UK Clark Sales

2.6.16

Berbuka Puasa Citarasa Semenanjung di Hotel Eastin Penang


Hello u olls,


Baru-baru ini akak telah menerima jemputan daripada Eastin Hotel Penang untuk mencuba depa punya Ramadhan buffet dinner. Tema sajian berbuka puasa bertemakan "Savour Peninsula's" meng-offer pelbagai jenis lauk pauk istimewa daripada pelbagai negeri daripada seluruh Malaysia.


Beruntunglah diri akak kerana dapat merasa makanan yang siriesly sangat sedap sekali. Tapi ampa tau la kan? Akak kan lani duk feeling-feeling dietism, so akak tak berapa nak melahap pemakanan itu. So akak membawa seorang anak ayam akak, anak sulong, iaitu Nizal Ashriff untuk menjadi teman 'buka puasa' dengan akak. Dia punyalah bara kat akak sepanjang majlis makan tu "Hang ni rugi bawak mai makan buffet...semua benda aku amik hang makan tak habis," HAHAH siries. Thanks GS.



Hidangan yang disediakan sangatlah banyak pilihan sampai tak tau nak start kat mana satu. Disamping lauk pauk yang sentiasa menjadi kewajipan rakyat Malaysia untuk berbuka puasa, depa juga sajikan pelbagai hidangan istimewa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang memang menyelerakan.


Ikhlas akak cakap, MEMANG PUAS HATI dan SANGAT SUKA sampai akak sendiri pun dah buat booking for Anak-Anak Ayam JS seramai 15 orang untuk berbuka puasa bersama di sini. Ampa nanti tengok la sendiri gambar-gambar akak share kat bawah. Tapi sorry sangat-sangat, taksak sekeping pun gambar aku. Aku pun tak tau pasaipaa.....aku tak amik langsung gambaq diri sendiri masa hari tu.

click read more

Takpa...kita bubuh gambar anak sulong kita dulu.  Nizal Ashriff.



So here are some of the details kalau ampa nak mai buka posa kat sini jugak :

  • Location untuk Ramadhan Buffet "Savour Peninsula's" adalah di Swez Brasserie

  • Harga untuk early bird adalah RM85nett per peson, RM90 per person untuk selected card holders dan on normal rates adalah RM110 per person. So kalau nak murah, cepat-cepat mai beli tiket early bird from sales person depa.


    Kalau cepat,  ampa dapat beli murah RM85 seorang.


Harga normal rate RM110 per person.

  • Warga emas mendapat diskaun sebanyak 50%

  • Kemudahan surau yang selesa disediakan dalam hotel tersebut. So takyah la nak rushing-rushing keluar untuk sollat.

  • Tawaran Ramadhan Peninsula’s buffet dinner adalah bermula daripada 7 June hingga 5 Julai 2016 dari jam 7.00 pm hingga 10.00 pm.


Untuk booking / beli tiket early bird, please contact Ms. Nornazia (+60 16-526 5523) or email to nornazia.din@eastin.com

Okay dah!! Jom tengok gambaq dan layan terliyurrrrrrr


RAMADHAN PENINSULA’S DELECTABLE BUFFET DINNER


PEMBUKA SELERA

Ulaman dan Herba Kampung
Ulam Raja, Petai, Kacang Botol, Daun Selom, Tomato, Pucuk Paku, Kobis 





Aneka Kerabu 
Kerabu Sotong, Kerabu Kerang,Kerabu Udang , Kerabu Mangga Muda, Urap Sayuran, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Bayam, Acar Rampai, Kerabu Telur Sotong, Tauhu Sumbat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Rojak Mambo 
8 Jenis Buah dengan Asam Boi, Kicap Cili, Kuah Rojak, Cili Kicap Manis


Semenanjung Jeruk Kampung 
Sengkuang, Betik, Anggur, Kedongdong, Cermai, Buah Pala, Buah Salak 




