Jom Try Diameida Fabulous Mascara

8.3.16

Don't Talk Criminal

Hello u olls,

Ini kisah zaman dinasour I olls dan seorang Kawan I. Nama dia aku tak boleh nak sebut kat sini sebab identiti sebenar dia perlu dirahsiakan.  Tapi takpalah,  aku bubuh nama kawan aku ni sebagai Wati.  So kisah aku dan Wati ni berlaku berdekad yang lalu zaman anak-anak dara lagi u olls.

So pada satu hari,  aku dan Wati keluar untuk berpoya-poya di sebuah kelab karaoke keluarga.  Lepas daripada sesi karaoke,  kami pun bercadang nak pi minum kat mana-mana mamak berdekatan.  Jam menunjukkan pukul 9.30 malam.  Untuk wanita sundal macam kami,  9.30pm tu masih awal ya.


Gambar hiasan dari Google Image.


Baru sahaja kami masuk ke dalam kereta,  tiba-tiba ada seorang lelaki berbaju putih mendekati kereta kami.  Masa tu Watie yang memandu.  Watie jadi kaget melihat lelaki tu cepat-cepat menahan pintu kereta daripada ditutup.

"Hey...you nak apa ni?"  tanya Watie.  Aku kat sebelah dah boleh agak.  Ini mesti bekas-bekas kekasih Watie.

"Awat I duk call you semua selama ni you tak pernah jawab....?"  tanya lelaki itu lagi.  Pintu masih terbuka.




Watie menarik pintu keretanya dengan tegas,  secara tak langsung,  lelaki itu tertolak ke belakang.  Dia rasa bengang,  lalu mengetuk cermin tingkap.

"Bukak...bukak please..."

Watie buat tidak endah lalu dia pun menye-start enjin kereta dan berlalu pergi.

"Sapa tu weh??"  tanya aku kepada Watie.

"Deni mamat mana ka.  Dulu aku pernah keluar dengan dia sekali dua.  Pastu duk buat mengongkong semacam.  Aku malaih nak layan dia dah........,"  jawab Watie tenang.

"Wehs.....aku rasa mamat tu duk ikut kita kat belakang la,"  kata aku sambil melihat sebuah kereta putih mengekori kami dari belakang sambil menyala-nyala tinggikan lampu depan keretanya.

"Biaq pi kat dia.......serr....wehhs...kita nak pi mana?"  Watie bertanya selamba macam nothing happen.  Kami berhenti di sebuah hentian lampu trafik.  Tiba-tiba lelaki tadi coih muncul di sebelah tingkap kereta Watie.  Ternyata lelaki itu menghentikan keretanya di belakang kami,  turun dari kereta dan mendekati kami di tengah-tengah trafik light.  Semua mata sedang melihat.

"Please.....bukak pintu ni....bukak....,"

Aku mulai takut.  Lampu menunjukkan warna hijau.  Watie memecut pergi.  Dan setiap kali memecut,  si gila itu mengekor kami dengan jarak dekat.  Kami masuk ke Lebuhraya Tun Dr Lim Cheong Eu yang ketika itu baru dirasmikan dan tidak banyak kereta yang menggunakan jalan itu.  Si gila memintas kami di depan dan menghentikan kereta dengan cara mengejut.

Nasib baik Watie cekap memandu,  dia terus membelok ke kanan dan ke kiri bagi mengelak daripada disekat oleh si lelaki gila tu.

"Watie...kita kena buat sesuatu ni..kalau dak mampuih deni akan bagi kita eksiden..."

"Nak buat macam mana?"  Watie mulai cemas.

"Insat...insat..."  aku terus menelefon abang aku,  Budie yang tinggal berdekatan dengan Jelutong.  Dalam keadaan cemas aku menceritakan keadaan aku dan kawan aku ni.

"Watie...hang boleh dak drive laju laju pi Nusantara?  Abang aku tunggu kat sana,"  aku memberi arahan dan Watie mengangguk.  Daripada lebuhraya itu,  selok masuk ke Taman Nusantara tak sampai 10 minit sahaja jauhnya.

Si gila itu terus menggasak kami dari belakang dan dari depan.  Aku pun dah mulai naik marah sebab si gila ni dah buat kami malu setiap kali lampu trafik menunjukkan warna merah,  dia akan turun dan mengetuk-ngetuk cermin tingkap.  Semua orang yang memandu di kenderaan sebelah akan melihat kepada kami dua perempuan dalam kereta ini.

Tak lama lepas tu,  kami pun sampai betul-betul di rumah abang aku.  Alhamdulilah,  sebaik kami memperlahankan kenderaan di tepi jalan,  abang aku muncul bersama seorang kawannya.    Si gila juga turut sama berhenti.  Abang aku yang dah tau apa semua cerita,  terus mendekati kereta si gila di belakang.  Aku melihat dari cermin sisi belakang di tengah kereta,  aku lihat si gila tu turun kereta.  Dan sebaik sahaja dia nampak abang aku,  dia terus hulur tangan dan salam cium tangan dengan Abang Budie.  HAHAHHAHAHAHAHAH aku dan Watie tergelak.

Tak lama lepas tu,  Abang Budie mendekati kami yang masih berada dalam kereta.

"Aku dah cakap dengan budak laki ni.  Dia kata dia kawan dengan hang tapi hang tinggal dia,  betul ka?"  tanya Abang Budie sambil melihat kepada Watie.

"Bukan kawan series pun Abang Budie.  Saya pernah keluar dengan dia dua kali macam tu.  Pastu dia duk kongkong saya macam teruk.  Tu yang saya tak mau jawab telipon dah,"  terang Watie.

"Takpa...aku dah suruh dia blah and jangan kacau hang lagi.  Aku kata hang adik aku.  Lani aku nak suruh dia mai mintak maaf dengan hang.  Hang maafkan dia pastu settle la...."  terang Abang Budie. Watie setuju.

Tak lama lepas tu....si gila mendekati Watie.  Aku masih di sebelah Watie.  Masih teringat saat-saat itu.

"Awat you buat I macam ni?"  tanya si gila tu.

"Ehk...you patut bersyukur i bawak mai jumpa Abang i bukan bawak you pi balai polis,"  kata Watie tegas.

"Hey you dont talk criminal okay?" kata lelaki itu selamba.

Watie berpaling dan tengok ke arah aku.  Terkemut-kemut mulut aku menahan gelak,  tapi bila aku tengok muka Watie aku tak tahan lagi.

"AHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAH,"  kami berdua ronggah gelak!!!  Nak hariammmmmmmmm nak cakap orang puteh pun tak reti pastu duk mai slang cakap Dont Talk Criminal dengan kami.  Siriesly kami punya gelak sampai budak laki tu termalu dan dia pun blah.

Sekian sahaja cerita akak yang bertajuk Don't Talk Criminal.  Sejak saat itu,  Watie kata lelaki Don't Talk Criminal itu langsung mendiamkan diri dan tidak menghubunginya lagi.

ps/  Thank you Abang Budie!!


3 comments:

  1. Apa yang dia cuba nak cakap sebenaqnya? Adoiiii. Ai yu bukan main.

    ReplyDelete
  2. Macam drama lak jadinya kan.. ermm mcm2.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...