Featured Post

#PrayforPenang

29.2.16

SINOPSIS IMPRESARIO ADIKARMA 2.0



Kumpulan Kesenian Adikarma USM akan mempersembahkan Malam Impresario 2.0 pada tahun ini yang bertemakan Hikayat Adikarma. Produksi Drama Tari ini merupakan sebuah adaptasi daripada karya agung Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (SSSM) serta filem epik Puteri Gunung Ledang (2002).

Menggabungkan unsur tarian tradisional dan artistik moden dalam persembahannya bakal menjadi salah satu tarikan pada Malam Impresario Adikarma kali ini. Drama Tari ini bakal mengangkat Hikayat Sejarah Melayu, kisah Hang Tuah Lima Bersaudara (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi), Tun Teja, Peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud, dan lain-lain dalam konsep produksi dan elemen penyampaian persembahan yang kreatif dan tersendiri.




Adikarma USM merupakan kumpulan kesenian di bawah Unit Kebudayaan dan Kesukarelawan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM. Mula bertapak pada tahun 2008, kumpulan kesenian ini terdiri daripada pelajar USM yang berpendidikan ijazah luar daripada bidang kesenian.

Lebih gemar digelar sebagai penggiat seni, mereka telah berjaya melakar nama di pentas universiti, kebangsaan, antarabangsa & juga ASEAN. Antaranya di pentas Akar Kita Zapin (AKZ), MAKUM, ASEAN Youth Cultural Forum (AYCF), Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan banyak lagi.



Pengarah Projek : Nadhir Rusli Bin Badaruddin (Fizik, Tahun 3)

Pengarah Artistik : Encik Muhammad Al Hafiz Bin Md Sani (Pegawai)

Lakon Layar : Ahmad Khairul Bin Kamaruzzaman (Seni, Tahun 3)

Harga Tiket : RM15.00 (RM10.00 bagi ahli Adikarma)

Tarikh : 5 & 6 Mac 2016

Masa: 8:30PM – 10:30PM

Penjualan tiket melalui :
Talian Telefon / Whatsapp : 011-12864752 (Myka) & 017-4604566 (Farhan)


Untuk maklumat terkini:

FB : Adikarma USM

Intagram : @adikarma_usm

Twitter : @adikarmaUSM

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...