UK Clark Sales

29.3.16

Isteri Yang Pentingkan Diri Sendiri

Salam Kak Jumie,

Saya baru berkahwin tahun lalu yang lepas. Saya berkahwin umur 25 tahun dan husband pulak 30 tahun. So far I am enjoying my marriage dan saya realized yang marriage is a lot of hardwork. Dulu saya banyak membaca pasal kehidupan selepas berkahwin, bacaan bacaan agama pasal perkahwinan, kehidupan suami isteri, anak dan jugak rumah tangga. pengalaman berkahwin, pengalaman ada anak sorang, anak dua orang. Memang seronok la tambah ilmu.

Ternyata apa yang dibaca tu memang berbeza sekali dengan dunia nyata. Saya nak cerita dekat sini yang teori dengan dunia nyata memang lain sesangat. Kena alami sendiri baru la tau langit tinggi rendah. Baru la masa ni duk teringat penat peluh mak abah dulu masa besarkan saya dengan adik beradik. Masa mula mula saya kahwin memang penat tu penat lain macam sangat. Ya Allah memang tak pernah rasa letih macam tah apa apa tah. Saya dengan husband decide nak duduk sendiri di rumah sewa right after kami nikah.

Keputusan tu terpaksa kami ambik sebab rumah kedua dua mertua memang dekat gila.  So kami tak mau sapa sapa merajuk makanya decide sewa rumah sewa yang jarak dia tengah tengah antara rumah mak saya dan mak husband saya. Satgi kalau la kami pi duk rumah mak saya lepas kawen, takut mak kepada husband saya terasa ka, duk buat tacing ka apa. Memang nak elak la suma tu. Biaq adil pukul sama rata. Lepas tu kami tak mau la orang tua tau kalau kami ada masalah. Nak setel sendiri. Nak berdikari.

So setiap weekend kami balik lawat dua dua rumah.  Sejam saya dan husband singgah rumah mak saya lepas tu sejam singgah rumah mak mertua.  Selalunya memang lebih la dari sejam sebab mesti la mak kita masak bagi kita makan kan. Bila dah setiap minggu macam ni, serius rasa penat. Penat ulang alik lepas tu balik rumah sewa kena kemas rumah, basuh baju sidai baju. Pergi pasar beli barang basah pastu siang, bahagikan dalam bekas barang basah tu untuk makanan seminggu.


Layan suami lagi. Masak memasak. At the end of the day, saya rasa penat gilaaaaaa. Hoih baru kahwin beberapa bulan. Not that I don’t want to do it or anything. I know that it is my responsibility now. It has shifted since I am now someone’s wife. Saya tau saya kena buat semua tu sebab kami ambik keputusan untuk berdikari.

Nasib baik husband banyak tolong. Dia banyak ringankan beban. tolong masak, saya sapu rumah pastu dia sambung mop.  Saya basuh baju pastu dia sambung sidai baju.  Nasib baik tang bab lipat baju tu dia mau tolong.  Menyampahnya kena lipat baju haha.  Tapi memang kena kita start dulu. kalau kita duk melepak, dia pun buat tak tau.  Nak keluaq pergi makan ka apa. Kalau saya tak angkat bontot dulu pi bersiap, sampai ke sudah la lapaq.  Biasala laki kan.

Dulu duk rumah, mak banyak yang buat kerja.  Ada adik abang tolong. Tapi sekarang,  hal diri sendiri,  hal suami,  hal rumah suma kena pikiaq.  Memang letih physically and mentally.  Memang la ni duk rasa sayang gilaa kat mak.  Baru la tau superwomannya mak aku ni.  Mana mai tenaga dia. 

Dulu teringat la masa kecik dulu, kena marah baik punya kalau terlambat masak nasik untuk makan malam.  Mak dah pesan suruh masak nasik petang sebelum dia balik kerja pukul 6.  Masa kecik dulu, pukul 6 petang tu masa kemuncak duk main sakan.  Kalau terlupa tu memang kena petir.  Sekarang ni baru la tau sebab apa mak aku petir sakan.  Rupanya sebab kalau masak nasik lambat tu,  nanti semua makan lambat. So lambat la mak abah boleh rehat lepas balik kerja.  Lepas kahwin baru rasa bersalah buat mak amcam tu haha.


Ingat saya sorang ja yang rasa mengah tak tentu pasai ni. Husband saya pun cakap benda yang sama. Kami bincang yang kami nak ada anak selepas setahun berkahwin. Husband saya bagitau, dia nak berdua sat dulu sebelum ada ketiga keempat kelima.  Masa kami berkawan 2 tahun dulu, memang jarang keluar berdua tengok wayang ka apa. Ada la setahun tu 2014 kami keluar dua tiga kali pi tengok wayang atau makan tu pun sebab dia tensen sangat hal keluarga atau kerja.

