22.2.16

Menyaksikan Belon Udara Panas di Penang

Hello u olls,

Baru-baru ini jugak seperti ampa tau maka berlangsunglah pertunjukan belon udara panas di Penang. Ini adalah penganjuran yang kedua. Walaupun banyak komen negative daripada orang ramai tentang lokasi yang tak sesuai (sebab tempat tu naharom depan Hospital Besar Pulau Pinang – orang tak mau jem nanti menyusahkan ambulance) and jangan lupa kejadian belon yang terjatuh di kawasan jerat Cina yang menggemparkan, so tahun ni depa buat lagi di tempat yang sama.



Siriesly, kalau tak buat kat Padang Polo nak buat kat mana lagi? Padang Brown? Padang USM? Ermm...tak tau la Penang ni bukan besaq u olls. Alih-alih buat kat mana pun akan jadi jem jugak u olls.


So tahun lepas katanya I olls tak berkesempatan nak pi tengok belon udara panas ni, tak tau la pasaipa. Mungkin sebab aku duk feeling plan macam-macam last sekali semuanya tak jadi. Tapi kali ni aku buat relaks ja, buat macam tak tau pun. Tup tup pada hari kejadian, aku bukak website Penang Hot Air Balloon, tengok aturcara program and teruih call kawan aku Haleesa. “Wehss.....jom pi tengok belon udara panaih?”





“Jom...nak pi bila?”


“Malam ni....”


“Nak pi macam mana?”


“Kita naik motor la......satgi aku naik motor Khafi pi kat hang....pastu kita rempit la pi Padang Polo,”


Malam tu, aku suruh Khafi pi kerja pakai kereta. Lepas tu aku pun rempitla naik motor scooter daripada Ayer Itam pi rumah kawan aku Haleesa kat Jalan P Ramlee yang dulu pernah terbakar dan aku bubuh dalam Facebook dan blog aku. Alhamdulillah, untuk pengetahuan ampa, depa dah bina rumah baru dah atas tapak asal rumah mereka yang habis dijilat api. Thank you so much kepada orang ramai yang banyak membantu. Rumah baru depa adalah jauh lebih cantek dan selesa. Nanti dah siap, Mak Yam buat kenduri, aku amik gambar dan share dengan ampa semua k.


So apabila aku sampai kat depan rumah Haleesa, dari jauh duk nampak dah macam mana punya almari duk bawak scooter. And dari jauh aku duk nampak dah Haleesa duk siye gelak kat aku. Babi betui. Kuang ajaq punya kawan. Lepas beberapa minit, kami pun berempit pergi ke Padang Polo. Haleesa rempit dengan motor dia, aku dengan motor aku.


Dari rumah Haleesa, Jalan P Ramlee nak pi Padang Polo dekat sangat la aih. Kami lalu jalan kampong, lalu Kebun Lama, belakang Sekolah Munshi, choih depan Jalan Ayer Itam, potong kot York Road and then terus kami sampai kat area Hospital Pulau Pinang.


Masa tu jam dah menunjukkan pukul 8.30pm, jalan agak jem. Yes memang betul apa yang dikomplenkan, macam mana kalau ada kes ambulan nak masuk. Kami pusing kat area depan Blok A kat hospital and decided untuk park motor kami kat situ. Betul betul kat bawah menara yang duk tunjuk berapa banyak darah ada kat tabung darah.


Kami lintas jalan dan menuju ke Padang Polo. Masa tu, belon semua tak berapa nak up lagi. Sebab memang dalam program, pertunjukan belon udara panas pada waktu malam akan bermula jam 9 malam. So kami mulakan dengan berjalan menengok penjual-penjual meniaga di kawasan vendor yang disediakan. Wow...tak sangka time ni la aku tengok banyak peniaga yang menggunakan van-van dan lori pick up ala-ala food truck America tu. Ada yang jual minuman, makanan, dan macam-macam lagi.


Aku stop kat satu amoi ni dia jual jus buah pala yang disejukkan. Harga sebotol RM3. Siriess wehsss sedap gila. Lepas tu kami pun jalan-jalan lagi sampai ke hujung. Aku duk nampak macam ada lampu kecik-kecik perhiasan kat hujung padang, bila kami sampai kat sana memang betul la ada tanglung bentuk belon udara panas banyak-banyak yang diperbuat daripada kertas. Aku rasa tanglung ni semua adalah hasil lukisan budak-budak yang mungkin masuk pertandingan mewarna pada waktu siang. Cantek pulak tengok lampu tu banyak-banyak tapi tula u olls, masa tu ada pulak kereta VVIP mana ka pi parking kat tengah. Douche bag sangat!! Pi la parking kat tempat lain. Orang nak bergambar pun susah.


Lepas bergambar semua habis kat area tanglung tu, kami pun berjalan semula ke tengah padang. Masa tu belon-belon udara panas pun dah mulai naik. Ada 11 buah belon udara yang besar-besar dan berasal daripada pelbagai negara.  Ampa boleh check it out profile pembelon seperti di link ini  :  Balloonist


Tapi siriesly untuk wanita perak buih macam aku yang tak pernah tengok belon udara panas depan bijik mata aku sebelum ni,  well...belon takdak la besaq sangat.  Aku duk gambarkan satu satu belon ni besar macam bangunan 30 tingkat.  Tapi sebenarnya kecik sahaja.  Lebih kurang bangunan 5-7 tingkat sahaja.


Kat tengah-tengah belon banyak-banyak tu ada stage dan nak dijadikan cerita, malam tu CM Lim Guan Eng mai rasmi. Lepas dia bagi ucapan apa semua, depa duk buat la macam-macam pertunjukan kat atas stage kat tengah tu. Ada la tarian api la, tarian bubuh lampu klip klap kat baju la, tarian gendang Cina la dan macam-macam lagi. And setiap kali persembahan tu habis, kita semua akan tepuk tangan, yang belon-belon udara panas ni pun akan bukak api depa kuat-kuat seolah-olah depa pun tepuk tangan kat persembahan tu.


Tapi rakyat jelata tak dapat nak tengok sangat pun persembahan tu sebab stage tu bangang depa buat atas platform atas tanah sahaja.  Kalau depa buat stage tinggi ka apa ka,  boleh la orang tengok.


So itu sahajalah aktiviti kami malam tu. Lepaih tengok belon-belon tu semua, kami pun balik la. Kesimpulannya memang boring la u olls. Sebab aku pi dengan kawan aku dorang ja, kalau pi ramai-ramai, pastu beli makanan banyak-banyak, duduk tengah padang, sambil scan jantan menjerit gelak kuat-kuat macam bitch sialll.....yess...akan jadi syiok.


Sebelum balik, aku pau Haleesa untuk belanja aku ice cream and kebab. Thank you Haleesa. Nanti kita rempit lagi.


Jom tengok gambaq yang aku amik guna camera phone pekak aku sahaja.  Sorry gais.  Aku dalam usaha nak beli camera baru untuk memastikan kualiti gambar dalam blog aku lebih elok.


Belon Udara Panas
Tapi siriesly untuk wanita perak buih macam aku yang tak pernah tengok belon udara panas depan bijik mata aku sebelum ni,  well...belon takdak la besaq sangat.  Aku duk gambarkan satu satu belon ni besar macam bangunan 30 tingkat.  Tapi sebenarnya kecik sahaja.  Lebih kurang bangunan 5-7 tingkat sahaja. 






Tanglung bentuk Belon Udara Panas
 Aku duk nampak macam ada lampu kecik-kecik perhiasan kat hujung padang, bila kami sampai kat sana memang betul la ada tanglung bentuk belon udara panas banyak-banyak yang diperbuat daripada kertas. Aku rasa tanglung ni semua adalah hasil lukisan budak-budak yang mungkin masuk pertandingan mewarna pada waktu siang. Cantek pulak tengok lampu tu banyak-banyak tapi tula u olls, masa tu ada pulak kereta VVIP mana ka pi parking kat tengah. Douche bag sangat!! Pi la parking kat tempat lain. Orang nak bergambar pun susah.







Caravan Malaysia Pertama
Okay salah satu benda yang menarik perhatian aku adalah pameran tentang kereta caravan Malaysia yang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Sendok Group.  Baguih juga caravan ni,  kot depan hang boleh drive kot belakang ada bilik kecik ada katil,  ruang makan sikit and pancuk untuk berak dan kencing i guess!  Aku tak masuk sangat dalam caravan tu sebab aku tengok macam ramai budak budak duk masuk duduk dalam tu.  Satgi depa tengok makcik gemok ni naik....depa seriau pulak.  Ampa nak tau lebih lanjut boleh pi follow IG and Facebook depa macam dalam poster kat bawah.






Ice Cream Caravan
Salah satu vendor yang berniaga masa fiesta ni adalah @theicecreamcaravan .  Ice cream sedap harga pun morah. Oh yeah depa jugak terima undangan untuk any event and also private function / party like wedding or birthday. Apa-apa sila follow IG depa @theicecreamcaravan 



Nota kaki  :

2 comments:

  1. menarik. haritu mai penang belom start lagi belon ni. nanti nk try pi kat putrajaya lak

    ReplyDelete
  2. kami p pagi depa baru dok hembuih belon bagi kembung. Elok2 dok selfie kat tanglung belon ah-eng lalu belakang mayb mai cek utk majlis perasmian di malam hari. sempoi takdak org escort pon... mai rilek ja...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...