31.3.16

Model Tua Yang Cantik

Okay u olls semua marilah beramai-ramai kita menyentapkan diri dengan seorang model kertu yang bernama Yazemeenah Rossi dari Malibu California yang terkenal model berusia 60 tahun yang memiliki rambut panjang berwarna putih perak.  Beliau banyak menjadi bintang untuk siri kempen iklan untuk jenama besar seperti Mercedez Benz,  Yves Saint Laurent,  Eileen Fisher,  Macy's AT&T,  Marks & Spencers dan ramai lagi.

Wanita kelahiran Perancis ini menyatakan dia punya rambut start beruban sejak berusia 12 tahun dan dia tak pernah colour rambut dia since then sebab dia tau rambut perak ini akan menjadi aset dalam hidup dia.  Haram J betul.  Aku pun lani rambut mak esah (I called it) dah banyak and laki aku selalu akan kutuk aku.  Tunggula nanti aku umoq 60 tahun,  aku nanti rambut panjang putih macam ni...feeling la kot nak jadi model tapi haram mesti muka aku macam red indian sahaja.


Okay dah,  ampa mai tengok gambar dia dan marilah beramai-ramai kita menyentap.




Ulasan CERPEN by Regina Ibrahim

Hello u olls,

Selepas perjumpaan dengan Mama Regina baru baru ni,  mama pass kat aku buku terbaru yang ditulis olehnya hasil terbitan pihak FIXI yang berjudul CERPEN Regina Ibrahim.  Buku ini menampilkan 27 buah kisah ketot yang mempunyai latar cerita yang pelbagai.  Pasai lelaki,  perempuan,  mak nyah,  kak tom dan macam-macam lagi.  

Seperti ampa tau,  yang mana dah pernah baca buku-buku mama sebelum ini dan yang dah selalu tengok posting beliau di Facebook dan Wattpad,  ringkas padat dan straight to the point.  Tiada kata-kata puitis melerek yang membelitkan pemahaman.  That's why i like her.  Sapa-sapa yang sebelum ni tak berapa nak fancy penulisan fiksyen Melayu yang bersifat sendu bunga-bunga cinta,  mungkin ampa patut cuba penulisan Regina Ibrahim yang pendek dan tajam ni.


Buku Cerpen


30.3.16

Im Officially Jumie Resdong's

Hello u olls,

Tanggal 20 Mac menjadi sejarah untuk tahun 2016.  Alhamdulillah selepas 4 tahun mengkecimpulkan diri dalam bidang teater di negeri Darul Nasi Kandar ini akak akhirnya diberi peluang untuk menyertai sebuah persatuan teater sebagai ahli kepada Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan hangpa semua,  akak dah beberapa kali menjadi tenaga produksi untuk persembahan anjuran persatuan teater ini,  sebagai make up artist,  sebagai pelakon tambahan dan juga baru baru ni sebagai heroin.  Kerlassss.....

Tak sangkalah,  setelah sekian lama ni depa memang duk memerhati pergerakan dan peribadi akak yang luhur murni ini menyebabkan akak menjadi insan terpilih untuk menjadi ahli kumpulan mereka.  Alhamdulillah. 

Akak sangatlah terharu sebab first of all,  dengan penglibatan ini secara rasminya akak rasa macam akak belonged to an official teater family dan akak dengan secara bangganya boleh membahasakan diri akak sebagai aktivis teater negeri Pulau Pinang.  Dan kalau you olls semua bertanya,  kenapa akak terima jemputan ini?


Masa pementasan teater Rumah Welfare Intobaq dan dihadiri oleh para pelajar USM dan pelajar dari Amerika yang mai nak tengok akak.  Kerlas.....


click read more

29.3.16

Bridget Jones is Back !!

Hello u olls,

Sapa sini adalah peminat Bridget Jones.  Siriesly pompuan English yang mangkak dan bodo at the same time ni lakonan RenĂ©e Zellweger memang best.  Aku sangat suka kedua-dua filem pertama dan kedua.  Filem romantik komedi yang sangat best sekali.  Aku rasa start tengok cerita ni la aku fall in love dengan Colin Firth.  Aku taste gila kat Colin Firth ni.  Aiiiiyooo sangat.

Aku tak pernah dengar ura-ura pun kata depa nak buat filem terbaru pasai Bridget Jones ni,  tapi tiba-tiba ja keluar trailer terkini.  HARUSLAH aku nak pi tengok bila keluar wayang nanti.  And aku plan nak fake laugh kuat-kuat dalam panggung sampai aku sakit tekak.  HAHAHAHAH

K bye semua!  Sila masukkan dalam kalendar ampa semua Bridget Jones's Baby coming out September 2016!!




click read more to watch the trailer

Isteri Yang Pentingkan Diri Sendiri

Salam Kak Jumie,

Saya baru berkahwin tahun lalu yang lepas. Saya berkahwin umur 25 tahun dan husband pulak 30 tahun. So far I am enjoying my marriage dan saya realized yang marriage is a lot of hardwork. Dulu saya banyak membaca pasal kehidupan selepas berkahwin, bacaan bacaan agama pasal perkahwinan, kehidupan suami isteri, anak dan jugak rumah tangga. pengalaman berkahwin, pengalaman ada anak sorang, anak dua orang. Memang seronok la tambah ilmu.

Ternyata apa yang dibaca tu memang berbeza sekali dengan dunia nyata. Saya nak cerita dekat sini yang teori dengan dunia nyata memang lain sesangat. Kena alami sendiri baru la tau langit tinggi rendah. Baru la masa ni duk teringat penat peluh mak abah dulu masa besarkan saya dengan adik beradik. Masa mula mula saya kahwin memang penat tu penat lain macam sangat. Ya Allah memang tak pernah rasa letih macam tah apa apa tah. Saya dengan husband decide nak duduk sendiri di rumah sewa right after kami nikah.

