2.2.16

Disisih Teman Kesayangan

Hai Kak Jumiess,


Tujuan saya melayangkan email ni nak cerita/luahkan perasaan dan mintak pendapat. Pasai saya tak tau dah nak cerita /luah kat sapa. Setakat cerita kat kawan-kawan paling dak pon depa bagi nasihat cliche jelaa. Saya tulis sebab saya nak juga tau pendapat dari pihak neutral iaitu Kak Jumiess. Saya ringkaskan cerita supaya tak berjela pula. Harap Kak Jumie memahami.


Ceritanya begini, saya ada ramai kawan sepanjang saya belajar di kolej. Tak kira bangsa agama dan jantina. Nak jadikan cerita saya rapat dengan beberapa orang dan salah seorangnya si Faisal. Yang lain tu mcm kawan-kawan biasa jela. Dah rapat selalu pi mana pon sama-sama ofkos akan timbul rasa sayang, rasa suka, rasa cinta dan macam-macam rasa lagi lah. Cuma saya sendiri tak pasti sejauh mana rasa sayang tu, lebih dari seorang kawan atau setakat adik beradik je. Masa tengah happy2 tu memang banyak benda yang kami lakukan bersama dengan kawan2 lain. Buat aktiviti sama-sama.


Selama kami kawan rapat ni bukan tak dak krisis memang ada la gaduh-gaduh masam muka siap tak bertegur sapa pon pernah. Saya ni hati batu keras serupa berlian lah kalau dah merajuk tu. Memang tak mau tengok or pandang dia kalau tengah marah padahal kes kecik ja. Kalau saya yang bersalah saya yang akan minta maaf dulu. Dia memang lambat nak minta maaf, ego katanya. Saya kenal sangat.


Dia selalu kata layanan dia terhadap semua orang sama, tapi hakikatnya tak. Saya selalu rasa dia layan saya lain, ada saja tak kena, cakap pun kadang-kadang main lepas sedangkan dengan kawan kami yang lain dia tak macam tu. Saya perhati je perangai dia. Saya observe. Kalau jenis yang mulut main lepas tu saya paham la jugak, tapi dia bukan mcm tu. Dia jenis soft spoken, lembut je. Sebab tu saya selesa berkawan dengan dia dan saya sendiri rasa selamat sebab saya percaya dia. Ya TRUST.


Sampai satu tahap dimana hari yang saya akan ingat sampai bila-bila iaitu apabila saya hantar mesej meminta maaf atas kelakuan saya yang mungkin membuatkan dia tidak selesa sehingga saya dapat layanan yang teruk tetapi apa yang saya dapat? Mesej yang penuh kata-kata yang menyakitkan hati saya.


Ya saya akui rindu nak bersembang macam selalu, biasalah dah lama tak jumpa mesti banyak cerita nak diceritakan tapi bila saya buka mulut dia suruh saya diam. Baik saya diam. Tapi dengan kawan yang lain dia bercerita bagai nak rak. Bagitahu saya hati mana yang tak rasa disisihkan oleh kawan sendiri?


Sepanjang hari saya diam. Sambil cuba berfikiran positif. Saya gagahkan diri hantar mesej kepada kawan-kawan minta maaf kalau terasa dengan saya. Dia balas mengatakan hubungan kami takkan kemana-mana kerana kami hanya kawan. Sedangkan saya tak sentuh langsung mengenai hati dan perasaan, saya tak perlu pun rindu dekat dia. Apakah satu kesalahan kita merindui kawan? Kalaulah rindu itu satu kesalahan dah ramai orang masuk penjara.


Dan akhir sekali dia suruh saya mencari orang lain dan jangan bazirkan airmata saya.


Kak Jumie dia juga suruh saya berubah kalau nak keadaan kembali seperti biasa. berubah mcm mana lagi Kak Jumie? Sungguh saya miserable gila hari tu, sampai kawan saya paksa saya keluar supaya tak nak saya sorang-sorang. Saya buat kerja gila. Saya hilang selera makan 2 3 hari, saya hilang fokus ketika memandu dan macam-macam lagi.


Setiap kali saya cuba cerita saya menangis. Saya sendiri tak pasti kenapa saya senang sangat menangis. Sedangkan hati saya kuat selama ni. Saya sedih mungkin kehilangan seorang 'kawan'. Lama-lama saya berjaya divert perasaan saya, saya habiskan masa dengan kawan-kawan yang lain, saya buat aktiviti berfaedah semata-mata nak lupa. Tapi dalam masa yang sama saya masih lagi amik kisah pasal dia.


