Jom Try Diameida Fabulous Mascara

31.3.16

Ulasan CERPEN by Regina Ibrahim

Hello u olls,

Selepas perjumpaan dengan Mama Regina baru baru ni,  mama pass kat aku buku terbaru yang ditulis olehnya hasil terbitan pihak FIXI yang berjudul CERPEN Regina Ibrahim.  Buku ini menampilkan 27 buah kisah ketot yang mempunyai latar cerita yang pelbagai.  Pasai lelaki,  perempuan,  mak nyah,  kak tom dan macam-macam lagi.  

Seperti ampa tau,  yang mana dah pernah baca buku-buku mama sebelum ini dan yang dah selalu tengok posting beliau di Facebook dan Wattpad,  ringkas padat dan straight to the point.  Tiada kata-kata puitis melerek yang membelitkan pemahaman.  That's why i like her.  Sapa-sapa yang sebelum ni tak berapa nak fancy penulisan fiksyen Melayu yang bersifat sendu bunga-bunga cinta,  mungkin ampa patut cuba penulisan Regina Ibrahim yang pendek dan tajam ni.


Buku Cerpen





CERPEN seperti yang aku nyatakan tadi mempunyai latar belakang cerita yang pelbagai.  Ada yang aku pernah baca sebelum ni sebab mama pernah kongsi dengan kita dalam laman sosial,  tetapi telah diberikan 'treatment' agar lebih puas untuk dibaca.  Tapi ada banyak yang kalian mungkin belum pernah baca lagi.  Ada beberapa buah cerita yang for me sangatlah lain daripada yang lain dan aku rasa macam bukan 'makanan' mama.  Contohnya cerita xxxx,  siriesly aku tak sangka mama boleh tulis cerita macam tu.  Aku duk ingat selama ni makanan mama more to kisah-kisah perhubungan antara manusia.

Ada cerita yang diangkat sebagai Cerpen Terbaik oleh FIXI dan ada satu cerita diangkat sebagai short filem yang akan diterbitkan tidak lama lagi.  Kerlasss sangat mesej dalam cerita tu.  Very the sesuai untuk u olls yang selalu nak berdebat pasai halal dan haram.


Ish tak boleh-tak boleh.  Aku ni kalau nak bercerita nanti aku nak cerita sampai habis semua.  HAHAHAH habih spoiler.  Tapi aku sarankan semua orang,  laki pompuan ponen,  adik adik,  tua muda,  ampa beli la CERPEN.  Nilai yang disampaikan senang sahaja,  hang buat baik pada hidup,  hidup akan be kind back to you.  Masa akan ubati segalanya.


Thank you so much Mama kerana bacaan ini menguatkan semangat aku untuk terus berbuat baik walaupun kadang-kadang dan kerap kali makan hati,  dan pada masa yang sama menguatkan semangat aku untuk terus menulis. 




Ampa jangan jeles aku dapat dengan ciuman!




No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...