7.3.16

Next Top Neraka

Hello u olls,

Asia's Next Top Model cycle 4 akan menjelma di kaca tivi tidak lama lagi.  Salah seorang daripada peserta dalam rancangan popular itu adalah seorang gadis Melayu bernama Nooraini Mohd Noor atau Tuti yang akan berentap dengan wakil-wakil daripada negara Asia lain dalam rancangan realiti ini.

Barisan judges dan mentor dalam rancangan AsNTM Cycle 4 kali ini menampilkan muka-muka baru dan yang paling penting,  stylist Yu Tsai menjadi salah seorang daripada juri tetap.  Kerlas.  Aku rasa lebih suka kalau Yu Tsai ni jadi juri/mentor sebab dalam ANTM yang aku tengok sebelum ni Yu Tsai ni dia ada drama dia juga tetapi at the same time dia adalah seorang yang profesional.

From left,  Yu Tsai,  pondan mana ka,  and model Cina yang mak rasa daripada Malaysia.  Gambar ehsan Facebook Asia's Next Top Model.


Tapi aku bukan nak cakap pasai Yu Tsai,  aku nak cakap pasai rakyat Malaysia yang duk mengutuk dan menghina wakil Malaysia dalam rancangan ni yang dikutuk secara bertubi-tubi.  Well...rakyat Malaysia especially MELAYU tidak dapat dipisahkan dengan kutukan,  hinaan dan komen menjatuhkan.  Kalau tak mengutuk,  tak mengata,  itu bukan Melayu u olls!

Bayangkan hasil kutukan oleh rakyat Malaysia (Melayu) ni semua sampai mendapat perhatian media antarabangsa.  Aiyooo sangat.  Siriesly u olls,  kalau u olls perasan,  kita ni Malaysian asyik dapat perhatian media secara negative sahaja sejak beberapa peringkat masa terbelakang ni.  MH370 yang hilang secara misteri,  MH17 kena tembak,  skandal PM Najib (kat negara luar semua berita tak leok sahaja yang pasai PM Najib,  berita Malaysia sahaja yang duk tunjuk benda elok pasai PM Najib),  pasai ramai rakyat Malaysia yang join group militan dan sekarang,  rakyat Malaysia yang duk mengutuk wakil pertandingan AsNTM pulak !!

Dalam satu petikan dalam laporan BBC tu dia kata "Malaysia is known to be a moderate Muslim country, but has seen rising religious sentiment in recent years." Negatif sangat penyataan ini dan tidak tepat secara keseluruhannya kerana bagi akak pendapat ini hanya mengambil kira beberapa perkara sahaja dalam masyarakat kita dan bukan secara menyeluruh.

click read more



Tapi,  akak sangat suka dengan cara Tuti membalas komen dalam rencana yang ditulis oleh BBC iaitu "Apa yang membezakan kita semua bukannya warna kulit,  agama tetapi adalah peluang,"  akak sangat respek jawapan beliau ini.


Kerlas pompuan ni muka editorial.

Nah...sedas jawapan Tuti kepada haters yang berlambak-lambak kat laman sosial ni semua yang rata-ratanya noks semua tu kita tak tau latar belakang depa pun macam mana.  Setakat nak bersyarah dan memberi komen negative kat Facebook,  itu semua adalah tahap-tahap amatur u olls.  Hang tau ke kalau sebelah screen dia kutuk Tuti kat Facebook, ada screen satu lagi kat PC dia duk bukak TUBEKITTY.COM

Mak sangat tak boleh blah dengan haters dan pengomen agama serbanistas dalam laman sosial ni semua.  Yes,  tidak dinafikan apa yang depa cakap tu memang betul.  Siapa aku nak nafikan apa yang ditetapkan dalam Al Quran dan Sunnah.  Tapi kadang-kadang cara depa mengomen,  memberi tekanan dan penghinaan sampai menjatuhkan moral,  memberikan tekanan perasaan kepada pembaca dan juga menjatuhkan maruah....ITU ISLAM KAH?

Akak sendiri pun dulu pernah kena serang dengan beberapa ekor serbanistas kat Facebook sebab akak tak bertudung.  And pengalaman cyber bully itu memanglah menyakitkan hati sebab kita sampai lani tak tau sapa bangsat-bangsat itu sebenarnya.

Satu lagi yang menyebabkan akak lagi tak berapa nak percaya dengan serbanistas laman sosial ni adalah akak mempunyai seorang kawan akak sendiri.  Dia ni kat Facebook masya Allah very the Islamic.  Hari hari ada sahaja perkongsian ke-agama-an daripada beliau.  And pernah pulak,  bila akak duk post gila-gila babi (I kan jenis perempuan sundal tak tau malu),  dia akan masukkan komen-komen dia ala-ala nak nasihatkan akak.  Tapi noks,  akak tak amik hati sebab akak anggap dia kawan yang cuba nak tegur akak secara baik.

Nak dijadikan cerita noks,  tiba-tiba baru-baru ni ada seorang teman akak cik gayah la,  tanya akak "Eh nyah hang kenal ke ******* kat Facebook tu aku tengok dia dalam friendlist hang,"

"Kenal la noks....haa awat?"

"Dia selalu contact mak ajak loi kat office dia malam-malam,"

"Ishh noks hang biar betul........,"  akak pun bukak la Facebook akak cari nama kawan akak tu and bukak profile tu kat kawan akak.

"Hang confirm mamat ni?"

"Confirmla.....dah almost 5 tahun kami duk buat kerja ni...takkan aku boleh lupa muka dia...hahahah,"

*  Cik gayah = GAY
* loi = Isap kote / oral seks

So siapa NEXT TOP NERAKA sekarang?  Oleh itu kita tak payahla mudah mudah nak meletakkan hukuman kepada sesiapa.  Kita tak tau kisah - kisah hidup setiap orang.  Kita sendiri pun ada kisah hidup kita yang berwarna warni.  Just because hari ni kita pakai warna biru,  kita tak boleh nak  suruh semua orang warna biru juga.  Esok-esok kita terjadi kaler hitam,  hang nak tau ?


ps/  Hari ni ampa label Tuti sebagai Next Top Neraka,  ampa tau ka hari ni juga malaikat kiri ampa terus cop kat fail ampa "PLATINUM MEMBERSHIP TO NERAKA SEBAB SUKA DUK JUDGE ORANG TAK TENTU PASAI"

Read more  :  http://www.bbc.com/news/world-asia-35714059

4 comments:

  1. caption sangat win.. mentaliti orang melayu sangat susah nak ubah. apa pun support kak jumie sebab mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. harap dapat membuka mata segelintir orang yang masih berada di tahap "katak bawah tempurung". ;)

    ReplyDelete
  2. Bhahhaha power akk ni. Platinum membership tu yang tak tahan.

    ReplyDelete
  3. model mentor ittew adalah top mondel Indonesia, KELLY TANDIONO
    host ittew adalah CINDY BISHOP..model frm Thai
    ...apapun Tuti will be a top contender this season! shes so edgy!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...