30.6.16

Shell Out at Nurul Ikan Bakar, Batu Uban Penang

Love couple.

Hello u olls,

Okayyy hari ni nak share dengan u olls akak bawak Kak Edeh and Abang Manap pi makan seafood atas meja (the shell out trend style) kali ini kat Nurul Ikan Bakar.  Kan akak bagitau,  lani kat Penang ada beberapa option nak buat Shell Out ni.  So akak kenala try satu-satu u olls.  

This time kami try di Nurul Ikan Bakar yang terletak di Marin,  Batu Uban Penang.  Lokasi ni memang ada deretan kedai ikan bakar yang agak popular kat Penang ni.  Tempat kat sini popular sebab lokasi yang strategik,  menawarkan tempat yang luas untuk big group makan bersama,  and of course sedap!!

Di Nurul Ikan Bakar ada dua pakej untuk seafood atas meja ni.  Pakej pertama berharga RM149 sesuai untuk 4-5 orang makan.  Ada udang,  sotong,  ketam,  kepah bersama nasi putih.  Ada juga pakej yang berharga RM75 tapi yang ini maybe untuk potion yang kecil.

Kami ambil pakej RM149.  Yang bestnya setiap jenis seafood dimasak dengan rasa yang berlainan dan bersesuaian dengan jenis seafood tu.  Udang & sotong dia masak sambal,  manis-manis pedas.  For kepah and lala dia masak lada hitam with kunyit.  Lemak manis u olls.  And for ketam pulak dia masak kari pekat dengan telur.  




Okay aku tak mau cakap banyak. Jom tengok gambar!!


Jalan Jalan Cari Makan di Alor Setar Kedah



Hello u olls,

Pada beberapa bulan yang lalu,  akak telah secara tiba-tiba terikut rombongan Cik Sanita Samsudin ke Padang Besar,  Perlis.  Sebenarnya kami nak pi gugurls sahaja,  tapi ada la dua orang tu iaitu Abang Manap (bapak aku) and Pak Non (cousin aku punya husband) yang gatai nak ikut sekali.  Depa ni style love kuat tak boleh berpisah dengan bini sendiri.  Aparaaaaa...

So tujuan ke Padang Besar adalah sebenarnya mencari bekas-bekas plastik untuk kegunaan kakak aku yang duk berniaga makanan western.  Tapi we olls ni semua pun ikut la sekali.  Aku dah lama tak mai Padang Besar,  saja la ikut sekali cuci-cuci mata.  Tapi end up tak beli apa pun,  ala benda sama-sama saja macam kat sini cuma seronok bila tengok-tengok and pegang la.

Bila dah balik,  Khafi tanya "Hang tak beli ka T Shirt ka apa kat aku?"  "Hang tak bagi duit.. nak beli buat apa,"  jawab aku selamba.  "Tadi pagi hang duk gerak aku nak salam...aku saja la buat-buat lembik masa salam macam mengantuk.  Sebenarnya aku tau hang nanti nak mintak duit,"

Okay cerita kecik itu tidak berkenaan.  Sebenarnya nak cerita adalah on the way nak pi Perlis and on the way nak balik Penang,  dua kali kami masuk Alor Star untuk makan!!!  

First kami makan kat Awi Pulut Durian yang terletak di belakang Stesen Bas Derga Langgar.  And secondly dah petang kami singgah makan mee goreng Derga.  Dappppppppppppppp baq hiang!

Jom tengok


29.6.16

Suprise untuk Tauke A Ghaffoor Martabak Original !!




Hello u olls,

Ini bukan kali pertama I olls menggunakan khidmat suprise Quinsmate.  This time untuk our bestfriend Nizal Ashriff tauke A Ghaffoor Martabak Original,  restoran nasi tomato dan martabak yang popular meletops di Penang ni.

Nak dijadikan cerita,  hari Sabtu 25 Jun adalah birthday beliau.  Kami semua kawan-kawan pun pakatlah share-share duit and hubungai Quinsmate untuk arrange bunga,  belon,  kad and cokelat untuk beliau.  Harga yang diquote oleh pihak Quinsmate adalah RM250 termasuk dengan kos penghantaran sekali.

Memang puas hati sebab nenjia belon punya banyak,  bunga disusun kemas dan cantek and nenjiaaaaaaa cokelat punya banyak just like kami idamkan.

So sejak 12am pada 25 Jun tu,  kami semua pun sengap lah dalam WhatsApp group Anak Ayam JS as if macam semua lupa la birthday dia.  Tapi ada la sorang ni nama Aci Puteh,  tiba-tiba dia pi mesej dulu kata "Happy birthday Nizal..." hahahah nakhariam la deni duk cari perhatian murahan.  Aku pun buat buat la berlakon.  "Laaa hari ni birthday Nizal ka????? Laaa aku lupaa...." hahaha.  Berlakon u olls.

