UK Clark Sales

22.3.16

Cuaca Panas Menggelegak

Hello u olls,

Seperti yang kalian tau sekarang ni astaghfirullah hal azim cuaca punyalah panas macam praktis neraka dah aku rasa.  Ampa semua macam mana?  Aku ni siries terseksa sebab dah la aku ni wanita agam yang cepat berpeluh lagi aku duk mandi lagi la aku duk rasa macam panaih.  Bila aku baca balik fakta,  walaupun kita duk mandi 15457 kali sehari,  lagi banyak kali kita mandi,  lagi cepat kita rasa panas sebab badan kita duk bagi haba secara semula jadi kat badan kita sebab dia ingat kita ni sejuk.




I ve nothing to tell about this cuaca panas yang menggelegak ini selain rasa panas dan tak best langsung.  Rumah aku ni dah la takdak aircond.  Dan pada waktu siang hari,  kalau duduk di rumah aku tingkat atas (atas berdinding papan,  bawah berdinding batu) aku rasa macam duduk dalam relau.  Style duduk depan kipas angin pun boleh duk rasa bahang duk mai singgah tubuh badan aku secara berkala.

Aku rasa,  kalau perap badan aku dengan rempah ratus dan biar pada suhu tertentu aku dah boleh jadi lebih daripada daging panggang.

Dan shit tahi,  aku pulak kena demam panas.  Started dengan migrain,  apstu aku duk minum air ais manis (elakkan air bergula atau berkaffein ya puan-puan sebab dia akan membuatkan tekak you olls terbisa) so akak punya tonsil pun membengkak dan daripada tonsil yang membengkak itu maka datanglah segala penyakit seperti selsesama,  demam,  cirik birik dan segala maknena syaitan lagi.

Siriesssssssssssssssssss!!!  Dah la demam,  migrain apa semua,  panaih...........ya Allah!!

Depa bagitau yang keadaan panas terik ni akan berlanjutan sampai April.  Okay!! Aku baru duk plan nak pi Langkawi pada hujung bulan Mac ni.  Tapi kalau cuaca duk macam ni and aku pulak jenis badan lembik teik sat-sat nak demam,  aku rasa baiklah aku batalkan niat aku feeling nak bercuti ke negeri Mahsuri tu dan lebih baik aku guna bajet sedia ada untuk duduk ja kat mana-mana hotel terdekat kat Penang ni dan order makanan masuk bilik dan makan dan tengok movie dan makan dan tulis blog dan share benda benda bodo kat Facebook.

Ampa pendapat ampa?  Pilihan mana lagi baguih?

Okaylah ini sahaja catatan panas aku untuk minggu ini. Ampa semua sila jaga kesihatan.  Elakkan untuk melakukan aktiviti luar yang mencari penyakit.

2 comments:

  1. Hang jaga diri tau, aku pun dok menapak dari LRT nak masuk opis aku sampai opis aku dah lencun, belum tengok muka aku cam taik pagi2 buta sebab kalau panaih aku memang kalah, cepat naik hangin. Dengan kepala aku pun sakit.

    So, la ni aku dok bawak kain kecik buat lap peluh, kipas tangan dan payung, biaq pi la orang pandang aku cam makcik2 daripada aku pengsan tengah jalan sebab kepanasan.

    ReplyDelete
  2. jumie...klu time cuaca panas2 ni x seswai ek klu nk g langkawi? sbb br plan nak pegi.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com