Dia nak release tension. Tu pun keluar sat pastu sebelum Maghrib dah balik rumah.  Banyak duk message dan call saja.  Since bertunang sampai la bernikah memang lansung tak keluar berdua. Parents dia tak bagi dan dia pun tak nak buat keluar berdua ka apa sebab takut kalau kami buat jugak, parents dia ada alasan untuk putuskan hubungan kami. 

Masa tu parents dia ada nak kenenkan dengan orang lain. Makanya dia kata, sebelum berkahwin kita tak p mana-mana. Lepas dah bernikah ni dia nak berdua pulak dengan saya. Travel dan spend time berdua sebab itu lebih indah selepas berkahwin.



Concern (Lah Sangat) Orang Sekeliling
Tapi bila dah kahwin ni, orang keliling duk tanya bila nak ada anak.  Bila nak beli rumah.  Bila nak itu bila nak ini. Bila cakap nak rileks dulu, nak berdua dulu. Depa balas toksah la duk merancang ka apa, nanti bila duk cakap tak mau, Tuhan tak bagi sungguh baru tau. Ampa tak mau ka rezeki Tuhan. 

Mula la syarahan macam – macam ke saya dengan husband.  Macam macam la. Suruh pergi jumpa tok bidan mengurut.  Sampai rasa down.  Saya baru kawen tak sampai 6 bulan kot. Bagi la masa sat. Saya ni baru duk penat berdua tak habis lagi, orang duk cakap suruh tambah cepat-cepat. 

Saya baru nak adapt hidup berdua depa nak suruh bertiga pulak. Jujur saya bagitau dekat Kak Jumie, saya rasa loser sangat masa jadi isteri ni.  Serius macam-macam tak tau. Ya la kan,  dulu hal rumah mak abah setel.  Kalau paip bocor ka apa, mak abah setel. La ni bila duk sendiri baru la tau macam mana nak handle semua tu.  Memang pengalaman baru untuk saya. Not that I’m complaining. Rasa seronok belajar dan alami benda baru.

Orang kat tempat kerja duk tanya bila nak ada anak? Dah ada isi ka? Kalau saya teringin nak makan ka apa ka, depa mula la kata saya mengandung tiga minggu. Bila saya duk surau sebab senggugut, mula la cakap..alaa tak mengandung ka.  Saya macam ehhh depa plak duk concern lebih.


Abang sulung saya pulak duk nasihat, ada anak cepat-cepat. senang masa tua nanti anak dah besar. Lepas tu bila baca pengalaman orang mengandung dekat blog, depa cerita pengalaman kalau bersalin umur lewat nanti efek badan semua.  Lepas tu duk pikiaq penat nak berkecah hal rumah, hal husband, hal diri sendiri, rasa tak boleh handle lagi kalau ada anak.


Sekarang ni tak ada anak pun penat semacam, macam mana la kalau ada anak nanti. Saya takut kalau saya penat, saya tak dapat jadi isteri yang terbaik, anak yang terbaik untuk ibu dan bapa. Saya takut husband saya cari lain kalau saya tak jaga dia elok-elok. Bila ada anak ni, kena jaga anak dan husband jugak. Saya takut dia terabai. Abah saya pernah curang dengan mak saya sebab dia rasa terabai dan mak tak jaga diri dia sebagai seorang isteri. 2 tahun saya depressed tengok mak abah macam tu and it left a deep scar in me. Definitely do not want those dark moments happen to me. Pak cik saya pun ada isteri dua sebab dia kata isteri pertama dia dah hilang sifat kelembutan seorang perempuan lepas beranak pinak. Kawan kawan sekerja dekat ofis pun sama ada yang duk main kayu tiga. Saya takmau benda sama jadi kat saya. Kalau boleh nak jaga suami saya elok-elok.


Saya ni selfish ka nak husband saya all for me first? Saya ni tak isteri yang tak baik ka duk rasa penat macam ni? Kena makan supplement ka? Saya sorang ja ka yang rasa macam ni? Saya ni tolak rezeki ka tak nak anak awai? Dilema dalaman sangat ni.


Thanks & Best Regards,

Bulan





Hello bulan,

Thank you atas perkongsian ini.  Alhamdulillah,  so far sekali dua kali baca you punya emel I rasa you takdak la masalah besar mana.  Cuma pergolakan perasaan dalam hati mencari sesuatu pengesahan untuk menenangkan jiwa.  Hopefullylah jawapan I olls ini dapat membantu you olls,  dan actually bukan untuk diri you olls sahaja tetapi untuk diri sendiri I juga.


