Featured Post

#PrayforPenang

1.2.16

Gay Yang Ingin Berumahtangga

Hai Kak Jumie,


Saya nak tanya pendapat atas sebab keterbukaan pemikiran Kak Jumie. Saya salah seorang yang sedang diuji. Paham dak apa maksud diuji? Ujian saya adalah, saya sebagai lelaki mempunyai nafsu terhadap lelaki.


Dah lama saya mempunyai perasaan ini. Bukan dua tiga hari lalu. Bukan dua tiga minggu lalu. Seingat saya, perasaan saya yang suka pada lelaki lain ni adalah sejak di zaman sekolah rendah lagi. Mimpi basah? Mimpi basah pon dengan lelaki.


Hidup Berselindung

Family dan kawan-kawan semua tidak tahu langsung tentang perasaan saya ni. Kecuali kawan-kawan PLU (people like us) yang pernah communicate dan jumpa jer yang tahu saya macam ni. Saya bukan jenis sissy kak, nampak straight. Pada usia ini orang sekeliling mula bertanya-tanya, bila nak kawen? Dah bermacam-macam andaian yang dibuat oleh teman dan rakan. Ada juga yang sudah memberikan andaian yang tepat iaitu saya lelaki songsang. Tapi tak semudah itu saya mengaku. Saya menepis dan berlagak seperti lelaki tulen. Cuma dengan alasan klishe, takdak ada jodoh lagi.


Perasaan kepada perempuan

Kat perempuan memang macam takdak nafsu langsung. Setakat bagi kasih sayang, jalankan tanggungjawab lain-lain sebagai suami, bagi makan pakai, mendidik, saya rasa saya mampu kak, tapi untuk memberikan nafkah batin untuk 'bersama' saya rasa tak mampu. And saya rasa memang macam tak boleh.


Saya tak pernah ada rasa bercouple dengan mana mana perempuan. Tapi saya pernah bertunang dengan seorang wanita, masa tu saya rasa nak cuba untuk suka pada perempuan tapi tunangan saya tak tahu pun saya jenis lelaki songsang.


Saya dengan berat hati dan rasa simpati dan kebetulan beberapa bulan sebelum kami menikah, tunangan saya mengaku yang dia sudah terlanjur dengan seorang teman lelakinya. Saya pun amik peluang ni untuk putuskan hubungan kami. Sebenarnya, memang hati syaitan membuak-buak mengatakan "JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN". Itulah pengalaman pendek saya tentang hubungan intimasi dengan seorang perempuan.


Hubungan dengan lelaki

Sebelum ini saya pernah mencuba open relationship dengan lelaki-lelaki PLU lain yang saya kenali dari laman sosial gay. Sekarang ni saya ada seorang teman lelaki yang steady. Kami jalin hubungan sudah setahun lebih. Pernah sekali dua di awal perhubungan kami, kami melakukan perbuatan terkutuk itu, tapi lepas 'bersama' kami berdua macam menyesal sebab tak ready, sebab tak boleh menerima, dan sehingga sekarang kami langsung tak ulang perbuatan terkutuk itu. Saya dan dia sama-sama faham keadaan itu hanya untuk sama-sama menjalinkan rasa sayang, hanya itu sahaja. Dan kini saya sayang dia sama seperti saya sayang adik beradik saya sendiri.


Teringin nak kawen

Dah umur macam ni, now I am 34 (achi ke panggil u Kak Jumie? hehehe) tengok kawan-kawan dah ada anak bini, ada keluarga masing-masing, saya pun mempunyai perasaan yang sama. teringin nak rasa untuk mempunyai isteri dan keluar sendiri. Tetapi selalu saya pikir balik masalah-masalah yang saya sebut kat atas tu....saya pendam perasaan teringin saya ni.


Soalan

Soalan saya kak, wujud ke perempuan kat dunia ni yang boleh terima lelaki macam ni yang mana tak dapat seks takpa asalkan dapat kasih sayang ikhlas dari saya? Bolehkan dia menerima keadaan hubungan suami isteri tanpa seks? Memang benar orang kata, perkahwinan bukan seks semata, tetapi adakah perempuan yang sanggup terima syarat perkahwinan tanpa seks?


Bukan saya tidak mahu mencuba, memang tak ada langsung rasa keinginan pada perempuan untuk bab seks, pandang perempuan langsung tak stim walaupun perempuan seksi die berdiri tanpa seurat benang mengoda saya, lainlah kalau lelaki kacak dengan berbaju lengkap pon sudah membuatkan saya terangsang.


Kalau refer hukum Islam sendiri, nampak dah jatuh hukum haram kan? Sebab 1 tanggungjawab yang tak dapat bagi tu. So secara lojik akal dan pemikiran akak yang selalu dekat dengan golongan ni, apa kata akak? Akak faham bagaimana perasaan saya? Nafkah zahir dan batin memang saya boleh berikan, kasih sayang dan keperluan asas dalam perkahwinan memang saya yakin saya boleh berikan pada sesiapa yang menjadi isteri saya.


Memang orang cakap senang, berubahlah. Sekadar ungkapan di mulut. Sesiapa pun boleh mengeluarkan ayat seangkatan dengannya.


Saya dah buat sedikit reading about bisexuality and more detail lagi about homosexuality. After that I have come to the fact that I am born a bisexual because I agree that homosexuality is not something we can choose or a lifestyle choice. It is imprinted in your DNA and you are born with it. Kita tak boleh help it if kita dilahirkan begini. So, from that day on, I accepted my fate, dari saya seksa diri nak be who I am not.


Sekian sahaja. Please help.

Yang benar,
Lelaki Ini


sajiaaa la bubuh gambaq ni

click read more untuk jawapan


Hello u olls,


Wow. Terima kasih Lelaki Ini kerana menghantar satu kisah benar yang percaya atau tidak, you are not the only person in this world yang merasai perasaan ini. I berani potong jari, ada ramai lagi lelaki homoseksual di luar sana yang mempunyai perasaan yang sama. Iaitu perasaan untuk let go of all this thing dan menjalani hidup baru sebagai seorang ‘normal’.


Sorry saya terpaksa correct pemahaman u olls tentang orientasi seksual u, u are not bisexual. U are actually a homosexual. Why? Sebab homoseksual dia hanya boleh terangsang dengan pasangan sama jantina sahaja. Where else, bisexual boleh terangsang untuk bersama kedua-dua jenis jantina iaitu lelaki ataupun wanita. Terang-terang anda hanya mempunyai nafsu untuk lelaki sahaja dan perasaan untuk perempuan sahaja perasaan sayang dan kasihan, tapi bukan berahi? So that doesn’t count.


Contoh lelaki bisexual adalah lelaki-lelaki yang selama ini menjalani hidup sebagai seorang gay tetapi at one point, the wanted to stop and start a new life as ‘so-called-normal-man”.  So depa pun mengahwini seorang wanita.  Alhamdulillah apabila bersama isteri, organ seksual mereka boleh berfungsi dengan baik dan mereka merasakan keseronokkan dan nikmat apabila bersenggama dengan isteri.  Walaupun hakikat pada ketika mereka menjalani hidup sebagai gay yang bottom / sissy / patah / sotong....tapi itu tidak dikira. Yang penting sekarang terbukti mereka boleh memberikan atau menerima untuk lelaki mahupun wanita. So depa adalah biseksual.


Ada banyak-banyak lagi terma seksualiti yang telah dikenalpasti oleh pengkaji psikologi dan sosiologi, aseksual, triseksual dan macam-macam lagi. Kalau rajin boleh baca, tapi takut hang pun boleh jadi pening.


Let’s go straight to your soalan.


Ada tak perempuan yang boleh terima hang seadanya?