Tapi sepuluh kali punya duk tanya kat Nizal...."Hang ada kedai ka?  Hang tak pi mana ka??"  HAHAHA bukan apa sebab takut satgi jadi macam kes aku dulu.  Nak suprised tapi aku takdak!!


Budaya Tiru Meniru

Hello u olls,

Baru-baru ni terpandang satu status kat Facebook kawan i ollls.

Ampa tengok ni.




28.6.16

Maldive Honeymoon Prank by Azhar Jalil



Benda ni dah lama viral tapi aku duk busy taik so lani aku baru nak share dalam blog aku.  Sure ampa dah tengok dalam Facebook and merata lagi sebelum ni.  Tapi takpa aku nak share jugak video yang menjadi viral pasai si suami prank isteri dia.  Kata nak pi bercuti kat Langkawi,  so siaplah dia semua packing barang.  Dah sampai airport,  kata ticket habis.  Rupa-rupanya,  depa bukan nak pi Langkawi tapi nak pi Maldive.

Gilaaaaaa babi bestnyaaaa.............

Dengan bangganya nak bagitau depa dorang ni adalah kawan baik I olls from USM.  Duk berlakon teater sama-sama.  Sapa duk baca blog aku dari dulu mesti ampa perasan kot aku berlakon teater muzikal bawah arahan Azhar Jalil iaitu Kasanova and berlakon jadi mak Azhar Jalil dalam cerita Jane the Musical pulak.  


Haaaaa....akakk punn feeelinggg........


Jom tengok video ni lagi sekali.  


27.6.16

Kisah Seram Keluarga Australia Selepas Bercuti di Malaysia

Pemandangan Titiwangsa oleh Khairul Amri Marhalim


Hello  u olls,

Terbaca kisah ini dalam Siakap Keli and baca kat sana rasa macam pening kepala sebab rasanya SK style Google Translate seketoi dari Bahasa Inggeris.  So akak share link original daripada budak perempuan yang post ini dalam Reddit.

Kisahnya budak ni share dalam forum Reddit ni pasai family dia bercuti kat Malaysia.  Selalunya depa ni akan pi melancong kat tempat-tempat percutian biasa and tak reti nak explore teruk-teruk,  tiba-tiba satu hari bapak dia kata jom jalan-jalan.  Takdak tujuan yang jelas,  bapak dia just kata "Kita ronda ja and tengok where the car takes us"

Kejadian pelik mula terjadi setelah ibu bapa and adik beradiknya pulang daripada pengembaraan spontan itu.  Dia tak tau mana depa pi and dia tak tau apa depa semua buat.  Depa pun secara misteri tergesa-gesa balik ke Australia pada keesokkannya.

Sampai lani,  melburnbabyburn masih duk update tulisan dia dalam Reddit.  And harapan agar family dia semua selamat.  Meremang bulu roma masa baca semua tiga pengkisahan ini.  Rasa macam Valak duk berdiri belakang kerusi aku.

Ampa mai la baca.

ps/  Paling ngeri bila duk bayang macam mana family dia malam-malam duk HUMMING dan ketuk lantai sebanyak tiga kali sebelum datangnya Subuh.

DAMN!!!

Jom baca link kat bawah  :


Game of Throne Season 6 Episode 9 Review

Eksaiteddd gila nak tulis artikel ni.  Ini adalah episod paling best so far for the whole Game of Throne entire show.  Kalau ampa bukak IMDB pun depa style rating episode ni sebagai 10/10.  Personally ini jugak adalah episod paling best bagi aku kecuali kalau nanti depa decide untuk buat episode khas sambungan di Tower of Joy di mana Ned jumpa kakak dia Lyana yang menyerahkan Jon kepadanya.

So dalam episod ini ada dua peperangan besar dan epik dalam perkisahan Game of Throne.  1 adalah peperangan antara Slave Master yang serang Meereen and satu lagi of course perlawanan yang dijadikan tajuk utama bagi episod ini iaitu perlawanan antara dua anak haram atau Battle of the Bastards.  Memang HBO and produksi GoT tabur duit kau kau untuk episod ini dan submit episode ini semata-mata untuk banyak pencalonan dalam Emmy Awards.

Tapi of course,  Battle of the Bastards punyalah dapat banyak focus sampai orang literally lupa tentang apa yang berlaku di Meereen apabila akhirnya ketiga-tiga naga Daenerys for the first time telah muncul kembali,  sudah besar yang amat dan sudah boleh bakar kapal dengan senangnya.



