CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

26.4.16

Game of Throne Season 6 Episode 1 – Ulasan by Jumie Samsudin

Hello noks semua,

Mesti hangpa macam bara kan? Sebab aku tak buat pun review pasai Asia Next Top Model tapi tiba-tiba keluar pulak GoT punya ulasan sebagai tajuk artikel blog aku hari ini yang setelah seminggu MATI tiba-tiba hidup balik.

Selepas artikel demam hari tu, shit, aku sambung demam lagi, over the weekend badan tak demam tapi lemah macam siye. Nak buat apa pun tak larat sebab boleh rasa badan macam sakit dan bisa-bisa. Aku nak buat kerja rumah pun tak larat. Aku sampai menangis sorang-sorang sebab tak larat sangat. (Tapi laki aku tak tau....sebab kalau aku nangis depan dia nanti dia sepak muka aku sebab over). Tapi siries weh ampa paham dak perasaan tu? Memang ujian besaq betul la.


Comes Monday the following week, aku mai kerja tapi badan still sakit. Selasa aku kena migraine tak pasai-pasai. Punya teruk tapi sebab aku dah ada kat tempat kerja, so terpaksa tahan sakit!! Tak boleh tidoq, duk ketul and katok kepala aku banyak kali sebab sakit sangat. Akhirnya aku dapat tidoq jugak atau mungkin aku pengsan sebab tak tahan sakit sangat, sapa tau? Sebab this time aku tak mau makan ubat, sebab the last time aku kena migraine somewhere January macam tu. Aku makan ubat punya banyak sampai esok pagi aku bangun, aku rasa macam mulut aku senget. HAHAHHA nak haram betui la. Over dose!!



Rabu bangun, baru tarik nafas tiga kali dengan rasa yang okay dan segar, tiba-tiba otak kanan aku berdenyut balik macam nak pecah. Siye nakharam betui. Aku pi clinic amik MC.



Then Khamis, aku bangun tidoq........................................................aku pendekkan sahaja part ni. Aku mai period (menamatkan kitaran menstrual aku yang dah masuk ke 400 hari). So bayangkan setelah setahun tak mai period, hari ni period aku bukan sahaja banyak malah menyakitkan perut, atas bahagian pepek dan pinggang. Aku jugak tak boleh nak bergerak sebab setiap kali ada pergerakan yang memerlukan tenaga, aku boleh rasa darah period aku keluar ZRUUUT ZRUUUTT.....

Macamni la aku masa mai period,  tidoq ja...Nasib baik ada Kotex.  Kalau dah aku pun jadi macam Jon Snow penuh darah keliling aku.





Yang lawaknya, aku dah setahun tak shopping menstrual pad tapi nasib baik aku masih kenal perbezaan antara Kotek, Drypers dan Kitchen Towel. Satu lagi benda lawak apabila entah macam mana Khafi bok keluar satu uncang beg saiz kecil untuk isi air panas dan tuam kat bahagian perut. Kat beg tu tertulis Libresse (jenama menstrual pad yang melantik Adibah Noor sebagai duta). Aku bertanya kat laki aku sebab pelik “Kat mana hang dapat benda ni?”

“Ada dulu hang dapat free pad dengan benda ni, pad hang bagi kat orang. Tapi beg ni hang suruh aku simpan,”



Aku yang duk tahan sakit rasa macam malas nak bagi reaksi kepada benda tu. So akhirnya, aku diamkan sahaja. Beg tu memang sangatlah berguna!! Aku duk tuam la perut aku sambil menahan sakit. Doktor bagi ubat tahan sakit tapi aku tak mau makan sebab aku nak benda ni sebab aku takut nanti tak pasai-pasai darah ni tak mau keluar pulak.

Dalam duk tahan sakit, tiba-tiba Khafi kata “Tulaaa...hang nak jadi woman sangat kan? Tahan la sikit sakit orang pompuan,” nahariammmmmmmmmmmmmm punya suami bermulut pondan ni. Akak telan carutan itu dengan hati dan pepek berdarah.

