12.2.16

Foto Perkahwinan Menggunakan Iphone S6



Persoalannya,  ampa berani tak hire photographer untuk ambil gambar wedding ampa dengan hanya menggunakan Iphone?

Iphone,  Samsung,  Lenovo or what so ever.  Janji smart phone.  Dan bukan DSLR.  Ampa berani dak?  Well itulah yang dibuat oleh dua pasangan dari India yang telah berani mempertaruhkan majlis perkahwinan mereka yang maha grandis di Udaipur,  India berlangsung lip lap sepanjang 3 hari 3 malam dengan hanya memberikan hak fotografi kepada sahabat mereka yang juga seorang jurufoto profesional dengan hanya menggunakan smart phone Iphone 6S.

Jurufoto tu bernama Sephi Bergerson seorang jurufoto yang berasal dari __ dan telah menetap di India for quite sometime menyatakan,  pada mulanya bila dia bagitau dia nak cari pengantin yang berani nak buat projek photo kahwin menggunalan Iphone adalah bukan pencarian yang mudah.  Of course pengantin berasa sangsi dan tidak mahu majlis sekali dalam seumur hidup dihantui dengan foto yang tidak cantek.  Akhirnya,  dua sahabatnya bersetuju.




Namun,  katanya bukanlah satu tugasan yang mudah untuk merakamkan majlis perkahwinan ini menggunakan hanya Iphone S6 terutama sekali pada waktu malam.  Tetapi dia tidak menyangkal yang penggunaan smart phone ini memberikan sesuatu yang berbeza yang kamera DSLR tidak dapat berikan.

Pada pendapat aku,  ini adalah satu pendekatan yang berani dan kreatif.  Tapi personally bagi aku,  gambar guna DSLR adalah lebih meletops.













Naah....ampa tengok sendiri.

Follow  :  https://www.instagram.com/sephibergerson/

ps/  tiba-tiba dapat satu idea baru untuk sapa-sapa nak cari duit lebih.  Buatlah business "Camera Man Social Media" untuk majlis istimewa.  Sebab tak dinafikan,  semua orang boleh miliki smart phone tapi tak semua orang pandai amik gambar guna smart phone dengan cantek.  So why not offer service untuk menjadi juru foto untuk social media!  Caranya,  pengantin / client bayar ampa.  So pada hari tu ampa attend the wedding.  Amik gambar sana sini,  ampa edit and terus post masuk account social media milik client ampa.  Sooooooooooooo client tak pening kepalaaaa nak pikiaq gambar nak masuk dalam social media sebab dia nak concerntrate kat event and pada masa yang sama,  gambar yang keluar kat social media milik depa confirm cantek,  meletops dan mengundang banyak likers.  :)

Read more  :  Daily Mail UK

1 comment:

  1. wahhh terbaik

    kalau mata photog bagi la apa pun ...mmg semua jadi

    Tapi dalam gambar nih ..kemahiran edit gamba yg penting sebab once dah edit. Gamba biasa pun boleh jadi luar biasa

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...