Gebu Halus Raya Collection



Hello u olls semua,

Jom support business kawan saya Haleesa Mustapha and kawan-kawan iaitu koleksi raya Gebu Halus yang meletops and eksklusif.  Limited edition baju kurung Kedah and baju kurung modern from GEBU HALUS yang diperbuat daripada kain Indian Cotton.  With more than 20 selections of design.  Each design / patterns hanya ada 3 hingga 4 pasang sahaja.  Sizes available are S,  M and L only. (Wanita agam sila sentap).



26.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 7 & 8 Review

Hello u olls,

Julie Uliek tanya kat FB,  why I dah lama tak buat review untuk Game of Thrones.  Yes,  dah dua minggu dan dah dua episod I olls tidak membuat review.  Ini adalah kerana bagi I olls episod 7 dan 8 adalah sedikit mendatar memandangkan dua episod itu hanya memaparkan kisah-kisah kecil tentang perjalanan kisah Game of Throne bagi setiap keluar sebelum menjelang peperangan besar.

But here akak list down beberapa scene penting yang harus kita bincangkan.  (sorry kalau babak-babak ini tidak tersusun mengikut kronologi).



25.6.16

Official Video Clip Sorry by Beyonce


Hello u olls,

Tiga hari lepas sepupu akak telah mengrelease video clip terbaru yang terkandung dalam visual album Lemonade iaitu sebuah single terbaru berjudul Sorry.  Dalam lagu ini lah terkandung bait lirik "You better call Becky with the Good Hair"

Baru 3 hari release nenjia dah 10 juta orang like.  Akak suka juga lagu ni (SEMUA LAGU SEPUPU AKAK OF COURSE AKAK SUKA) dan akak rasa lagu ni senang nak nyanyi dah lama Beyonce tak nyanyi lagu yang pitching tinggi macam gila sampai rasa ridiculous nak nyanyi ikut note dia.  Style lagu ni sangatlah gangster kulit hitam.

Rasa macam smart dia tunjuk middle finger up sebab jari dia cantek panjang.  Kalau akak angkat middle finger kat En Khafi dia tak marah,  dia akan gelak and kata "Jari hang semua gemok and pendek-pendek kan?"  Nahariamm...

And kerlas sepupu I olls amik Serena Williams jadi video girl dalam video clip ni.  And Serena Williams sangatlah seksi nak mampus cantek lani sebab dah takdak muscle banyak.  HAHAHAH selalu time main tennis dia ada muscle.  Akak turn off kalau tengok pompuan ada muscle.  Pelik nyah...... Lepas ni mesti ramai pulak retis akan tiru amik sportsmen and women untuk jadi model dalam video clip lagu depa.  Haaa...artis-artis Malaysia nak jemput akak jadi model video clip ampa pun boleh sebab akak pun ahli sukan juga.  HAHAHAH

Okay dah jom tengok video clip sepupu akak yang bertajuk SORRY.


23.6.16

Happy Birthday Aaron Rizqy and Aadam Rizqy

Hello u olls,

Tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaa punya duk busy habaq mai cerita-cerita bulan Mei semua aku tak dan nak hapdet kat ampa semua.  Walaupun bulan tu bulan busy,  tapi lani kan aku dah takdak buat kerja-kerja make up la,  teater la apa semua bagai,  so walaupun aku busy aku masih lagi sempat nak spend time dengan kawan-kawan dan keluarga.


Yang tua tua ni pun feeling nak pakai topeng.  Mak Zorro yang sebenarnya sorang  ja tak pakai topeng.


Sebagai contoh haaa...baru-baru ni kawan aku buat birthday untuk anak-anak lelaki dia.  Aaron Rizqy and Aadam Rizqy.  Ha baguih dua dua anak nama Rizqy memangla dua anak ni pembawa rezeki kat mak dia.  Walaupun macam-macam masalah yang datang menimpa,  mak dia steady and hots as always.  SEDIA!!  Dialah kawan ku,  Suzana Zulkifli yang cantek meletops staf kat PP Sains Kemasyarakatan.

Sempena birthday anak dia dorang akak pun menghazirkan diri dengan menjadi makcik tukang susun-susun dan hiasan.  Duduk tak duduk ya.  Majlis diadakan secara ringkas but meriah bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat di kediaman Suzana suami dan anak beranak di Ayer Itam.  Asalnya nak buat kat swimming pool dengan tema picnic tapi disebabkan hujan dan langit pun duk mendung semacam maka akak menyarakan they olls buat kat dewan ja.