Dont Worry Too Much
Ohhhh maiii gooooddd!  Akak faham sangat apa sahaja yang u olls tengah lalu ni.  Memang masyarakat kita ni macam ni,  tak boleh nak tengok kita ni senang.  Penuh dengan ekspektasyen padahal yang si suka bertanya tu tahap hidup tak ke mana sangat pun.  Duk sibuk nak tengok kira hidup orang.

Akak banyak bertulis tentang pendapat akak dan pregnancy,  maybe you olls boleh panjangkan bacaan di sini  :  Saya dan Pregnancy by Jumie Samsudin  Akak dah hurai panjang kat situ.  Artikel tu akak tulis lebih kurang sama macam keadaan you olls sekarang iaitu lebih kurang beberapa bulan bernikah.

And sampai sekarang dah hampir 5 tahun kami bernikah,  kami belum dikurniakan cahaya mata lagi.  Biar 10 juta orang disekeliling bertanya tentang "Bila nak dapat anak?" siriesly kami tak terasa tensyen langsung sebab from the day akak tulis artikel tu,  akak dan En Khafi dah lama tetapkan perasaan kami macam mana untuk perkara ni iaitu kami serah segalanya kepada Tuhan sebab hal hal macam ni adalah rahsia Allah dan orang yang beriman kena serah segalanya kepada dia dan kalau kita dah boleh serah segalanya kepada Allah,  no more risau!

Kami bukanlah iman kuat sangat you olls,  tapi mungkin dah terlalu banyak ujian yang dihadapi membuatkan kami belajar dari kesilapan dan menjadikan kami kuat hari ini.  Amin.  Tapi sekali-sekala kepada those mulut tempayan tu,  yang bertanya macam kurang hajar sangat,  akak balas juga jawapan akak secara lahar.  Hang berani nak lawan carut dengan perempuan pondan macam haku?

Alhamdulillah juga,  family akak,  from my side and from Khafi's side,  dua dua kami tak pernah mendesak dan memberi tekanan kepada kami untuk melahirkan zuriat.  Syukur,  ini semua Allah dah susun untuk kita.

Tapi walaupun kami cepat relaks bab-bab zuriat,  tak semestinya nak kata hubungan rumah tangga kami ni perfect takdak masalah lain.  Ada sahaja masalah yang melanda hidup yang menjadikan kita jadi raplah,  gundah gulana,  risau,  tak yakin dan macam-macam lagi pikiaq negative tentang masa depan kita.  Ni semua syaitan punya kerja la.  Samalah dengan apa yang hang buat sekarang,  for me hang takdak la buat kerja-kerja tak elok (mintak simpang) like bermain kayu tiga,  cari jantan dan sebagainya,  hang dah buat seeloknya untuk ampa laki bini,  tapi syaitan nirojim duk tanam perasaan-perasaan tu dalam hati hang.  Tu yang hang jadi tak tenteram.


Bagi akak,  hang bukan selfish la kalau hang nak pentingkan laki hang untuk diri hang sendiri.  Tapi noks,  kalaulah laki hang terpaksa korbankan masa dan tenaga untuk his family / kawan-kawan hang janganlah duk kongkong sangat.  Nak kongkong sangat buat apa?  Macam mama Regina pesan tentang hak pemilikan (hang click sini  :  Pertemuan Anak Anak Ayam JS with Regina Ibrahim), kot mana pun,  kita kat dunia yang fana ni...kita semua milik Allah bukan milik siapa-siapa.


Secondly,  hang janganla duk rasa down bila hang duk rasa penat sampai pikiaq nak amik suplement apa semua.  Hang tu maknusia,  normal la rasa penat dan tak larat.  Lagi satu hang kena ingat,  kita ni makin tua,  bukan makin muda.  So duk rasa penat-penat tak larat tu normal la.  Tapi pada masa yang sama kena la ada rutin kesihatan yang betul,  selalu makan makanan sihat dan exercise regularly.  Dah kalau tak larat sangat,  pi rehat.  Tu jaa...duk paksa diri teruk-teruk hang nak lawan dengan siapa?  Satgi last-last hang sakit teruih baru tau.


Saya ni tolak rezeki ka tak nak anak awai?  Yang ni semua adalah hak mutlah pilihan individu.  If hang sendiri pikiaq this is the best for you.  So why not?  Tapi hang kena ingat,  orang luar tak semestinya akan terima bulat-bulat keputusan hang ni.  Ada sahaja depa nak komplen dan komen tentang cara hidup kita.  Padahal yang nak menanggung bukan depa,  kita juga.  Bukan sahaja mengenai pilihan beranak atau tidak,  cara hang pakai baju,  hang beli kereta apa,  hang beli rumah kat mana,  hang pakai kontraktor mana nak repair rumah..........semua benda pun depa nak komplen dan bagi komen.  Kira maknanya kalau sama dengan apa yang depa buat,  semua yang orang lain buat adalah salah.  Haaa betui dak aku kata?


