Hello u olls,

Oleh kerana pengaruh Amerika yang amat kuat dalam kalangan masyarakat Malaysia, sekarang ni kalau nak birthday kita mesti nak kena ada PINATA (bunyi dia pin-ya-da. Sebut betul betul ya....jangan duk kampong sangat bunyi PI-NA-TA). Apa benda alah piñata ni?

Pinata ni adalah sejenis hiasan yang diperbuat daripada kotak / kertas yang dihias dalam bentuk haiwan selalunya kuda yang di dalamnya berisi gula-gula. So masa hari birthday, birthday boy/girl akan dikatop matanya dan diberikan kayu. So dalam keadaan mata tertutup, birthday boy/ girl tu kenalah pukul piñata tu sampailah semua gula-gula keluar daripada piñata tu. And dikutip oleh kawan-kawan yang mai birthday party dia.

Dulu masa birthday anak menakan aku, nama dia Iffan aku buat la piñata ni. Tapi aku style tak creative langsung, aku hanya balut kotak bentuk petak dengan keras pastu gantung kat pokok. Pastu aku bagi cota (cota betul yang laki aku simpan dalam kereta – KANTOL kereta ada senjata) kat anak menakan aku untuk dia pukul piñata tu. Itulah satu-satunya pengalaman aku dengan piñata.

Okay ampa dah tau kan piñata tu apa?

Hari ni aku nak share dengan ampa satu kakak meletops ni from KL yang membuat perniagaan mereka bentuk piñata customized yang sangat cantek dan meletops. Aku sangat suka dia update macam-macam kat Facebook beliau kerana hasil kerja piñata beliau sangatlah cantek, bewarna-warni yang terang dan hasil kerjanya bagi aku adalah kemas dan halus. Tak hairan apabila banyak syarikat korporat yang menempah piñata daripada beliau untuk majlis-majlis rasmi depa. Antaranya IKEA dan juga TM.


3.2.16

Antara Boyfriend Ku dan Skandal Gelap Ku

Warning : Cerita ni agak celaka sikit. Harap Kak Jumie bersabar dalam menjawab.


Saya ni seorang wanita berkerjaya, masih muda, boleh kata cantik juga lah. Dah ada teman lelaki yang serius, tapi lately ada problem. Sebab dalam kerjaya saya memerlukan saya untuk selalu jumpa clients.


Nak dibuat cerita, tersangkut dengan seorang client ni. Mula mula dia pursue bagai nak gila. Lepas tu macam nak taknak. He's a nice guy (I thought he was), smart, intelligent, kaya, charismatic, tapi masalahnya dia 15 tahun lagi tua dari saya. And the worst part is....he's married with kids.


Mula-mula cuak juga, tapi lama-lama macam cuba nak go with the flow. Dalam hati tahu bukannya nak serius dengan dia pun. Dia pun cakap dah dia taknak serius, taknak komitmen, bla bla. Tapi lama-lama rasa macam dah tersangkut dengan dia.


Tak tahu kenapa hati ni bodoh sangat taknak terima. Sampai sanggup buat semua untuk dia. Sampai sanggup curang dengan boyfriend yang bertahun-tahun ni. And by the word 'curang' tu, I did lots of things with this client that I will never forget myself for doing so. Maybe harapan dia boleh berubah.


Sekarang my current boyfriend dah tahu dan dia call client saya tu. God knows what they talked about. Dah bergaduh-gaduh, tapi my current boyfriend still maafkan saya. Bila dia dapat tahu, dia menangis, dia dah nak tinggalkan saya, tapi dia cakap 'Kalau I tinggalkan you, you takkan ada siapa-siapa dah. I taknak you jatuh. You are at the peak of your career. I tau you boleh berjaya, and I will be there for you. Lets do this together and forget this incident'.


Lepas tu client tu terus block my whatsapp. After a while, dengan perasaan tak serik, I made a drastic move. I asked the client to call me and settle this issue. Saya nak tahu penghujungnya, taknak benda tergantung. Dia call, tapi cara dia call tu bukan sesuatu yang pleasant. Dia tinggikan suara, dia cakap semua ni membuang masa dia. Like a total waste of his time.