Yes ada!! Ive met a lot of woman yang menerima pasangan mereka seadanya gay. Depa open untuk terima sejarah-sejarah hitam yang pernah dilalui oleh pasangan mereka dengan beberapa syarat mudah, once u are married, u are married. Married to a woman is not like an open relationship yang selalu dimiliki oleh pasangan gay. Maknanya, walaupun hang couple dengan boyfriend hang, hang boleh fuck dengan lelaki lain atas alasan suka-suka. Ini adalah satu syarat mudah. Malah kalau lelaki straight pun, tidak diizinkan untuk menduakan isterinya dan kalau tidak ada ikatan perkahwinan dengan pasangan kedua itu, di anggap zina / skandal. Sama juga perempuan yang pernah terlanjur sebelum bernikah, pernah mengandung dan menggugurkan kandungan, pernah menjalani hidup sebagai perempuan simpanan, etc etc etc, but once dia bernikah, dia kena tutup buku dan hanya setia pada suami. That’s it. So, yes ada perempuan yang sudi menerima hang sebagai gay. As long as you remain jujur dan ikhlas. No one is perfect in this world, and bukan senang nak cari lelaki baik zaman sekarang ni.


Ada tak perempuan yang boleh terima perkahwinan tanpa seks?


Aku pernah baca satu cerita dalam blog “Dalam Darah Aku Ada HIV” menceritakan tentang satu pasangan suami isteri yang mana suaminya seorang gay tegar dan ingin ke pangkal jalan dan bernikah dengan seorang wanita.  Malangnya, lelaki itu adalah homoseksual dan bukan biseksual. So every night mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan organ seksual si lelaki terangsang dan si perempuan dapat menikmati hubungan seksual dengan puas. This is a true story. Insat aku cari link untuk cerita itu.


So what im saying is that, susah nak jumpa perkahwinan tanpa seks. Yes, mungkin kehendak seks adalah berbeza mengikut individu tapi permintaan itu tetap ada. Sikit-sikit kita boleh tolerate, tapi kalau lama-lama? Empangan air pun boleh pecah u olls kalau tidak dibuka sekali sekala.


Aku pernah karang sebuah cerita dalam cerpen aku bertajuk Haru dalam buku Antologi Cerpen Chabai tentang bagaimana seorang suami gay yang bernikah dengan seorang perempuan semata-mata untuk menjaga maruah tetapi in the end, isteri punya permintaan tidak terbayar dan akhirnya si isteri buat seks dengan “anak ikan suami”. Sorry iklan sikit, kalau nak beli buku tu, boleh PM aku.


This Is Just A Phase

Aku dah rujuk kisah ni dengan seorang penyelidik dalam bidang psikologi, hang tau la kan aku kerja dalam USM dan bukan susah aku nak dapatkan informasi macam ni. So apa yang disampaikan oleh penyelidik ini mungkin benar dan mungkin tidak, tapi yang penting apa yang dia kongsikan adalah berdasarkan apa yang dia kaji dan baca, langsung tidak cuba menyelebahi mana-mana pihak. Dia pun tak kenal hang.


Dia kata, actually berdasarkan jangka umur hang sekarang iaitu 30 an hang mungkin sedang mengalami fasa mid-life-crisis.  Sebagai seorang lelaki gay, cara hang hadap mid – life –crisis adalah at one point,  hang rasa bosan dengan life yang hang ada sekarang dan hang nak cuba sesuatu yang baru.  So in your case, hang lani tak mau jadi gay dah, hang nak kawen dan mulakan hidup baru sebagai seorang lelaki ‘so-called-normal’ have kids and family.


Dia kata its good to have that. Its normal. Ini adalah fasa-fasa yang dilalui oleh semua manusia berbeza. Cuma yang takutnya adalah, ini hanya satu fasa. At one point, hang mungkin akan menyesali dan paling teruk sekali hang nak balik ke cara hidup yang hang lalui sekarang.


Sebab siriesly aku cakap kat hang, aku dah kawen, aku sendiri mengakui nak kawen bukan senang. Kawen bukan semata-mata ada kenduri, pakai baju pengantin, photo session, romen, dapat anak, amik gambar and share beautiful moments on Facebook. NO!! Kawen is like 360 degree turn over dalam hidup hang.   Ini aku yang straight......hang?


Luckylah hidup kalau hang jumpa pasangan yang boleh senang bersama dan susah bersama dan paling penting terima hang buruk dan baik. Seikhlasnya dan bukan semata dalam sajak cinta.


