Featured Post

#PrayforPenang

4.4.16

Transwanita Pertama Mendapat Anugerah International Women Of Courage Award

Tahniah diucapkan kepada Nisha Ayub kerana menjadi transwoman pertama yang berjaya merangkul anugerah US Secretary of State’s International Women of Courage Award.




Untuk pengetahuan u olls, Ms. Nisha adalah seorang aktivitis untuk golongan LGBT yang amat aktif membantu golongan  dalam menyebarkan maklumat dan panduan yang betul berkenaan hal ehwal perundangan dan seterusnya beliau sendiri telah menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED). Usaha- usaha beliau di Malaysia telah menarik perhatian US Embassy Kuala Lumpur yang telah mencalonkan beliau bagi anugerah ini.


click read more




Menjadi aktivis bukanlah satu pilihan kerjaya yang mudah u olls.  Apatah lagi sekiranya kita memilih untuk menjadi aktivis dalam bidang dan perkara yang mendapat tentangan besar.  Usaha seorang aktivis menuntut pengorbanan yang besar,  susah nak dibayangkan.  

Penghargaan ini diharapkan menjadi satu suntikan semangat untuk semua aktivis di negara ini tidak kira apa jua bidang dan perjuangan yang kalian pilih,  tiada perjuangan yang terlalu kecil,  atau terlalu besar.  Sebab kita pi mana pun kat dunia ini,  orang-orang yang ingin memusnahkan tetap ada.  Tanpa aktivis macam kalian,  mata-mata kami mungkin akan terus tertutup.

Sekali lagi,  tahniah Ms.  Nisha Ayub.  Teruskan usaha untuk membantu nasib insan-insan ini yang seringkali hak manusia dipinggirkan.

ps/  Dah masuk 2016,  cerita-cerita LGBT masih lagi jadi cerita lawak ka?

Bersama pemenang-pemenang dari negara lain.



Petikan daripada Facebook Nisha Ayub




(Persembahan Kerry pada minit 21:20)




Read more  :

Themalaymailonline.com

Globalequality.wordpress.com

http://seedfoundation.com.my/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...