18.3.16

4 DIY Skin Care Paling Jimat dan Mudah

Hello u olls semua,

Hari ni akak nak share dengan you olls beberapa tips simple cara-cara untuk membuat produk penjagaan kulit / skin care dengan cara paling jimat dan paling mudah kat rumah.  So sapa-sapa yang feeling rajin,  bolehlah cuba tips yang akak nak share dengan you olls ni!







Rawatan Mata dengan Jem Strawberi

Untuk pengetahuan you olls, buah strawberi kaya dengan nutrisi seperti Alpha hydroxy acids (AHAs), vitamin C dan antioksidan yang baik untuk kulit kita. Oleh itu, jem strawberi merupakan kaedah rawatan paling pantas dan mudah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan lingkaran hitam pada sekeliling mata dan inginkan rupa paras yang berseri.  Haaaaa.......meletops tak? Dah selalu duk makan dengan roti,  kita pun tak tau pulak kebaikan yang lain!

Cara-cara  :
Sapukan jam strawberi tersebut pada bahagian keliling mata atau bawah mata dan biarkan selama 5-7 minit sebelum anda membilasnya dengan menggunakan air yang sejuk.






Mask Muka Avocado & Labu
Kaedah DIY skin care yang kedua adalah dengan penggunaan avocado dan labu.  Avocado mempunyai khasiat untuk menyokong sel kulit anda manakala labu pula kaya dengan vitamin A yang boleh melambatkan proses penuaan u olls!

Cara-cara
Campur isi labu organik dengan sebiji avocado dan kisarkan kedua-dua bahan tersebut sehingga lumat.  Kemudian, sapukan pada permukaan muka you olls dan biarkan selama 30 minit sebelum you membilasnya dengan air yang bersih.









Mask Muka Kunyit
Kunyit pula bertindak sebagai ejen antioksidan dan anti radang yang baik untuk kulit kita. Ia juga boleh membuatkan tona kulit you olls kelihatan lebih sekata.


Cara-cara
Campurkan ½ sudu serbuk kunyit bersama 2 sudu besar yogurt dan kemudian sapukan pada permukaan kulit muka you olls. Biarkan selama 20-30 minit dan seterusnya bilas menggunakan air suam.




Aloe Vera & Air Mawar
Aloe vera sememangnya terkenal dengan khasiat yang dapat menyebuhkan luka dengan cepat. Campuran aloe vera dan air mawar pula memberikan kesegaran pada muka serta memperbaiki tona kulit.

Cara-cara
Campurkan sedikit air mawar bersama pati aloe vera dan goncangkan supaya sebati. Kemudian sembur pada permukaan kulit muka anda dan biarkan sehingga ia kering sendiri.


ps/  okay!  Ampa try tauuu!!! Sapa dah try jangan lupa share artikel ni.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...