UK Clark Sales

6.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 3 Review

Hello u olls,

Akak terlepas untuk membuat ulasan mingguan,  kepada you olls yang benci akak gila-gila babi sampai ada yang panggil akak SPOILER QUEEN,  mesti ampa bahagia melihat tiada posting pasai GoT for quite sometimes.  HAHAH Nahariam.  Takpa,  ini akak nak share my thoughts about the TV show episodes 3 hingga 6.  Mula-mula ingat nak buat semua ulasan secara pukal,  tapi rasa macam tak puas pulak.

So kita start dengan ulasan for episod 3 dahulu.

Ser Arthur Dayne yang eloookkkkkkk



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Episod 3  -  Oathbreaker (Langgar Sumpah)


Tower of Joy

Scene Tower of Joy pastinya telah membuatkan ramai peminat tegar GoT sedikit terinzal.  HAHAHA.  Akak pun begitu juga.  Sangat seronok apabila Bloodraven telah membawa Bran ke alam lampau dan ke lokasi bermulanya teori R+L=J.  Dalam tower inilah dikatakan,  Raegar Targaryen telah meninggalkan Lyana Stark, iaitu kakak kepada Ned Stark.  Selama ini kita duk sangka Lyana Stark diculik oleh Raegar dan menjadi penyebab bermulanya pemberontakan Robert Baratheon.  Robert (suami Cercei,  dah arwah,  Season 1),  dia love kat Lyana Stark tapi Lyana sebenarnya bercinta dengan Raegar.  Pasaipa bercinta?  Sebab Raegar bukan love sangat pun kat bini dia,  Elia Martell (depa kena kawen sebab kehendak politik),  Elia Martell tu kakak kepada Oberyn yang dulu mati kena pecah kepala dengan The Mountain.  Ampa kena pi baca banyak lagi pasai teori R+L=J ni,  aku malaih nak cerita panjang.  But if anything ampa tak paham,  you can PM me on Facebook.  Insya Allah aku boleh tolong balaih sebab aku ni macam loser,  malam-malam before tidoq aku rajin duk baca pasai teori-teori & pendapat dari  pembaca and pengikut GoT.


Istana bersejarah ini adalah The Castle of Zafra yang terletak di Sepanyol.


Perlawanan "The Raid on the Tower of Joy" pulak membuatkan ramai peminat lelaki pulak terinzal sebab sword fight antara Ned Stark dan 6 sekawan dengan Ser Arthur Dayne yang dikatakan sebagai pahlawan pedang yang terhebat dalam sejarah.  Pada pendapat akak,  walaupun akak ni tak berapa nak pandai sangat bab-bab skill lawan pedang besi ni,  bagi akak scene ini adalah meletops juga.  Siapa yang choreograph perlawanan pedang itu,  harus diberikan kredit.  Bayangkan Ser Arthur Dayne melawan 6 orang serentak.  Pakai dua pedang.  Tahukah anda,  Jaime Lannister pernah menjadi esquire untuk Ser Arthur Dayne.  (Esquire tu macam kerja yang dibuat oleh Podrick pandai buat seks).


Tapi yang meninggalkan tanda tanya apabila Bran jerit nama bapak dia,  and bapak dia macam nak kalih and dengar suara dia.  Perkara ini actually ada sangkut paut dengan episod kelima.  Bolehkah Bran menukar dan mengubah suratan takdir?


Aku ingat depa akan tunjuk scene Ned Stark jumpa kakak dia kat atas...........tapi haram...belum sempat dia naik tangga pakcik gagak dah bawak Bran balik ke alam nyata.




Jon Menghukum Bunuh Pembunuhnya

Aku ingatkan mula-mula dulu aku macam bara gila kat Olly and aku rasa dia memang patut mati.  Tak sabar nak tengok Olly kena bunuh.   Tapi pada ketika sesi hukuman itu dijalankan,  aku rasa macam kesian pulak kat Olly.  Olly adalah budak kecik yang telah diselamatkan oleh Night's Watch dan duduk bersama dengan Night's Watch brothers.  Dia yang betray Jon Snow pada malam dia dibunuh.  Dia panggil Jon Snow keluar bilik and tipu kata Uncle Benjen dah balik.  Jon pun keluarlah kelang kelibut,  rupa-rupanya dia kena tikam.


Memang rasa macam siye betui Olly ni,  tapi pikiaq balik apa yang berlaku oleh Olly yang masih kanak-kanak ini amatlah pedih.  Family dia dibunuh oleh Wildings depan mata dia sendiri,  and lepas tu daging mereka dimakan.  Bila dia mai ke Castle Black,  Jon Snow plak pi buat baik dengan Wilding.




Ucapan Alliser Thorne,  adalah sangat jantan.  Dia terima hukuman itu dengan hati yang terbuka.  Dia juga ucapkan selamat maju jaya kat Jon.  Dia kata,  dia punya tugas dah berakhir......tapi hang?  Perjuangan hang sampai bila tak akan habis.


That is sad actually.




Daenerys Ditangkap Puak Dothraki

Penghabisan season 5,  Sons of Harpy serang Daenerys kat tengah-tengah stadium masa fighting tu.  Sekali nenjia....naga dia turun and mai selamatkan dia.  Sejak tu,  Khaleesi memang hilang dan tak balik ke istana.  Kemana pergi anak dia bawak dia,  sapa pun tak tau.  Daario and Ser Jorah di minta untuk pi cari Khaleesi ke pelusuk negeri.  Tapi rupanya,  puak Dothraki dah tangkap dia dah and bawak dia pi negeri Kuda iaitu Vaes Dothrak.  Kat sana,  depa bawak dia jumpa ketua baru depa nama Dosh Khaleen.  Kat sini,  aku sangat suka part Dosh Khaleen carut seketoi kat Khaleesi.  Mula-mula depa yang bodo-bodo semua macam terkejut sebab Daenerys boleh cakap bahasa Dothraki,  pastu Khaleesi pun duk buat macam bangga la sebut semua nama-nama gelaran dia,  pangkat dia,  title dia.  Dengan niat nak intimidate Dosh Khaleen tu.  Tapi dia carut seketoi,  dia kata "Hang sebut la nama hang panjang macam mana pun,  kat sini,  hang takdak sapa," (something like that la...)