Saya masih lagi likes post dia. Saya nak tunjuk yang saya sebenarnya tak dak masalah dengan dia. Saya nak tunjuk yang saya happy, saya boleh menjalani kehidupan dengan normal.


Saya tak pasti apa yang perlu saya buat sekarang ni Kak Jumie. Macam mana saya nak meneruskan kehidupan? Dunia ni kecik pusing-pusing akan jumpa jugak. Saya malu nak berhadapan dengan dia. Saya tak tau sama ada nak teruskan persahabatan ini atau tidak.


Yang benar,
Sahabat Yang Menanti





Hello Sahabat yang menanti,


Aiyooo...berkali-kali aku baca cerita hang ni. Aku cuba nak tengok aku ni memang salah anggap ka apa. Aku amik masa untuk balas, sebab aku nak tengok aku ketika baca emel hang ni berubah, adakah perasaan aku terhadap cerita hang ni sama atau berbeza apabila aku baca dalam keadaan yang berbeza? Hakikatnya tidak, aku confirm dan kunci kata-kata hati aku bila setiap kali baca cerita hang ni, aku dapat rasa yang sebenarnya hang memang ada hati dengan sahabat hang tu.


And aku tau, mesti ada lagi part-part yang hang tak cerita habis kat aku. Contohnya, mungkin hang ada terbuat confession kat kawan-kawan lain yang menyatakan hang sayang dia lebih dari kawan, ataupun hang sendiri dah terbagi hint yang menunjukkan hang ready untuk terima dia lebih dari kawan.


Mungkin sangkaan aku betul, mungkin salah. Tapi saka aku mengesahkan ada benda yang hang tak cerita habis.


Tapi dipendekkan cerita, sekarang ni kita focus kat hang. Bukan kawan hang.


Aku simpulkan dua benda kat sini yang menjadi persoalan besar dalam hidup hang sekarang.


1) Hang tanya macam mana hang nak teruskan hidup?

2) Hang tanya macam mana hang nak jadikan hubungan ampa macam biasa balik?


Okay untuk jawapan kepada perkara pertama. Macam mana hang nak teruskan hidup? Wellllllllllllllllllllllllllllllllllllll............................... come on babe!!! Aku nak tanya hang satu soalan, what for? Buat apa hang nak melukut di tepi gantang demi persahabatan yang tak dihargai ni?


Aku pernah dinasihatkan oleh seorang bijak pandai yang aku anggap seperti bapak aku sendiri, nama dia Prof Amir. Dulu masa aku muda-muda baru masuk kerja USM, aku selalu lepak bersembang dengan dia. Aku juga selalu cerita pasai masalah marka dan kawan-kawan yang aku hadapi kat dia. Yalah, time tu umur muda trang tang-tang bak hang. 20 – 21 tahun.


Dia pernah kata kat aku “Jumie, Tuhan pun tak boleh nak ubah hati kita. Apatah lagi manusia? The only person yang boleh ubah hati seseorang tu adalah diri dia sendiri,” mendalam falsafah dia tu and aku pikiak dalam – dalam sampai lani.


Betul jugak dia kata. So kat sini, hang tak boleh nak ubah hati kawan hang tu. Dah kalau lani dia sendiri dah seolah-olah tolak hang tepi, anggap hang macam, sorry to say, macam hang duk terhegeh-hegeh sangat kat dia, wehhhh sila blah la.


Aku ada satu pegangan hidup yang aku pegang dari dulu, takdak sapa pun boleh jaga hati hang selain diri hang sendiri. So hang lani duk pi bagi hati hang senang-senang kat orang, bagi hati tak semestinya bagi kat marka, kat kawan-kawan, kat adik beradik pun boleh bagi jugak. Sebab kita ni especially perempuan, cepat kesian, cepat simpati. Kepala hotak!!! Dah kalau hang sendiri bagi hati hang senang-senang kat orang, and orang tak jaga hati hang baik-baik, pasaipa hang nak salahkan orang?


So memang dari dulu aku style memang keraih hati sikit. Tapi kalau aku betui betui percaya and sayang satu-satu orang tu, aku ikhlas bagi hati aku kat dia. Tapi once dia sudah buat tahi, yes, aku boleh maafkan tapi pinggan yang retak hang boleh gam, tapi hang masih boleh nampak retaknya?


Aku pernah tulis satu artikel bertajuk, Audit Kawan-Kawan. Satu pendekatan yang sangat radikal tapi aku rasa bagus untuk hang praktikkan. Hang pi baca artikel tu. Pelan-pelan, semua ini akan mendewasakan hang.


Berbalik kepada kawan hang tu, hang kena ingat, ada lelaki yang memang feeling depa lebih kuat dari kita pompuan. Depa bukan macam kita, kalau suka atau tak suka, kita terus tunjuk emosi dan reaksi kita. Tapi most lelaki, depa suka pendam dan kadang-kadang sebab terlalu pendam, depa sampai nak lari dari keadaan. Kat sini aku nampak dua benda, pertama sama ada dia memang takut kalau-kalau hang ada hati kat dia dan dia tak ready nak komit, and kedua dia sebenarnya gay dan dia tak mau nak kecewakan hati perempuan. Jangan terkejut ya. Kita dah tahun 2016 dek non. Benda ni adalah biasa.


Okay untuk jawapan kepada perkara nombor 2. Macam mana nak jadikan hubungan ampa macam biasa balik macam dulu?


Jawapan dia....................... biarlah masa yang menentukan.


Aku nak kongsi kat hang pengalaman aku sendiri. Aku pernah ada satu mak ayam. Dulu aku rapat dengan dia. Dari dulu aku pi mana pun dengan dia. Satu Penang tau cerita dan kisah kami. Kami memang rapat gila babi. Aku banyak belajar dari dia.


Sampai satu tahap, tiba-tiba dia mendiamkan diri dari aku. Dia tak balas mesej, tak jawab call, tak ajak aku jumpa lagi, and last sekali aku tengok dia unfriend aku kat Facebook and Instagram. Siriesly, aku sangat terkejut sebab aku sangat hormati dia dan aku tau benda-benda unfriend ni semua kerja budak budak sahaja.


Tapi aku tak pernah give up untuk contact dia, aku selalu mesej dia waluapun dia tak balas. Masa bapak dia meninggal, aku wish dia takziah and tanyala ada apa-apa ka yang aku boleh tolong. Yang tu dia balas mesej aku. Tapi lepas tu, mak mentua aku meninggal dunia, sehari sebelum raya!!! Dia takdak mesej aku langsung, apatah lagi call ucap takziah.


Aku tanya pada kawan-kawan sekeliling, yang mana rapat dengan kami. Semua tutup mulut dan tak mau buka cerita. Tapi aku tau dalam hati, depa semua tau apa yang berlaku Cuma depa mungkin tak mau panjangkan cerita dan tak mau masuk campur.


So aku give up. Sebab at one point in our life, ini bukan sebab kita nak jaga maruah, kita tak mau nampak macam kita ni takdak harga diri duk pi sondol kat dia, no...bukan macam tu. Tapi kita kena hormat orang punya ruang!!! Mungkin setiap kali kita mesej, or even LIKE Facebook dia adalah satu tindakan yang betul betul membuatkan dia tak selesa. Hang pernah terpikiak macam tu?


Aku tak pernah tau sampai lani why dia terus buang aku macam tu sahaja. Mungkin dia ada explanation dia sendiri. Mungkin ada benda yang aku buat betul-betul mengguris perasaan dia sehinggakan dia sendiri tak sampai hati nak cakap kat aku. Sebab kami terlalu rapat, mungkin kalau orang lain, dia dah boleh maki aku sampai keluar darah kat telinga.


4 tahun berlalu. Tiba-tiba baru-baru ini aku jumpa dia kat kedai makan, terserempak, and dia sendiri mai tegur and said hi kat aku. Dalam hati, aku happpppppppppppppppppyyyy sangat. Tapi aku pun kenalah maintain relaks dan tak mau nampak macam awkward. Aku pun said hi balik kat dia.


And that’s it.


Nak kata kami teruih nak calling-calling and lepak sekali takdak la pulak. Sebab terlalu ackward kot kalau hang tiba-tiba nak jadi baik macam tu.


So kesimpulannya, let time heal everything. Masa yang akan mengubati segalanya. Hang tau sapa yang ajar aku benda tu? Mak ayam aku tu la.


Sekian sahaja. Persahabatan adalah satu perkara yang amat aku hormati. Tapi kadang-kadang kita ni ada macam-macam cabaran dan halangan. Pendapat peribadi, pendirian dan cara hidup, nilai-nilai kita semuanya berbeza mengikut individu. Bukan senang nak maintain persahabatan.


Tapi aku tengok kat sini, hang langsung tak ego. Hang dah cuba segalanya. So, sampai masa untuk hang berhenti dan hormatilah ruang kawan hang tu.


Sekian sahaja coretan aku. Jangan menyesal dengan apa yang dia buat kat hang ni, semua ni akan mendewasakan hang.


Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...