CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

23.2.16

Cincin Pertunangan Paling Ikonik Di Dunia

Sebuah syarikat barang kemas terkemuka dari United Kingdom iaitu George Pragnell telah menerbitkan sebuah infografik di laman rasmi syarikat mereka tentang 6 buah cincin pertunangan paling ikonik di dunia setakat ini.  Daripada cincin pertunangan Queen Elizabeth II dengan Prince Phillip hinggalah kepada cincin pertunangan anaknya Prince Charles dan mendiang Princess Diana yang kini menjadi tanda percintaan antara cucundanya Prince William dan Kate Middleton.

Infografik ini adalah sangat menarik kerana dilengkapkan dengan lukisan yang mempunyai maklumat lengkap tentang berat batu permata,  jenis-jenis batu permata dan logam mewah yang digunakan untuk membentuk cincin tersebut.


Jom kita tengok infografik yang menarik ini.

1.  Cincin pertunangan antara Queen Elizabeth II bersama Prince Philip
Tahukah anda bapa Queen Elizabeth II adalah King George yang digambarkan dalam filem King Speech sebagai seorang raja yang struggle dengan masalah gagapnya.  Sorrylah tersasar sikit fakta tambahan yang aku bagi ni.  Cincin yang diberikan oleh Prince Philip ini ditempah khas untuk Queen Elizabeth daripada batu berlian yang diambil daripada tiara milik mendiang ibunya Princess Andrew of Greece and Denmark.  Batu batu berlian daripada tiara itu juga digunakan untuk membuat hadiah perkahwinan kepada isterinya Queen Elizabeth yang berupa gelang tangan yang diperbuat daripada emas putih.  Mesti sebab tiara tu dah lama dan mungkin rosak,  sebab tu la kot anak dia amik buat cincin kat bakal menantu.



click read more








2.  Cincin pertunangan antara Audrey Hepburn bersama Mel Ferrer
Menyedari yang dia bakal menikahi seorang ikon fesyen untuk abad ini,  Mel Ferrer tidak mengikat cintanya bersama wanita idaman hati ini dengan satu cincin berbentuk tradisional berupa batu berlian yang diikat dengan emas.  Dia persembahkan 3 bentuk cincin dari emas kuning,  emas ros dan emas putih (bezel rings) yang jika dilengkapkan menjadi sebentuk cincin yang sangat trendy.  Idea cincin ini adalah untuk memberikan kebebasan kepada Audrey untuk menggayakan cincinnya mengikut style fesyen yang bersesuaian.  Tetapi dikatakan dalam banyak keadaan,  Audrey akan mengenakan ketiga-tiga cincin ini serantak.  Cincin berungkai ini menjadi ikon dan ikutan trendy sehingga sekarang.








3.  Cincin pertunangan antara Jacqueline Kennedy bersama John F Kennedy
Cincin ini dipilih oleh bapak John F Kennedy sendiri.  Dan batu zamrud hijau ini dipilih adalah kerana Jacky sendiri adalah peminat batu zamrud.  So classy woman.  Sangat suka cincin ini kerana design dia walaupun agak over the top,  tetapi hanya wanita berani sahaja yang tahu menggayakan cincin meletops macam ni.



 



4.  Cincin Pertunangan antara Grace Kelly bersama and Prince Raineir III of Monaco
Tahukah anda pada mulanya Prince Rainer hanya mempersembahkan sebentuk cincin yang berbentuk biasa sebagai tanda pertunangannya dengan Grace Kelly tetapi bila dia perasan wanita ikon Hollywood yang ternama di kerap kali pada cincin yang jauh lebih meletops canteknya maka dia pun meng-upgrade cincin pertunangan depa dengan mempersembahkan cincin berlian 10.47 karat ni.  Gila bapak punya besar.  Masa Nicole Kidman nak berlakon filem biopic Grace of Monaco yang menceritakan tentang kisah hidup aktress yang menjadi bintang hati raja Monaco ini,  pihak produksi perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Sovereign House of Monaco untuk membuat replika untuk cincin ikonik ini.



 





5.  Cincin Pertunangan antara Elizabeth Taylor dan Richard Burton
Asalnya berlian pada cincin ini diberi nama The Krupp Diamond kerana sempena nama pemilik pertama permata itu iaitu the Krupp family dari Jerman.  Cincin ini dijual sebagai salah satu harta milik keluarga dalam satu majlis lelongan di New York City.  Masa tu Richard Burton terus beli cincin ini dan diberikan kepada Taylor sebagai tanda pertunangan depa dorang.  Dan sejak itu cincin itu diberi nama "The Elizabeth Taylor Diamond".  Cincin ini adalah lebih berat daripada batu berlian pada cincin Grace Kelly.












6.  Cincin Pertunangan antara Kate Middleton dengan Prince William
Semasa Prince Charles nak melamar Princes Diana,  dia tak tau nak bagi cincin apa kat Diana so dia bawak macam-macam cincin untuk Diana pilih,  and Diana seorang wanita yang pandai,  pilih cincin yang paling besar dan menyerlah sekali iaitu cincin dengan batu safir biru bertatahkan dengan 14 butir batu berlian putih.  Kerlass.....Now cincin ini menjadi milik Kate Middleton atas tanda pertunangannya dengan Prince William iaitu anak lelaki kepada mendiang Princess Diana.  Aku baca banyak benda lagi pasai cincin ini.  And untuk pengetahuan ampa,  aku punya cincin pertunangan dengan Khafi pun aku mintak cincin dalam bentuk ini juga.  Tapi kami tak mampulah nak beli cincin batu safir seketoi mencecah puluhan ribu,  cincin kami hanyalah berlian Russia yang diikat dengan emas kuning.  Ampa boleh cari dalam blog aku artikel pasai aku bertunang ada gambar cincin aku tu.  Anyway,  apa yang aku nak cerita lagi pasai cincin ini adalah dikatakan cincin ini adalah satu harta besar yang sangat berharga untuk keluarga diraja Britain sampai depa terpaksa bagi cincin replika sahaja kat Kate Middleton pakai sebab depa takut dia bagi hilang.  Tak tau la fakta ni betul atau auta.  








Sumber  :  http://www.dailymail.co.uk
Sumber  :  http://www.pragnell.co.uk/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...