Keputusan tu terpaksa kami ambik sebab rumah kedua dua mertua memang dekat gila.  So kami tak mau sapa sapa merajuk makanya decide sewa rumah sewa yang jarak dia tengah tengah antara rumah mak saya dan mak husband saya. Satgi kalau la kami pi duk rumah mak saya lepas kawen, takut mak kepada husband saya terasa ka, duk buat tacing ka apa. Memang nak elak la suma tu. Biaq adil pukul sama rata. Lepas tu kami tak mau la orang tua tau kalau kami ada masalah. Nak setel sendiri. Nak berdikari.

So setiap weekend kami balik lawat dua dua rumah.  Sejam saya dan husband singgah rumah mak saya lepas tu sejam singgah rumah mak mertua.  Selalunya memang lebih la dari sejam sebab mesti la mak kita masak bagi kita makan kan. Bila dah setiap minggu macam ni, serius rasa penat. Penat ulang alik lepas tu balik rumah sewa kena kemas rumah, basuh baju sidai baju. Pergi pasar beli barang basah pastu siang, bahagikan dalam bekas barang basah tu untuk makanan seminggu.


Layan suami lagi. Masak memasak. At the end of the day, saya rasa penat gilaaaaaa. Hoih baru kahwin beberapa bulan. Not that I don’t want to do it or anything. I know that it is my responsibility now. It has shifted since I am now someone’s wife. Saya tau saya kena buat semua tu sebab kami ambik keputusan untuk berdikari.

Nasib baik husband banyak tolong. Dia banyak ringankan beban. tolong masak, saya sapu rumah pastu dia sambung mop.  Saya basuh baju pastu dia sambung sidai baju.  Nasib baik tang bab lipat baju tu dia mau tolong.  Menyampahnya kena lipat baju haha.  Tapi memang kena kita start dulu. kalau kita duk melepak, dia pun buat tak tau.  Nak keluaq pergi makan ka apa. Kalau saya tak angkat bontot dulu pi bersiap, sampai ke sudah la lapaq.  Biasala laki kan.

Dulu duk rumah, mak banyak yang buat kerja.  Ada adik abang tolong. Tapi sekarang,  hal diri sendiri,  hal suami,  hal rumah suma kena pikiaq.  Memang letih physically and mentally.  Memang la ni duk rasa sayang gilaa kat mak.  Baru la tau superwomannya mak aku ni.  Mana mai tenaga dia. 

Dulu teringat la masa kecik dulu, kena marah baik punya kalau terlambat masak nasik untuk makan malam.  Mak dah pesan suruh masak nasik petang sebelum dia balik kerja pukul 6.  Masa kecik dulu, pukul 6 petang tu masa kemuncak duk main sakan.  Kalau terlupa tu memang kena petir.  Sekarang ni baru la tau sebab apa mak aku petir sakan.  Rupanya sebab kalau masak nasik lambat tu,  nanti semua makan lambat. So lambat la mak abah boleh rehat lepas balik kerja.  Lepas kahwin baru rasa bersalah buat mak amcam tu haha.


Ingat saya sorang ja yang rasa mengah tak tentu pasai ni. Husband saya pun cakap benda yang sama. Kami bincang yang kami nak ada anak selepas setahun berkahwin. Husband saya bagitau, dia nak berdua sat dulu sebelum ada ketiga keempat kelima.  Masa kami berkawan 2 tahun dulu, memang jarang keluar berdua tengok wayang ka apa. Ada la setahun tu 2014 kami keluar dua tiga kali pi tengok wayang atau makan tu pun sebab dia tensen sangat hal keluarga atau kerja.

Dia nak release tension. Tu pun keluar sat pastu sebelum Maghrib dah balik rumah.  Banyak duk message dan call saja.  Since bertunang sampai la bernikah memang lansung tak keluar berdua. Parents dia tak bagi dan dia pun tak nak buat keluar berdua ka apa sebab takut kalau kami buat jugak, parents dia ada alasan untuk putuskan hubungan kami. 

Masa tu parents dia ada nak kenenkan dengan orang lain. Makanya dia kata, sebelum berkahwin kita tak p mana-mana. Lepas dah bernikah ni dia nak berdua pulak dengan saya. Travel dan spend time berdua sebab itu lebih indah selepas berkahwin.



Concern (Lah Sangat) Orang Sekeliling
Tapi bila dah kahwin ni, orang keliling duk tanya bila nak ada anak.  Bila nak beli rumah.  Bila nak itu bila nak ini. Bila cakap nak rileks dulu, nak berdua dulu. Depa balas toksah la duk merancang ka apa, nanti bila duk cakap tak mau, Tuhan tak bagi sungguh baru tau. Ampa tak mau ka rezeki Tuhan. 

Mula la syarahan macam – macam ke saya dengan husband.  Macam macam la. Suruh pergi jumpa tok bidan mengurut.  Sampai rasa down.  Saya baru kawen tak sampai 6 bulan kot. Bagi la masa sat. Saya ni baru duk penat berdua tak habis lagi, orang duk cakap suruh tambah cepat-cepat. 

Saya baru nak adapt hidup berdua depa nak suruh bertiga pulak. Jujur saya bagitau dekat Kak Jumie, saya rasa loser sangat masa jadi isteri ni.  Serius macam-macam tak tau. Ya la kan,  dulu hal rumah mak abah setel.  Kalau paip bocor ka apa, mak abah setel. La ni bila duk sendiri baru la tau macam mana nak handle semua tu.  Memang pengalaman baru untuk saya. Not that I’m complaining. Rasa seronok belajar dan alami benda baru.

Orang kat tempat kerja duk tanya bila nak ada anak? Dah ada isi ka? Kalau saya teringin nak makan ka apa ka, depa mula la kata saya mengandung tiga minggu. Bila saya duk surau sebab senggugut, mula la cakap..alaa tak mengandung ka.  Saya macam ehhh depa plak duk concern lebih.


Abang sulung saya pulak duk nasihat, ada anak cepat-cepat. senang masa tua nanti anak dah besar. Lepas tu bila baca pengalaman orang mengandung dekat blog, depa cerita pengalaman kalau bersalin umur lewat nanti efek badan semua.  Lepas tu duk pikiaq penat nak berkecah hal rumah, hal husband, hal diri sendiri, rasa tak boleh handle lagi kalau ada anak.


Sekarang ni tak ada anak pun penat semacam, macam mana la kalau ada anak nanti. Saya takut kalau saya penat, saya tak dapat jadi isteri yang terbaik, anak yang terbaik untuk ibu dan bapa. Saya takut husband saya cari lain kalau saya tak jaga dia elok-elok. Bila ada anak ni, kena jaga anak dan husband jugak. Saya takut dia terabai. Abah saya pernah curang dengan mak saya sebab dia rasa terabai dan mak tak jaga diri dia sebagai seorang isteri. 2 tahun saya depressed tengok mak abah macam tu and it left a deep scar in me. Definitely do not want those dark moments happen to me. Pak cik saya pun ada isteri dua sebab dia kata isteri pertama dia dah hilang sifat kelembutan seorang perempuan lepas beranak pinak. Kawan kawan sekerja dekat ofis pun sama ada yang duk main kayu tiga. Saya takmau benda sama jadi kat saya. Kalau boleh nak jaga suami saya elok-elok.


Saya ni selfish ka nak husband saya all for me first? Saya ni tak isteri yang tak baik ka duk rasa penat macam ni? Kena makan supplement ka? Saya sorang ja ka yang rasa macam ni? Saya ni tolak rezeki ka tak nak anak awai? Dilema dalaman sangat ni.


Thanks & Best Regards,

Bulan



28.3.16

Pertemuan Anak Anak Ayam JS with Regina Ibrahim

Bukan senang nak jumpa Mama Regina,  and bukan susah nak jumpa Mama Regina pun!  Ini adalah peraturan yang aku sendiri tetapkan,  bukan mama.  Maksudnya,  bukan susah nak jumpa mama.  Kalau ampa berada di kawasan sekitar Georgetown,  percentage kebarangkalian ampa untuk bertemu wanita ini adalah amat tinggi.  Kerana banyak urusan harian mama adalah di sana.  Tapi bukan senang nak jumpa mama sebab kita kena hormati masa dan ruang yang mama luangkan untuk kita.  So make all moments worth!!

Baru-baru ini,  aku yang setelah sekian lama akhirnya dapat meluangkan masa dengan mama.  Duk janji nak amik buku CERPEN yang mama nak hadiah kat aku.  Temujanji yang aku buat sebelum ni,  aku sendiri yang terpaksa cancel sebab aku pun duk kena buat kerja.  Bila dah confirm temujanji tu,  aku pun ajakla anak-anak ayam JS yang lain.

Mama Gina tidak diberitahu.  Bila dah sampai kat tempat kejadian barulah mama ketemu semua.  Perjumpaan panjang ini memang betul-betul seronok.  Di samping bercerita pasai buku,  Mama banyak kongsi dan ajar kami pasai falsafah-falsafah hidup yang dia selalu catatkan dalam laman Facebook beliau.  Memanglah kita boleh baca tu hari-hari tapi bila dia ajar depan kita,  lebihlah mendalam pengertian tu.  Peluang yang sangat best.

Here some of the things yang aku pelajari dalam pertemuan ini.





Mengdelete Kenalan Di Facebook

Berapa ramai Kawan you olls dalam Facebook?  Ramai?  Yes,  akak tau memang ramai.  Akak start pakai Facebook lebih kurang since 2008 masa tu Facebook baru nak masuk kat Malaysia.  Sebelum ni semua gila Friendster and MySpace. 


So disebabkan akak main Facebook sejak 2008 maka tidak dinafikan akak punya Facebook friends punyalah ramai.  And memang sejak dulu akak ni jenis tak berapa nak kisah pun sapa sapa jer nak add akak approve jer.  Takder peraturan khas penapisan.


Pikiaq positive masa tu akak duk buat business wedding planner dengan my sister,  pastu akak duk buat make up,  tulis blog...so I think mempunyai rakan Maya yang ramai boleh Bantu untuk marketing jugak.  Yes,  ternyata betul dan akak akuinya.


Dan sekarang,    hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti tahun, akak rasa Kawan akak kat Facebook dah terlalu ramai sebabnya kita kan duk feeling pi aktiviti sana sini,  perjumpaan,  kenduri kendara,  mesyuarat / program di tempat kerja....so bila terlibat dengan aktiviti seumpama demikian kita pun add la kawan-kawan baru alog the way. And Kawan kat Facebook kita pun dah makin ramai.


Bila friends kita dah cecah 5000 orang secara otomatik Facebook akan sekat kebolehan penggunaan untuk akaun kita.  We cannot add more friends,  and kalau tak salah akak,  nak komen,  nak mesej and nak apa sahaja kat Facebook secara otomatik disekat.  Sebab pernah terjadi kat akak.

Mau tak mau,  akak terpaksalah delete from time to time.



25.3.16

Istilah Minyak Wangi : Perbezaan di antara PARFUM, EDP, EDT & EDC

Istilah Minyak Wangi : Perbezaan di antara PARFUM, EDP, EDT & EDC

(Faktor Ketumpatan juga penentu harga sesuatu haruman)

Sering kita lihat banyak minyak wangi di pasaran dan kita juga terkadang kala keliru dengan istilah yang dicetak pada botol dalam minyak wangi ini. Ada istilah eau de perfume atau eau de toilette. Untuk itu kami ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai istilah minyak wangi ini agar memudahkan anda memilih jenis pewangi pada masa akan datang.



click read more

24.3.16

Catatan Kembara : Darjeeling, India by Ridhwan Shariff

Darjeeling, India by Ridhwan Shariff

Masa cuti hari raya cina baru ni, aku sempat (dan) bercuti ke India, memang dah lama aim nak p India. Asalnya plan nak masuk Dhaka Bangladesh dari Kolkata India tapi end up tukaq plan sehari sebelum fly sebab visa Bangladesh tak sempat nak siapkan (visa Bangladesh lagi susah nak apply dari visa Ostolia okay).

