CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

25.2.16

Dinner in The Sky Penang 25 Feb to 25 Mac 2016

Hello u olls orang Penang sekalian,


Ampa tau dak bermula hari ni 25 Feb hingga 25 Mac ni akan berlangsung event Dinner in The Sky Penang.  Apa benda alah event ni?   Kalau ampa tak tau apa benda alah ni nampak sangat ampa ni style tak pernah nak keluar rumah and the only thing ampa tau kat dunia ni adalah drama cinta Melayu kat TV.  Haram jadah betui la.....



Dinner in The Sky ni adalah satu event ala-ala roadshow gitu dimana depa akan gantung you olls menggunakan kren setinggi 4-5 tingkat (lebih kurang) dan u olls boleh la makan (fine dinning ya) kat atas tu dengan guest lain.  Nak dapat experience ni bukan free-free ya,  of course kena beli tiket dan sah-sah satu- satu tiket adalah mahal nak mampus.  Satu tiket (akak dah pi check) berharga RM599.99 seorang.  Boleh beli online.

click read more



Untuk pengetahuan u olls,  untuk event kat Penang ni depa buat kat perkarangan kawasan parkir restoran ThirtyTwo Mansion yang terletak di 32, Jalan Ahmad Shah,  Penang, 10050 George Town, Penang, Malaysia.  Akak macam terpikir jugak la depa buat kat lokasi ni,  dekat dengan laut,  pemandangan cantek,  tapi aiiiyooo sebelah tu ada Kubur Captain Francis Light kot.......Tapi im sure bila naik tingkat tinggi sikit pemandangan memang cantek.

Kalau u olls yang gaji beribu riban sampai tak tau nak buat apa dengan duit u olls tu,  why nott!!!!   Beli tiket RM600 tu adalah celah gigi u olls sahaja.  Boleh la nak pi try.  Kalau setakat gaji cinonet macam aku ni,  aku cadangkan ampa pi la cari kawan-kawan mana-mana yang duduk flat tingkat 20 ke atas,  pi bungkus nasik pastu duduk bersila makan kat balkoni dia.  Sambil makan,  sekali-sekali hang buat la macam duk tengok bawah.....dinner in the sky la u olls.  Kalau nak rasa lebih real,  kalau balkoni depa tu boleh bok keluar kaki kot celah besi pagar tu...haaaa apa lagi...u olls bok keluar la kaki u olls.  Rasa angin-angin kan?  Haaa dinner in the sky la tu.

Sekian sahaja.  Sapa-sapa yang mampu merasai experience ini di kala - kala gawat dan demam GST ni,  akak ucapkan tahniah dan sumpah akak memang jeles dengan kelayakan u olls membayar tiket semahal itu.  





Some of Dinner In The Sky Malaysia guests so far:

1. Dato’ Siti Nurhaliza
2. Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
3. Amber Chia
4. Dato’ Lee Chong Wei
5. Miss Malaysia Universe 2015, Ms. Vanessa Thevi
6. Chef Sherson Lian
7. Dato’ Ruby Khong
8. Erra Fazira
9. Edry KRU
10. William One fm
Artist-artist ni semua depa takyah bayar tiket pun noks...sah sah depa ni dapat percuma.








Ini chef-chef yang akan masak untuk event ni.





Mai tengok video promo Dinner In The Sky Malaysia - Penang


sdsds

Facebook  :  Dinner in The Sky Malaysia 
Ticketing Info  :  http://www.dinnerinthesky.my/booking.php
Blog lain  :  http://jacyntacsy.blogspot.my/2015/09/dinner-in-sky-malaysia-review_3.html

1 comment:

  1. Biasalah. Yang mampu bayar, tak payah bayar.
    Tekan pada yang agak mampu dan tak mampu.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...