21.6.16

Shopping Barang Baby di GREAT BaoBao Store



Hello semua orang!! Jom support kedai online yang menjual barangan baby yang baru ditubuhkan oleh kawan I olls iaitu Ms.  Pei Pei. Dalam bahasa Cina, BaoBao bermaksud baby!! Stock barangan semua dari China tapi buat masa ni tak banyak lagi gambar baju yang diupload oleh depa, tapi ampa boleh start liking and follow depa dah.  And lepas ni dah boleh la nak start cuci cuci mata kat sini.  Barang baby ni macam-macam.  Lagi tengok lagi geram!!  Rasa macam semua benda nak beli sebab comels.  Aku yang takdak anak pun boleh terperangkap nak beli.

Antara koleksi rompers di GREAT BaoBao Store

click read more

Becky with The Good Hair

Thank you so much marhayam Aswalia Ayob yang mengsajes akak melihat kepada issue ini.  Adakah benar Beyonce dan Jay Z mempunyai masalah rumah tangga?  When u already Queen B as your wife perlukah lagi hang mempunyai hubungan sulit?

Berita ni dah lama dah tapi akak kan busy macam tahi so hari ni baru akak nak ulas untuk hanga semua.  Tapi bagus jugak akak amik masa untuk kupas benda ni sebab akak rasa for now dah memang boleh nampak dah permainan depa macam mana.

Inspirasi baju raya Jumizah untuk 2016.



LET ME EXPLAIN.

Persaraan Puan Ajindar Kaur

Sepanjang 11 tahun kerjaya akak dengan USM,  akak dah merasi banyak boss.  Dr.  Normee Che Sab,  Dr.  Reevany Bustami,  Dr.  Nor Malina Malek,  Dr.  Mohammad Zaini Abu Bakar and bila akak mai pindah ke Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa akak mendapat boss akak iaitu Puan Ajindar Kaur.  

Hangpa mesti tau kan pasai Madam Ajindar?  Aku selalu cerita pasai dia jugak dalam blog aku.  Dia memang seorang yang amat baik hati walaupun dia sangat tegas dan very particular dalam kerja dia.  Kalau ampa lupa,  ampa mungkin boleh baca kat sini  :  Rindu Awak Berjuta Juta Persen



20.6.16

Buka Puasa Atas Dulang Antik @ Nostalgia Ramadhan Lagenda Cafe

Hello u olls,

Hangpa mesti duk sumpah seranah aku kan duk feeling tayang gambar bukak posa kat hotel dan cafe-cafe meletops sepanjang seminggu pertama bulan posa ni?  Hang ingat mak ni kaya sangat ka noks hari hari nak pi hiris kredit card kat hotel mewah ni semua.  Sebenarnya untuk Ramadhan tahun ini,  akak di-approach oleh beberapa hotel berkenaan untuk datang dan buat review di outlet mereka.  

Ini adalah satu penghargaan buat akak,  so orang tau yang blog akak berkemampuan untuk menarik perhatian pembaca Melayu di Penang khasnya untuk berkunjung di outlet mereka.  So kalau best,  akak memang review ikhlas best.  Kalau tak best,  akak tak review langsung ya.  Akak tulis ikhlas.  Akak pun tak mau la nanti you olls semua dah tak percaya dengan rekemendesyen akak lagi.

Okay dah-dah,  ini adalah (mungkin) review paling last akak nak buat pasai bukak posa. Akak harap u olls boleh jadikan ini sebagai panduan dan selak-selak juga review Ramadhan Buffet yang akak dah tulis dalam blog akak sebelum ini.  Senanglah u olls nak plan buat aktiviti buka posa with kawan-kawan and family.

Set Nostalgia Ramadhan yang diserve atas dulang antik.  

click read more

The Conjuring 2 Review

Dah 3 tahun kita semua menanti kehadiran sambungan kisah seram yang diarahkan oleh James Wan.  Sebelum ini legasi kisah-kisah seram yang diarah oleh beliau seperti Insidious dan Annabelle telah disambung oleh pengarah lain dan seharusnya pengarah mat salleh hanya tahu mewarnakan rasa seram ke hati penonton dengan scene-scene pembunuhan dan darah.

Tidak James Wan.  Dia mempunyai latar belakang Asia,  Sarawak to be particular.  So dia tau rasa seram yang sebenar macam mana.