So better off,  hang and laki hang sengap sengap sudah.  Ampa nak plan makan ubat ka,  nak plan jenis pancut luaq ka,  nak pancut dalam mulut ka.......semua tu ampa dorang ja tau.  Orang kalau tanya,  just kata...."Ohhh takdak rezeki lagi"  Sudah tutup mulut.  Zip.  Jimat tenaga dan masa hang nak kena explain panjang-panjang kat orang.


Pi pusing mai kalau hang nak kira sangat tentang apa yang depa nak kutuk pasai hang,  aku nak bagitau ni,  kalau hang susah nanti esok-esok takdak duit nak makan,  DEPA TOLONG HANGPA LAKI BINI KA?


Last but not least,  aku nak cadangkan hang baca buku La Tahzan.  Sebab aku sendiri baca and i really like it.  izinkan aku quote sesuatu untuk tenangkan hati hang;
"Jangan sekali-kali mendahului sesuatu yang belum berlaku.  Adakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan,  atau memetik buah-buahan sebelum masak?  hari esok adalah sesuaty yang belum nyata dan belum dapat disentuh;  belum berupa,  dan tidak mempunyai rasa dan warna.  Kemudian,  mengapa kita mesti menyibukkan diri dengan hari esok,  mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan berlaku padanya,  memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya,  meramalkan bencana-bencana yang bakal ada didalamnya?  Bukankah kita juga tidak tahu sama ada kita akan bertemu dengannya atau tidak,  dan adakah hari esok itu akan berupa kesenangan atau kesedihan?"La Tahzan terjemahan Mohd.  Sofwan Amrullah terbiktan Jasmin Enterprise. Cetakan pertama 2004- Muka surat 15.


ps/  semoga jawapan aku ini memberikan gambaran yang lebih besar dan menjawab soalan-soalan hang.  Hang dan suami adalah dua orang dewasa yang bebas memilih dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri ampa berdua.  Membiarkan nilai-nilai dan pendapat hidup ORANG LAIN kepada hidup ampa tidak semestinya memberikan kebahagiaan.


Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. i always love jumie's perceptive comment....apa yang dilalui bulan lebih kurang apa yang aku alami setelah 2 tahun kahwin, i can say it's worse, but manageable...insyallah
    tq jumie...semoga allah membalas kebaikan anda...

    ReplyDelete
  2. i always love jumie's perceptive comment....apa yang dilalui bulan lebih kurang apa yang aku alami setelah 2 tahun kahwin, i can say it's worse, but manageable...insyallah
    tq jumie...semoga allah membalas kebaikan anda...

    ReplyDelete
  3. diri hgpa hidup hgpa... mcm mana ampa decide nak dok sendiri (berdikari) lps menikah, mcm tu la hgpa kena hadap semua sendiri... so, buat apa nak ambik peduli komen2/komplen/apa2 saja yg org sekeliling bg? pedulikan.. yg penting, hgpa berdua tau apa yg hgpa buat... benda hat luaq dari kekuasaan kita, xpayah la kita dok huru harakan hidup kita sgt... contohnya hal2 bila nak mengandung nak beranak semua ni.. tu semua kuasa Allah... ketentuan Allah.. Allah lebih mengetahui bila waktu yang paling sesuai untuk dia serahkan tanggungjawab menjadi ibu bapa tu kat kita... kdg2 kita rasa kita dh sedia walhal sbb tertekan dok dgq ckp org keliling...

    Sabar - relax - teruskan kehidupan dgn cara hgpa berdua sendiri sudah... enjoy ur life..

    ReplyDelete
  4. same goes to me. tapi me being single to married. tara dok sorang la pun dok rasa penat and tak cukup masa. Nanti dh kawin dok kena layan laki lagi. La nie basuh baju pun seminggu sekali ja utk diri sendiri, sok ada laki la nak kena iron baju la masak la..

    Aduhh... serius rasa macam boleh ka aku buat?

    Tak mo la nanti tak pasal-pasal jadi bini durhaka pulak T_______T

    ReplyDelete
  5. suka dengan komen kak jumie. jgn dok pk yg buruk buruk. bersangka baiklah dengan Allah. toksah pk teruk teruk sgt. salah satu tips Nabi Muhammad bg dlu bacalah SubahanaAllah Alhamdulilah dan Allahuakbar sebanyak 33x sebelum tido. in shaa Allah esoknyaa segar bugar.

    ingat bersangka baiklah dengan Allah :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com