Featured Post

#PrayforPenang

2.3.16

Video Adik Neelofa - Jangan Kutuk Dia, Amati Isu Sebenar

Hello u olls,

Aku nak ucapkan terima kasih kepada adik Neelofa sebab memberikan satu issue untuk aku tulis pada minggu ini.  Actually dah lama jugak aku tidak membuat ulasan tentang isu isu panas masa kini yang menarik perhatian aku.

So hangpa semua dah tengok ka apa yang dikatakan oleh beliau dalam video tersebut.  Kalau dah tengok,  bagus,  ampa boleh teruskan membaca artikel ni,  kalau belum,  aku harap hangpa pi tengok dulu video tu sebelum ampa nak cakap deraih.




Aku perasaan sejak video ini diviralkan point  yang diketengahkan adalah "adik Nelopa kutuk cikgu sekolah" dan disusuli dengan komen-komen nista daripada netizen bahawa beliau ni bercakap atas hujah dia tu kira feeling kaya and baru sehari dua hari belajar kat sekolah international dan beliau juga dituduh sebagai berlagak.  

Akak pun mengambil kesempatan untuk menonton video ni.  First impression akak,  ehk....cantek nya budak ni.  Pastu akak terus terpikir, dia ni buat video macam duk praktis untuk public speaking  atau debate untuk sekolah sahaja.  Mungkin benar sangkaan akak,  mungkin salah.  

Topik yang dia ketengahkan dalam Bahasa Melayu adalah kelebihan bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah antarabangsa.  Bincangkan.  Gituuu!

Topik kita zaman sekolah-sekolah dah buat dah.  Akak pun dulu masa sekolah menengah adalah wakil sekolah untuk team debat bahasa Melayu so benda benda macam ni memang akak pernah la duk diskas dengan kawan-kawan dalam latihan persediaan kami.  And apa sahaja hujah yang beliau ketengahkan dalam video tu,  adalah lebih kurang sama dengan apa yang kami fikirkan hampir 20 tahun dahulu.

Ala,  u olls yang tak pernah masuk team debat pun takkan la dulu-dulu u olls tak pernah buat esei untuk topik yang sama ni?  Ataupun terbaca dalam contoh-contoh karangan PMR / SPM.

Tapi apabila hujah ini divideokan dan disampaikan dalam Bahasa Inggeris,  secara tak langsung,  semangat-semangat Melayu Takkan Hilang Didunia ni pun tiba-tiba muncul secara membuak-buak dalam hati hati u olls semua.  Daripada mengamati hujah yang disampaikan ini dari sudut akademik,  u olls semua terus fokus kepada kredibiliti adik Neelofa dalam video ini dan terus attack dia personally dengan mengatakan yang dia ni baru ja feeling belajar kat sekolah antarabangsa,  secondly u olls kata dia ni belagak and sampai ada yang kata "Apa sumbangan ko untuk negara esok?"  (Yang ni Lily Sofia tu kata...over!!)

Semua orang sila ambil pil penenang dan tenangkan puting tetek masing-masing.  

Aku pelik pasaipa semua orang nak rasa offended gila nak mampus dengan apa yang dia kata,  padahal secara lojiknya kita ni semua memang 10000 % setuju kah yang sistem pendidikan dan guru-guru di Malaysia sudah bersedia dan sesuai untuk diantarabangsakan.  Aku bukanlah nak kata yang sistem persekolahan di Malaysia ni langsung teruk sampai tak boleh nak pakai langsung sebab aku sendiri adalah produk sekolah kebangsaan Malaysia. Tapi apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah,  semua sistem sekolah di mana-mana sahaja di dunia ini ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dan ITS OKAY untuk kita point out apakah kelemahan itu dan seperti yang adik Neelofa tu sendiri kata "Tidak semestinya kita kena tukar sistem persekolah di Malaysia secara total tetapi mungkin ada banyak cara yang boleh kita tambahkan untuk menjadikan sistem ini lebih baik pada masa akan datang," (Akak dah translate siap-siap kat ampa semua).

Yes,  kita kena berlapang dada untuk tengok persekitaran kita yang sedang berubah dan terus berubah dengan cepat dan pesat.  Latar belakang ekonomi,  pendidikan,   sosial budaya dan nilai penduduk Malaysia yang sentiasa berubah especially sejak zaman internet dan zaman SEMUA MAK BAPAK ADA DEGREE ni.  So takkan baru kena carut secara light-light oleh budak 15 tahun kita dah nak melenting.

Aku tak mau nak hujah panjang tentang apa kelemahan dan kelebihan sistem persekolah yang sedia ada,  apa pi search kat Google scholar dan carilah banyak journal yang ditulis oleh para penyelidik yang sedia ada ni.  

Tapi saranan aku kepada kita semua pengamal media sosial,  blogger,  pencinta Facebook,  pencinta Insta dan apa segala maknena lain,  aku nasihatkan yang lepas ni apa sahaja yang menjadi viral kat laman sosial please take a moment untuk baca,  faham dan pikiaq 983747 kali sebelum ampa tulis dan share kat media sosial.  Sebab bila ampa tak buat 3 langkah simple ni aku secara langsung dapat kategorikan ampa sebagai pengamal media sosial yang amatur.  

ps/  Jangan duk tunjuk sangat bodoh tu kat semua orang.  Simpan la jangan duk tunjuk kat orang.  

2 comments:

  1. jumie..aku rasa bkn org nak kutuk pasal isu tu sangat..tapi maybe org mmg dah tak suka neelofa and kerabat2nya..ko tau kan kalu kita tak suka seseorang semua benda jadi salah..cuba ko tgk ayda jebat..walaupun suara biasa2..berlakon biasa2 still menang dlm meletops..haha..tiba2 jadi contoh boleh?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...