UK Clark Sales

23.3.16

Resepi Mee Goreng Mamak by Kak Edeh

Hello u olls,

Mee Mamak comes in two ways,  mee kuah ataupun mee goreng.  Orang Penang yang duduk Tanjung (town and sub town area) macam kami zaman dulu-dulu paling last era 90an memang duk wujud lagi mamak-mamak mee yang menjadi wakil penjual mee kat kampung.  Setiap kampung / kawasan mesti ada satu mamak. 

Kat kampung I olls dibesarkan iaitu Kebun Lama (sekampung dengan P Ramlee ya) ada satu mamak mee ni nama dia aku tak tau apa dia tapi dia meniaga dekat dengan Roti Canai Shaik yang popular kat Gemas Road.  Dia akan meniaga from waktu tengahari sampai malam.  

Satu kampung nanti mai beli mee kat dia dan setiap orang kampung ada special preference depa untuk mee depa.  Ada yang tak mau tauge,  ada yang tak mau telur,  ada yang suka pedas,  ada yang takmau pedas.  Tapi resepi I olls adalah "Mamak,  mee goreng.  Bagi basah sikit,  pedas sikit,  manis sikit.  Telur tak mau!!"  Basah sikit maksudnya mamak akan buat mee goreng tu more gravy.

Lani dah takdak dah mamak mee lagu ni,  kalau ada pun dua tiga orang yang area Market Chow Rasta (mamak Kadir yang dah went viral) dan beberapa lagi kat area yang sama meniaga pada waktu malam.  (Me and Shanell Harun sangat suka mee goreng mamak kat warung teh halia kat tepi Chow Rasta tu).

Kalau ampa pi beli mee goreng kat kedai-kedai nasi kandar yang kontemperori macam Khaleel dan yang sewaktu dengannya,  itu semua tak original ya u olls!




So hari ni akak nak share dengan you olls resepi membuat mee goreng mamak sendiri kat rumah.  Ini adalah resepi dari mak I olls sendiri iaitu Kak Edeh.  Dia selalu akan masak mee goreng mamak kat kami anak-anak on special days and akak nak share dengan ampa so that this is going to be a tradition untuk family ampa pulak.  

Kak Edeh sedang beraksi.



The Broth 
Broth atau kuah asas untuk menggoreng mee goreng mamak ni adalah paling penting.  Sedap kuah ni,  sedaplah ampa punya mee goreng.  Cara nak buat dia senang sahaja,  rebus sotong kering yang telah dipotong bersama ubi kentang,  cabai boh,  sedikit kicap dan tambah garam dan gula secukup rasa.  Bentuk dia kena jadi macam ni.  Dia cair sahaja.  

Tapi yang penting,  kentang kena potong kulit dia siap siap dan direbus sampai empuk.  And sotong kering tu,  ampa rendam la dulu sampai lembut,  buang air dia baru ampa rebus.



Gorengan
Bahan-Bahan 
  1. Mee kuning
  2. Taugeh
  3. Kicap pekat (manis / masin dont matter...janji pekat)
  4. Gula
  5. Cuka
  6. Telur
  7. Kacang tanah yang disangar dan ditumbuk.  

Cara-cara
  1. Teknik goreng kilas / stir fry.  Api kena kuat dan pergerakan kena pantas.  
  2. Dalam kuali yang panas,  masukkan sedikit broth tadi dengan sedikit sotong dan kentang yang telah dipotong.
  3. Masukkan taugeh (Kalau ampa rajin...boleh buat cucur dan masukkan juga)
  4. Masukkan mee.
  5. Masukkan sedikit kicap untuk warna dan cuka untuk rasa masam.
  6. Masukkan sedikit gula.
  7. Kalau ampa nak masukkan telur pun boleh.
  8. Taburkan sedikit kacang tanah.
  9. Angkat!!








Hiasan
Untuk hiasan ampa boleh gunakan daun salad,  hirisan cili merah,  taburkan kacang tanah dan bawang goreng dan of course jangan lupa satu hiris limau nipis/limau kasturi.


Selamat mencuba!!!

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com