Featured Post

#PrayforPenang

18.4.16

Teater Tradisional Mak Yong Sindong 24 & 25 Mei 2016 di Auditorium Dewan Budaya USM


Assalamualaikum semua orang,

Sapa pernah tengok Mak Yong?  HAAAAAAAA...kalau ampa tak pernah inilah masanya untuk rebut peluang menonton persembahan teater tradisional Mak Yong berjudul Sindong.  

Arahan Adiguru Rebab daripada USM iaitu Che Mat Jusoh dengan penampilan istimewa oleh Rosnan Rahman seorang penggiat seni Mak Yong terkemuka negara serta beberapa seniwati hebat USM seperti Kak Ramnah Ramli!!!!

Tarikh pementasan adalah pada 24 dan 24 Mei 2016 (Selasa dan Rabu) jam 8.30 malam di Auditorium Dewan Budaya USM,  Pulau Pinang.

Pas masuk adalah RM10 sahaja. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Andy Siti 012-682 4449 /04 653 3487 atau Ila & Safa di talian 04 -653 2307 atau 04 653 5299

For those yang tak pernah tengok Mak Yong ini adalah pesanan istimewa daripada Kak Ramnah Ramli

"Keunikan persembahan teater tradisional adalah gabungan elemen lakonan, muzik, nyanyi dan tari serta penggunaan bahasa dan pengucapan tetap yang unik, juga dengan jalan ceritanya mengandungi unsur komedi, sedih, tegang dan sebagainya yang boleh membuatkan anda merasa tidak bosan... Nak merasai pengalamannya, mailah berhibur bersama kami"



See you there!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...