CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

7.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 5 Review

Hello u olls,


Episod yang berjudul The Door ini menjadi topik bualan paling hebat (so far). Akhirnya terungkai satu misteri yang selama ini menjadi tanda tanya.



Jom baca review daripada I olls.
SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Game of Throne Season 6 Episode 5 --  "The Door"




Petyr Baelish Kena Sembok

Setelah menerima sepucuk surat daripada Littlefinger,  Sansa ditemani Brienne telah pergi bertemu Lord Baelish. Sekali lagi lakonan hebat Sophie Turner terbukti.  Dengan riak muka yang kekwat tapi duk merengkam marah,  dia confronted Lord Baelish dengan furiousnya.  Seorang manipulator  profesional macam Lord Baelish mesti ada sahaja cara nak jawab balik kat Sansa.  Bayangkan perasaan Sansa yang pereng nak mampus dengan jantan ni.  Jantan ni yang kunon selamatkan dia daripada King's Landing setelah King Joffrey mati kena bunuh (racun),  bawak dia ke Vale dan jumpa Aunt Lysa (adik arwah mak dia) yang gila isin,  pastu last sekali kunon nak bagi dia kawen dengan Ramsay dan tiap tiap malam dia kena rogol dengan freak monster tu.

So last kopek,  Petryr Baelish yang masih nak amik hati Sansa telah bagi satu rahsia penting yang mungkin menjadi kunci kejayaan kepada dia dan abangnya dalam Battle of the Bastard.  

Tapi bila Sansa balik mai Castle Black and dia dan abang dia duk plan nak serang Winterfell,  dia bagitau la info daripada Petry tu,  namun dia rahsiakan tentang bagaimana dia dapat informasi ini.  Mak rasa,  Sansa sendiri pun dah start jadi manipulator macam Lord Baelish.  





Asal Usul White Walkers

Bran telah 'dibawa' oleh Bloodraven untuk turn back time again.  Kali ini dia bawa Bran ke saat terciptanya White Walkers.  Selama ni kita duk ingat White Walkers ni adalah creature jahat yang duk mai kacau manusia sampai depa perang dan buat The Wall.  Tapi rupanya,  it was human / man yang duk pi masuk sampai kawasan utara dan membuat binasa,  potong pokok semua,  sampai The Children terpaksa create army depa sendiri untuk melawan manusia.  Army itu adalah White Walkers.  Dan tak tau pasaipa,  lani White Walkers jadi berkuasa sampai The Children pun duk fight dengan depa.  I wonder sapalah yang jadi White Walker pertama tu,  yang ada kat pokok tu!!





Pertabalan Yang Mengerikan

Dalam scene ini,  Euron Greyjoy yang akhirnya berjaya meyakinkan orang ramai yang dia adalah selayaknya menjadi pemimpin di The Iron Islands telah melalui sesi pertabalan yang mengerikan.  Noks,  kalau mak jadi raja tu....mampuih dah mak tak dan jadi raja.  Memang mati dah.  Ritualnya adalah,  lepas priest tu baca doa apa semua,  hang dilemaskan dalam air laut.  Sampai hang bangkit semula....baru hang punya pertabalan adalah rasmi.

Satu benda lawak dan tak lojik macam mana Yara and Theon boleh bawak lari semua kapal-kapal tu semua.  Takkan takdak sapa-sapa jaga and ada fight-fight scene sikit?





The Other Red Priestess

Sebelum ni kita duk kenal Melisandre sahaja as red priestess,  lani kat Meereen ada lagi sorang nama Kinvara yang mai jumpa Tyrion and Varys dan bagitau bahawa dia mai offer diri nak berkhidmat kepada Daenerys.  Aku suka scene dia boleh baca kisah silam Varys.  Varys sebenarnya tak suka black magic dan apa-apa sahaja yang berkenaan dengan sihir.  Ini adalah kerana dia sendiri mempunyai kisah silam yang perit apabila seorang lelaki telah memotong kote dia masa Varys kecik-kecik lagi dan memasukkan kote Varys dalam api berwarna biru.  Ini adalah ritual sihir.  Sampai lani Varys benci gila dengan ilmu sihir.  So adakah Kinvara akan menjadi red priest yang lebih hebat sebab tekaan dia semua betul?  Berbanding dengan Melisandre yang selama ni duk salah baca prophecy.





Cliffhanger

Arya tak habis habis lagi duk training dengan the waif.  Last kopek dia diberikan task baru oleh faceless man.  So kena tunggu episod seterusnya baru boleh tengok Arya berlakon dalam scene yang bukan berlatih lagi.  Satu lagi scene cliffhanger adalah apabila Daenerys memberikan titah agar Jorah pergi mencari penawar untuk mengubat sumpahan greyscale tu.  Scene ni macam sedih jugak,  Jorah style confess cinta dia kat Daenerys.  





Hold The Door

Ohhh mai goood!!! Aku sure ampa mesti macam confuse gila kat scene ni.  Its like Hodor mati ka dak?? Dia hidup ka??  Aku ada simple explanation tentang kejadian yang berlaku dalam scene ni.  Disebabkan Bran gatai pi warg ke alam zaman dulu kala tanpa pengawasan Bloodraven dan menyebabkan dia ditangkap oleh White Walker,  maka oleh itu White Walkers dah boleh jejak lokasi Bran dan kawan-kawan.  Bloodraven sebelum mati ditangan White Walker telah meng-download sebanyak mungkin maklumat dan ilmu kepada Bran.  Sebab itu,  masa Meera dan Hodor duk terketaq-ketaq lari,  Bran duk 'warg' lagi.  Masa tu macam sesi downloading la.
So macam mana ka,  Bloodraven ajar Bran untuk warg masuk dalam badan Hodor untuk memudahkan dia tolong Meera angkat Bran.  Pastu long story cut short,  di saat Hodor tahan pintu daripada bagi White Walker lari and kejar Meera dan Bran,  Bran dah keluar dari badan Hodor.  Masa tu,  memang Hodor menjadi diri dia.  Dia pun tahan pintu dan dia pun dengar suara Meera jerit "Hold the door" sampai last sekali dia pun mati korbankan diri dia.





So Hodor masa kini dah mati sebab korbankan diri dia kat pintu.   Hodor yang muda (yang kita kenali sebagai Willis) tiba-tiba kena sawan tarik dan jerit "Hold the door...hold the door....hooodoooorrr...hoooddoooorrr".  So Willis (young Hodor terus hidup dan hanya boleh sebut Hodor sahaja).  Dan bila dia dah tua nanti,  masa akan kembali berulang dan sampai takdirnya,  dia pun akan mati di pintu itu.  


Aku harap ada lagi kisah disebalik watak Hodor ni.  Walaupun hakikat dia dah mati lani.  Ada banyak teori ramalan pasai Hodor.  Ada yang kata,  dia jadi Hodor sebab kena mengena dengan teori R+L = J.  Ada pulak yang kata,  Hodor ni jahat.  


Sejak kejadian ini,  semua orang on social media style tak boleh nak cover diri masing-masing daripada mengepost sesuatu yang sangat spoil!! Nasib baik aku busy sikit time tu,  kalau dak mesti aku update status "HOLD THE DOOR"  hahahaha

k laa....last hutang aku coming next!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...