30.3.16

Im Officially Jumie Resdong's

Hello u olls,

Tanggal 20 Mac menjadi sejarah untuk tahun 2016.  Alhamdulillah selepas 4 tahun mengkecimpulkan diri dalam bidang teater di negeri Darul Nasi Kandar ini akak akhirnya diberi peluang untuk menyertai sebuah persatuan teater sebagai ahli kepada Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan hangpa semua,  akak dah beberapa kali menjadi tenaga produksi untuk persembahan anjuran persatuan teater ini,  sebagai make up artist,  sebagai pelakon tambahan dan juga baru baru ni sebagai heroin.  Kerlassss.....

Tak sangkalah,  setelah sekian lama ni depa memang duk memerhati pergerakan dan peribadi akak yang luhur murni ini menyebabkan akak menjadi insan terpilih untuk menjadi ahli kumpulan mereka.  Alhamdulillah. 

Akak sangatlah terharu sebab first of all,  dengan penglibatan ini secara rasminya akak rasa macam akak belonged to an official teater family dan akak dengan secara bangganya boleh membahasakan diri akak sebagai aktivis teater negeri Pulau Pinang.  Dan kalau you olls semua bertanya,  kenapa akak terima jemputan ini?


Masa pementasan teater Rumah Welfare Intobaq dan dihadiri oleh para pelajar USM dan pelajar dari Amerika yang mai nak tengok akak.  Kerlas.....


click read more

Senang ja jawapan akak,  pertama....orang lain / persatuan lain tak pernah jemput pun secara rasmi.  And keduanya,  kalau ampa nak tau,  dalam banyak-banyak produksi yang akak join,  inilah produksi pertama yang akak join dan akak dapat bayaran.  Tak kisahlah penglibatan apa pun,  besar ataupun kecik,  semuanya akak mendapat payment.  Tapi bukanlah akak nak kata yang akak ni mata duitan you olls,  tapi akak pun bukanlah orang kaya,  bila kerja-kerja hobi akak ni mendapat bayaran secara buta,  sikit atau banyak...sapa lagi nak bagi u olls?

Banyak lagi reason why akak rasa dengan terbuka hati nak terima tawaran ini,  antara lain yang betul betul buat akak respek depa ni semua adalah depa ni rajin buat kerja amal!! Siries aku suka.  And last but not least,  akak syiok duduk dengan depa ni adalah akak tak pernah tak gelak bila duduk dengan depa.  MESTI NAK GELAK PUNYA.

Penglibatan akak dalam persatuan ini tak lain tak bukan,  macam dua lagi bunga dalam group ini Atie dan Yaya,  kami adalah setiausahalah!  Akak akan membantu dan belajar banyak benda from depa dorang ni sebab before this hanya depa dorang duk buat kerja-kerja menulis ni semua.

Sekian sahaja akak nak share dengan ampa.  Akak harap ampa semua lebih banyak menyapot apa sahaja projek teater terbitan Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang pada masa hadapan dengan adanya akak dalam group ini.  Dan sebagai meraikan dan menghormati tradisi Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang,  akak pun membuat facebook akaun baru bertajuk Jumie Resdong's.  Ampa kalau nak add akak boleh la add kat sini,  tapi takdak apa pun,  maybe in the future akak akan update pasai teater la  :  https://www.facebook.com/jumie.resdongs

So ampa nak tau dak RESDONG'S tu maksud dia apa?  Haaaaaaaaaaaa....tersembok ayaq green tea gelaih besaq yang akak minum masa Lanun duk explain pasai nama group ni  :
R - Rythm & Talaam
E - Estetika
S - Sense of Humour
D - Dangerous
O - Orang Seni
N - Ngan Yin
G - Good For You
S - Suka Berpoya - Poya



Macam haram punya maksud.  Tapi memang betui la tu semua kena dengan depa tu semua.

Okaylah tu ja akak nak share dengan ampa semua!! Thank you so much assalamualaikum!!!


Malam pelantikan :)

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...