UK Clark Sales

1.3.16

Jumie Mengutuk Pondan

Hello u olls,

Okay ini artikel ala-ala catatan diari yang lama mak tak buat.  Tahun 2015 ingat feeling nak banyakkan update diari secara mingguan tapi tiap tiap minggu cerita semua sedih,  migraine dan stress.  Nak cerita apa nyah.  Alhamdulillah mak rasa tahun 2016 ni membawa sinar bahagia yang lebih bermakna.  Seminggu sekali akan mimpi ayaq,  contohnya mimpi pi beli rumah ada air terjun,  pi mandi air laut,  mimpi banjir....semua tu orang tua-tua kata mimpi rezeki.  Alhamdulillah.  Rezeki ni mai dari macam-macam.  Tak semestinya duit.  Kawan-kawan yang selalu membawa bahagia pun adalah rezeki.

Okay hari ni aku nak cerita pasai satu benda yang aku terperasan semenjak dua menjak ni.  Alkisahnya,  ini bukan kali pertama,  tapi dah masuk macam kali kedua dah,  apabila kawan-kawan nyah Penang yang aku kenali,  yang aku kenal-kenal,  depa tanya aku satu soalan yang mencurigakan.

Pertama,  aku jumpa satu nyah ni.  Wanita agam juga macam aku.  Mulut banyak sembang rambong semua macam aku.  Habis dah sembang punya lama,  baru aku kenalkan diri aku apa semua.  Bila aku dah bagitau nama aku terus dia kata "Ooooo...you la Jumie Samsudin..........blogger tu.....ooooooo......ishhh tak sangka la u lain sungguh daripada apa yang orang duk cerita kat I pasai you,"

Akak melopongkan mulut.  Aiiiyum soo first time aku rasa macam something negative akan keluar daripada mulut mak ayam ni.

"Awat nyah...u pernah dengar ka cerita pasai I?"

Mak ayam tu jeling kat I.  "Ishhh...kalau i jumpa orang tu....i nak carut dia balik,"

Bertambah musykil aku apabila mendengar kata-kata mak ayam ni.

click read more



"I cerita kat you ni,  bukan nak suruh you bergaduh ka apa la.  Ada la orang pernah mai bercerita kat I,  jangan duk pi kenal dengan satu puki nama Jumie Samsudin.  Dia tu blogger.  Dia suka nak berkawan dengan nyah.  Dia korek semua cerita hang,  pastu dia akan tulis dan blog and kutuk-kutuk pondan,"

Astaghfirullah hal azim........................................ mak istighfar panjang.  Siriesly u olls,  first rasa terkejut.  Tapi 10 % sahaja terkejut. 90 % selebihnya aku rasa macam kagum sangat pondan manalah yang feeling duk buat cerita macam ni pasai aku.  Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam dunia blogging ni semua,  bila mana pulak aku punya tulisan mengutuk pondan!!

"You nak tau ka sapa yang kata pasai you ni.......u mesti kenai dia...dia rapat dengan you,"

"Ohhh maii gooodd mak ayam...tak payah.  U tak payah cerita kat I.  I tak mau la nak tau.  I rasa macam lawak la cerita tu,"

Perbincangan kami pasai benda tu terhenti kat situ.  Aku pun terus divert persembangan kami terhadap isu-isu semasa seperti tayangan filem Dilwale yang hanya untuk orang low IQ dan sebagainya.  Pastu akak pun dah lupa dah cerita tu buat sekian lama.

And then one day,  I pi makan.  Pastu time nak balik tu I jumpa satu mak ayam besar ni jugak la.  Mutual friend la kita.  Sama-sama mak nyah kena saling bertegur sapa untuk menguatkan support system.  Habis bila kita dah nak balik dah,  mak ayam ni tarik tangan I.

"Nyah...aku nak tanya kat hang ni...."

"Hapa?"

"Hang ada ka duk cerita cerita pasai pondan kat blog hang?"

"Ada....belambak...................awat?"

"Dak laaa...aku saja tanya..."

Itu sahaja.  Aku malaih nak tanya apa dah.  Tapi memang aku duk terpikiaq dalam kepala otak aku.  Ini mesti lebih kurang kes sama macam kejadian dengan mak ayam yang aku kenal sebelum ni.  Kesimpulannya,  aku tak tau la sapa duk jadi tukang cerita ni.  Tapi kalau ada sapa-sapa yang rajin selak blog aku yang mempunyai lebih daripada 2000 posting ni boleh cari satu ayat,  satu artikel yang aku kutuk pondan,  sila tampil kehadapan and tunjuk kat aku lani.

Dan kepada pembuat cerita tu,  aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk hang sebab secara tak langsung telah memberikan satu publisiti untuk aku.  Kalau boleh,  hang bagi jugak siap siap alamat surat menyurat hang sebab once buku terbaru aku diterbitkan,  aku nak post kat hang satu buku.  Himpunan Cerita Marhayam

ps/  Pi Facebook aku and tengok sapa aku signed as aku punya MOTHER.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com