Saya dah berminggu minggu menangis nak lupakan masalah ni. My boyfriend lately hari hari jumpa saya sebab dia tahu saya perlukan support. Now, I am asking for advice.


1.    Saya sayang boyfriend saya. Dia adalah manusia yang paling sempurna pernah saya jumpa. Tapi tak tahu kenapa saya dah tawar hati dengan dia. Saya tahu kalau saya hilang dia, confirm saya takkan dapat balik lelaki macam ni. Handsome, kacukan juga, sayangkan keluarga dia, sangat ambil berat, romantik, lembut tutur kata, tak pandang wanita mahupun lelaki lain. Macam mana nak sayangkan dia balik? Saya tahu saya still sayangkan dia. Cuma saya distracted dengan semua yang berlaku.


Dan kak, bila saya cakap boyfriend saya baik, memang dia baik kak. Saya pernah cuba suruh ramai orang tackle dia. Memang tak lut. Dia takkan reply. Bila ada perempuan nak jumpa, dia akan bawa saya. Dia takkan sorok saya dekat siapa-siapa pun. Banyak kali dah test, memang tak ada. Yang test tu pun bukan calang-calang orang. Ada yang lagi cantik, lagi kaya dari saya. Memang tak layan. Saya mula-mula ingat dia gay, tapi lepas test dengan lelaki pun tak jalan juga. Tolong bagi saya idea macam mana lagi nak test dia. Teringin juga nak tengok muka dia kalau kantoi. Tapi tu yang takut tu. Takut kalau dah kahwin dia buat hal.


Concern dia sekarang nak cari kerja yang baik untuk support saya. Sekarang ni saya lagi atas dari dia dari segi karier, tapi saya tau dia boleh berjaya in future. Dia datang dari family yang kaya dan berpengaruh, so saya tak rasa dia menempel dengan saya sebab kerjaya saya. Bila saya lapar pukul 2-3 pagi, saya call je dia dan dia akan datang beli makanan. Yang ni sumpah tak tipu. Bila saya cakap saya sedih, dia akan immediately datang dan teman saya kat rumah. Bila saya nak makan pulut mangga, dia akan carikan sampai dapat. Kalau tak sedap, dia akan cari kat tempat lain pula THE SAME DAY. Bila saya nak shopping, dia akan bawa saya pergi mana pun saya nak. Nak kata bagi nasi kangkang, tak pun.


Dia ingat semua makanan yang saya suka. Setiap hari dia cuba impress saya. Nak dekat 5 tahun tapi dia still tak jemu nak impress saya. Saya pula yang statik, dah stop nak impress dia. Bila saya tanya kenapa dia baik sangat dengan saya, dia jawab;
'Kalau satu hari nanti kita tak ada jodoh, I taknak ada sikit pun sesal dalam diri I. You know, the feeling of 'if I have done the best, would it turn out like this'. I boleh walk away without having any sense of regret whatsoever, and I will be able to move on easily cause I know we're no longer together because we are not meant for each other, not because I have stopped trying."

Memang ayat novel kak, tapi memang dari mata dia. Saya boleh nampak keikhlasan tu.


It hurts to betray this man's trust. It hurts so much having to see his face everyday knowing that I have once betrayed him and he chose to forgive me instead of leaving me at my lowest peak.


2. Rasa macam client ni pandang saya rendah sangat. Rasa hina sebab diri ni senang sangat nak dapat walaupun saya tahu saya bukan jenis senang nak didekati. Dengan dia ni saya jadi naive. Banyak lelaki saya boleh tolak tapi dengan dia, jadi terlajak gear. Macam mana nak redeem myself dan nak tunjuk kat dia yang saya ni masih ada harga diri dan nak dia datang balik kat saya. Datang BUKAN SEBAB NAK DIA BALIK, CUMA NAK DIA SEDAR APA YANG DIA RUGI.