Pada minggu lalu akak dan 8 ekor anak ayam akak telah mengepi menonton wayang The Conjuring 2 selepas sesi buka puasa yang kami aturkan bersama Tok Mama Regina Ibrahim di Eastin Hotel.  Lepas seronok gelak-gelak dan bergembira,  kami pun telah pergi ke Queensbay untuk menonton cerita hantu ni pulak.  Akak jarang pi tengok wayang kat Queensbay,  one because akak memang jarang pi tengok wayang (hanya untuk filem terpilih sahaja),  two kalau nak pi pun akak suka pi kat 1st Avenue sebab dekat dengan rumah akak,  three kalau pi kat Queensbay penuh dengan orang-orang USM.  Rasa macam artist sat....hahahaha

Mama Regina tak ikut kami nonton wayang kerana beliau tidak begitu meminati genre filem ini akak sangat suka dia punya witty komen "Ohhh...cerita Khurafat versi Kristian ya Jumie,"  hahaha geli hati mendengar perbandingan yang mama buat.  Yes,  kisah benar tentang pengembaraan Edd & Lorraine melawan jin dan syaitan lebih kurang macam kisah yang digarap dalam filem seram Melayu cumanya kita guna bait-bait Al Quran dan mereka menggunakan verse daripada Kitab Bible.


SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SPOILER ALERT
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


17.6.16

Penunggang Agama

Hello u olls,

Sempena bulan puasa yang rahmatullah ini akak nak ajak u olls semua sembang-sembang pasai terma 'penunggang agama'.  Pernahkah u olls mendengar istilah ini?  Secara amnya,  istilah penunggang agama adalah merujuk kepada individu yang menggunakan alasan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Penunggang agama wujud bukan hanya pada hari ini,  sejak zaman Rasulullah pun ada banyak contoh kisah-kisah nabi yang merujuk kepada manusia yang menggunakan agama untuk mendapat simpati,  sokongan dan menipu orang ramai untuk kepentingan peribadi.  Juga dalam tamadun dan sejarah dunia lain,  banyak contoh penunggang agama yang akhirnya digarapkan dalam kisah-kisah fiksyen fantasi yang menjadi pedoman kepada para pembaca.


16.6.16

Dr. Revady Yang Cute

Hello u olls,


Hari ini akak nak ajak u olls semua untuk follow instagram kawan akak yang bernama Dr.  Revady.  Seingat I olls lah,  masa form 2 dulu kami satu kelas.  Dari dulu lagi,  Dr.  Revady seorang yang manis dan kemas orangnya.  Wanita berdarah campuran India dan Cina ini sangatlah menyukai kerja-kerja seni sejak di sekolah lagi,  not like dia suka duk pi menyanyi ka apa semua macam I,  tetapi whenever kami dapat kerja kursus,  kena siapkan folio dan sebagainya,  akak sangat suka tengok dia buat kerja kerana kerjanya selalu kemas dan cantek sekali.  Akak memang selalu nak tengok dia hias folio dia macam mana and tanya macam-macam pasai pen macam-macam colour yang dia miliki.

Time goes by,  sekarang beliau bertugas sebagai seorang doktor di Klinik Medisquare di Jln Yap Kwan Seng Kuala Lumpur dan pada masa yang sama beliau membantu suaminya di Klinik AR Medicare at Salak South.  Mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan yang comel.


15.6.16

Dazreen Instant Shawl

Hello u olls,

Jom kita beramai-ramai membeli tudung raya dengan Dazreen Instant Shawl.  Akak dah dapatkan tudung daripada they olls.  Harga not bad,  material pun not bad!!  Mai sini tengok details.

SOMELS TAK???

Briyani Special by Haja Mydin

Hello u olls,

Sapa belajar/ kerja USM mesti kenal dengan Haja Mydin.  Dia adalah ikon USM okay!!  VC pun selfie dengan beliau.  Untuk pengetahuan u olls,  seminggu sebelum menjelang buka puasa beliau telah memulakan perniagaan nasi briyani dan lauk pauk yang sewaktu dengannya yang dimasak oleh kakak kandung beliau di Uptown USM.


14.6.16

Ramadhan Buffet at Neo Hotel Penang

Hello u olls,


Okay hari ini akak nak share dengan u olls pengalaman mai makan bukak posa kat Hotel NEO+ Penang.  Kepada u olls yang tak tau,  Hotel NEO+ Penang adalah hotel yang dulunya adalah Hotel Grand Continental yang terletak dekat dengan GAMA.





Hotel NEO+ Penang adalah salah satu daripada chain hotel di bawah Archipelago International iaitu syarikat perhotelan terbesar dari  Indonesia yang mempunyai lebih kurang 110 buah hotel di seluruh dunia.  Antara brand hotel yang terdapat di bawah Archipelago International adalah NEO, Quest, Harper, Aston, Alana and Kamuela di sekitar Indonesia,  Filipina dan juga Malaysia.


10.6.16

Ramadhan with a View at 59Sixty, Komtar Penang

Hello u olls semua,


Hangpa masih tercari-cari idea ka nak makan bukak posa kat mana?  Tak dinafikan antara salah satu tradisi di bulan posa bagi rakyat Malaysia tak kira apa bangsa pun,  yang Muslim ataupun yang bukan,  bila mai saja bulan posa,  kita mesti nak pi makan kat hotel atau makan kat restoran bila mai time berbuka.  Dapat sekali pun takpalah.  Dengan keluarga dan kawan-kawan.


