Jom Try Diameida Fabulous Mascara

4.3.16

Melawat Kek Lok Si Temple

Hello u olls,

Akak kan duduk kat Ayer Itam Penang.  So u olls,  u olls kalau mai Penang and u olls feeling mai melancong ke Bukit Bendera atau Kek Lok Si temple u olls mesti wajib lalu rumah akak.  Yes,  sapa-sapa nak pi dua tempat ni confirm akan lalu rumah akak.  Tapi walaupun duduk dekat macam tu bukan hari hari akak naik Bukit Bendera tu deknon sebab situ hari hari penuh dengan orang ramai.




Dan baru baru ini sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina,  sepanjang 15-17 hari tersebut semua lampu-lampi yang terdapat di Kek Lok Si temple dipasang dengan indahnya menerangi kawasan kuil yang terbesar di Malaysia ni.  Ramai penganut agama Buddha daripada seluruh pelusuk dunia akan datang ke lokasi ini untuk bersembahyang.  Malah para pelancong juga akan mengambil kesempatan untuk datang ke sini pada hari istemewa ini untuk menyaksikan all the lampu-lampi yang gilang gemilang ini.




Ini adalah kerana lampu lampi ini tidak dipasang setiap hari deknon.  Hanya dipasang pada hari hari istimewa dalam agama Buddha seperti tahun baru dan juga Wesak Day.

Akak pernah datang ke sini,  tapi pada waktu siang dengan student-student from Amerika.  U olls boleh tengok kat sini  :  Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

So sehari selepas Chap Goh Mei (hari ke 15 dalam Tahun Baru Cina) I olls dan beberapa ekor anak ayam I olls ni pun gigihlah menaiki motorsikal beramai-ramai menaiki bukit ke berhala Dewi Quan Yin terbesar di Asia Tenggara ini iaitu setinggi 99 kaki u olls.  Yang lawaknya,  akak ni punya la gigih nak naik motor sampai sanggup suruh suami akak pi kerja malam tu naik kereta.

"Hang nak buat apa naik motor?"  tanya suami akak

"Kami nak pi naik Kek Lok Si"

"Awat nak naik motor?"

"Halaa satgi jem...susah nak parking.  Naik motor la senang,"

Maka oleh itu we olls pun mengepi la Kek Lok Si Temple dengan 3 bijik motor.  Fan naik dengan Wan,  aku dengan Afat bawak motor sorang satu.  Kami bertemu kat Shell Ayer Itam,  lebih kurang 9.30 pm baru kami gigih nak pi naik bukit ke sana.  Ini pertama kali aku naik bukit Kek Lok Si dengan motorsikal.  Sebelum ni naik kereta.  Memang aku tau dah dia punya curam macam mana.  Tapi bila aku naik motor,  dia punya kecuraman lagi lah maha dahsyat dapat aku rasakan sampai ke lubang dubur.

Perlahan-lahan aku mengoyak enjin motorsikal aku dan akhirnya kami sampai jugak kat atas,  parking motor,  kami pun pusing-pusing keliling kawasan temple,  ambil gambar dan melihat pemandangan.  Malam tu dah tak ramai orang mungkin sebab ramai dah datang pada hari sebelumnya.

Tengah we olls betul-betul kat tapak kaki berhala Dewi Quan Yin,  tiba-tiba seluruh lampu yang mengelilingi berhala itu ditutup.

BOOOOOMMM.......bunyi elektrik dimatikan itu sungguhlah besar rasa bergaung itu memantul macam satu benda besar jatuh ke lantai yang sunyi.  Nasib baik we olls duduk dekat-dekat,  so akak takdakla cuak dan menjerit-jerit seperti kematian suami.

Jam tepat menunjukkan pukul 10.00 malam.  Depa katop la lampu siap siap,  sebab kalau tak katop lampu tu aku rasa sampai esok pagi orang duk duduk kat situ juga.

So we olls pun bersama orang ramai lain pun mula beredar untuk pulang.

Tadi akak dah cerita kan macam mana punya tinggi bukit nak naik ke Kek Lok Si Temple ni,  haaaa sekarang ni hang bayangkan macam mana akak nak bawak motor turun.  HAHAHAHAH.  Gila noks,  mak bawak motor scooter turun bukit kena control kelajuan scooter akak u olls.  Tak boleh nak tekan break kuat sangat,  nanti akak boleh terjungkit dan terpelanting jatuh,  atau kalau akak biar turun laju ke bawah,  silap hari bulan akak tak boleh control balance motor akhirnya akak boleh terperosok ke celah-celah batu bukit.

Siries noks,  mak memang seriau gila bawak motor macam tu.  Wan and Fan dah meluru laju ke bawah,  Afat baguih duk follow aku kot tepi macam marshall.  Bukan untuk marshal kenderaan mewah,  tapi marshall untuk gajah yang sedang naik basikal kecik kat sarkis.

Alhamdulillah,  akhirnya akak selamat sampai ke kaki bukit dalam keadaan hidup.  Kami singgah di sebuah kedai anne di tepi Market Ayer Itam untuk menikmati air susu lembu segar.

Next trip,  hiking ke Dam (Empangan) Air Itam.

Gambar kami


Tak elok depa ni.  Dari kiri,  Fan,  Afat and Wan.  Wan duk buat elok pakai baju takdak tangan.  Serr. ps/  Wan ni kawan aku yang suka duk pi bag pack travel.  Nanti dia nak share cerita dengan kita pasai dia pi Darjeling India,  baru-baru ni.











Disco's Cafe Corner
Kat sini boleh pekena fresh cow milk.  Malam sahaja abang ni meniaga.  Hangpa boleh la try minum susu lembu dengan campuran perisa kesukaan seperti Milo,  Nestum dan lain-lain.  Dan semuanya dihidangkan panas.  Tapi kalau u olls lebih berani,  boleh juga try minum susu dicampur dengan telur.  Aku nak try...tapi abang ni kata "Adik kalau you first time mau minum...saya tak suggest you try..."



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...