3.5.16

Western Pacak Area by Laporpo

Hello u olls,

Okay hari ni akak nak share dengan you olls gerai makanan western yang diusahakan oleh anak menakan I olls yang terletak di hadapan Restoran Farook Nasi Kandar di area Sungai Pinang Georgetown Penang.

Anak menakan I olls lani duk belajar bahagian pastry kat Kolej Kemahiran MARA so malam-malam dia and kawan-kawan mai kerja kat sini pulak.

Ada chicken chop, fish and chips, lamb chops, spaghetti, soup of the day....semua dengan kadar harga yang amat berpatutan (spaghetti starts from RM6.90, chicken chop RM8.90 sahaja).   Aku nak puji rasa sedap, satgi ampa kata aku puji anak menakan aku sendiri pulak kan? So, sapa duduk area berdekatan dan teringin nak makan western food. Mai la try.

So kepada u olls yang duduk berdekatan Georgetown,  Dato Kramat,  Sungai Pinang,  Jelutong...kalau teringin nak mai rasa western food harga berpatutan mai la makan kat Western Pacak Area by Laporpo.

Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan yang duk start mai support since last week.  Sangat hargai sokongan anda.  Kalau tak sedap,  atau komen komen,  jangan segan-segan sila lah share dengan kami.  Biasalah,  anak-anak muda baru belajar.

ps/  nama tu anak menakan aku laa bubuh........raplahh...

Chicken Chop Black Pepper Sauce.  Harga RM8.90

Chicken Chop Oriental Sauce. Harga RM8.90


click read more



Char Hor Fun pun ada.  Harga RM5.50 sahaja.


Restoran Farook ada jual nasi kandar and masakan panas like Mee Goreng Mamak.  Mee goreng mamak dalam gambar ni memang siries sedap.  Ini mesti order kalau mai sini.  

And kalau aku nak balik rumah,  aku akan bungkus nasi kandar kat Khafi.  So far Khafi suka and puji kuah dia masak sedap!!!  


Mai lepak pekena teh tarik with friends....meletops jugak.


Western Pacak Area by Laporpo
(di Restoran Farook Nasi Kandar)
Alamat  : 97, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi  :  5 petang hingga 10 malam
Buka setiap hari (Kecuali Ahad pertama dan ketiga setiap bulan)

Facebook Page :  Restoran Farook  



Haa...gambar kat atas ni kita menunjukkan gambar Restoran Farook and gerai anak menakan I olls di depan.  Senang nak cari.  Senang nak parking.  Mai la....



Western Pacak Area by Laporpo
(di Restoran Farook Nasi Kandar)
Alamat  : 97, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi  :  5 petang hingga 10 malam
Buka setiap hari (Kecuali Ahad pertama dan ketiga setiap bulan)

Facebook Page :  Restoran Farook  


Akhir sekali...saja la nak share gambar anak menakan I olls dan kawan-kawan dia.  Depa semua selalu la duk mai lepak sini.  Anak menakan akuyang duk tengah masak kat belakang tu,  pakai spek mata.  #anakanakikan 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...