Masa dekat airport Kolkata,  dan masa tu aku tengah gosok gigi dalam toilet, ada satu laki mai tegoq;

"Bro nak pi mana kat India ni ?"

"Plan nak pi Darjeeling,"

"Ohh, samala dengan kami (lagi sorang kawan dia), jom join skali,"

“Yesss!!”  Dapat geng…!!


Pemandangan dari Darjeeling. Dari sini boleh jugak tengok gunung bersalji dari jauh, tapi kena ikot keadaan cuaca..


23.3.16

Resepi Mee Goreng Mamak by Kak Edeh

Hello u olls,

Mee Mamak comes in two ways,  mee kuah ataupun mee goreng.  Orang Penang yang duduk Tanjung (town and sub town area) macam kami zaman dulu-dulu paling last era 90an memang duk wujud lagi mamak-mamak mee yang menjadi wakil penjual mee kat kampung.  Setiap kampung / kawasan mesti ada satu mamak. 

Kat kampung I olls dibesarkan iaitu Kebun Lama (sekampung dengan P Ramlee ya) ada satu mamak mee ni nama dia aku tak tau apa dia tapi dia meniaga dekat dengan Roti Canai Shaik yang popular kat Gemas Road.  Dia akan meniaga from waktu tengahari sampai malam.  

Satu kampung nanti mai beli mee kat dia dan setiap orang kampung ada special preference depa untuk mee depa.  Ada yang tak mau tauge,  ada yang tak mau telur,  ada yang suka pedas,  ada yang takmau pedas.  Tapi resepi I olls adalah "Mamak,  mee goreng.  Bagi basah sikit,  pedas sikit,  manis sikit.  Telur tak mau!!"  Basah sikit maksudnya mamak akan buat mee goreng tu more gravy.

Lani dah takdak dah mamak mee lagu ni,  kalau ada pun dua tiga orang yang area Market Chow Rasta (mamak Kadir yang dah went viral) dan beberapa lagi kat area yang sama meniaga pada waktu malam.  (Me and Shanell Harun sangat suka mee goreng mamak kat warung teh halia kat tepi Chow Rasta tu).

Kalau ampa pi beli mee goreng kat kedai-kedai nasi kandar yang kontemperori macam Khaleel dan yang sewaktu dengannya,  itu semua tak original ya u olls!




So hari ni akak nak share dengan you olls resepi membuat mee goreng mamak sendiri kat rumah.  Ini adalah resepi dari mak I olls sendiri iaitu Kak Edeh.  Dia selalu akan masak mee goreng mamak kat kami anak-anak on special days and akak nak share dengan ampa so that this is going to be a tradition untuk family ampa pulak.  

Kak Edeh sedang beraksi.

Ulasan Karpet Merah Majlis Anugerah Oscar 2016

Hello people of the ponen planet,

AARGGHHSSS stressnya nak buat ulasan untuk red carpet Oscar ni u olls.  Tensyen sebab actually tak tau nak carut apa sebab kebanyakan depa depa ni semua play safe dan kalau tak play safe pun,  depa play kerlas dan pakaian depa cantek terletak sesuai dengan taste bangsawan akak.

Tapi sebagai menepati juga tradisi blog akak yang sendu ini akak tetap akan membuat ulasan red carpet untuk majlis Oscar yang berlangsung baru-baru ini.


But before kita selak-selak sapa pakai baju paling cantek,  akak nak share dengan you olls semua beberapa highlight masa majlis Academy Awards ke 88 yang dipersembahkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada 28 Feb 2016 yang lalu :

1. ALL BLACK JOKES
Apabila kontroversi tentang pencalonan Oscar untuk tahun ini yang tidak mempunyai kepelbagaian warna kulit / kaum,  sampai ada artist yang boikot tak mau pi Oscar dan hashtag #OscarsSoWhite
menjadi trending,  pengacara Chris Rock mengambil keputusan untuk menulis semula monolog pembuka majlis yang hampir 90 % mengutuk dan mencarut semua orang tentang isu ini.  Memang betul punya punya lawak babi dia carut semua orang.  Kalau aku jadi Jada Pinket Smith versi Melayu mesti aku dah buat press conference untuk saman malu kat Chris Rock.  Sebab C.R ada menyebut ""Jada boycotting the Oscars is like me boycotting Rihanna's panties. I wasn't invited," HAHAHAHA babi sedais kat kepala.


2. Chris Rock Rocks!!
Secara keseluruhan aku rasa Chris Rock telah menjalankan tugasnya dengan baik.  Kalau nak banding dengan Neil Patrick Harris  masa jadi host untuk tahun 2015,  aku rasa Chris Rock lagi lawak,  selamba,  tapi tetap mempunyai karisma dan keyakinan di atas pentas.  Apa pun,  tahniah kepada penulis skrip untuk EMCEE sebab Chris Rock memang lawak babi betui.  Dia paksa Leonardo DiCaprio beli biskut anak dia...akak translate pi bahasa Penang "Wehs Leo hang jangan duk kedekut hang beli cepat biskut anak aku...hang style dapat bayaran 30 juta..." HAHAHAH


3. Mad Max: Fury Road
Aku tak pernah dengar pun pasai filem ni sebelum ni tapi out of 10 nominations dia menang 6 kategori.  Aku nak kena tengok filem ni.


4. King Leo Wins
Alhamdulillah selepas 5 kali dicalonkan dalam kategori yang sama dalam majlis yang sama,  akhirnya dia menang best actor.  Memang King Leo broke the internet la. (Tapi kalau dia kalah pun dia akan broke the internet).


