UK Clark Sales

10.3.16

Lunch Date @ Lagenda Cafe Penang

Hello u olls,

Ingat tak hari tu akak pernah tunjuk kat you olls akak pi makan kat Lagenda Cafe di Campbell Street.  So far tempat tu menjadi kunjungan bulanan akak dan suami dah sekarang.  And kawan-kawan akak yang akak duk pi rekemen pun dah selalu pi makan kat sana.  Sebab tempat tu very the warming,  selasa and makanan dia memang sedap.  Berbaloi untuk duit.

Untuk pengetahuan u olls,  Lagenda Cafe lani dah buat lunch set untuk waktu 12.00 tengah hingga 3.00 petang.  Banyak kali manager tempat tu,  Sarra duk panggil akak mai.  Akhirnya,  baru-baru ni akak membuatlah sesi lunch date dengan kawan-kawan pompuan akak daripada office lama akak iaitu School of Social Sciences USM pada hari Jumaat,  lunch time yang panjang.

From USM,  12.20 pm kami dah gerak pi.  Sampai sana around 12.50 pm kami dapat parking spot elok-elok depan kedai-kedai emas one block away from Lagenda Cafe.  Ampa tau la kan,  Campbell Street bukan senang nak dapat parkir.  Kalau tidak dalam kotak parkir yang betul,  satgi abang Penguatkuasa akan mai hantar rantai besi.  And bila u olls duduk dalam petak,  jangan juga pamerkan tiket parking atas dashboard ya!



Lunch Set
Siries puas hati dengan lunch set yang depa sediakan. 3 course meal, dapat starter (SOUP OF THE DAY),  main course and dessert for only RM 17.90. Campur service charge 10% and beli air apa semua lebih kurang RM25 per person.

Makanan main course yang kami pilih semuanya sedap. Potion yang agak banyak dan very the mengenyangkan. Yang penting, sedap sangat!!!

Kalau ampa nak mai sini, please make sure ampa buat reservation dahulu sebab tempat depa adalah ekslusif and limited.

Click read more for pictures




Disebabkan tempat ni cantek sangat,  kami duk seronok berposing dengan camera.  




Soup of the day --- sup labu yang sedap.


Soursoup lime untuk Sha. (Jus buah durian belanda dengan limau)


Chicken chop dihiang dengan tiga jenis sos pilihan.  Ada Citrus Creamy Gravy,  Mushroom gravy and oriental gravy.   Dalam gambar ni adalah mushroom gravy.


Ini pula Chicken Chop dengan Citrus Creamy Gravy

Pan Fried Seabass dengan sos serai yang sangat sedap.




Lamb Chop Curry dihidangkan bersama nasi warna biru,  curry chick peas dan jelatah.




Ini pula set nasi biru dengan ayam berempah.  Dihidang bersama sambal,  jelatah and sup.  Siriesly nampak macam biasa ja tapi ayam tu memang diperap dengan elok.  Rasa rempah dia.


Dessert sago gula melaka.  Nampak kecik tapi sebab kami dah kenyang gila tahap food coma nak perabih ni pun jadi slow.



Posing lagi.........................................YANG KIRI DEPAN SEKALI TU MEMANG PALING OVER YA......


Kalau ampa lalu kat Campbell Street,  memang ampa boleh terlepas Lagenda Cafe sebab actually Lagenda Cafe ni terletak kat bangunan SHANGHAI HOTEL.  So kalau ampa nak waze / cari,  ampa masuk ja Campbell Street and look on your right and pastikan ampa nampak SHANGHAI HOTEL.








Lunch Set Lagenda Cafe

Memperkenalkan set terbaharu makan tengahari di Lagenda Cafe
- 3 hidangan lengkap iaitu starter (soup of the day), hidangan utama dan pencuci mulut
- Dihidangkan setiap hari dari Isnin-Ahad dari jam 12 tengahari hingga 3 petang
HANYA RM17.90

Untuk tempahan sila hubungi 04 - 261 2293

Lagenda Cafe 
43 Campbell Street, Penang
Open from 7 am to 11 pm (CLOSE ON TUESDAY)
Facebook :  Cafe Lagenda

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com