Kalau ampa perasan lately kat Facebook and blog akak ada banyak post pasai makanan.  Selain nak tolong promote business kawan-kawan,  sales kawan-kawan,  I olls harap perkongsian ini boleh membantu u olls yang duk pening nak pikiaq bukak posa kat mana,  makan apa?


Okay,  so hari ini akak nak share dengan u olls dan mencadangkan u olls untuk mai bukak posa kat 59Sixty Komtar,  Penang.  Kelebihan kepada para pengunjung kat sini adalah of course pengalaman untuk mai makan kat aras paling tinggi di Pulau Pinang (kita tolak Bukit Bendera ya....).



How to go there?

Pintu masuk utama ke 59Sixty adalah daripada pintu masuk yang berdekatan dengan Maybank cawangan Komtar.  Sekiranya anda memandu sendiri,  boleh terus masuk ke lobby dan mendapatkan valet service.  Atau,  u olls boleh parking ke tempat parking bertingkat yang terletak bertentangan dengan entrance Komtar tu.  


Nanti ada kaunter yang tertanda jelas,  59Sixty,  bila dah mentioned nama for reservation,  anda akan di-escort naik ke 59Sixty melalui lift berdekatan.  Rasa sangat datin-datin ya ada escort bagai.  Lift adalah sangat laju,  tak sampai 2 minit dah sampai atas sekali,  tingkat 59!!!



The View

59Sixty terletak di aras 59 di Kompleks Tun Abdul Razak ataupun KOMTAR Penang.  Sambil-sambil menanti saat berbuka bersama keluarga dan teman-teman,  you olls bolehlah melihat pemandangan Penang yang subhanallah sangat amazing.


Because restaurant ini berbentuk bulan,  kita boleh tengok Penang island secara penuh.  On the north side,  kita boleh nampak bangunan-bangunan lama di area Georgetown,  pengkalan Weld,  kapal-kapal cargo merapati pelabuhan di Bagan Ajam,  feri mendekati Terminal Feri Raja Tun Uda,  lautan Selat Melaka,  Penang Bridge satu dan dua.  Tengok ke tepi sikit,  boleh nampak bangunan tinggi yang cantek menjadi latar hadapan pandangan laut di Persiaran Gurney.   Di bahagian Barat Daya kita boleh tengok bangunan-bangunan tinggi,  rumah-rumah mewah.  Dan di tengah Penang pulak,  kita boleh tengok antara Komtar dan puncak Bukit Bendera,  kawasan Dato Kramat hingga Paya Terubong yang pesat dengan pembangunan.





Semuanya nampak kecik dari atas ni.


Sebagai pertama kali I olls makan kat sini,  rasa macam perak buih pulak duk tengok pemandangan ni semua.  


We were greeted by General Manager,  En  Aziz Harun yang menjadi 'date' kami untuk dinner buka posa malam ni.  Orang kelahiran Kelantan tetapi mempunyai keluarga di Melaka.  Dia perkenalkan kami kepada staff and of course all the talented chef yang menyediakan makanan enak-enak di 59Sixty.






Dia pun cerita la sedikit sebanyak tentang business di 59Sixty.  They olls sekarang masih lagi di peringkat renovasi tambahan.  Kalau u olls duk drive area Georgetown boleh perasaan ada some construction going on kat puncak Komtar tu.  Menurut beliau,  depa nak tambah another 8 aras kat atas ni.  Nanti akan ada Gymnasium in the Sky,  function hall,  more restaurants and open air dining experiences dan macam-macam lagi.  OMG I cant wait!!  

#astaghfirullahhalazim

8.6.16

Ulasan Fesyen MET Gala 2016 Part II

Hello u olls semua,

Haaa nenjiaaa...sorry sangat-sangat kat ampa sebab lambat sangat membuat review untuk majlis fesyen yang terulung di dunia ini iaitu MET Gala 2016 yang telah diadakan di Metropolitan Museum of Art,  New York City pada 2 Mei yang lalu.  Event kali ini bertemakan "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology".

Bila dengar ja topik ini,  kita pastinya terus ternampak tema-tema futuristic,  sains dan teknologi,  pakaian zaman akan datang,  robot,  artificial intelligence kan?  Tapi tak semestinya u olls,  a famous fashion designer once said,  fashion comes and go but style stays forever.  So tak semestinya bila kita kena cakap pasai sains teknologi ni kita kena pikiaq idea yang merapu rapan dan langsung tak kena dengan style.  Sebab tu kalau tengok kadang-kadang filem futuristik yang duk buat pakaian pelik-pelik,  lepas 15 tahun tengok filem tu,  rasa macam nak bunuh diri tengok baju futuristik tu semua.

