13.5.16

Shell N, Bukit Jambul Penang

Hello u olls,

Boleh dak kalau aku kata,  sejak aku buat artikel Shell Out di Rumah,  sejurus itu kedai-kedai makan tema shell out tumbuh bak cendawan goreng tepung di Pulau Pinang.  Mungkin aku perasan feeling famous,  ataupun mungkin kebetulan.  Great mind thinks a like.  Tema shell out adalah satu revolusi makanan yang bagi aku adalah menarik.  Aku berhajat nak try semua restoran shell out kat Penang ni and insya allah nak review kat ampa semua.  Nanti aku akan share dengan ampa kat blog.

So baru-baru ini aku telah menerai SHELL N di Bukit Jambul Penang.  Terletak di sebelah car park / car wash tepi BJ Complex.  I olls dan kawan sampai awal,  exactly after maghrib.  So bila sampai saja kat sini,  semua meja di susun siap dengan balutan kertas putih (tema shell out).  Owner Shell N sambut kami dengan mesra,  dia kata "Nak duduk meja mana pun takpa!!"

Tapi bila kami dah start makan nenjiaaa............punya ramai duk mai serang!!  Sampai kena tambah meja and ada yang kena tunggu sat.  Tapi nampak gaya,  pengusaha Shell N memang kerja keras la dia layan semua orang and pastikan semua pelanggan dapat layanan yang terbaik.

So kepada u olls yang nak mai sini,  aku harap ampa buat tempahan awai!!  Satgi mai sini duk nganga berdiri tengok orang.



click read more

10.5.16

Jalan-Jalan Penang with The Suraimi's

Hello u olls,

Pada hujung minggu (cuti Hari Buruh) yang lalu,  kawan baik suami akak En. Khafi telah datang ke Penang untuk berlibur.  Suraimi,  Eima dan anak depa Shafeeq.  Percutian yang mulanya 1 family,  akhirnya sangkut jadi 3 family.  Dikesempatan mereka ini,  I olls dan suami mengambil peluang untuk luangkan masa dengan depa semua tapi tak semualah sebab they olls keluarga besar and ada banyak plan.  I olls pulak,  memang terpaksa buat kerja rumah sebab last two weeks kan demam teruk.  Sampai apa pun tak bersentuh (baju,  kemas rumah).

So here are some of the information tentang lokasi yang akak sempat bawak The Suraimi's jalan-jalan kat Penang.  Mungkin berguna kepada hangpa yang planning nak mai Penang untuk bercuti.  Tapi most of the pictures yang I olls share kat sini adalah gambar-gambar we olls tengah makan jer la...posing feeling-feeling.  Ada juga gambar yang aku cilok daripada FB Suraimi & Eima and of course daripada social media :)

Muka lapaq masa lunch Banana Leaf di Anandha Bhavan,  Macalister Rd.

click read more

9.5.16

Game of Throne Season 6 Episode 2 – Ulasan by Jumie Samsudin

Hello u olls,

Untuk menghormati dan tidak membuatkan kawan-kawan aku semua rasa marah dan memblock aku semata-mata artikel ulasan Game of Throne yang keluar tersangat awal minggu lalu,  maka untuk kali ini aku sengaja schedule bagi lambat sikit ulasan untuk episod dua bagi season ke enam ini.

Berikut adalah ulasan aku mengenai Game of Throne Season 6 Episode 2  : (disusun mengikut yang mana aku rasa paling best di akhir sekali)


Abang Jon.....

3.5.16

Western Pacak Area by Laporpo

Hello u olls,

Okay hari ni akak nak share dengan you olls gerai makanan western yang diusahakan oleh anak menakan I olls yang terletak di hadapan Restoran Farook Nasi Kandar di area Sungai Pinang Georgetown Penang.

Anak menakan I olls lani duk belajar bahagian pastry kat Kolej Kemahiran MARA so malam-malam dia and kawan-kawan mai kerja kat sini pulak.

Ada chicken chop, fish and chips, lamb chops, spaghetti, soup of the day....semua dengan kadar harga yang amat berpatutan (spaghetti starts from RM6.90, chicken chop RM8.90 sahaja).   Aku nak puji rasa sedap, satgi ampa kata aku puji anak menakan aku sendiri pulak kan? So, sapa duduk area berdekatan dan teringin nak makan western food. Mai la try.

So kepada u olls yang duduk berdekatan Georgetown,  Dato Kramat,  Sungai Pinang,  Jelutong...kalau teringin nak mai rasa western food harga berpatutan mai la makan kat Western Pacak Area by Laporpo.

Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan yang duk start mai support since last week.  Sangat hargai sokongan anda.  Kalau tak sedap,  atau komen komen,  jangan segan-segan sila lah share dengan kami.  Biasalah,  anak-anak muda baru belajar.

ps/  nama tu anak menakan aku laa bubuh........raplahh...

Chicken Chop Black Pepper Sauce.  Harga RM8.90

Chicken Chop Oriental Sauce. Harga RM8.90


click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE