UK Clark Sales

6.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 4 Review

Hello u olls!

Okay dah dah takyah intro lebih lebih.  Mai baca.


SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Game of Throne Season 6 Episode 4  "Book of the Stranger"



Reunion of Jon and Sansa

Highlight paling penting dalam episod ini sudah semestinya the reunion of Jon and Sansa.  Sebenarnya sejak season 1 lagi,  Sansa memang tak berapa nak suka 'abang' dia ni.  Boleh jugak kalau aku kata,  Sansa macam tak pandang langsung kat Jon.  Sebab dalam keluarga Stark,  Jon adalah anak haram sahaja.  Jon lebih rapat dengan Arya sebab Arya pun bukan jenis macam Sansa feeling princess-princess semua.


Lepas melalui macam-macam kesusahan,  hinggalah masa season ke empat di mana Sansa duk ada kat Vale of Arryn (istana kat lembah yang ada lubang untuk hukum bunuh),  masa tu baru Sansa macam teringat yang dia masih ada Jon.


Memang betuila orang tua-tua selalu kata,  adik beradik ni bila kita ada kita tak pernah nak ingat dan pikiaq,  bila semua dah takdak baru kita nak ingat sorang-sorang.


So bila Briene dah selamatkan Sansa dan membawa Sansa ke Castle Black,  siriesly inilah scene yang paling touching aku pernah tengok.  Gila aku sampai menangis the first time aku tengok scene ni.


Pelakon yang melakonkan watak Sansa,  tidak boleh dinafikan lakonan beliau semakin bagus dan mantap.  Kalau nak banding lakonan dia dengan yang berlakon watak Khaleesi,  jauh panggang dari api.  Sapa yang betul-betul follow cerita ni boleh nampak beza bakat lakonan depa.  Danaerys on the other hand lebih dicintai dan disukai oleh semua orang sebab dia ada naga.


So lepas depa bersatu,  Sansa ajak Jon pi take over Winterfell balik.  Tapi Jon immediately kata dia tak mau pi fight lagi.  Dia kata,  kata dia dah malaih nak fight apa semua.  Aku rasa one of the reason why semangat Jon macam tak berapa nak meletops masa ni sebab 1) dia baru bangkit dari maut.  2) adalah sebab dia sentap dengan apa yang Alliser Thorne kata kat dia!!


The dapat pulak pink letter daripada Ramsay yang mengugut depa semua sekiranya Sansa (bini dia) tidak dikembalikan.  And dalam pink letter ini diberitahu jugak yang adik depa Rickon ada kat Winterfell lani.  So because of this aku rasa baru Jon kena jugak pi serang Bolton!! Inilah yang akan dikatakan sebagai The Battle of Bastards.


Rickon Kembali ke Winterfell

Hangpa ingat dak anak Stark paling bongsu,  adik pada Bran.  Dia kan terpisah macam mana ka.  Keluarga Umber telah tangkap dia dan bok mai kat Ramsay Bolton.  Nak hariam la Umber ni duk jadi penderhaka.  Paling sadis pada scene Osha kena bunuh dengan Ramsay masa baru nak romen. Aku tak pernah baca sangat prophecy pasai Rickon.  So aku tak boleh cerita banyak sangat kat sini.




Crush on Brienne

Ini adalah lawak!! The moment Brienne masuk Castle Black,  memang camera focus Tormund yang terlopong melihat Brienne.  Mungkin sebagai seorang Wilding,  dia berasa stim melihat pompuan tough dan gagah macam Brienne.  And sepanjang episod ini beberapa kali ditunjukkan Tormund duk tengok Brienne macam gatai-gatai.  Brienne duk jadi takut teruih.  HAHAHAHAH

Aku sangat suka pelakon yang berlakon watak Brienne ni.  I never see her berlakon sebelum ini.  Sejak dia masuk GoT,  dia dah popular gila.  Dia seorang fashionista yang sering menjadi kegemaran di red carpet ya.  Juga menjadi model pilihan untuk jenama fashion house ternama seperti Vivienne Westwood .  Nama dia adalah Gwendoline Christie dan mempunyai ketinggian 6 kaki tinggi atau lebih kurang 1.9 meter.  NAHARIAMM PUNYA BESAQQQQQ!!

Ada banyak meme and fan art lawak pasai Tormund crush ni...here i shared i few  :


















Tyrion Deal 7 Tahun
Tyrion yang lani menjadi penasihat diraja di Meereen sebab Khaleesi masih lagi 'hilang' dan tidak kembali ke Meereen telah membuat deal dengan ketua-ketua hamba di Slaver's Bay untuk menghentikan daripada terus memberi sokongan kepada Sons of Harpy (yang banyak membuat kacau bilau di Meereen).  Tyrion seorang bangsawan yang mempunyai kebijaksanaan yang menakjubkan,  dia tau nak guna teknik politik yang tepat untuk tackle orang macam ni.  Walaupun Missandei and Grey Worm agak pissed off dengan beliau.




Littlefinger Returns

Tiba-tiba deni muncul kat The Vale,  pastu duk hasut Lord Robin Arryn untuk bawa askar semua and serang Bolton kat Winterfell.  Robin tu budak kecik yang dulu isap tetek mak dia,  Lysa Tully.  Gilaaa weirdo budak ni.  Dia dah besaq dah and dia macam asshole teruk.  Aku rasa deni boleh jadi macam King Joffrey.




King's Landing Boring Scene

Bohsan laaa scene kat King's Landing. Cersei and Jaime duk plan nak bunuh orang tak habis-habis.  Depa lani macam takdak power yang strong macam dulu.  Pakcik depa yang lani jadi King's Hand pun tak suka kat depa,  anak depa King Tommen tak berapa nak dengar cakap depa.  Yang duk berkuasa lani adalah High Sparrow.  Masa scene Margarey jumpa abang gay dia Loras,  Margarey suruh abang dia jadi kuat dan lawan balik.  Dari riak muka Margarey,  aku rasa dia ni ada plan tersembunyi.  Margarey bukan bodoh.  Dia ni otak geliga macam tok dia Lady Olenna Tyrell.  tahukah anda teori mengatakan nenek tua ni lah yang bunuh King Joffrey masa wedding cucu dia dengan manusia haiwan tu!!



Greyscale on Jorah's hand


Another Touching Scene

Another touching scene adalah apabila Theon kembali ke Pyke dan memberitahu Yara yang dia nak kembali dan bersama-sama kakak dia untuk mendapatkan takhta Kingsmoot.   Lagi satu benda touching adalah apabila Daario secara tak sengaja ternampak kesan greyscale kat tangan Jorah.  So selama ni,  Daario selalu macam kutuk and perli Jorah sebab dia tau Jorah love kuat kat Khaleesi tapi Khaleesi pilih Daario (duk buat seks semua).  So bila Daario tengok ni,  dia teruih jadi macam kesian kat Jorah.




Daenerys Terlanjang Lagi

Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila scene ni.   Puas hati seronok nak mampuih gila.  Aku suka bila Daenerys macam naik-naik tok sheik duk keluar ayat-ayat intimidating kat musuh dia.  Dosh Khaleen semua yang duk gelak-gelak dan kotak-katikkan dia tersengap apabila Daenerys mula membaling tempat api sampai terbakar semua tokong tu.

Memanglah macam tak lojik,  dia baling tempat api tu berapa ja.  Tapi teruih sampai terbakar habis tokong tu.  Aku rasa kalau nak buat jadi lebih over,  why not depa buat efek yang sebenarnya Daenerys ni boleh control api!! Welll...she's the mother of dragon pun kan?  Lagipun memang GoT dalam TV show memang langsung tak ikut dalam buku kan?  So why not??



And dalam kebakaran tu,  semua Khals dan Dosh Khaleen mati!! And there it was....Daenerys berdiri telanjang dan sedikit api langsung tidak membakar badan dia.

Mula-mula semua orang duk kata yang Daenerys pakai double body untuk scene tu,  sebab lani dia dah famous dan dia dah mampu nak upgrade contract kerja dia dan menetapkan yang dia tak perlu nak telanjang over-over.  Tapi Emilia Clark mengesahkan sendiri yang badan itu adalah miliknya!!



ps/  Haaa mak nak kena bayar lagi dua artikel GoT kat ampa.  

2 comments:

  1. bestttt ka cite ni wehhh!?? aku x pernah tgk. tapi kalo ang cakap lagi best dr twilight..nmpk gaya harusla aku tgk!!

    Ezzah mamasan

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com