Tapi dalam pertujukan fesyen ini bagi akak yang paling penting adalah bagaimana kemajuan sains dan teknologi telah mempengaruhi gaya rekaan fesyen dari semasa ke semasa.  Pereka fesyen dan selebriti itu sendiri bersama-sama menggembeling idea dan pendapat.

Jom tengok macam mana depa interprate "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology" atas red carpet ini.



Ulasan Fesyen MET Gala 2016 Part I

Hello u olls semua,

Haaa nenjiaaa...sorry sangat-sangat kat ampa sebab lambat sangat membuat review untuk majlis fesyen yang terulung di dunia ini iaitu MET Gala 2016 yang telah diadakan di Metropolitan Museum of Art,  New York City pada 2 Mei yang lalu.  Event kali ini bertemakan "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology".

Bila dengar ja topik ini,  kita pastinya terus ternampak tema-tema futuristic,  sains dan teknologi,  pakaian zaman akan datang,  robot,  artificial intelligence kan?  Tapi tak semestinya u olls,  a famous fashion designer once said,  fashion comes and go but style stays forever.  So tak semestinya bila kita kena cakap pasai sains teknologi ni kita kena pikiaq idea yang merapu rapan dan langsung tak kena dengan style.  Sebab tu kalau tengok kadang-kadang filem futuristik yang duk buat pakaian pelik-pelik,  lepas 15 tahun tengok filem tu,  rasa macam nak bunuh diri tengok baju futuristik tu semua.

Tapi dalam pertujukan fesyen ini bagi akak yang paling penting adalah bagaimana kemajuan sains dan teknologi telah mempengaruhi gaya rekaan fesyen dari semasa ke semasa.  Pereka fesyen dan selebriti itu sendiri bersama-sama menggembeling idea dan pendapat.

Jom tengok macam mana depa interprate "Manus X Machina : Fashion in an Age of Technology" atas red carpet ini.



7.6.16

Acar Ikan Masin Mak Umi by Shahreen Shariff



Orang kita kalau nak bersahur takdak benda masam-masam,  masin-masin,  pedaih-pedaih,  tak sah!!  Haaa...mai ini aci nak rekemen hangpa semua mai rasa Acar Ikan Masin Mak Umi yang di-produce oleh kawan aci nama dia Maini Shah Reen Shariff (owner The House of Bridal,  Penang).  

Aci dah rasa dah memang sedap.  Satu bekaih ni duk ada 150 gram harga RM10.00 sahaja.  

Paling sedap makan dengan nasi putih panaih-panaih dengan telur goreng.  Boleh jugak tuang tokyu sikit kot ataih.  Aci tak berapa suka makan tokyu sebab satgi kudis gigik nyamok semua nanti jadi parut hitam.  Tu petua kecantikan aci.

Game of Throne Season 6 Episode 6 Review

Hello u olls,


Episod 6 ini bagi akak tak berapa nak best sangat.  Banyak scene-scene bohsan yang masih mencari penghujung dan perjalanan kisah yang mendatar.  Mungkin kerana dua episod sebelum ini,  episod 4 dan 5 terlalu banyak memberikan nota-nota tinggi dalam penceritaan yang membuatkan kita ni seronok melayan.


So here are my ulasans untuk episod ke enam! Jom baca.




SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Game of Throne Season 6 Episode 5 Review

Hello u olls,


Episod yang berjudul The Door ini menjadi topik bualan paling hebat (so far). Akhirnya terungkai satu misteri yang selama ini menjadi tanda tanya.



Jom baca review daripada I olls.
SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


6.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 4 Review

Hello u olls!

Okay dah dah takyah intro lebih lebih.  Mai baca.


SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Game of Throne Season 6 Episode 3 Review

Hello u olls,

Akak terlepas untuk membuat ulasan mingguan,  kepada you olls yang benci akak gila-gila babi sampai ada yang panggil akak SPOILER QUEEN,  mesti ampa bahagia melihat tiada posting pasai GoT for quite sometimes.  HAHAH Nahariam.  Takpa,  ini akak nak share my thoughts about the TV show episodes 3 hingga 6.  Mula-mula ingat nak buat semua ulasan secara pukal,  tapi rasa macam tak puas pulak.

So kita start dengan ulasan for episod 3 dahulu.

Ser Arthur Dayne yang eloookkkkkkk



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Young Living Essential Oil

Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan you olls pasai satu produk yang mempunyai menawarkan product essential oil dari Amerika Syarikat diberi nama Young Living.  Selalunya akak pi kedai perhiasan rumah and beli ja minyak essential yang harga RM5 sebotol untuk bakar dan bagi wangi rumah.  Actually wangian itu telah dicampur dengan bahan kimia dan alchohol.

Dan minyak-minyak macam ni selalunye ialah frangnance oil,  aroma oil dan bukan pure oil.  Kebaikan memang wangi sahaja.  Sebab dah ditambah dengan alcohol dan bahan sintetic.  Jadi boleh menyebabkan kesan sensitif pada kulit jika disapu direct.  Tu sebab minyak nya murah.  MEWANGIKAN je lah yang kita dapat.  Kalau silap beli yang sintetik atau ada campuran bahan kimia lebih banyak memberi kemudaratan dari kebaikan.  Kesan terapi tu takdak.





3.6.16

Dashiefa Healthy Food

Hello u olls,

Akak pernah la share dengan ampa semua kat Facebook pasai kawan akak,  husband and wife depa duk meniaga food delivery kat office-office and lokasi sekitar Penang.  Yang bestnya,  makanan depa semua adalah khas untuk orang-orang yang pentingkan kesihatan.  So sapa-sapa yang duk diet,  yang duk bina badan,  yang kena pantang atas nasihat doktor boleh la try.

Caesar Salad with grilled chicken RM10 (inclusive delivery chargers)


Rosemary quarter chicken set with gravy (RM14 inclusive delivery chargers)


Minggu Busy Sudah Berakhir

Hello semua orang,


Mintak maaf sangat-sangat sebab secara tiba-tiba by mid May aku adalah tidak mengupdate apa cerita dalam blog ku ini.  Ini adalah kerana I olls adalah tersangat busy dengan program akademik yang sedang dihandle orang pejabat we olls.  If you remember,  last two years,  our office ada handle satu program akademik yang sama iaitu budak-budak Amerika dari Gustavus Adolphus College.  Yes!! The one yang aku ikut depa pi field trip kat macam-macam tempat tu.  This year,  adalah running untuk program kedua.


Walaupun tahun ini,  I olls tidak begitu terlibat dengan program field trip tetapi kerja-kerja di office tetap banyak.  Persiapan untuk presentation & exam untuk pelajar dan penutup program diakhiri dengan farewell dinner dan arrangement depa nak keluar asrama and hantar ke airport.  Tak masuk lagi bab-bab untuk kewangan,  nak delegates dengan all lecturers yang terlibat dan sebagainya.


Gambar terbaru masa gatai gatai pi Bukit Bendera.  Duk feeling pelancong padahai kentut kat rumah aku,  orang atas Bukit Bendera boleh bau.


2.6.16

Jumiess Cookies Promo Raya 2016



Hello u olls!!!

Jumiess Cookies dibuka untuk tempahan RAYA 2016 sekarang.

Kami memperkenalkan dua jenis biskut raya baru untuk tempahan tahun ini iaitu Biskut Arab dan juga Biskut Cornflakes.

click read more

Berbuka Puasa Citarasa Semenanjung di Hotel Eastin Penang


Hello u olls,


Baru-baru ini akak telah menerima jemputan daripada Eastin Hotel Penang untuk mencuba depa punya Ramadhan buffet dinner. Tema sajian berbuka puasa bertemakan "Savour Peninsula's" meng-offer pelbagai jenis lauk pauk istimewa daripada pelbagai negeri daripada seluruh Malaysia.


Beruntunglah diri akak kerana dapat merasa makanan yang siriesly sangat sedap sekali. Tapi ampa tau la kan? Akak kan lani duk feeling-feeling dietism, so akak tak berapa nak melahap pemakanan itu. So akak membawa seorang anak ayam akak, anak sulong, iaitu Nizal Ashriff untuk menjadi teman 'buka puasa' dengan akak. Dia punyalah bara kat akak sepanjang majlis makan tu "Hang ni rugi bawak mai makan buffet...semua benda aku amik hang makan tak habis," HAHAH siries. Thanks GS.



Hidangan yang disediakan sangatlah banyak pilihan sampai tak tau nak start kat mana satu. Disamping lauk pauk yang sentiasa menjadi kewajipan rakyat Malaysia untuk berbuka puasa, depa juga sajikan pelbagai hidangan istimewa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang memang menyelerakan.


Ikhlas akak cakap, MEMANG PUAS HATI dan SANGAT SUKA sampai akak sendiri pun dah buat booking for Anak-Anak Ayam JS seramai 15 orang untuk berbuka puasa bersama di sini. Ampa nanti tengok la sendiri gambar-gambar akak share kat bawah. Tapi sorry sangat-sangat, taksak sekeping pun gambar aku. Aku pun tak tau pasaipaa.....aku tak amik langsung gambaq diri sendiri masa hari tu.

click read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE