Jom Try Diameida Fabulous Mascara

28.3.16

Pertemuan Anak Anak Ayam JS with Regina Ibrahim

Bukan senang nak jumpa Mama Regina,  and bukan susah nak jumpa Mama Regina pun!  Ini adalah peraturan yang aku sendiri tetapkan,  bukan mama.  Maksudnya,  bukan susah nak jumpa mama.  Kalau ampa berada di kawasan sekitar Georgetown,  percentage kebarangkalian ampa untuk bertemu wanita ini adalah amat tinggi.  Kerana banyak urusan harian mama adalah di sana.  Tapi bukan senang nak jumpa mama sebab kita kena hormati masa dan ruang yang mama luangkan untuk kita.  So make all moments worth!!

Baru-baru ini,  aku yang setelah sekian lama akhirnya dapat meluangkan masa dengan mama.  Duk janji nak amik buku CERPEN yang mama nak hadiah kat aku.  Temujanji yang aku buat sebelum ni,  aku sendiri yang terpaksa cancel sebab aku pun duk kena buat kerja.  Bila dah confirm temujanji tu,  aku pun ajakla anak-anak ayam JS yang lain.

Mama Gina tidak diberitahu.  Bila dah sampai kat tempat kejadian barulah mama ketemu semua.  Perjumpaan panjang ini memang betul-betul seronok.  Di samping bercerita pasai buku,  Mama banyak kongsi dan ajar kami pasai falsafah-falsafah hidup yang dia selalu catatkan dalam laman Facebook beliau.  Memanglah kita boleh baca tu hari-hari tapi bila dia ajar depan kita,  lebihlah mendalam pengertian tu.  Peluang yang sangat best.

Here some of the things yang aku pelajari dalam pertemuan ini.







1.  Hak pemilikan

Woohoo yang ni paling best sekali.  Kita selalu disogokkan dalam lirik-lirik lagu cinta "You are mine....we belong together...I am yours....ku milikmu...kau milik ku..."  Semua ini pada pendapat beliau adalah penyakit.  Kita yang pastinya adalah milik yang DI ATAS yang menjaga kita.  Kita tidak dimiliki sesiapa selain Dia.  Oleh itu,  kita juga tiada hak untuk menyatakan sesiapa lain di dunia ini sebagai HAK kita.  Sogokkan idea ini yang menyukarkan hati hati manusia apabila berlaku kesusahan dalam hubungan kita.  Tu yang duk jadi macam-macam cerita ampa duk tengok kat Siakap Keli,  semua ini berlaku kerana kita terlalu menuntut hak pemilikan.

Konsep ini seharusnya menjadi lebih jelas kepada golongan LGBT,  sebab dalam mana-mana keadaan,  mana ada jantan yang nak duduk setia hingga akhirnya dengan kita sebagai gay/maknyah.  Sebab sooner or later,  dia akan pergi untuk bernikah dan memulakan hidupnya sebagai suami kepada wanita lain.

Tapi pada pendapat saya,  konsep ini juga harus diletak kepada pasangan yang straight.  Sebab,  kita tak boleh nak kawal laki kita teruk-teruk.  Dah kalau satu hari dia nak gatai nak cari pasangan lain,  just let it be.  Jadilah macam watak dalam cerita Bini Polis dalam CERPEN by Regina Ibrahim :)


2.  Sexual Confirmation Surgery
Kami bercakap pasai perkara ini.  "Buat untuk apa?"  tanya aku bila bercerita pasai Kak Tom yang sanggup buat SRS untuk tambah kote.  Aku baru tau kalau buat kote,  dia just semata daging but cannot function sexually. Takleh nak erect and takleh nak fuck.  Soalan aku ini mungkin menyebabkan hati orang terguris,  especially mama. At that moment,  aku tak realize soalan tu keluar secara spontan.

Balik aku pikir balik,  aku rasa mcm guilty sangat. Sebab pertanyaan aku walau simple tapi sebenarnya sangat judgemental.  Siapa aku nak persoal orang tu nak ubah diri dia daripada sekeping puki kepada sebatang kote.  Siapa aku juga nak persoalkan kalau seorang maknyah ingin menjalankan SRS walaupun hakikat dia tahu,  dia masih tidak boleh melahirkan!

Function atau tidak,  dia seorang yang tanggung dan bukan mudah dia nak buat perkara besar seperti itu.  Kepuasan adalah satu rungkaian yang kadang-kadang tuan badan sendiri tak tau nak jawab macam mana.

It's like orang bersoal kepada diri aku "Hey Jumie hang tu bertudung buat apa sebab kau masih berkawan dengan pondan!!"


Martabak A Ghaffoor Original :)

3.  Mencari formula dalam hidup
Yang ni aku paling suka sekali.  Dalam gelak tawa dan cerita-cerita santai kami,  mama ada selitkan betapa pentingnya kami mencari formula hidup.  Setiap hari kita kena menjadi formulasi-formulasi yang paling sesuai untuk diri kita dan pada masa yang sama agar kekal sesuai untuk persekitaran.  Tidak kisah tua,  muda,  baru habis SPM,  baru habis belajar,  baru kahwin,  dah kahwin,  dah bercerai,  dah bekerja,  sedang menganggur,  kita semua semua masih dalam proses mencari formula.  Formula hidup ni akan bantu kita buat keputusan.  Dan selalunya formula hidup ni akan mai apabila kita berdepan dengan konflik dan masalah.  Sebab tulah kita jangan duk rasa down bila kita ada masalah.  Masalah dan konflik ni yang akan menyebabkan kita jadi lebih baik pada masa akan datang.  Insya allah.


By the end of the day,  kami rasa bersyukur hati tu dapat berjumpa dengan mama and boleh tanya soalan terus dengan mama.  Kalau buat event,  minum petang bersama Mama Regina...ramai dak nak join?

2 comments:

  1. bestnya..dapat jumpa mama sekejap ja last year masa dia kat KLBF.....

    ReplyDelete
  2. Buatlah meet and greet Jumie Samsudin feat Mama Regina, sure ramai nak mai..
    Sampai kempih pipi hang dok senyum selfie ngan peminat2 nanti..
    Heeheh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...