9.5.16

Game of Throne Season 6 Episode 2 – Ulasan by Jumie Samsudin

Hello u olls,

Untuk menghormati dan tidak membuatkan kawan-kawan aku semua rasa marah dan memblock aku semata-mata artikel ulasan Game of Throne yang keluar tersangat awal minggu lalu,  maka untuk kali ini aku sengaja schedule bagi lambat sikit ulasan untuk episod dua bagi season ke enam ini.

Berikut adalah ulasan aku mengenai Game of Throne Season 6 Episode 2  : (disusun mengikut yang mana aku rasa paling best di akhir sekali)


Abang Jon.....




Zombie The Mountain Bagi Pecah Rakyat Yang Kutuk Cercei
Ampa ingat dak The Mountain yang bunuh Oberyn masa Season 4.  Sebenarnya walaupun The Mountain berjaya membunuh Prince Oberyn  tapi sebenarnya dia pun cedera.  Senjata yang digunakan oleh Oberyn diletakkan racun,  so lepas fight tu The Mountain mati sebab luka dia menjadi teruk akibat racun.  Thanks to Bomoh Diraja yang baru dilantik oleh Cercei (muncul season 5),  dialah yang duk buat eksperimen untuk bagi The Mountain hidup balik.  Lebih kurang macam Frankenstein projek la.  Pada finale season 5,  ampa perasan bila Cercei habis jalan telanjang tu,  The Mountain dukung dia.  Tapi tak nampak muka sebab dia pakai topeng full.  Tapi melalui mata boleh nampak,  macam lebam warna bukan manusia.



Ujian Pertama (mungkin) Arya Tamat
Not much to story about Arya.  Tapi dia tamat ujian pertama (mungkin).  Dia dibenarkan untuk balik ke House of Black and White.  Tetapi aku tak rasa penglihatan dia akan kembali.  Dia mesti kena lalui banyak ujian lagi.





Bran Stark dan Pakcik Gagak
Untuk episod ini,  for the first time kita berjumpa kembali dengan Bran Stark yang hilang sejak finale Season 4.  Season 5 dia takdak langsung.  Dia dah besaq renjong and yes,  handsome.  Inilah kelemahan kalau pakai pelakon kanak-kanak,  depa membesar dengan cepat.  So kalau ampa tengok dia masa season 4,  dia macam kecik-kecik lagi,  tiba-tiba masuk episod 6 (selang setahun ja)  dia dah jadi besaq.  Tak sabar untuk tengok Bran mendapat superpower yang hebat di bawah bimbingan Pakcik Gagak (The Raven).  Actually pakcik tua ni pun bad ass ya,  ampa pi baca pasai dia.  Dia pun keturunan Targaryen tapi dia ni anak haram,  kalau rajin boleh baca lebih lanjut kat sini  : http://nerdist.com





Ramsay Bolton Bunuh Keluarga Dia
Masa mula-mula bapak Ramsay bagitau yang bini gemok dia mengandung,  aku dah pikiaq dah dalam kepala otak aku,   "Bodoo laaa ampa pi bagitau kat deni,  mampuih deni nanti bunuh anak tu nanti,"  Definitely,  memang Ramsay akan bunuh adik dia cuma kita tak tau macam mana.  Sekali nenjia.....dia bunuh bapak dia,  mak tiri dia dengan adik dia sekali.  Aku tak sabaq nak tengok deni mati!!!





Kemunculan Lyana Stark Mengesahkan Teori R+L=J
Masa Pakcik Gagak bawak Bran Stark back to the future ke zaman arwah bapak and pakcik dia masih kecik,  time tu Bran jumpa dengan arwah makcik dia Arwah Lyana Stark duk naik kuda.  Kerlasss!  Kemunculan Lyana Stark memang seperti yang aku gambarkan dalam imaginasi aku.  Sebab kalau duk cari yang dalam Google Image,  kebanyakan artist duk lukis imajinasi depa tentang Lyana Stark macam terlalu ayu dan cantek macam Princess Disney.  Lyana mesti watak yang cantek tapi dia nampak strong dan pandai.    Anyway,  kemunculan Lyana Stark dalam episod ini amatlah mengesahkan teori R+L=J.  Sebab dalam trailer episod 3 ( aku ada share kat bawah),  memang akan ada scene Ned Stark muda-muda pi Tower of Love!! OMG!! Tak sabiaaaqq!!  Sapa-sapa yang tak tau pasai teori ni boleh pi baca and sapa-sapa yang tak percaya teori ni,  (aku rasaaaaa sikit orang ja yang tak percaya...bengong!),  ampa boleh baca details kat sini,  aku rasa dalam banyak-banyak web,  blogs,  kat Quora ni la bagi best answers yang tersusun  :  Quora.com



Balon Greayjoy Mati Kena Bunuh 
Balon Greyjoy kan kena bunuh dengan adik dia Euron Greyjoy.  aku duk baca,  adik dia ni lagi gila dan jahat daripada dia.  Erm...apa la nak jadi lepas ni.



Tyrion Bebaskan Naga
Yang ni adalah scene yang paling ngeri tapi paling lawak dalam semua.  Untuk pengetahuan ampa semua,  Tyrion adalah karakter yang aku paling suka dalam semua sebab aku deni pandai nak mampuih.  Dalam episod ini,  dia telah memberanikan diri untuk berjumpa dengan dua ekor naga Daenerys yang masih lagi duk kena gari bawah deageon di istana Mereen.  Aku rasa mula-mula Tyrion rasa confident nak jumpa naga ni sebab dia kan banyak membaca dan dia sendiri kata "I drink and I know things,"  HAHAH nakharam confident.  Pastu last habis dia jumpa Naga-Naga tu and bukak rantai kat leher depa,  dia jalan naik atas and dia kata kat Varys Botak (aku translate bahasa Penang),  "Lepas ni kalau aku ada idea gila macam ni,  hang sepak muka aku siap-siap,"  hahaha lawak. But above all,  aku rasa dia handle the naga very well.


Jon Snow Bangun Balik
Mesti ramai yang terkejut gila sebab Jon Snow muncul balik seawal episod kedua.  Seronoknya aku tengok Jon Snow bernapaih masa bangun di akhir episod.  Rasa macam aku pun bernyawa balik.  Aku pun duk seronok,  yeahh yeahh kat rumah.  Tapi sapa pun tak paham perasaan aku.  Kak Edeh and Abang Manap mana tengok Game of Throne (tapi Kak Edeh duk layan jugak sikit sikit bila duduk dengan aku...tapi aku jenuh duk kena cerita la kat dia).  Aku rasa macam kecewa sebab Malisandre punya bacaan jampi macam simple ja....takdak pun keluar jembalang hitam dari pepek ka apa semua untuk bangunkan Jon Snow.  Tapi paling celaka,  idea gila daripada kawan aku Rizal Resdong,  dia kata Jon nanti lepaih ni akan jadi Zombie pastu rambut tukaq jadi kaler oren.  Deni pengaruh cerita Tamil banyak sangat.


Akhir kata,  aku nak share video trailer untuk Game of Throne Season 6 episode 3.




Kepada semua peminat GoT yang bersama membaca ulasan ini,  komen dan perkongsian info dari ampa semua adalah amat di alu-alukan.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...