Came Saturday, Alhamdulillah tsunami period aku mulai reda. Sakit pun mulai kurang. I can start to move again. Tapi aku tak mau la nak over-over balik. Tuhan bagi kita sakit ada sebabnya. Suruh kita rehat supaya badan kita boleh jadi sihat sedia kala balik. So apa aku buat? HAHAHHAHA aku duduk atas katil and buat Game of Throne Marathon season 1 hingga 5. GILA tapi aku tau ampa ramai yang jealous sebab aku ada masa buat tu.

Ampa tau kan aku sangat suka Game of Throne and pernah la buat ulasan masa awal-awal dulu. Tapi lepas tu aku tak buat pun ulasan GoT ni (sebab aku kan blogger pemalas dan hanya tulis ikut mood...sorry u olls...hormon tak betui...biasalah pondan). Tiba-tiba hari ni feeling pulak nak memulakan dan menghidupkan blog aku yang dah lama sendu ni dengan membuat ulasan GoT season 6 episod 1.



Akak harap ampa semua sudi menerima ulasan akak ni. Tapi ulasan ahkak ni hanya basic kepada TV series (show) sahaja sebab akak tak pernah baca lagi buku-buku dalam A Song of Fire and Ice. Yes, memang akak berhasrat nak start baca koleksi si penulis pervert gila seks dan otak mereng George R R Martin ni. And have a better understanding about the whole story.



Tak macam Harry Potter, aku baca buku dia dulu. 1- 4. Pastu baru keluar first movie. Pastu aku sambung baca buku 5-7. So dalam kepala otak aku dah ada gambaran aku tersendiri pasai all the watak-watak apa semua, bila keluar movie, mula-mula aku macam kecewa jugak sebab secara keseluruhannya bagi aku, dalam buku watak Harry Potter tu sendiri adalah terlalu amatlah tahap witch – selebriti yang disanjungi dan dihormati oleh banyak orang. Tapi dalam movie semuanya macam depa tak focus sangat benda tu, depa banyak focus kat watak-watak dan karakter penting yang lain. And dalam buku ada lagi banyak details tentang magical world yang aku rasa lebih mengkhayalkan daripada fantasia alat dan mesin ajaib Doraemon. Tapi, Alan Rickman sebagai Profesor Snape memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lah!!



Tapi untuk Game of Throne pulak, aku jatuh cinta dengan watak-watak yang dilayarkan oleh TV series terbitan HBO. Aku dah set kepala otak aku macam ni, macam tu, macam ni, macam tu. Macam mana pulak lepas ni kalau aku start baca buku? Insya allah jadi cabaran hidup aku sebelum tahun 2020 iaitu baca semua buku ASOIAF.



Nakhariam aku duk berletiaq punya panjang.



Okay okay okay.....



Ulasan aku untuk GoT S6Ep01 adalah seperti berikut :


SPOILER ALERT!!! Tak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

  1. Jon Snow tak bangun lagi. Halaaaa u olls. Memang confirmlah sebab semua orang pun predict macam tu. Cumanya aku rasa depa tak akan bangunkan Jon Snow sampai mungkin episode ke 4 atau 5. Sebab, episod awal-awal ni depa nak kita focus kat Sansa Starks yang akan menge-fight balik dengan family Bolton.

  2. Aku harap bila Jon Snow bangun the first thing dia buat adalah bunuh Olly sebab budak tu actually otak dia dah rosak dengan perasaan dendam kesumat. Tak salah dia jugak, pada usia yang muda, dia nampak sendiri mak bapak dia mati kena bunuh. So daripada hidup dengan hati yang busuk, baik dia mati buang awal-awal.

  3. Aku macam frust sebab Khal yang baru tak sehemsem dan segagah Khal Drogo lakonan bekas suami aku iaitu Jason Mamoa. Moment lawak apabila bini-bini Khal duk sebut “It is known” dalam bahasa depa. Dah lama aku tak dengar pompuan-pompuan Dothrakhi sebut It Is Known. HAHAHA

  4. Salah satu WTF moments adalah macam mana Ellaria Sands dan anak-anak Ular Tanah dia bunuh raja depa Doran Martell dan anak laki detu. Mampuih lagu tu ja. Dengan pak guard gemok itam tinggi yang selama ni aku duk rasa gagah bawak lembing sana sini jaga raja, kena tikam dengan pisau kecik sekali mampuih teruih. Aku rasa pisau tu dah ada racun kot. Aku duk pikiaq la pasai anak-anak Ular Tanah ni. Depa ni style muka lawak ala-ala Kardashian family tapi style vicious dan sangat suka membunuh. Aiiiyooo sangat depa ni semua. Aku pikiaq balik macam mana Oberyn dan Ellaria bela anak-anak depa ni semua (well aku tau la bukan semua diberanakkan oleh Ellaria), sebab yes memang depa ni adalah mesin pembunuh dan mesin pembalas dendam yang sangat bagus tapi kekejaman dalam hati depa tu boleh kah melestarikan perhubungan baik antara depa adik beradik? Sebab satu hari, silap hari bulan antara depa pun duk bergaduh macam gila.

  5. Not much to say about the Lanister. Anak pompuan depa mati......Jaime pulang kecewa. Aku pulak rasa macam malaih sangat tengok scene Cersei dah start hidup macam royal balik. Rasa nak tengok balik scene dia kena hukum dengan makcik paderi SHAME SHAME SHAME tu. Tapi aku nak bagi sekalung tahniah kepada Lena Headey pelakon untuk watak Cersei sebab bayangkan scene dia nak sambut anak dia. Dalam tempoh lebih kurang 2 minit tu, dia punya muka daripada happy dan excited gila tiba-tiba teruih jadi sedih nak mampuih sebab nampak kelumbong mayat anak dia dan dia buat semua perasaan ni dengan nada gaya seorang pompuan royal yang high class dan mempunyai ego dan ke-arrogant-nan yang tersendiri.
  6. Red woman bukak rantai pastu jadi pompuan tua....aiiiyoooooo...very the kostum Halloween Heidi Klum.  Itu adalah diri dia yang sebenar.  Persoalannya,  pasai pa dia bukak rantai tu?  Adakah memang setiap malam bila nak tidoq,  dia buka rantai tu?  Ataupun rantai tu ada signifikannya dengan menghidupkan semula watak Jon Snow?  Tapi yang pasti,  aku tak sabaq nak tunggu clear version of episod ni untuk aku download kat Torrent barulah aku boleh tengok tetek Melisandre.  HEHEHEHE
  7. Secara keseluruhannya,  episod pertama,  semua scene adalah benih-benih cerita untuk kisah-kisah WTF yang lebih dahsyat pada episod mendatang.



Okay dah tetek semua. Harap ampa puas hati dengan ulasan GoT aku. Kepada peminat GoT macam aku jugak, ‘valar morghulis’. Sudi sudi lah layan beberapa sifat kejantanan yang masih tersimpan dalam jiwa ponen aku ni.

Ps/ Nantilah aku buat jugak review Asia NTM untuk ampa tu. Tapi tunggu la aku tengok lagi dua tiga episode. Sebab siriesly so far....macam bohsannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn gila tengok depa semua. Yu Tsai pun macam over acting sangat. Dah dah dah terover pulak.

Bye bye people. Take care and see u lagi.

1 comment:

  1. dok rasa gak mcm pompuan rambut merah tu lah punca jon snow akan kembali. cuma tak pasti macam mana. bila jumie sebut rantai tu tetiba baru terpikiaq. Haha.

    Tak sabar next monday please!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...