So im gonna leave this to you now. Kesimpulannya, ini hanya satu fasa. Kuatkan hati. Banyak sollat dan berdoa kat Allah. Kalau hati hang penuh dengan Dia, hang senang jumpa jawapan. Tapi kalau sebaliknya hang mungkin akan membuat keputusan yang bukan sahaja akan MENGHARUKAN hidup hang malah hidup hidup orang yang hang sayang.


Ps/ PLEASE STOP USING NORMAL MAN TERM!! SAPA NORMAL KAT DUNIA NI?


Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. siapa ituuu. meh la nk blind date. hikhik

    ReplyDelete
  2. Kepada Lelaki Ini,

    Saya sebagai gay yang hidup secara discreet mempunyai masalah yang sama dengan abang. saya percaya ini bukan masalah mid-life crisis ataupun gay sejak azali..kita boleh isi kekosongan ini dengan pelbagai aktiviti..tapi end of the day, kita masih lagi rasa kekosongan itu..dan saya tak percaya gay ini merupakan benda yang memang printed on our dna, tapi ianya lebih kepada kita sendiri..ada orang menjadi gay selepas dilatih oleh golongan yang songsang..tapi saya percaya ini lebih kepada kehendak nafsu,akal dan cara kita tackle issue tersebut..masalah yang sama bagi orang yang ada anger issue..mereka tak pilih ataupun ada dalam DNA mereka.

    Orang cakap berubahlah, senang dicakap sukar dilaksanakan..saya dulu berhenti tengok gay porn,berhenti contact plu yang lain,account dekat plu site pon saya shutdown..tapi sukar gila..waktu solat pon saya kadang kadang boleh berfikir kotor! tapi skang nih saya hidup macam dulu, just takde buat dah aktiviti dalam kamar. yang lain semua macam dulu.

    Nasihat saya kepada abang, tak salah hidup bersendirian, tak salah kalau kita tak kahwin. pedulikan kata orang. Dari kita hidup susahkan isteri kita.baik kita hidup susahkan diri kita..saya pon nak berubah. saya berusaha, tapi saya masih gay..orang yang guna hadis/ayat alquran untuk attack abang, pedulikan mereka..sebab mereka hanya ambik isi alquran secara separuh-separuh..pedulikan mereka..pedulikan mereka..janji kita penuh janji kepada allah..takdak sapa leh halang abang dari masuk syurga..kecuali reda ibubapa.

    saya mungkin tiada sarjana atau kelayakan akademik, tapi saya ada pengalaman yang saya hargai..

    saja jela saya nak kasitau...saya dulu mula tahu saya ini gay pada darjah 6 waktu cerita My Heart lakonan Irwansyah keluar dulu..macamana saya tau? sebab adik saya tegang tengok muka dia. tengok dalam majalah mangga pon boleh naik nafsu. mimpi basah pon dengan dia...ahahaha

    Yang Benar,
    Unknown, 22 tahun

    ReplyDelete
  3. well to lelaki ini, for me i think there are still girls yang boleh terima if u are trying to find a woman yang boleh terima masa silam u..

    truth to be told, my ex dulu pun gay but i never confronted him and i can only verify his story from his friend after we broke up. and from there i baru dapat tau that this friend of his dulu pun kawan dengan kawan dia yang jugak gay (his circle of friend) and we are on the same boat. x kisah pun pasal kisah silam depa.. in fact we still contact each other as friends because for us, kitorang pun x perfect mana nak nilai dosa pahala orang.. being a gay doesnt mean u memang ahli neraka what not right. that was our conclusion. saja share. goodluck in your future endeavours bro :)

    ReplyDelete
  4. Sis,,, sy berada dipihak yg sama dengan lelaki diatas,, bukan probs kisah silam sis,,,, utk berkahwin tu semua tanggungjawab boleh dilaksanakan,,, TAPIIIIIIIIII hat nak bagi nafkah batin tu lagu mana? Dah cuba tengok pompuan bogei pon xdaq rasa apaaa,,,, ��.... Macam mana??? Tapi nak ada wife,,, nak kongsi kasih sayang,,,,, nak tanya ada x wife yg boleh xdpt nafkah batin?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...