UK Clark Sales

29.6.16

Budaya Tiru Meniru

Hello u olls,

Baru-baru ni terpandang satu status kat Facebook kawan i ollls.

Ampa tengok ni.





Kisah Sebenar
Baca punya baca kisah ini adalah tentang seorang lelaki yang menyatakan bahawa dia adalah pemilik asal kepada idea membuat iklan CNY 2016 oleh Petronas bertajuk Rubber Boy.  So ramai orang duk copy paste statement itu di Facebook masing-masing dengan #LeoBurnettPlagiarism sebagai tanda sokongan untuk mendapatkan hak kepada pemilik idea asal.

Ini video dia.  






Sampai Hati

Sebenarnya ini bukan pertama kali aku dengar kisah iklan Petronas yang menggunakan idea ciplak daripada seniman picisan. I dont want to name name. Tahun lepas, untuk iklan Petronas juga, mulanya depa buat pertandingan untuk submit idea untuk buat iklan. So kawan aku ni sorang gigihnya hantarlah idea dia untuk pertandingan itu. Tapi tak tau macam mana, depa tak announce pun sapa pemenang untuk pertandingan tersebut. Sengap macam tu ja.


And then tiba-tiba keluarlah iklan untuk Petronas tu. Kawan I olls sangatlah tersentak sebab bila tengok video tu ada banyak bait-bait dalam video tu sangat sama dengan storyline yang dia buat and submit kepada pihak pertandingan video Petronas tu.


Dia contacted pihak produksi iklan tu secara rasmi namun tiada jawapan rasmi yang diberikan daripada pihak berkenaan. So kawan aku mulalah bertanya secara open di social media, soalan I olls dicemuh dengan komen-komen daripada team pengarah and produksi iklan dengan sinisnya.


Kawan aku bukan nak mintak bayaran duit tinggi sama macam macam mana pengarah tu or mana-mana producer dapat. Dia kata, cukuplah kalau dia diiktiraf sebagai penulis idea asal. Sebab dia sendiri adalah seorang pembikin filem-filem pendek yang dah banyak kali masuk pertandingan buat iklan / short movie di negara kita ni.


So in the end, kisahnya terkubur begitu sahaja.



Petronas Nanti Saman Aku Balik

Takut jugak aku tak pasai-pasai duk mentioned nama Petronas kat sini. Silap hari bulan, kes-kes plagiat depa tak setlle tapi aku pulak kena saman dengan Petronas. Walaupun Petronas tak terlibat secara langsung (sebab iklan tu depa macam bagi tender kepada kompeni produksi yang berkenaan) tapi Petronas adalah nama kebanggaan rakyat Malaysia. Saban tahun iklan-iklan Petronas tidak pernah lupa mengingatkan bangsa Malaysia tentang nilai-nilai murni seperti kekeluargaan, hormat, setiakawan dan macam-macam lagi yang memang sinonim dalam peribadi bangsa Malaysia yang sebenar.


Oleh itu, Petronas kena pandang siries kepada perkara ini sebab kalau campur dengan kes kawan aku ini dah maknanya dua kali iklan Petronas terlibat dengan skandal plagiarisme. Kena bagi settle buang cara elok. Plagiarisme / tiru meniru adalah penyakit yang kita selalu pandang remeh tapi lagi 4 tahun kita nak masuk wawasan 2020, adalah budaya tiru meniru ni kita masih anggap sebagai perkara remeh temeh?



Budaya Tiru Meniru Dalam Bangsa Malaysia

Aku rasa budaya tiru meniru ni memang ada dalam budaya kita sejak dulu cuma kita sedar atau tidak sahaja. Contohnya, bila nak raya....orang beli TV kita pun nak beli TV baru. Haaa tu contoh plagiarisme dalam konteks yang berbeza juga. Plagiarisme dalam bidang akademik lagilah siries, tapi teknologi perisian komputer dan internet dah banyak membantu pensyarah dan pelajar untuk tidak buat benda meniru ni, tapi macam tu laaa duk terlepas jugak dua tiga kes. Tapi macam mana pun teknologi yang duk boleh tolong kita, aku rasa benda yang paling penting dan sama saja untuk apa pun benda hang nak buat adalah.....kesedaran.


Masyarakat kena pupuk sikap untuk saling hormati orang lain bukan sahaja hormat macam biasa kita duk belajar selama ni tapi hormat harta intelektual orang lain.


Mungkin hari ni kita rasa benda ni tak penting sebab kita tak pernah rasa sedih dan frust apabila usaha kita disabotaj and dieksploitasi untuk kesenangan dan keuntungan orang lain juga. Bila kena kat diri kita baru kita nak salahkan semua orang sebab siye tak tau nak paham perasaan ampa macam mana.


Samalah satu kes baru baru ni pasai meniaga, kawan aku meniaga buat business suprise kat orang hantar bouqeut cokelat. Habis tu, kawan aku yang lagi seorang dari kawasan yang sama pun buat business yang sama jugak. Well...business suprise ni sama jaaa kat mana-mana. Tapi bila hangpa meniaga dalam kawasan yang sama, kalau boleh kita kenalah buat kelebihan dan kelainan sikit daripada business yang sedia ada. Aku tak marah tapi bila aku tegur, depa bagi jawapan Melayu cliche "Alaaa rezeki masing-masing,"


Kepada butoh rezeki masing-masing. Ini jawapan orang yang nak cepat senang dan berjaya dengan cepat. Satu lagi sifat yang sedia dalam masyarakat Malaysia, tak suka nak cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang susah dan diluar comfort zone. Tapi orang meniaga, hangpa pun nak meniaga. Akhirnya, industri perniagaan kita takat-takat ni sajala. Tak rugi kita tiru, tapi kenalah latih diri kita untuk belajar create sesuatu yang lain daripada yang lain. Barulah boleh dinamakan sebagai USAHAWAN!!


ps/ Sapa suka meniru dia adalah tak best!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com