Pastu one of the bini Dosh Khaleen kata,  "Me nem nesa"  maksudnya it is known.  HAHAH aku gelak kat sini. Dah lama aku tak dengar ayat ni.





Varys' Little Birds

Buat pertama kali setelah masuk season ke 6 baru kita semua dapat tengok Varys' Little Birds.  Kalau Littlefinger guna orang-orang istana dan rakyat biasa sebagai spy,  Varys punya spy lebih creepy.  Aku baca pasai Little Birds.  Depa ini adalah anak-anak yatim,  anak-anak gelandangan yang tiada arah tujuan.  Varys amik depa dan latih depa untuk panjat bangunan,  duduk dalam tempat tersembunyi,  disebabkan mereka kecik depa boleh sneak masuk ke mana sahaja untuk curi information.  Little Birds juga tau membaca dan menulis.  Tapi bila depa dah besar dan khidmat mereka tidak diperlukan lagi.  Depa akan dibunuh atau lidah depa dipotong sebab tak mau rahsia depa dipecahkan.  Gila sadis.  Dalam episod ni,  because Varys lani takdak kat King's Landing, so Qyburn (pembantu Cersei yang baharu) lani yang take over ke atas all this Little Birds.  Ampa patut baca banyak lagi pasai Little Birds.  Kesian wehs depa depa ni.




Scene Bohsan

Episod ini mempunyai banyak scene-scene yang akak rasa tak berapa nak perlu diwujudkan.  So dalam erti kata lain agak bosan.  Antaranya,  scene Sam and Gilly dalam kapal duk menuju ke Oldtown.  Masa tu Sam kata,  dia nak bawak Gilly pi Hornhill iaitu kampung halaman Sam.  Bagi aku scene tu tak payah buat pun takpa.

Pastu scene Tyrion duk try buat lawak kat Missandei and Grey Worm sementara nak tunggu siasatan Varys yang nak tau siapa sebenarnya yang duk sponsor Sons of the Harpy.  Siriesly scene tu macam tak perlu.




Arya Sudah Tidak Buta

Selepas berhari-hari di uji oleh The Waif,  akhirnya Arya berjaya meyakinkan Faceless Men untuk kembali berlatih dalam The House of Black and White.  Boring sikit scene ni.  Macam takdak apa-apa progress pun.  Tapi tak dinadikan,  pelakon yang main watak Arya dah semakin besar dan sangat bad ass (terror fight).  Adakah dia buat stunt fight dia sendiri?  Tapi kan wehs,  ampa pasan dak Arya jalan melenggang.  Hahahah over aku tengok.




Scene Lawak

Scene ni pun macam tak penting sangat,  actually scene ni macam nak menunjukkan macam mana Jaimi and Cersei duk cari akai nak balas dendam kat High Sparrow.  So depa mai masuk dalam meeting diraja,  dalam meeting tu ada la beberapa orang penting yang dilantik sebagai penasihat Raja.  Bila Jaime and Cersei masuk dengan The Mountain (zombie),  Maester Pycelle yang tua gatai tu terkejut tengok The Mountain sampai terkentut.  HAHAHAH ini adalah lawak.





Oathbreaker Merujuk Kepada; 

Tajuk episod minggu ini adalah Oathbreaker atau dalam bahasa Melayu,  langgar sumpah.  So bagi aku,  langgar sumpah ni merujuk kepada Jon Snow.  Sebab lepas dia bunuh sesi hukuman kat pembunuh yang bunuh-bunuh dia,  dia terus umum yang dia bukan Lord Commander of the Night's Watch.  Sebab kalau ampa perasan,  bila seorang Brother of the Night's Watch mati depa akan baca satu phrase kat hujung tu yang membawa maksud sumpah yang telah diikrarkan oleh seorang Night's Watcha hanya akan tamat apabila hayat dia mati.


Ucapan Samwell masa kematian Maester Aemon Targaryen  :

"He was a good man... No. He was a great man. A maester of the Citadel, chained and sworn, and Sworn Brother of the Night's Watch, ever faithful. When he was born they named him for a hero who had died too young, but though he lived a long long time, his own life was no less heroic. No man was wiser, or gentler, or kinder. At the Wall, a dozen lords commander came and went during his years of service, but he was always there to counsel them. He counseled kings as well. He could have been a king himself, but when they offered him the crown he told them they should give it to his younger brother. How many men would do that? He was the blood of the dragon, but now his fire has gone out. He was Aemon Targaryen. And now his watch is ended."

And Jon Snow dah mati. So ikrar sumpah itu tidak valid lagi kepada Night's Watch.  Tak kisahlah dia dihidupkan semula dengan cara apa pun,   yang penting,  dia sekarang dah free.


ps/  Nak tergelak masa lepak dengan Zack,  student dari Amerika tu.  Depa duduk asrama kat USM mana la nak sempat tengok GoT apa semua.  So bila akak tanya pasai GoT,  dia terus tutup telinga dia and jerit "NO JUMIE.......NO SPOILER.....I DONT WANT TO HEAR SHIT....F*** you JUMIE...!!!!"  Hahahaha lawak aku ni pulak duk gelak macam saitan nirrojim kat depan dia.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com