Banyak benda yang jadi kat saya dari kecil. Sampai satu tahap dulu saya cuba tackle sebanyak mana lelaki yang boleh then tinggalkan je diorang (not up to having sex. Cuma flirt and buat diorang jatuh cinta then terus tinggalkan). Rasa macam ada power and control over guys. Tu yang saya cuba nak buat dekat client saya. Ingat nak buat dia jatuh cinta dan lepas tu saya tinggalkan dia. Tapi dia lagi cekap dan lagi syaiton dari saya. So saya dah termasuk perangkap dia. Sekarang instead of me dumping him, he dumped me. He even degraded me to a certain degree. Sakit dia, nauzubillah. I'm playing with fire, and it burns deep to the core.


Untuk pengetahuan akak, client ni ada cakap kat saya 'Kalau you dah okay, dah stable, contact me back.' What does that mean?


Saya bukan manusia yang baik kak, and I admit that. Tapi saya tau sejahat-jahat saya, saya takkan rendahkan maruah saya dan kacau rumah tangga orang. But things happened. Fikiran dah celaru sangat. Rasa bodoh sangat bila benda ni jadi. Rasa macam perempuan tak ada maruah. I want to gain back self respect, and also respect from him. I won't get back to him but I just want him to know what he has lost.

Yang benar,

Bunga Raya




2.2.16

Beyonce in Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

Lama sepupu aku mendiamkan diri.  Tup tup buat video clip and lagu dengan Coldplay.  Kerlasssssssss....



Disisih Teman Kesayangan

Hai Kak Jumiess,


Tujuan saya melayangkan email ni nak cerita/luahkan perasaan dan mintak pendapat. Pasai saya tak tau dah nak cerita /luah kat sapa. Setakat cerita kat kawan-kawan paling dak pon depa bagi nasihat cliche jelaa. Saya tulis sebab saya nak juga tau pendapat dari pihak neutral iaitu Kak Jumiess. Saya ringkaskan cerita supaya tak berjela pula. Harap Kak Jumie memahami.


Ceritanya begini, saya ada ramai kawan sepanjang saya belajar di kolej. Tak kira bangsa agama dan jantina. Nak jadikan cerita saya rapat dengan beberapa orang dan salah seorangnya si Faisal. Yang lain tu mcm kawan-kawan biasa jela. Dah rapat selalu pi mana pon sama-sama ofkos akan timbul rasa sayang, rasa suka, rasa cinta dan macam-macam rasa lagi lah. Cuma saya sendiri tak pasti sejauh mana rasa sayang tu, lebih dari seorang kawan atau setakat adik beradik je. Masa tengah happy2 tu memang banyak benda yang kami lakukan bersama dengan kawan2 lain. Buat aktiviti sama-sama.


Selama kami kawan rapat ni bukan tak dak krisis memang ada la gaduh-gaduh masam muka siap tak bertegur sapa pon pernah. Saya ni hati batu keras serupa berlian lah kalau dah merajuk tu. Memang tak mau tengok or pandang dia kalau tengah marah padahal kes kecik ja. Kalau saya yang bersalah saya yang akan minta maaf dulu. Dia memang lambat nak minta maaf, ego katanya. Saya kenal sangat.


Dia selalu kata layanan dia terhadap semua orang sama, tapi hakikatnya tak. Saya selalu rasa dia layan saya lain, ada saja tak kena, cakap pun kadang-kadang main lepas sedangkan dengan kawan kami yang lain dia tak macam tu. Saya perhati je perangai dia. Saya observe. Kalau jenis yang mulut main lepas tu saya paham la jugak, tapi dia bukan mcm tu. Dia jenis soft spoken, lembut je. Sebab tu saya selesa berkawan dengan dia dan saya sendiri rasa selamat sebab saya percaya dia. Ya TRUST.


Sampai satu tahap dimana hari yang saya akan ingat sampai bila-bila iaitu apabila saya hantar mesej meminta maaf atas kelakuan saya yang mungkin membuatkan dia tidak selesa sehingga saya dapat layanan yang teruk tetapi apa yang saya dapat? Mesej yang penuh kata-kata yang menyakitkan hati saya.


