Featured Post

#PrayforPenang

21.6.16

Becky with The Good Hair

Thank you so much marhayam Aswalia Ayob yang mengsajes akak melihat kepada issue ini.  Adakah benar Beyonce dan Jay Z mempunyai masalah rumah tangga?  When u already Queen B as your wife perlukah lagi hang mempunyai hubungan sulit?

Berita ni dah lama dah tapi akak kan busy macam tahi so hari ni baru akak nak ulas untuk hanga semua.  Tapi bagus jugak akak amik masa untuk kupas benda ni sebab akak rasa for now dah memang boleh nampak dah permainan depa macam mana.

Inspirasi baju raya Jumizah untuk 2016.



LET ME EXPLAIN.

Lemonade Drop
Queen B kan maha kekwat nirrojim.  So macam tahun lepas secara tiba-tiba dia announce dia album siap dengan semua video clip sekali.  Gila babi.  Tiba-tiba tahun ni dia nak buat lebih kurang macam tu la.  Tapi kali ini bukan album lagu like normal,  dia buat ala-ala visual album.  Aku rasa visual album pun lebih kurang macam meng-release semua video clip lagu-lagu dalam whole album dia la. Takdak bezanya dengan yang lalu.  So macam mana dia nak gempakkan album kali ini?

So dia came up with the idea untuk membuat spekulasi murahan yang mengatakan lagu-lagu dalam album baru ini mengesahkan masalah rumah tangga antara dia dan Abang Jay Z.  Siap ada satu lagu yang betul-betul mentioned Becky With the Good Hair dalam liriknya yang actually dikatakan merujuk kepada seorang pereka fesyen bernama Rachel Roy.  So why Becky?  Dalam bahasa urban mat salleh,  Becky ni selalunya nama samaran yang diberikan keada pompuan yang suka duk amik laki orang.

Untuk pengetahuan ampa,  tahun lepas ada satu video Solange Knowles attacked Jay Z dalam elevator masa MET Gala.  Kisahnya depa kata,  Solange Knowles mengamok sebab Jay Z duk bergatai-gatai dengan Rachel Roy.  Rachel Roy tu kalau ampa nak tau adalah kawan-kawan baik depa ni semua jugak.  Back in the yesteryears,  Solange Knowles siap pernah attended MET Gala dengan Rachel Roy kot.

So betul ka Rachel Roy adalah Becky with The Good Hair?  Betul ka Rachel ada hubungan dengan Jay Z?  Betul ka Queen B diduakan?

Rachel Roy posted on her Insta the day visual album Lemonade drop.




Teori Mempopularkan
Bagi akakla kan....SEMUA NI LAKONAN SEMATA-MATA.  Okay fine kalau betul pun Jay Z ada hubungan dengan Rachel Roy atau sapa-sapa pompuan kat dunia ini,  aku tak rasa Beyonce sebodoh ini untuk mengmentionedkan nama pompuan itu dalam liriknya.  Kerana dengan mengmentioned nama itu dalam lirik lagunya adalah seperti memberi microphone dan spot light kepada orang lain kepada Shasha Fierce yang duk buat persembahan di pentas!

Siriesly......sapa Rachel Roy?  Kalau ampa tak pernah follow Runaway Project atau apa-apa kisah fesyen barat mesti ampa langsung tak pernah kenal sapa tu Rachel Roy.  Tiba-tiba because spekulasi ini,  nama Rachel Roy naik mendadak.  Everybody wants to know sapa tu Becky with The Good Hair?
Inilah Rachel Roy.  Yes rambut dia cantek.

And like I said before,  apa yang Beyonce nak buat untuk album ini dan album lalu sama jugak.  Visual album tu kira video clip untuk semua lagu dalam album-album tu.  Tak dinafikan nilai artistik dan effort yang dimasukkan dalam video clip-video clip Queen B memang maha meletops tapi kalau duk selalu sangat tengok something ohsem,  peminat pun bohsan jugak.  Depa terpaksa come out dengan satu cara nak attrack orang ramai untuk berebut download visual album ni.  How?

Senang jaa....let's create Becky with The Good Hair!  Semua orang pun download laaaaa visual album tu ramai-ramai dan nak tengok bahagian yang dikatakan Beyonce mengutuk laki dia sendiri dan carut laki dia suruh pi kat Becky with The Good Hair.

Bagi aku silap hari bulan,  Rachel Roy sendiri pun telah berkomplot dalam strategi pemasaran ini.  Aku dah kata kan tadi?  Depa semua actually adalah kawan baik before this.  Sama-sama duduk front row kat fashion show,  Beyonce perform untuk Obama,  Rachel Roy pulak adalah designer penting untuk baju-baju yang Kak Michelle Obama pakai. Memanglah depa tak bubuh gambar selfie apa semua selalu bersama.  Depa orang kaya,  classy people.  Kampung-kampung macam kita ja feeling pi mana-mana nak selfie dan gaduh berebut nak post kat Insta.

And voila!!! Semua orang duk download and nak amik tau pasai Becky with The Good Hair.  Semua orang play the part.  All the media,  all the gossip columns,  gossip show,  semua orang pun komplot sama.  Beyonce kaya kot.  Setakat bayar kat orang-orang ni semua apa sangat?  Or Beyonce mungkin buat deal dengan depa as return.  She is powerful juga kan?

Solange and Rachel pi MET Gala sekali.

Rachel duduk sebelah Kim K.  Sebaris dengan Solange and Queen B.




They are fine!!
Akhirnya semasa majlis CDFA,  Beyonce mai dengan Jay Z and Blue Ivy dengan gembira dan bahagianya.  Halaa...strategi menjadi,  album laku.  Semuanya berjalan lancar.  Kawan depa Rachel Roy pun silap haribulan kata kat depa "Lepaih ni hangpa nak suruh aku berlakon apa pulak?"

Gambar terbaru depa tiga orang masa Beyonce menang anugerah khas from CDFA.

Itu sahajalah pendapat akak tentang kisah depa ni.  Kita ni semua penonton saja.  Depa duk pemuhung teruk-teruk,  kita percaya,  depa jugak untung.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...