As salam Jumie,
Saya ada satu problem yang maybe pada orang lain tak lah besar sangat. Tapi pada saya semakin hari semakin besar. Mohon pandangan dari Jumie & sesiapa sahaja yang ada pengalaman macam ni.
Saya dan suami kedua bekerjaya dan mempunyai jadual kerja yang agak sibuk. Kami boleh spend time bersama dengan anak-anak pada hari minggu je. Masalah di sini, saya mempunyai seorang adik ipar yang stay dalam negeri yang sama yang setiap weekend mesti nak datang lepak-lepak di rumah kami.
Seriously saya sebenarnya sangat tak kisah kalau kadang-kadang je. Tapi ini setiap weekend tanpa gagal. Kalau kami takde rumah sebab outstation atau balik kampung dia akan datang juga naik teksi sebab dia dah ada kunci rumah kami. Jumaat husband saya kena jemput dia dan Ahad kena hantar dia balik sebab dia takde transport.
Oh ya, adik ipar saya ni lelaki. Atas sebab itu menjadi satu faktor saya agak kurang selesa bila setiap minggu dia ada. Sebab saya kena jaga aurat. Bertudung 24 jam sehari dalam umah dengan cuaca sekarang yang macam dekat tengah padang pasir. Saya memasak di dapur dah macam saya yang kena masak, punya panaih. Kemas rumah dan nak menyusu anak agak kurang selesa. Kami dah sediakan dia satu bilik siap toilet dalam bilik. Tapi dia tetap suka lepak depan TV dekat ruang tamu dari pagi sampai malam dan konker TV dengan siaran sukan 24 jam. Tak dapat la saya nak lepak-lepak malam minggu dengan family tengok drama gitu. Nak tengok TV berdua duaan dengan suami bila anak dah tido pun tak boleh. Hari keje masing-masing sibuk jarang sangat dapat spend time dengan family. Sedih kan..
Akhirnya yang jadi, suami join adik dia duduk tengok TV di hari minggu, saya banyak masa terperap dalam bilik je dengan anak-anak sebab tak selesa nak duduk depan dengan pakai tudung dalam rumah sebab panas. Ruang tamu takde air cond. Begitulah setiap minggu. Saya rasa macam dah makin jauh dengan suami sebab hari keje memang jarang dapat komunikasi, hari minggu masing-masing buat hal
sendiri. So camne.. ermm..
Saya pernah usulkan pada suami pasal masalah ni. Tapi suami serba salah nak buat apa sebab tu adik dia dan ni isteri dia. Atas faktor kesiankan suami tak nak dia pening pikir masalah ni saya terpaksa buat biasa berlakon macam tak kisah adik dia selalu datang walau hakikatnya saya sangat tak selesa.
Mohon pandangan macam mana saya nak buat tanpa menguris hati sesiapa pun. Sebab saya rasa kalau berlarutan dan terus memendam rasa takut satu hari nanti jadi kot lain pula.
Tq Jumie sudi baca email saya dan sudi bagi pandangan..
Wasalam.
Love,
Sarah