Ya saya akui rindu nak bersembang macam selalu, biasalah dah lama tak jumpa mesti banyak cerita nak diceritakan tapi bila saya buka mulut dia suruh saya diam. Baik saya diam. Tapi dengan kawan yang lain dia bercerita bagai nak rak. Bagitahu saya hati mana yang tak rasa disisihkan oleh kawan sendiri?


Sepanjang hari saya diam. Sambil cuba berfikiran positif. Saya gagahkan diri hantar mesej kepada kawan-kawan minta maaf kalau terasa dengan saya. Dia balas mengatakan hubungan kami takkan kemana-mana kerana kami hanya kawan. Sedangkan saya tak sentuh langsung mengenai hati dan perasaan, saya tak perlu pun rindu dekat dia. Apakah satu kesalahan kita merindui kawan? Kalaulah rindu itu satu kesalahan dah ramai orang masuk penjara.


Dan akhir sekali dia suruh saya mencari orang lain dan jangan bazirkan airmata saya.


Kak Jumie dia juga suruh saya berubah kalau nak keadaan kembali seperti biasa. berubah mcm mana lagi Kak Jumie? Sungguh saya miserable gila hari tu, sampai kawan saya paksa saya keluar supaya tak nak saya sorang-sorang. Saya buat kerja gila. Saya hilang selera makan 2 3 hari, saya hilang fokus ketika memandu dan macam-macam lagi.


Setiap kali saya cuba cerita saya menangis. Saya sendiri tak pasti kenapa saya senang sangat menangis. Sedangkan hati saya kuat selama ni. Saya sedih mungkin kehilangan seorang 'kawan'. Lama-lama saya berjaya divert perasaan saya, saya habiskan masa dengan kawan-kawan yang lain, saya buat aktiviti berfaedah semata-mata nak lupa. Tapi dalam masa yang sama saya masih lagi amik kisah pasal dia.


Saya masih lagi likes post dia. Saya nak tunjuk yang saya sebenarnya tak dak masalah dengan dia. Saya nak tunjuk yang saya happy, saya boleh menjalani kehidupan dengan normal.


Saya tak pasti apa yang perlu saya buat sekarang ni Kak Jumie. Macam mana saya nak meneruskan kehidupan? Dunia ni kecik pusing-pusing akan jumpa jugak. Saya malu nak berhadapan dengan dia. Saya tak tau sama ada nak teruskan persahabatan ini atau tidak.


Yang benar,
Sahabat Yang Menanti



1.2.16

Gay Yang Ingin Berumahtangga

Hai Kak Jumie,


Saya nak tanya pendapat atas sebab keterbukaan pemikiran Kak Jumie. Saya salah seorang yang sedang diuji. Paham dak apa maksud diuji? Ujian saya adalah, saya sebagai lelaki mempunyai nafsu terhadap lelaki.


Dah lama saya mempunyai perasaan ini. Bukan dua tiga hari lalu. Bukan dua tiga minggu lalu. Seingat saya, perasaan saya yang suka pada lelaki lain ni adalah sejak di zaman sekolah rendah lagi. Mimpi basah? Mimpi basah pon dengan lelaki.


Hidup Berselindung

Family dan kawan-kawan semua tidak tahu langsung tentang perasaan saya ni. Kecuali kawan-kawan PLU (people like us) yang pernah communicate dan jumpa jer yang tahu saya macam ni. Saya bukan jenis sissy kak, nampak straight. Pada usia ini orang sekeliling mula bertanya-tanya, bila nak kawen? Dah bermacam-macam andaian yang dibuat oleh teman dan rakan. Ada juga yang sudah memberikan andaian yang tepat iaitu saya lelaki songsang. Tapi tak semudah itu saya mengaku. Saya menepis dan berlagak seperti lelaki tulen. Cuma dengan alasan klishe, takdak ada jodoh lagi.


Perasaan kepada perempuan

Kat perempuan memang macam takdak nafsu langsung. Setakat bagi kasih sayang, jalankan tanggungjawab lain-lain sebagai suami, bagi makan pakai, mendidik, saya rasa saya mampu kak, tapi untuk memberikan nafkah batin untuk 'bersama' saya rasa tak mampu. And saya rasa memang macam tak boleh.


Saya tak pernah ada rasa bercouple dengan mana mana perempuan. Tapi saya pernah bertunang dengan seorang wanita, masa tu saya rasa nak cuba untuk suka pada perempuan tapi tunangan saya tak tahu pun saya jenis lelaki songsang.


Saya dengan berat hati dan rasa simpati dan kebetulan beberapa bulan sebelum kami menikah, tunangan saya mengaku yang dia sudah terlanjur dengan seorang teman lelakinya. Saya pun amik peluang ni untuk putuskan hubungan kami. Sebenarnya, memang hati syaitan membuak-buak mengatakan "JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN". Itulah pengalaman pendek saya tentang hubungan intimasi dengan seorang perempuan.


Hubungan dengan lelaki

Sebelum ini saya pernah mencuba open relationship dengan lelaki-lelaki PLU lain yang saya kenali dari laman sosial gay. Sekarang ni saya ada seorang teman lelaki yang steady. Kami jalin hubungan sudah setahun lebih. Pernah sekali dua di awal perhubungan kami, kami melakukan perbuatan terkutuk itu, tapi lepas 'bersama' kami berdua macam menyesal sebab tak ready, sebab tak boleh menerima, dan sehingga sekarang kami langsung tak ulang perbuatan terkutuk itu. Saya dan dia sama-sama faham keadaan itu hanya untuk sama-sama menjalinkan rasa sayang, hanya itu sahaja. Dan kini saya sayang dia sama seperti saya sayang adik beradik saya sendiri.


Teringin nak kawen

Dah umur macam ni, now I am 34 (achi ke panggil u Kak Jumie? hehehe) tengok kawan-kawan dah ada anak bini, ada keluarga masing-masing, saya pun mempunyai perasaan yang sama. teringin nak rasa untuk mempunyai isteri dan keluar sendiri. Tetapi selalu saya pikir balik masalah-masalah yang saya sebut kat atas tu....saya pendam perasaan teringin saya ni.


Soalan

Soalan saya kak, wujud ke perempuan kat dunia ni yang boleh terima lelaki macam ni yang mana tak dapat seks takpa asalkan dapat kasih sayang ikhlas dari saya? Bolehkan dia menerima keadaan hubungan suami isteri tanpa seks? Memang benar orang kata, perkahwinan bukan seks semata, tetapi adakah perempuan yang sanggup terima syarat perkahwinan tanpa seks?


Bukan saya tidak mahu mencuba, memang tak ada langsung rasa keinginan pada perempuan untuk bab seks, pandang perempuan langsung tak stim walaupun perempuan seksi die berdiri tanpa seurat benang mengoda saya, lainlah kalau lelaki kacak dengan berbaju lengkap pon sudah membuatkan saya terangsang.


Kalau refer hukum Islam sendiri, nampak dah jatuh hukum haram kan? Sebab 1 tanggungjawab yang tak dapat bagi tu. So secara lojik akal dan pemikiran akak yang selalu dekat dengan golongan ni, apa kata akak? Akak faham bagaimana perasaan saya? Nafkah zahir dan batin memang saya boleh berikan, kasih sayang dan keperluan asas dalam perkahwinan memang saya yakin saya boleh berikan pada sesiapa yang menjadi isteri saya.


Memang orang cakap senang, berubahlah. Sekadar ungkapan di mulut. Sesiapa pun boleh mengeluarkan ayat seangkatan dengannya.


Saya dah buat sedikit reading about bisexuality and more detail lagi about homosexuality. After that I have come to the fact that I am born a bisexual because I agree that homosexuality is not something we can choose or a lifestyle choice. It is imprinted in your DNA and you are born with it. Kita tak boleh help it if kita dilahirkan begini. So, from that day on, I accepted my fate, dari saya seksa diri nak be who I am not.


Sekian sahaja. Please help.

Yang benar,
Lelaki Ini


sajiaaa la bubuh gambaq ni

click read more untuk jawapan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE