7.6.16

Game of Throne Season 6 Episode 6 Review

Hello u olls,


Episod 6 ini bagi akak tak berapa nak best sangat.  Banyak scene-scene bohsan yang masih mencari penghujung dan perjalanan kisah yang mendatar.  Mungkin kerana dua episod sebelum ini,  episod 4 dan 5 terlalu banyak memberikan nota-nota tinggi dalam penceritaan yang membuatkan kita ni seronok melayan.


So here are my ulasans untuk episod ke enam! Jom baca.




SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



SPOILER ALERT!
Sapa-sapa tak tengok GoT lagi sila jangan click bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Game of Throne Season 6 Episode 6 -- "Blood of My Blood"



Downloading ke Otak Bran

Disebabkan Bloodraven dah mati dan actually dia sort of macam sempat mengdownload sebanyak mungkin information dalam otak Bran.  Sebab tu kita boleh tengok satu warging flashback yang agak panjang.  Dalam Flashback tu ada yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang,  dan ada jugak yang masih belum berlaku lagi.  Bran nampak,  King Aerys (bapak Danerys keriau "Burn them all!", the Red Wedding, wights (zombie ciptaan White Walkers), wildfire (liquid hijau yang Tyrion guna dulu untuk serang Stannis punya kapal),  naga over King's Landing,  Jaime Lannister and the Iron Throne. Tapi semua tu terlalu banyak information aku tak tau la macam mana Bran nak digest semua benda tu.  Ada satu part,  Uncle Benjen macam kata dan menunjukkan yang Bloodraven lani duk hidup dalam Bran.  Aku tak paham sangat benda ni tapi aku rasa Bloodraven ni mempunyai kuasa mejik yang sangat power,  takkan dia boleh mati senang-senang macam tu ja.




Uncle Benjen is Back 

Aku sebagai seorang yang tidak membaca buku ASOIAF (The Song of Ice and Fire) aku memang duk berasa yang duk mai ni pakcik depa Benjen yang hilang sejak season 1 dulu.  Dia hilang sebab misi pergi ke utara untuk mencari jalan membunuh White Walkers.  Uncle Benjen ni dia adalah abang kepada Ned Stark dan dia pun Brother of the Nights Watch macam Jon Snow.  So bagi aku,  bila tengok ja kuda tu ja aku dah tau dah ni mesti Uncle Benjen.  Tapi untuk pembaca buku pulak,  ini adalah satu kejutan yang meletops kerana memang watak yang mai selamatkan Bran adalah satu watak bertajuk Coldhands,  seorang makhluk separuh zombie tapi berjaya diselamatkan oleh The Children.  Nasib baik la Uncle Benjen mai...aku harap dia akan bawak Bran dan Meera ke Castle Black dan depa dapat berkumpul jumpa dengan Jon Snow and Sansa sebelum Battle of the Bastards.




Arya Last Chance

Arya diberi peluang untuk membuat pembunuhan sekali lagi dan mungkin yang terakhir sekiranya dia gagal.  Setelah sekian lama,  dapatlah jugak tengok Arya bukan dalam scene latihan yang menyeksakan.  Arya gagal membunuh tugasan yang diberikan sebab sebenarnya dia tidak pernah sepenuhnya hendak menjadi Faceless Men.  Untuk menjadi Faceless Men,  hang kena totally buang everything dalam hidup hang.  The first thing dulu bila Jaqen H'ghar suruh Arya buang semua benda dalam hidup dia sebelum dia dibenarkan masuk dalam House of Black and Wife,  Arya tak buang pun dia punya pedang haluih yang diberikan oleh abang dia.  Dia simpan dalam satu dinding rahsia.  Ini menunjukkan Arya will never ever taat dan tunduk pada ajaran Faceless Man.

Dia mai Temple of Black and White ni semata-mata nak belajar skill membunuh sebab dia nak membunuh semua orang-orang yang dia dendam.  Seorang Faceless Man tak boleh ada keinginan seperti itu.

Yang aku pelik..........pasaipa The Waif tu benci gila kat Arya.  Siap buat kontract dengan Jaqen H'ghar,  kalau Arya gagal complete task dia,  she gets to kill Arya.  Aku tak sabaq nak tengok episod depan and tengok Arya bunuh The Waif dengan Needle (pedang haluih dia tu).  DAMN....pasaipa keinginan aku untuk orang mati semakin tinggi sekarang?





Kisah Boring di King's Landing

Maybe setengah orang macam suka tengok scene dan kisah yang berlaku kat KL,  tapi bagi aku hampeh bosan kot.  Cersei and Jamie duk feeling nak plan bunuh orang,  High Sparrow makin berkuasa,  cuma progress yang terkini apabila High Sparrow terlah berjaya meng-manipulate King Tommen dengan menyuruh Takhta King Tommen bersatu dengan High Sparrow.  Dengan ini High Sparrow ada semua kuasa untuk control takhta dan kerajaan yang memerintah di KL.


Aku rasa Margaery ada plan tertentu yang hanya dia sorang yang duk tau lani.  Sebab awat tak pasai-pasai dia duk jadi kuat agama dan baca Book of Stranger semua.  Masa dia tengok Jaime Lannister and bapak dia semua mai nak tolong selamatkan dia,  dia duk tergelak-gelak and senyum sinis.  I wonderla apa dalam akai dia ni.





Lepas daripada tu,  King Tommen duk rasa dia ni baguih gila sebab ada sokongan daripada High Sparrow dan rakyat,  dia buang pakcik/bapak dia Jaime Lannister daripada menjadi King's Guard.  Pastu,  Cersei dan Jaime malam tu duk plan macam mana nak settlekan masalah depa ni semua.


So Cersei dengan confidentnya suruh Jaime pergi tolong Walder Frey dan takluk Riverrun.  Little that he knows,  Briene pun dalam perjalanan nak ke Riverrun untuk mendapatkan sokongan for Sansa dan Jon.  Kalau depa berdua bertemu,  what do you think akan happen?  Ampa ingat dak dulu,  Brienne dan Jaime pernah ada kisah perjalanan bersama sampai depa dorang jadi rapat.  Ramai pun macam predict yang Brienne and Jaime ada something together.  Remember that Jaime yang bagi pedang dan Podrick untuk membantu Brienne menjejak Sansa dan Arya?  If they were meant to be together,  aku rasa macam kesian pulak kat Tormund The Bear.  HAHAHA depa dorang nampak lagi cute bersama.


Aku ada satu teori yang aku baca daripada seorang fan yang aku rasa teori ini adalah sangat fuck up.  Cersei kan akan lalui Trial by Combat yang akan menentukan dia bersalah atau tidak,  Cersei yang super confidentnya rasa syiok sebab dia ada The Mountain.  Tapi macam mana kalau High Sparrow bagi hantar King Tommen sebagai dia punya champion?  Mampuihhh Cersei ti menangehhhh teruk tengok anak dia punya kepala pulak kena pecah dengan The Mountain guna tangan.





Sam Jumpa Bapak dia

Aku selalu membayangkan yang satu hari Gilly akan lalui sesi 'MAKE OVER' sebab sebagai seorang pompuan Wilding,  dia memang tak pernah pakai pakaian yang segak dan cantek pun.  Well the day is here,  tapi make over yang dibuat kepada beliau takdak la over sangat.   Biasa-biasa ja.....


Aku impressed mentengok istana yang menjadi kelahiran Samwell.  Deni anak lord yang dahsyat.  Bapak dia super garang ala-ala Tywin Lannister.  Tapi aku rasa bapak dia ni lagi macam horror kot.  Style maki and kutuk anak depan goffren macam tu ja.




Aku suka scene Gilly stood up for Sam masa dia duk kena maki and kutuk oleh bapak dia sendiri.  And good for you Sam,  malam tu dia amik keputusan untuk amik Gilly and anak,  and gagau sekali pedang bapak dia.




Blood of My Blood

Blood of My Blood adalah tajuk untuk minggu ini.  Bagi aku,  ini adalah merujuk kepada scene Daenarys naik naga dia Drogon yang dia tak jumpa setelah sekian lama,  and telah memilih semua pahlawan Dothraki sebagai dia punya Blood Rider.  Drogon lani dah super besaq gila siries meletops.  Bloodrider adalah pahlawan yang akan dipilih oleh seorang Khal yang untuk menjadi dia punya side kick dan Bloodrider ni akan angkat sumpah dan berjanji akan berjuang sampai ketitisan darah terakhir.  Selalunya depa akan pilih tiga orang Bloodrider ja.  Tapi nakhariam punya Daenerys Targaryen pilih semua orang depa tu teruih!! Mau nak beratus orang.


Aku rasa Daenerys lani duk mai feeling jadi gila kuasa nak takluk dan menjadi lebih hebat,  dia tak macam Daenerys yang kita kenal awal-awal.  Lembut,  tenang dan mempunyai keinginan untuk membebaskan rakyat yang teraniaya.  Sebab itu yang dia rasai dulu (abang dia pakai dia macam objek untuk kepentingan sendiri).  Tapi now....instead of membebaskan rakyat susah,  Daenerys lebih focus kepada nak bunuh orang dan musnahkan segalanya untuk mendapat kuasa.


Akak tak sabar nak tunggu dia sampai ke Westeros dan membuat kacau di sana!  Do you think that depa lani duk try ubah Daenerys menjadi watak yang jahat?


Share me your thoughts!


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...