20.6.16

Buka Puasa Atas Dulang Antik @ Nostalgia Ramadhan Lagenda Cafe

Hello u olls,

Hangpa mesti duk sumpah seranah aku kan duk feeling tayang gambar bukak posa kat hotel dan cafe-cafe meletops sepanjang seminggu pertama bulan posa ni?  Hang ingat mak ni kaya sangat ka noks hari hari nak pi hiris kredit card kat hotel mewah ni semua.  Sebenarnya untuk Ramadhan tahun ini,  akak di-approach oleh beberapa hotel berkenaan untuk datang dan buat review di outlet mereka.  

Ini adalah satu penghargaan buat akak,  so orang tau yang blog akak berkemampuan untuk menarik perhatian pembaca Melayu di Penang khasnya untuk berkunjung di outlet mereka.  So kalau best,  akak memang review ikhlas best.  Kalau tak best,  akak tak review langsung ya.  Akak tulis ikhlas.  Akak pun tak mau la nanti you olls semua dah tak percaya dengan rekemendesyen akak lagi.

Okay dah-dah,  ini adalah (mungkin) review paling last akak nak buat pasai bukak posa. Akak harap u olls boleh jadikan ini sebagai panduan dan selak-selak juga review Ramadhan Buffet yang akak dah tulis dalam blog akak sebelum ini.  Senanglah u olls nak plan buat aktiviti buka posa with kawan-kawan and family.

Set Nostalgia Ramadhan yang diserve atas dulang antik.  

click read more


So baru baru ini akak telah dijemput untuk mai bukak posa kat Lagenda Cafe pulak.  Yang ini adalah tempat favorite akak and memang selalu pun akak mai lepak sini.  Tempat ni adalah cool and sangat best sebab makanan dia sangat sedap!  Akak mai bersama Fansuri and Azren yang datang khas dari Kuala Kangsar.  

Untuk Ramadhan ini,  Cafe Lagenda menawarkan pakej makan atas dulang antik yang bagi akak sangatlah meletops dan berbaloi.  Masa dulang kami sampai,  semua orang tengok kat kami rasa macam sempoi sangat.  Especially couple mat salleh yang sebelah tu,  laki dia dah la elook.......dia kata "Woww..that is wonderful!!  Your food is so colourful,"  kata lakinya.  

Akak pun membalas dengan senyuman sambil berkata "Haaa elookkk....maila duduk dengan mak...mak suap hang maih...duk duduk dengan bini hang kuruih...tak dap..."   

Mat Salleh itu pun senyum saja kat akak.  Dia pun balas "Thanks,  we already had our dinner,  enjoy yours,"  gituuuu paham rupanya mat salleh ni.  Kak Ren pun gelak kukik.  Akak bukan tak reti cakap orang putih.  Tapi saja la kadang-kadang buat macam tak paham bahasa,  baru depa stop cakap dengan kita.  

Suasana dalam Cafe Lagenda yang relaxing.  Sempoi!!  

Nostalgia Ramadhan Lagenda Cafe
Selain menu ala-carte yang terdapat di Lagenda Cafe,  kita boleh try set Nostalgia Ramadhan yang disajikan atas dulang antik.  Atas setiap dulang tu,  ada dua main dish yang terpilih,  buah-buahan,  dua jenis dessert (sejuk dan panas) serta kuih muih tradisi dan modern.

Harga hanya RM69 untuk satu set yang boleh dinikmati oleh 2 orang.  Ada main dish,  hot dessert,  Sago Gula Melaka,  buah-buahan dan kurma serta kuih muih.




Main dish disajikan dengan nasi biru atau kuning bersama ulam-ulaman & special sambal dengan pilihan seperti berikut  :

  • Ayam Percik
  • Ayam Rendang
  • Beef Rendang
  • Beef Bakar
  • Ikan Bakar
  • Ayam Penyet
  • Prawn Lemak

Pilihan untuk hot dessert pulak adalah Bubur Hitam atau Pengat Pisang.  Buah-buahan macam-macam and kuih dia akan bubuh kuih tradisional and kuih mat salleh juga.  And of course kurma and Lagenda Cafe's signature Sago Gula Melaka.


Offer ini adalah daripada 6 June hingga 5 July 2016.  And disebabkan tempat ni agak kecil dan ekslusif,  hangpa kena buat booking kalau nak mai makan sini.  Just call 04-261 2293 or Whatsapp to +60 12-437 5449.


Okay dah....jom tengok gambaq!!  Kami mai bukak posa tiga orang hari tu.  So me,  Kak Ren and Fansuri order satu set Nostalgia Ramadhan and dua lagi dish tambahan dari menu ala carte.

Dua jenis nasi yang kami dapat.  


First main dish is ayam rendang.  Rendangnya berkuah.  Rempah sangat sedap.  Tak pedas sangat.  Just nice.


But i love this one,  prawn lemak.  Kuah dia sangat creamy dan ada banyak sayur dalam tu.  I just love it!!!


The sambal.  Sambal depa sempoi sebab takdak bau belacan yang kuat.  Sapa yang suka pedas tapi tak suka bau belacan can try this!!

Buahan-buahan & kurma.


Kiri adalah salad apple dan jagung manis.  Sempoi!!  Tapi setiap hari chef akan cipta salad yang berbeza-beza.  Sebelah kanan pulak ada Sago Gula Melaka yang sedap!!

Karipap inti ubi bersama lemington!  Kerlassssssssss east meets west.  Tapi pilihan kuih adalah berbeza setiap hari.

Pengat pisang is super best!! Maybe chef Lagenda Cafe ni memang pakar bab-bab benda berlemak dan bersantan ni.  Aku sangat suka! Disebabkan aku adalah regular kat sini so aku mintak more servings kat depa.  HEHEHEHE


Sebagai tambahan,  kami order Grilled Mozarella Cheese yang disaji bersama salad dengan dressing yang sangat sedap.  I can't figure apa depa guna as dressing tu.  Dia macam hitam like tokyu tapi manis-manis.  Sos apa tak tau.  



My husband favorite,  Nachos Ali Baba.  Nachos yang disajikan bersama keropok dan isi ayam rendang dan ditop dengan lelehan cheese.  Masa benda ni sampai,  yes...ampa mungkin akan rasa funky sikit sebab bau rendang and cheese.  But when it goes into your mouth.  Its totally the different thing.  Actually ada satu lagi dish tambahan kami order tapi terlupa amik gambar iaitu Seebass Grilled with Ginger Buds.  

So kalau ampa duk mencari-cari idea nak bukak posa kat mana,  ampa boleh la try kat sini  :



Lagenda Cafe
43, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Operating Hours : 7 am - 11 pm (Closed on Tuesday)
Reservaton : +60 4-261 2293 / +60 12-437 5449
Facebook : https://www.facebook.com/Cafe-Lagenda
Instagram : https://www.instagram.com/lagendacafepenang/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...