5. Spotlight menang best picture!
Filem ini adalah berdasarkan kisah benar tentang integrity kewartawanan yang menyiasat tentang kes rogol dan liwat terhadap kanak-kanak oleh paderi gereja.  Memang pen adalah lebih tajam daripada pedang dan jika digunakan dengan betul,  inilah kebaikannya.  Aku akan tonton dan review film ni soon!

6.  Sexual Confirmation Surgery
Masa Julianne Moore duk umum calon-calon untuk pelakon lelaki terbaik,  and masa dia nak bagitau pasai nama Eddie Redmayne yang berlakon cerita The Danish Girl,  dia ada sebut SEXUAL CONFIRMATION SURGERY instead of SRS (sexual reassignment surgery) yang kita dah commonly pakai.  Interesting.  Confirmation sounds lebih meyakinkan!


Okay,  jom tengok review fesyen pulak!!




22.3.16

Cuaca Panas Menggelegak

Hello u olls,

Seperti yang kalian tau sekarang ni astaghfirullah hal azim cuaca punyalah panas macam praktis neraka dah aku rasa.  Ampa semua macam mana?  Aku ni siries terseksa sebab dah la aku ni wanita agam yang cepat berpeluh lagi aku duk mandi lagi la aku duk rasa macam panaih.  Bila aku baca balik fakta,  walaupun kita duk mandi 15457 kali sehari,  lagi banyak kali kita mandi,  lagi cepat kita rasa panas sebab badan kita duk bagi haba secara semula jadi kat badan kita sebab dia ingat kita ni sejuk.


21.3.16

All I Ask by Adele

Since pes taim akak tengok dia perform nyanyi lagu ni time Grammy Awards walaupun microphone terjatuh macam mana ka and dia ada masalah untuk hayati lagu tu and nyanyi dengan betul,  tapi akak memang tau lagu ni memang best menusuk kalbu dan akak satu hari nak nyanyi jugak lagu ni.

Masa performance kat Grammy Awards,  Adele mengakui dalam temubual bersama Ellen Degeneres yang dia off-pitch sedikit tapi dia kata dengan relaksnya (akak translate dalam Bahasa Nyah),  "Biasalah nyah,  mak kalau emosi mak akan off pitch sikit,"  kerlass statement dia.  Apa pun confident!!

And seterusnya dalam Ellen Degeneres show,  dia nyanyi balik lagu ni dengan lebih elok.


Jumie vs La'Porsha Renae

Ni bukan sekali,  tapi dah masuk dua kali dah orang PM akak dan bagitau yang akak dengan finalist American Idol terakhir iaitu Le Porche ni adalah saling tak tumpah iaitu sama.  Thanks you olls semua.  Akak sangat terharu apabila u olls samakan akak dengan wanita Black American siriesly daripada u olls samakan akak dengan Enot.   Aiiiiiyooo!!! Chooiii akak benci orang yang samakan akak dengan Enot.  Ampa ni siries buta.

Gambaq ni diedit oleh Ayangkamell make up artist meletops tips tops.  Gigih dia edit gamabr kiter!!

So akak tak follow sangat American Idol ni sebab memang dari dulu akak jarang nak follow apa-apa rancangan pertandingan menyanyi seikhlasnya adalah sebab akak jeles tengok depa semua menyanyi sedap-sedap dan boleh masuk pertandingan masuk TV.  Akak dari dulu nak masuk,  tapi tak pernah terlepas.  Lagi hampeh kalau tengok rancangan pertandingan nyanyi kat Melesia ni nyanyian punyalah sangkak bin bergelema tetapi tetap diangkat oleh rancangan TV ya.

19.3.16

Cafe Lagenda's Instagram Contest #ILoveLagendaCafe

Hello ampa semua,

Lagenda Cafe yang berlokasi di 43,  Jalan Campbell Penang nak mengadakan Instagram Contest kepada semua pengunjung!!  Terbuka kepada semua orang tak kira bangsa agama dan nationality.  Bermula daripada 19-31 Mac 2016.



18.3.16

Teater Muzikal Hansel & Gretel 20-22 Mac 2016 @ Auditorium Dewan Budaya USM

TEATER MUZIKAL HANSEL & GRETEL

Tarikh & masa pementasan:

:: 20 Mac 2016
:: 8.30 malam

:: 21 Mac 2016
:: 8.30 malam

:: 22 Mac 2016
:: 8.30 malam

Tempat : Auditorium Dewan Budaya, USM

TEMPAHAN TIKET : 013 9420028 (Ain)



Sebuah pementasan teater muzikal anjuran Bahagian Drama & Teater Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia yang menggabungkan Pelajar & Alumni teater USM, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (JKKN) Pulau Pinang, serta beberapa NGO teater Pulau Pinang iaitu Bakawalee, Sekenet, Kersani, Budayasari dan Dangerous Group Penang.

Teater muzikal karya Fatimah Manaf ini bakal diarahkan oleh Azrul Azizi Amirul.

Dibintangi oleh :

AZHAR JALIL
FAYE KUSAIRI
YUSLINA YUSOF
LYZAL RIKI
AYIE AZMAN
YUSOF BAKAR
MIERA LADOLCE
ARD OMAR
AZHAR RIKI
FARA HALIM

DAN ENSEMBLE BUDAYA SARI

Setiap yang gelap, pasti ada putih.
Tak semua putih itu terang...

4 DIY Skin Care Paling Jimat dan Mudah

Hello u olls semua,

Hari ni akak nak share dengan you olls beberapa tips simple cara-cara untuk membuat produk penjagaan kulit / skin care dengan cara paling jimat dan paling mudah kat rumah.  So sapa-sapa yang feeling rajin,  bolehlah cuba tips yang akak nak share dengan you olls ni!





14.3.16

Review Produk Kecantikan : ESA Lavandula Mist Toner from Pure by Safiyyah Osman

Gambar ehsan Facebook Pure by Safiyyah Osman.