SEMENANJUNG RAMADHAN


Pelbagai Aneka Masakan India 
Pinang Tandoori Tempayan, Kambing Massala Tosai, dan seleksi Roti Naan




Ipoh Nasi Ayam  
Nasi Ayam Hainan dan Sampingan




Gerai Mee Semenanjung 
Laksa Penang, Bihun Sup


Jemput-Jemput Koner 
Goreng Pisang Tanduk, Cucur Manis, Cekodok Pisang, Papadam, Keropok Ikan




Selangor Popiah Basah dan Sampingan  
Taugeh, Tauhu, Telur Racik, Lobak Merah, Salad Segar, Kacang Tumbuk, Sos Merah, Sos Pedas



Warung Buah-Buahan 





Ismail Pulut dan Lemang 
Lemang Pulut, Lemang Pulut Hitam, Pulut Kuning, Ketupat Daun Palas, Ketupat Nasi 




Gulai Daging Kawah Abang Fauzi Bersama Adunan Rempah Ratus




Satay Campuran dan Sampingan 
 Ayam dan Daging Nasi Impit, Bawang Segar dan Timun Muda




“Kampung Melayu Lambuk” dan Sampingan  
Daun Bawang, Bawang Goreng, Udang, Ayam, Daging Cincang, Sayur Asin, Ikan Bilis, Cili Padi Kicap, Halia, Daun Sup, Bawang Putih Goreng, Kepingan Cili, Serunding Kelapa, Serunding Ayam, Serunding Daging



Sup Koner - Harian Sup Istimewa
Harian Istimewa Dari Dapur Chef Melayu – Gearbox 
Harian Istimewa Dari Dapur Chef Cina – Emperor Seafood  



Kambing Golek Beratur Panjang
Dengan adunan herba dari Timur Tengah Bersama Briyani Pak Raj dengan 8 jenis kuah






Hidang Campuran Semenanjung Bersama Menu Mingguan

Gulai Talang Ikan Masin -  Melaka
Sambal Telur -  Melaka
Ketam Manis  -  Johor
Ayam Masak Rose  -  Johor
Daging Kuzi Daun Pudina -  Kelantan
Udang Berempah  -  Kedah
Ikan Tenggiri Gulai Kampung  -  Perlis 
Hong Kong Kailan Bawang Putih dan Ikan Masin -  Selangor
Gulai Lemak Jantung Pisang  -  N.Sembilan
Paru Goreng Kacang Tumbuk -  N.Sembilan
Kong Po Sotong - Penang
Sayur Lodeh   -  Pahang
Nasi Putih/Nasi Tomato






Gulai Talang Ikan Masin -Melaka


Sambal Telur  -  Melaka


Ketam Manis  -Johor

Daging Kuzi Daun Pudina  -  Kelantan



Udang Berempah  -  Kedah


Hong Kong Kailan Bawang Putih dan Ikan Masin -  Selangor


Gulai Lemak Jantung Pisang  -N.Sembilan


Paru Goreng Kacang Tumbuk –N.Sembilan


Kong Po Sotong - Penang

Nasi Tomato



Hidangan Pencuci Mulut Antarabangsa
Chocolate Fountain







Ais Kacang Campur Tapai
20 Jenis Bahan Sampingan Bersama Ais Kacang






10 Jenis Biskut Raya 


Gerai Putu
Putu Buluh, Putu Mayam, Putu Piring


Aneka Kuih- Muih 
6 Jenis Kuih Melayu





Citarasa Mat Saleh 
8 Jenis Kek
Ais Krim Pilihan 











Makanan Ringan
Twisties, Mamie, Keropok Tora 
(SIRIESSS yang ni pun adaaa....i terlupa amik gambaqq!!)





So jangan lupa untuk buat tempahan segera,  please contact Ms. Nornazia (+60 16-526 5523) or email to nornazia.din@eastin.com

ps/  akak ada beberapa review pasai Ramadhan dinner lagi.  Duk dapat dah jemputan dari hotel-hotel lain.  Nanti akak share dalam blog ya.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com