CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

23.2.16

Waktu Rehat di Sebuah Sekolah Rendah di Saitama Jepun

Hello u olls,


Hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang sebuah dokumentari ringkas tentang apa yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Saitama Jepun ketika waktu rehat. Kalau kita kat Malaysia, waktu rehat adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi tidak dinafikan pada masa yang sama adalah satu kekecohan.


Akak ingat lagi masa akak sekolah rendah, akak pengawas so bolehlah turun rehat awal untuk membeli makanan dan sebagainya. Sekolah rendah akak adalah sekolah yang kecil. And waktu rehat masa sekolah rendah adalah sesuatu yang menyeronokkkan sebab time tu juga kita boleh main dengan kawan-kawan. Masa kecik-kecik, ingat nak main saja kan?


Bila masuk sekolah menengah pulak, akak sangat suka rehat sebab ini adalah waktu makan!!!! Inilah satu-satunya subjek yang kalau ada peperiksaan akak akan mendapat markah paling tinggi. Kami mempunyai pakcik kantin yang best iaitu Pak Ali dan setiap hari Selasa, Pak Ali akan membuat nasi ayam. Dan setiap hari Selasa juga adalah hari dimana semua pelajar Senjojes akan berlumba-lumba untuk pergi beratur beli nasik ayam from Pak Ali. Oh ya, tak sambung lagi cerita pasai akak dan gang-gang akak yang akan makan kat parit belakang blok H?




So sesi rehat untuk pelajar sekolah kat Malaysia akak rasa lebih kurang sama macam akak la. Nak beli makan kena beratur, habis waktu rehat, semua orang kena berbaris pulak untuk masuk ke kelas masing-masing.


Haaa.....ini akak nak share video clip ni dengan u olls ni. Video clip sepanjang 10 minit ini menceritakan kisah hidup pelajar sekolah rendah ini. Panjang jugak video clip ni, so akak cerita dulu dengan u olls. Nanti ampa free ampa tengok sendiri video ini.


Nak cerita start macam mana noh?


Okay...macam ni! Waktu rehat kat sekolah ini tidak macam waktu rehat kita semua. First of all, aku nak start daripada aktiviti depa berkebun di sekolah. Walaupun tidak ditunjukkan dalam video tetapi untuk pengetahuan u olls, para pelajar sekolah ini berkebun untuk bahan-bahan asas makanan seperti ubi, bawang dan sebagainya. Sayur-sayuran ini ditanam dan dipetik oleh pelajar sendiri.


Setelah sayuran dipetik dan diberikan kepada makcik kantin, makcik kantin pun akan memasak makanan berkenaan bersama dengan bahan-bahan masakan yang lain. Yang pastinya makcik kantin depa beroperasi dalam dapur yang very the professional. Alatan-alatan masak yang menjamin kebersihan dan dimasak dengan sempurna, and makcik-makcik kantin pun berpakaian secara bersih dan mengikut standard piwaian yang sepatutnya. Siap glove, sarung kepala dan boot. And yes, depa tak pakai bahan-bahan yang telah diproses seperti naget atau sosej. Semua makanan dibuat secara home-made maknanya dimasak!


Setelah makanan dimasak, makanan tersebut diagihkan mengikut kelas-kelas.


Okay, lepas tu, kita pi pulak dalam kelas. Bila masuk waktu rehat, pelajar yang bertugas untuk serve makanan untuk hari tu akan berkumpul, buat inspection pulak u olls. Si ketua akan tanya kepada petugas lain, sapa-sapa yang ada sakit hari ini atau sepanjang minggu ini? Kerlass nokss....


Lepas buat sesi perbincangan kecil tu, depa semua berjalan pergi ke kantin dan sebelum amik makanan untuk kelas mereka, mereka akan ucap terima kasih kepada makcik kantin yang menyediakan makanan kepada mereka pada hari tu.



Pastu di dalam kelas, pelajar-pelajar lain akan bertugas menyusun atur meja dan kerusi untuk keselesaan waktu makan. And untuk pengetahuan ampa, semua pelajar dikehendaki membawa lapik meja, sapu tangan, topi (untuk tutup kepala), berus gigi dan cawan untuk berus gigi selepas waktu makan.


So kawan-kawan pun akan mencedok makanan dan memberikan kepada semua rakan-rakan dalam kelas.


Selesai waktu makan, mereka beramai-ramai akan bekerjasama untuk mengasingkan sisa makanan, membersihkan kotak susu untuk dikitar semula (nakhariammmmmmmmmmmmm wehsss depa style basuh kotak susu tu dan dikeringkan before masuk dalam tempat kitar semula......gila wehs...aku kat rumah masak apa semua style buang sampah macam tu ja...takdak amalan kitar semula langsung!! Aku rasa malu sekarang). Lepas tu, depa juga akan bergotong royong membersihkan lantai kelas dan sekolah untuk pastikan semuanya bersih selepas sesi waktu rehat.


Aku harap ampa semua tonton dokumentari ini dan menjadikan rancangan ini sebagai suatu inspirasi. Ada beberapa pihak di Amerika yang sedang belajar tentang amalan ini untuk diterapkan di sekolah mereka.


Tamparan hebat untuk makcik-makcik kantin di seluruh Malaysia especially kepada pengusaha kantin di USM, Universiti APEX. Wehs....................status APEX tapi masih ada kucing yang boleh panjat dan makan sisa makanan dalam bekas meletak pinggan kotor? Aku tak mau kata apa satgi dapat surat tunjuk sebab pulak.


Marilah pikirkan bersama.



Sumber  :  Damnbored.tv

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...