Okay ini honest opinion aku tentang ESA Lavandula Mist Toner iaitu toner jenis spray yang dikeluarkan oleh Pure by Safiyyah Osman. AKU SANGAT REKEMEN ampa semua menerai produk letos ini.

1. Sangat suka toner ni sebab dia very the light weight. Bila aku spray kat muka aku, kulit aku terus rasa fresh, selesa and bersih. Sometimes, toner akan meninggalkan kesan macam berminyak, melekit, or like ada benda tertinggal kat muka kan? But not ESA Lavandula Mist Toner.

2. Sangat suka sebab dia punya bau ala-ala serai gitu.


3. Spray dia haluih and terus rasa macam meresap masuk ke kulit.

4. Packaging yang kerlas dan nampak mahal-mahal walaupun produk handmade ni hanya RM30 sahaja. Senang nak bawak pi mana-mana sebab aku duk pakai juga untuk spray kat muka bila panaih time travel.

5. Kesan pada my kulit, selepas penggunaan ESA Lavandula Mist Toner secara kerap ianya membuatkan kulit I olls yang sensitif ini kurang MERAH-MERAH, pores mengecil dan kurang berminyak!!!

Ampa kalau nak beli sila follow Facebook / Instagram Purebysafiyyahosman

13.3.16

Review Produk Kecantikan : Glowra Overnight Brightening Mask

Hello u olls,

For many years,  ive been searching the best night cream yang terbaik untuk i olls yang mempunyai kulit sensitif.  Tapi masih tidak berhasil.  Kulit I olls adalah berminyak dan kalau salah produk boleh menyebabkan jerawat,  and jerawat is ugly.   Alhamdulillah,  a few years back i olls berkenalan dengan satu serum yang bagus untuk hapuskan all my masalah jerawat.  But that's it,  I olls masih belum jumpa night cream yang betul betul sesuai dengan kulit muka I olls.

Before this i ols ada pakai beberapa produk lain tapi masalahnya hasilnya,  disebakan cream itu terlalu 'creamy' menyebabkan I sendiri boleh rasa like my skin tak boleh nak bernafas dan secara tak pasal-pasal duk berpeluh kat seluruh muka walaupun pada malam buta.  Menyebabkan I akan rasa tak selesa dan pi basuh buang semua night cream mak nena itu.

Itu adalah ketidak selesaan,  and if let it sampai pagi hasilnya,  yes....jerawat berupa nanah kecil pada certain area.  Ewwww.  Ini adalah kerana kulit tak bernapas dan hasilnya kulit kita macam tersumbat macam mana ka.

Soooo alkisahnya,  setelah beberapa tahun masih tak berjumpa night cream yang terpaling sesuai untuk kulit I olls ini.




Click read more

10.3.16

Lunch Date @ Lagenda Cafe Penang

Hello u olls,

Ingat tak hari tu akak pernah tunjuk kat you olls akak pi makan kat Lagenda Cafe di Campbell Street.  So far tempat tu menjadi kunjungan bulanan akak dan suami dah sekarang.  And kawan-kawan akak yang akak duk pi rekemen pun dah selalu pi makan kat sana.  Sebab tempat tu very the warming,  selasa and makanan dia memang sedap.  Berbaloi untuk duit.

Untuk pengetahuan u olls,  Lagenda Cafe lani dah buat lunch set untuk waktu 12.00 tengah hingga 3.00 petang.  Banyak kali manager tempat tu,  Sarra duk panggil akak mai.  Akhirnya,  baru-baru ni akak membuatlah sesi lunch date dengan kawan-kawan pompuan akak daripada office lama akak iaitu School of Social Sciences USM pada hari Jumaat,  lunch time yang panjang.

From USM,  12.20 pm kami dah gerak pi.  Sampai sana around 12.50 pm kami dapat parking spot elok-elok depan kedai-kedai emas one block away from Lagenda Cafe.  Ampa tau la kan,  Campbell Street bukan senang nak dapat parkir.  Kalau tidak dalam kotak parkir yang betul,  satgi abang Penguatkuasa akan mai hantar rantai besi.  And bila u olls duduk dalam petak,  jangan juga pamerkan tiket parking atas dashboard ya!



Lunch Set
Siries puas hati dengan lunch set yang depa sediakan. 3 course meal, dapat starter (SOUP OF THE DAY),  main course and dessert for only RM 17.90. Campur service charge 10% and beli air apa semua lebih kurang RM25 per person.

Makanan main course yang kami pilih semuanya sedap. Potion yang agak banyak dan very the mengenyangkan. Yang penting, sedap sangat!!!

Kalau ampa nak mai sini, please make sure ampa buat reservation dahulu sebab tempat depa adalah ekslusif and limited.

Click read more for pictures

9.3.16

Ulasan Filem Munafik (2016)

Hello u olls,

Minggu lalu akak telah membuat sesuatu yang akak sendiri tak pernah buat setelah sekian lama.  Iaitu pi tengok cerita hantu.  HAHAHAHAH.  Cerita yang akak saja gatai bured pi tengok dengan teman-teman adalah filem terbaru arahan anak Yusof Haslam berjudul Munafik.  Filem ini baru sahaja ditayangkan bermula 25 Feb 2016 yang lalu.  Jom baca ulasan daripada I olls.  


*** SPOILER ALERT
Ulasan ini mengandungi spoiler melampau.  So sapa-sapa yang tak tengok cerita ni,  kefrust-san anda adalah di atas tanggungjawab anda sendiri.


FILEM : MUNAFIK
Tarikh Tayangan : 25 Februari 2016
Kos pembikinan  :  RM2 juta
Genre : Seram
Klasifikasi: PG13
Pengarah : Syamsul Yusof
Terbitan : Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon : Syamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah


click read more


8.3.16

Don't Talk Criminal

Hello u olls,

Ini kisah zaman dinasour I olls dan seorang Kawan I. Nama dia aku tak boleh nak sebut kat sini sebab identiti sebenar dia perlu dirahsiakan.  Tapi takpalah,  aku bubuh nama kawan aku ni sebagai Wati.  So kisah aku dan Wati ni berlaku berdekad yang lalu zaman anak-anak dara lagi u olls.

So pada satu hari,  aku dan Wati keluar untuk berpoya-poya di sebuah kelab karaoke keluarga.  Lepas daripada sesi karaoke,  kami pun bercadang nak pi minum kat mana-mana mamak berdekatan.  Jam menunjukkan pukul 9.30 malam.  Untuk wanita sundal macam kami,  9.30pm tu masih awal ya.


Gambar hiasan dari Google Image.


Baru sahaja kami masuk ke dalam kereta,  tiba-tiba ada seorang lelaki berbaju putih mendekati kereta kami.  Masa tu Watie yang memandu.  Watie jadi kaget melihat lelaki tu cepat-cepat menahan pintu kereta daripada ditutup.

"Hey...you nak apa ni?"  tanya Watie.  Aku kat sebelah dah boleh agak.  Ini mesti bekas-bekas kekasih Watie.

"Awat I duk call you semua selama ni you tak pernah jawab....?"  tanya lelaki itu lagi.  Pintu masih terbuka.


Birthday Dinner Party Arafat #afat27th

Hello u olls,

Akak lama tidak dijemput ke dinner party.  And untuk tahun 2016 ni pun,  akak tak buat lagi event dinner party kat rumah.  So baru-baru ini sebagai sort of pembuka tahun 2016,  akak telah dijemput oleh my fellow anak ayams a.k.a childhood friend / family friend akak iaitu Arafat Md Esah ke majlis hari jadi beliau ke 27.

Majlis bertemakan dinner dalam taman ini diadakan di sebuah butik hotel yang terletak di tengah Little India,  Penang.  Akak selalu ja lalu lalang dan bershopping di sekeliling kawasan hotel tu,  tapi tak pernah pun nak masuk nak makan apatah lagi menginap di hotel itu.  Well u olls...hang masuk Little India,  hang nak makan ka kat butik hotel sedangkan di sekeliling tu penuh dengan bau bauan enak daripada kedai-kedai makan India aunthentic yang menusuk kalbu.

Tapi,  Arafat a.k.a Afat telah menemui tempat ajaib ini.  Selepas mencari tempat yang sesuai sekian lamanya,  dia masuk ke butik hotel ini dan mendapati yang hotel ini mempunyai sort of secret garden di celah-celah dua bangunan khazanah yang bersejarah ini.  So segala urusan tempahan dan segalanya diuruskan dengan baik dengan pihak hotel dan voilla....maka pada minggu lalu berlangsunglah majlis hari jadi untuk Afat yang dihadiri oleh teman-teman istimewa dalam hidup Afat.  





Thank you so much Afat sebab sudi menyenaraikan aku dalam teman-teman istemewa hang.

Tempat ni memang best!!  Terperosok,  rahsia,  cantek,  ekslusif dan yang penting....klassssssssssssssss sangat. Ditambah dengan decoration dan detailing yang hang personally buat sendiri aku rasa memang kagum sekali.  I really enjoy being at the dinner party.  The fact that you made this dinner party a bit exclusive membuatkan aku sebagai kawan rasa dihargai.  






Kepada u olls yang memang tengah merancang nak buat dinner party jugak,  maybe u olls boleh mai and check out tempat ni juga.  Here are the details  :

Ren I Tang Heritage Inn
82-A Lebuh Penang (Penang Street)
10200 George Town UNESCO World Heritage Site | Penang | Malaysia
Tel: +6 04 250 8383 | Fax: +6 04 250 8381 | Email: info@renitang.com | Website: www.renitang.com


Click read more for pictures

7.3.16

Next Top Neraka

Hello u olls,

Asia's Next Top Model cycle 4 akan menjelma di kaca tivi tidak lama lagi.  Salah seorang daripada peserta dalam rancangan popular itu adalah seorang gadis Melayu bernama Nooraini Mohd Noor atau Tuti yang akan berentap dengan wakil-wakil daripada negara Asia lain dalam rancangan realiti ini.

Barisan judges dan mentor dalam rancangan AsNTM Cycle 4 kali ini menampilkan muka-muka baru dan yang paling penting,  stylist Yu Tsai menjadi salah seorang daripada juri tetap.  Kerlas.  Aku rasa lebih suka kalau Yu Tsai ni jadi juri/mentor sebab dalam ANTM yang aku tengok sebelum ni Yu Tsai ni dia ada drama dia juga tetapi at the same time dia adalah seorang yang profesional.

From left,  Yu Tsai,  pondan mana ka,  and model Cina yang mak rasa daripada Malaysia.  Gambar ehsan Facebook Asia's Next Top Model.


Tapi aku bukan nak cakap pasai Yu Tsai,  aku nak cakap pasai rakyat Malaysia yang duk mengutuk dan menghina wakil Malaysia dalam rancangan ni yang dikutuk secara bertubi-tubi.  Well...rakyat Malaysia especially MELAYU tidak dapat dipisahkan dengan kutukan,  hinaan dan komen menjatuhkan.  Kalau tak mengutuk,  tak mengata,  itu bukan Melayu u olls!

Bayangkan hasil kutukan oleh rakyat Malaysia (Melayu) ni semua sampai mendapat perhatian media antarabangsa.  Aiyooo sangat.  Siriesly u olls,  kalau u olls perasan,  kita ni Malaysian asyik dapat perhatian media secara negative sahaja sejak beberapa peringkat masa terbelakang ni.  MH370 yang hilang secara misteri,  MH17 kena tembak,  skandal PM Najib (kat negara luar semua berita tak leok sahaja yang pasai PM Najib,  berita Malaysia sahaja yang duk tunjuk benda elok pasai PM Najib),  pasai ramai rakyat Malaysia yang join group militan dan sekarang,  rakyat Malaysia yang duk mengutuk wakil pertandingan AsNTM pulak !!

Dalam satu petikan dalam laporan BBC tu dia kata "Malaysia is known to be a moderate Muslim country, but has seen rising religious sentiment in recent years." Negatif sangat penyataan ini dan tidak tepat secara keseluruhannya kerana bagi akak pendapat ini hanya mengambil kira beberapa perkara sahaja dalam masyarakat kita dan bukan secara menyeluruh.

click read more

4.3.16

Melawat Kek Lok Si Temple

Hello u olls,

Akak kan duduk kat Ayer Itam Penang.  So u olls,  u olls kalau mai Penang and u olls feeling mai melancong ke Bukit Bendera atau Kek Lok Si temple u olls mesti wajib lalu rumah akak.  Yes,  sapa-sapa nak pi dua tempat ni confirm akan lalu rumah akak.  Tapi walaupun duduk dekat macam tu bukan hari hari akak naik Bukit Bendera tu deknon sebab situ hari hari penuh dengan orang ramai.




Dan baru baru ini sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina,  sepanjang 15-17 hari tersebut semua lampu-lampi yang terdapat di Kek Lok Si temple dipasang dengan indahnya menerangi kawasan kuil yang terbesar di Malaysia ni.  Ramai penganut agama Buddha daripada seluruh pelusuk dunia akan datang ke lokasi ini untuk bersembahyang.  Malah para pelancong juga akan mengambil kesempatan untuk datang ke sini pada hari istemewa ini untuk menyaksikan all the lampu-lampi yang gilang gemilang ini.


3.3.16

Hanizar Abdul Hamid a.k.a Tok Moh

Assalamualaikum u olls semua,

Sekarang umur aku (tahun ini) 31 tahun.  Setiap kali aku kalau bagitau kat kawan-kawan (yang tua dari aku) tentang umur aku,  pasti depa akan berkata "Ohhhh hang muda lagi...."

Maksud mereka mungkin,  takpayah la aku nak pening kepala susah-susah pikiaq pasai bila aku nak beli rumah?  Bila aku nak dapat anak?  Bila aku nak cukupkan simpanan duit aku? Bila aku nak pi umrah?  Bila aku nak insaf?  Bila bila bila......

So apabila kawan-kawan kata,  "Ohh hang muda lagi..."  aku rasa lega sedikit.  

Semalam,  sedang aku duk berseronok gelak-gelak dengan kawan-kawan kat kedai kopi.  Tiba-tiba one of us dapat SMS.  "Wehs....betul ka Tok Moh dah meninggal dunia?"  masa menunjukkan jam 10 malam.  Tok Moh ialah kawan kami,  penggiat seni macam kami.

Aku tersentak.  Terus aku cakap phone dan call Jah,  stage manager untuk pentas teater Dalam Kehadiran Sofea pada tahun 2014 di Pelenggang Cahaya USM.  Aku berkongsi pentas dengan Tok Moh dalam teater itu.  Jah tak jawab phone.  

Aku terus buka FB Tok Moh,  tapi takdak apa-apa posting yang mengesahkan persoalaan tadi.  

Tak lama selepas itu,  Fathin dari team Rumah Welfare Intobaq menghantar khabar berita berat ini melalui Whatsapp.  

"Ya Allah betul kah apa yang aku dengar ni?"

"Ya...memang betul"



2.3.16

Video Adik Neelofa - Jangan Kutuk Dia, Amati Isu Sebenar

Hello u olls,

Aku nak ucapkan terima kasih kepada adik Neelofa sebab memberikan satu issue untuk aku tulis pada minggu ini.  Actually dah lama jugak aku tidak membuat ulasan tentang isu isu panas masa kini yang menarik perhatian aku.

So hangpa semua dah tengok ka apa yang dikatakan oleh beliau dalam video tersebut.  Kalau dah tengok,  bagus,  ampa boleh teruskan membaca artikel ni,  kalau belum,  aku harap hangpa pi tengok dulu video tu sebelum ampa nak cakap deraih.



1.3.16

Jumie Mengutuk Pondan

Hello u olls,

Okay ini artikel ala-ala catatan diari yang lama mak tak buat.  Tahun 2015 ingat feeling nak banyakkan update diari secara mingguan tapi tiap tiap minggu cerita semua sedih,  migraine dan stress.  Nak cerita apa nyah.  Alhamdulillah mak rasa tahun 2016 ni membawa sinar bahagia yang lebih bermakna.  Seminggu sekali akan mimpi ayaq,  contohnya mimpi pi beli rumah ada air terjun,  pi mandi air laut,  mimpi banjir....semua tu orang tua-tua kata mimpi rezeki.  Alhamdulillah.  Rezeki ni mai dari macam-macam.  Tak semestinya duit.  Kawan-kawan yang selalu membawa bahagia pun adalah rezeki.

Okay hari ni aku nak cerita pasai satu benda yang aku terperasan semenjak dua menjak ni.  Alkisahnya,  ini bukan kali pertama,  tapi dah masuk macam kali kedua dah,  apabila kawan-kawan nyah Penang yang aku kenali,  yang aku kenal-kenal,  depa tanya aku satu soalan yang mencurigakan.

Pertama,  aku jumpa satu nyah ni.  Wanita agam juga macam aku.  Mulut banyak sembang rambong semua macam aku.  Habis dah sembang punya lama,  baru aku kenalkan diri aku apa semua.  Bila aku dah bagitau nama aku terus dia kata "Ooooo...you la Jumie Samsudin..........blogger tu.....ooooooo......ishhh tak sangka la u lain sungguh daripada apa yang orang duk cerita kat I pasai you,"

Akak melopongkan mulut.  Aiiiyum soo first time aku rasa macam something negative akan keluar daripada mulut mak ayam ni.

"Awat nyah...u pernah dengar ka cerita pasai I?"

Mak ayam tu jeling kat I.  "Ishhh...kalau i jumpa orang tu....i nak carut dia balik,"

Bertambah musykil aku apabila mendengar kata-kata mak ayam ni.

click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE