3.3.16

Belasungkawa Hanizar Abdul Hamid a.k.a Tok Moh

Assalamualaikum u olls semua,

Sekarang umur aku (tahun ini) 31 tahun.  Setiap kali aku kalau bagitau kat kawan-kawan (yang tua dari aku) tentang umur aku,  pasti depa akan berkata "Ohhhh hang muda lagi...."

Maksud mereka mungkin,  takpayah la aku nak pening kepala susah-susah pikiaq pasai bila aku nak beli rumah?  Bila aku nak dapat anak?  Bila aku nak cukupkan simpanan duit aku? Bila aku nak pi umrah?  Bila aku nak insaf?  Bila bila bila......

So apabila kawan-kawan kata,  "Ohh hang muda lagi..."  aku rasa lega sedikit.  

Semalam,  sedang aku duk berseronok gelak-gelak dengan kawan-kawan kat kedai kopi.  Tiba-tiba one of us dapat SMS.  "Wehs....betul ka Tok Moh dah meninggal dunia?"  masa menunjukkan jam 10 malam.  Tok Moh ialah kawan kami,  penggiat seni macam kami.

Aku tersentak.  Terus aku cakap phone dan call Jah,  stage manager untuk pentas teater Dalam Kehadiran Sofea pada tahun 2014 di Pelenggang Cahaya USM.  Aku berkongsi pentas dengan Tok Moh dalam teater itu.  Jah tak jawab phone.  

Aku terus buka FB Tok Moh,  tapi takdak apa-apa posting yang mengesahkan persoalaan tadi.  

Tak lama selepas itu,  Fathin dari team Rumah Welfare Intobaq menghantar khabar berita berat ini melalui Whatsapp.  

"Ya Allah betul kah apa yang aku dengar ni?"

"Ya...memang betul"





Maka tamatlah alkisah Tok Moh yang sebenarnya bernama Hanizar Abdul Hamid.  Beliau dan isteri terlibat dalam kemalangan maut dalam perjalanan menaiki motorsikal ke Alor Star untuk mengambil cat.  Mereka meninggalkan 4 orang anak yang masih bersekolah.  

Berita ini benar-benar menyentak hati-hati kami semua.  Untuk mereka yang betul-betul rapat dengan arwah,  masa sesi pengebumian tadi di Masjid Maqbul Teluk Kumbar aku lihat ramai yang bercucuran air mata.  Ada juga yang masih mampu tenang,  tahniah kawan-kawan,  ketenangan ampa memudahkan dan meringankan urusan keluarga arwah.

Kegelisan ini kembali menyelabungi hati aku.  Adakah aku masih muda lagi? Sedangkan kita tidak tahu entah esok entah lusa kita pulak akan dijemput oleh Nya.

Sebagai orang Islam kita kena beriman dan percaya dengan segala ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk kita.  Dalam erti kata lain,  kita tidak boleh terlalu relaks dan yakin dengan apa yang kita buat kat dunia ni dan pada masa yang sama kita tak perlu risau sangat dengan apa yang akan jadi kat kita esok sebab semua itu kita boleh sandarkan pada Dia.

Takziah kepada seluruh keluarga Tok Moh dan isteri.  


Memang kuat janji cinta kalian,  hidup mati bersama.  

Empat orang anak -anak Allahyarham.




KUTIPAN DERMA KILAT

Tanggal 1 March 2016

Seorang pelawak  ( Tok Moh  = nama FB dan gelaran ) Penang yang juga penggiat Teater dan boria di Penang telah kemalangan yang meragut nyawa beliau.  Kemalangan itu juga telah meragut nyawa isteri beliau.  Beliau pernah berlakon dalam banyak drama TV seperti Anak mami menantu mamak dan banyak lagi.

Beliau juga banyak terlibat dengan show-show teater Resdong's.  Sehubungan itu,  Persatuan Teater Resdong's sebagai sahabat kepada beliau ingin membuat kutipan derma kilat untuk membantu anak-anaknya yang masih kecil dan masih bersekolah.  Seramai 4 orang anak beliau.  Masih di bangku sekolah.

Oleh itu saya menyeru adik-beradik. Sahabat-sahabat bantu lah anak-anak arwah.  Walaupn RM10 bermakna bagi mereka bagi meneruskan hidup tanpa ibu dan bapa lagi buat selama lamanya.  Bantu lah mereka.  Jika ingin membantu boleh PM/Whatsapp kepada Mantaro di 0174571837.

Penyerahan wang derma kepada anak beliau akan diberikan sendiri oleh saya kepada waris yang akan menjaga anak-anaknya..

Tolonglah bantu mereka.  Sama2 kita ringankan beban mereka.

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...